Tuesday, August 30, 2011

Salam Aidil Fitri 1432/ 2011

Selamat menyambut Aidil Fitri untuk semua sahabat dan kenalan dari kami sekeluarga. Moga Allah terima segala amalan kita sepanjang Ramadhan yang lalu serta dipertemukan kita semua dengan Ramadhan 1433 yang akan datang, amiin ya Allah.

Zul & Najdah, 
serta Aisyah, Amal, Anis, Fathi dan Hifdzi
(1 Syawal 1432, Pasir Mas, Kelantan)

Friday, August 26, 2011

Cara Mudah Meramal Kenaikan Harga Emas

Bila harga emas jatuh, tak ramai yang beli emas sebab takut harga emas turun lagi. Mereka akan wait and see. Bila harga emas naik, ramailah yang kelam kabut beli emas sebab takut harga emas naik lagi. Itulah yang saya perhati. Kalau tanya dealer emas otai yang lain pun, saya yakin, mereka pun setuju tentang 'perangai' pembeli-pembeli emas ni. Lebih ramai yang beli bila harga naik memuncak berbanding harga turun rendah.

Beli Masa Harga Emas Tak Begitu 'Seksi'

Lepas nak dekat setahun perhati turun naik harga emas, saya nampak antara masa yang agak baik untuk tambahkan lagi simpanan emas fizikal ialah masa harga 'statik'. Naik tak, turun pun tak. Sebabnya, bila trend macam ni, harga emas akan melonjak pada bila-bila masa.

Saya pernah beli 3 keping gold bar 20 gram dengan harga RM3,150 daripada customer yang nak tolak balik. Masa tu, harga emas tak begitu 'seksi'. Tak ramai yang berminat. Nak tolak harga diskaun 6% pun tak ada orang nak beli. Masa tu, ramai orang jual terus pada Public Gold sebab tak dapat buyer. Tapi dua minggu lepas tu, harga emas terus melonjak ke RM3,400! Saya untung 8% dalam masa dua minggu sahaja!

Monday, August 22, 2011

7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang!

Sejak tahun 2003 lagi saya azam nak bebas daripada segala hutang. Masa tu, kami terbeban dengan 5 hutang iaitu PTPTN saya, PTPTN isteri saya, Study Loan Yayasan Johor saya, Computer Loan, dan Car Loan. Lepas berhempas pulas selama 4 tahun, alhamdulillah, 4 Januari 2007 kami bebas dari segala hutang! Sejak hari tu, tak ada lagi hutang berbaki walaupun satu sen. Dan kami suami isteri kekal sebagai orang yang bebas hutang hingga ke saat saya menulis artikel ni.

Ada juga kawan yang mintak saya kongsikan cara untuk bebas hutang, tapi saya bukanlah orang layak untuk ajar cara bebas hutang. Cuma sekadar berkongsi tu, insyaAllah. Langkah pertama, saya boleh cadangkan sahabat semua baca buku Petunjuk Jalan Kekayaan, tulisan Chef Li. Buku tu banyak bagi motivasi dan membuatkan saya insaf untuk jauhkan diri dari hutang. Lepas menyelami betapa susah hatinya Chef Li masa dikelilingi hutang, saya sendiri pun rasa fobia dengan hutang.

4 Prinsip Asas Kewangan Peribadi

Bila dah betul-betul ada kesedaran dan semangat bebas dari segala hutang, mungkin sahabat semua boleh pakai PRINSIP KEWANGAN yang saya amalkan ni.

Wednesday, August 17, 2011

Faktor Kenaikan Harga Emas

Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa harga emas melambung-lambung dalam masa sebulan dua ni. 18 Julai 2011 baru jer emas cecah USD1,600 seauns, 11 Ogos 2011 dah melonjak melepasi USD1,800 seauns. Kenaikan melebihi 10% dalam masa tak sampai sebulan!

Kenapa Harga Emas Melonjak Julai – Ogos 2011?

Faktor sebenarnya kenaikan ini ialah kebimbangan negara-negara dunia dengan krisis hutang Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah. Data IMF menunjukkan bank-bank pusat seperti Thailand, Rusia dan Kazakhstan dan Korea Selatan menambah rizab emas dalam pegangan mereka dalam masa 2 bulan yang lepas. Korea Selatan sebagai contohnya, buat pertama kali membeli emas dalam masa 10 tahun ni. Korea Selatan borong 25 ton emas dalam bulan Jun dan Julai 2011. Kalau negara-negara lain dah mula menunjukkan ‘desperate’ membeli emas untuk lindungi ekonomi dan masa depan mereka, maksudnya kita pun kena buat sesuatu dengan ‘ekonomi’ kita.

Monday, August 15, 2011

Kaya atau Sempit, Di Mana Silapnya?

"Saya tak dapat cari sumber lain! Tolonglah saya En. Zul. Saya amat terdesak nak bayar macam-macam. Mohon ada perikemanusiaan. Saya kalau boleh nak elak pinjam along! Tolonglah!"

Kaya atau miskin, mana silapnya? Kami dah ber-anak 5, isteri 'tak kerja', tapi kami selalu ditagih bantuan kewangan, dah lebih 3 tahun. Terdesak duit, pinjam duit kami. Terdesak lagi, pinjam duit kami lagi. Buka kedai, berniaga, tersepit lagi sampai nak makan pun susah, cari kami lagi.

Kaya Adalah Pilihan, Bukan Nasib

Awal tahun hari tu, mereka suami isteri beriya-iya nak tukar kereta baru. Kereta Perodua Rusa tu tak 'class' katanya, nak tukar pakai Azla pulak. Nak tolak Perodua Rusa pada kami atas alasan kami anak ramai dan nak minta jasa baik saya buat loan beli kereta Alza baru atas nama saya sebab mereka suami isteri dah tak layak buat loan! Uh, saya tolak, sebab kami bukan terlalu terdesak untuk pakai kereta besar lagi. Kira-kira yang saya buat, memang rugi tukar kereta baru. Tunggu nanti hasil bisnes kami cukup selesa untuk beli kereta baru tanpa hutang, baru nak beli, insyaAllah.

Tuesday, August 9, 2011

Bila Masa Terbaik Menjual Emas?

Harga emas telahpun melepasi USD1,700 seauns semalam (8 Ogos 2011). Ada 2, 3 orang buyer emas dulu contact saya tanya samada sekarang masa terbaik jual balik emas atau belum. Jawapan saya, kalau nak pakai duit, jual. Kalau belum nak pakai duit, simpan jer dulu.

Pemerhatian saya, kebanyakkan pelabur emas melabur macam melabur dalam saham. Beli harga rendah, dan bila harga naik, terus jual. Untung seratus dua, itulah untung. Lepas jual, harga emas terus naik, naik dan naik. Nak beli balik, terpaksa top-up lagi duit.

Emas Bukan Macam Saham

Contohnya, dulu beli gold bar Public Gold 20g harganya RM3,200. Sekarang, harga jualan balik lebih kurang RM3,440. Untung RM240 katanya. Lepas jual, harga emas terus naik. Nak beli balik, harga emas yang sama dahpun RM3,600! Terpaksa top-up lagi RM160. Persoalan sekarang, adakah RM240 tu untung?

Bagi mereka yang ada mindset yang betul tentang pelaburan emas, emas bagi mereka adalah sandaran kepada duit. Maksudnya, duit sebenar adalah emas, bukan kertas (duit kertas). Sebabnya, duit kertas tak ada nilai sebenar, ianya hanya jaminan sesebuah kerajaan. Dan nilainya boleh dimanipulasi. Dan yang lagi penting, duit kertas makin hari makin susut nilainya.

Monday, August 8, 2011

10 Kesilapan Pelabur Emas!

Sekadar nak berkongsi perkara penting buat pelabur emas dan perak iaitu tentang 10 kesilapan biasa pelabur emas. Saya berkongsi ni sebab saya tengok ramai juga yang buat kesilapan remeh yang sepatutnya boleh dielakkan kalau dia ada ilmu. Kekadang saya terkilan juga kesilapan tu dilakukan oleh kawan-kawan rapat sendiri. Kalau dia tanya saya dulu sebelum bertindak, saya rasa dia boleh elakkan, insyaAllah.

10 Kesilapan Pelabur Emas

So, untuk elakkan kesilapan tu, saya dedahkan 10 daripada kesilapan biasa pelabur emas berdasarkan pengalaman saya sendiri dan dealer-dealer yang otai. Moga ianya bermanfaat:

Kesilapan #1: Melabur ikut-ikut tanpa ilmu. Ingat, lagi tinggi ilmu, lagi banyak untung anda akan dapat dalam mana-mana pelaburan. Baca at least 1 buku pelaburan emas yang ada kredibiliti sebelum bermula dan datanglah ke mana-mana talk tentang pelaburan emas.

Kesilapan #2: Tunggu harga emas paling rendah untuk buat belian pertama. Anda tak akan faham bila harga emas rendah selagi belum buat belian pertama sebab anda belum ada benchmark tersendiri. Cara yang lebih baik ialah beli dulu at least 1 dinar, dan lepas tu barulah boleh monitor harga. Untuk makluman anda, technical analyst harga emas yang paling pakar sekalipun tak tahu bila harga emas paling rendah.

Wednesday, August 3, 2011

Cara Praktikal Mencapai 3 KPI Ramadhan

Menarik perkongsian Ustaz Dr. Ahmad Faisal Abdul Hamid di facebook tentang cara mencapai 3 KPI utama Ramadhan. Satu saranan yang sangat praktikal dan bersifat kotemporari.

Menurut Ustaz, ada 3 KPI utama Ramadhan iaitu; (1) Puasa yang sempurna, (2) Solat Terawikh, (3) Buru Lailatul Qadar. Kesemua 3 utama tersebut sebenarnya ke arah mencapai 3 SASARAN sebenar Ramadhan iaitu (1) Keampunan dosa dulu dan akan datang, (2) Bebaskan nama dari senarai ahli Neraka, dan (3) Pahala sebanyak 83 tahun, 4 bulan.

KPI #1: Puasa Yang Sempurna

Untuk capai KPI #1, kena pastikan 5 perkara iaitu; (a) niat puasa betul, (b) sahur pada waktu sahur, sekitar 5.00 pg, (c) berbuka puasa tepat pada waktunya, bukan awal, bukan lewat, (d) menahan diri dari segala perkara membatalkan puasa, (e) elak diri dari melampau menggunakan lidah, kaki, tangan dan telinga.

KPI #2: Solat Terawikh

Untuk capai KPI #2, kena pastikan 4 perkara iaitu; (a) makan sikit masa berbuka puasa. Kalau nak makan banyak pun, pastikan makan hanya 1/3 perut, minum 1/3, dan kosongkan 1/3, (b) solat di surau atau masjid yang kita selesa, (c) pergi awal ke masjid/ surau untuk pastikan tempat solat yang tidak mengganggu, (d) jangan bawa handphone atau apa-apa yang mengganggu kosentrasi solat.

Tuesday, August 2, 2011

Inter-Takaful Operators Futsal 2011

Dah lama benar tak main futsal. Lebih kurang 2, 3 tahun juga tinggal. Alhamdulillah, dua minggu lepas main balik di Futsal Tournament Inter-Takaful Operators 2011, Triways Padang Jawa, Shah Alam. Just for fun.

Komen kawan-kawan "Huh, laju nyer kau main. Atas, bawah, atas, bawah. Larat pulak kau yer?".

Alhamdulillah. Maksudnya, fitness masih ada. Ingatkan dah 3 tahun tak main, mesti pancit. Rupa-rupanya masih boleh bertahan. Taklah semput separuh mati macam mula-mula main tahun 2003 dulu.

Rupa-rupanya, main futsal lagi penat dari main bola padang sebab cara permainan futsal kena laju. Main tanpa henti. Tak macam bola padang. Kalau jaga bawah, masa bola naik atas kita boleh rest. Tapi futsal... huh... patut la orang cakap ramai star world cup asah bakat di gelanggang futsal sebelum jadi 'star'. Apapun, syukur. Moga kita semua fit sepanjang masa, untuk nafas dakwah yang panjang. Jaga pemakanan, exercise 2, 3 kali seminggu, rehat yang cukup, jiwa terdidik, dan fikiran yang sejahtera. Itulah 4 kunci kesihatan optimum.

Monday, August 1, 2011

Ramadhan: Peluang Kembali Kepada Fitrah (V2.0)

“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan puasa ke atas dirimu sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas umat sebelum kamu, mudah-mudahan dengan puasa itu kamu bertaqwa” [Al-Baqarah 2: 183]

Alhamdulillah, sempat bertemu Ramadhan sekali lagi.

Untuk semua sahabat, kami ucapkan selamat berpesta ibadah di bulan Ramadhan. Mudah-mudahan, kita semua dapat menjadi graduan Ramadhan yang bertaqwa. Dan dengan pakej-pakej ibadah di dalamnya, mudah-mudahan dapat membantu kita kembali kepada fitrah yang suci bersih di Aidil Fitri nanti.

Ramadhan Bukan Sekadar Puasa

Zaman kanak-kanak dulu, saya ingat bulan Ramadhan ni bulan puasa jer. Tapi rupa-rupanya bukan begitu. Puasa cuma satu daripada banyak offer yang ada dalam bulan Ramadhan.