Tuesday, December 27, 2011

Risiko Sebenar Pelaburan Emas Fizikal

Apa akan jadi pada pelabur emas Public Gold (PG) kalau syarikat lingkup? Apa akan jadi pada pelabur Dinar Kelantan kalau BN ambik alih kerajaan Negeri Kelantan? Pendek kata, apakah risiko pelabur emas fizikal kalau PENGELUAR lingkup?

Itu antara soalan yang biasa orang tanya saya sebelum beli emas.

Risiko Syarikat Pengeluar Lingkup?

Jawapan paling mudah yang saya rasa semua orang boleh jawab iaitu apakah risiko pembeli barang kemas kalau pekedai emas tutup kedai? Pastinya TAK ADA RISIKO sebab emas tu ada ditangan kita.

‘Invest’ dalam emas fizikal ni kita tak perlu risau. Macam beli barang kemas di kedai emas jer. Kita tak perlu risau samada kedai pengeluar tu lingkup ataupun maju sebab yang paling penting, kita pegang emas FIZIKAL. Emas ada ditangan kita. Nilai kekayaan kita bukan lagi terletak pada kedai tu, tapi terletak pada nilai berat dan ketulenan emas itu sendiri. Cuma kalau kedai tu masih wujud dan kukuh, kita akan dapat LEBIH MANFAAT. Mungkin boleh jual balik atau trade in emas tu dengan harga yang lebih tinggi berbanding trade-in di kedai lain.

Thursday, December 15, 2011

Harga Emas Jatuh, Rugi atau Rezeki?

Harga emas jatuh agak banyak dalam masa seminggu ni. Bulan November, harga tertinggi 1 Dinar Public Gold (PG) ialah RM820. Tapi pagi tadi, harga terendah RM715! Penurunan sebanyak 13%! Wow, banyak tu… Bagi orang baru, pastinya mereka rasa panik. Takut harga dah tak naik-naik dah. Tapi bagi orang yang ada ilmu pasal emas, oh! waktu gandakan keuntungan datang lagi! Mereka ‘bersorak’ dan memborong ramai-ramai!

Kejatuhan Bersifat Sementara

Kenapa kita perlu seronok bila harga jatuh? Bagi orang yang tahu, kejatuhan begini cuma sekejap jer. Maksudnya, kalau beli pada harga sekarang, mereka boleh buat fast profit! Saya yakin, 3 bulan akan datang, mesti mereka yang tak beli masa ni akan rasa menyesal…

Monday, December 12, 2011

Susah, Hanya Pada Langkah Pertama!

'Bertuahlah' kalau orang kata mulakan bisnes dengan mudah sebab bisnes memang susah, PERMULAANNYA…. 

Kami dulu tak tahu bisnes, tersilap langkah, tersalah tindakan, tersakitkan hati orang, terpush orang, tersilap bahasa, tersilap strategi, terhabis duit (rugi), rasa lemah semangat, dan rasa putus asa... Itu memang biasa masa mula-mula buat bisnes dulu. Tapi Tuhan Maha Pemurah. Dia pun kesian tengok kita bersusah payah cari rezeki. Lepas susah, dia bagi senang. Lepas senang, dia bagi susah. Susah dan senang yang silih berganti itulah cara Tuhan mendidik kita...

Semunya Susah, Permulaannya…

Sebenarnya, bukan bisnes jer yang susah. Apa-apa pun susah masa nak BERMULA. Nak drive kereta pun susah masa mula-mula dulu. Tersalah masuk gear, terlanggar pasu, nak tekan brek tapi tertekan minyak, nak masukkan gear pun terfikir-fikir, tersondol kereta orang, tergesel dinding garaj, terlupa tutup lampu sampai kong bateri kereta dan macam-macam lagi… Itulah masa baru-baru nak pandai kereta… Tapi sekarang, sambil drive silap boleh makan-makan, balas sms, ribakan anak, bahkan bancuh susu anak pun boleh!… (",)

Tuesday, December 6, 2011

Pelabur Emas Untung 20%, Dealer Untung 40%!

Just nak share 1 tip penting dengan sahabat, iaitu daripada simpan duit kertas, lebih baik simpan emas.

Nasihat saya, kalau ada duit RM20,000, jadilah dealer Public Gold. Saya untung banyak juga dengan Public Gold ni walaupun sambil-sambil. Semalam saya dapat satu urusniaga yang untungnya RM950! Alhamdulillah… syukur pada Allah yang menghantar customer pada saya. Entah macam mana, tetiba ada seorang yang saya tak kenal call nak beli emas lepas baca 5 Minit Review Tentang Emas dari blog ni.

Cara Dealer Emas Gandakan Keuntungan

Untung kenaikan nilai emas sahaja setakat ni, lebih kurang 13% dalam masa 9 bulan! Di bawah ni, saya senaraikan 4 keuntungan jadi Dealer Public Gold: