MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Ganda Kekayaan Dengan Bersedekah

February 17, 2012

sedekah (

Salah satu hikmah yang saya belajar akhir-akhir ni ialah, kalau nak Allah gandakan rezeki, perbanyakkan sedekah. Allah akan ganti 10 KALI GANDA. Ada satu hari tu, saya nak test power untuk kuatkan keyakinan saya tentang janji Allah. Ada seorang student belajar Mesir dalam kesempitan. So, saya sedekahkan RM50, keluarkan dari tabung infaq bisnes kami. Seminggu lepas tu, Allah ganti balik dengan 3 urusniaga yang untungnya sekitar RM1,100! 20 KALI GANDA! Alhamdulillah...

Kami untung bersih sekitar RM1,000 sebab setiap hasil untung bisnes, kami akan potong 12.5%. 10% kami kembalikan ke tabung infaq, 2.5% kami masukkan ke tabung zakat.

Bersedekah Dulu, Baru Datang "Kaya"

Nasihat saya pada semua sahabat, kalau rasa sempit, perbanyakkanlah sedekah. Masa saya sempit dulu, saya pun lokek bersedekah sebab saya rasa untuk diri sendiri pun tak cukup, macam mana nak keluarkan sedekah? Tapi sampai satu masa, saya fikir sampai bila nak lokek macam ni. Then, saya start sedekah sikit-sikit. Mulakan masukkkan duit dalam tabung masjid RM1 seminggu. Lama-lama, sedekah tu makin hari makin bertambah sampai ianya dah jadi habit.

Pesan Chef Li, kalau ada orang mintak sedekah, bagi jer walaupun seringgit. Tak banyak tak apa, asalkan berterusan kata Nabi. Samada mereka betul-betul susah ataupun ‘sindiket’ itu bukan kerja kita. Kalau bagi dengan ikhlas, Tuhan pasti akan balas, insyaAllah.

Rezeki Lebih Lapang Bila Bersedekah

Start dari situ lah, saya perasan rezeki kami makin hari makin lapang, alhamdulillah... Dulu, nak dapat EXTRA income RM10 sebulan pun punyalah payah. Tapi sekarang, setakat RM1,000 sebulan tu biasa jer. Pendek kata, sambil ‘main-main’ pun boleh dapat, alhamdulillah.

Dan memang macam tu lah yang saya perhati. Ada seorang sahabat saya yang kerjanya biasa jer, tapi dia memang suka belanja kawan. Kalau keluar minum-minum, memang tak pernah sempat saya bayarkan. Mesti dia jer yang bayarkan dulu. Dan saya tengok hidup dia senang jer dan boleh dikatakan tak ada apa-apa masalah kewangan walaupun kerja taklah seberapa.

Memang benarlah janji Tuhan. Barang siapa yang keluarkan infaq, PASTI Dia akan ganti balik dengan nilai yang berkali-kali ganda banyaknya.

Wallahu a’lam.

“Barang siapa membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalnya” [Al-An’aam 6:160]

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui” [Al-Baqarah 2:261]

Zulkifli
Damansara Damai
28 Disember 2011
3 Safar 1433

Kesimpulan:

  • Kena bersedekah dulu baru Allah bagi kaya, bukannya kaya dulu baru nak bersedekah. Biasakan diri bersedekah sebelum Allah bagi kaya sebab takut bila dah kaya kita jadi kedekut untuk bersedekah. Nauzubillah.
  • Hikmah bersekah bukan sekadar menggandakan kekayaan, tetapi ia penghapus dosa, membersihkan harta, menghindarkan bala, menyembuhkan penyakit dan mengundang pertolongan daripada Allah.

Nota: 4 Kelebihan Sedekah

#1 - Mengundang Rezeki

“Perumpamaan (pahala) orang-orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah adalah seperti dengan sebiji benih yang menumbuh tujuh tangkai, dan pada setiap tangka itu pula terdapat seratus biji. Allah melipat gandakan (pahala) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui” [Al-Baqarah 2:261]

#2 - Menolak Bala

Rasulullah s.a.w bersabda "Bersegeralah bersedekah sebab bala tidak pernah mendahului sedekah".

#3 - Menyembuhkan Penyakit

Rasulullah s.a.w bersabda "Ubatilah penyakitmu dengan bersedekah".

#4 - Memanjangkan Usia

Rasulullah s.a.w bersabda "Perbanyakkanlah sedekah, sebab sedekah boleh memanjangkan umur"

Nota : Dalil Menggalakkan Bersedekah

"Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tiada lagi jual-beli dan tiada lagi persahabatan akrab dan tiada lagi syafa'at" [Al-Baqarah 2:254]

Syaitan menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir)." [Al-Baqarah 2:268]

Seorang hamba berkata: "Hartaku! Hartaku!". Sesungguhnya yang dimiliki dari hartanya hanya ada tiga; Apa yang dipakai kemudian usang, yang dimakan kemudian habis, yang diberikan kepada orang lain dan mendapat kepuasan. Selain itu, semuanya akan pergi dan ia tinggalkan untuk manusia." (Hadis Riwayat Muslim"

"Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya.". (Hadis Riwayat Muslim)

"Sesiapakah yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepadanyalah kamu dikembalikan." [Al-Baqarah 2:245]

(Kredit foto : assets.slate.wvu)

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Assalamualaikum Tuan Tanah, Saya mohon share dlm blog saya.. cukup bermanfaat ilmu Tuan.. mudahan Allah swt menambah rezeki kita dengan sedekah jariah..

  • Sangat suka entry ni… maha benarlah kata2 dan janji2 Allah… kalau ikut logik akal memang tak masuk akal makin sedekah makin kaya… tapi tak semuanya boleh pakai logik akal….yakin itu lebih penting…saya suka dengan pendekatan en.Zul dalam blog ini…

    -mas-

  • Sekadar berkongsi pengalaman. saya membuat potongan gaji sebanyak RM30 untuk zakat pendapatan. semalam tengok gaji dapat extra RM350 sebab ada cukai terlebih bayar. Walaupun PCB tu pada asalnya duit saya jugak, tapi alhamdulillah..Allah permudahkan segala urusan. sama-samalah kita menunaikan zakat dan bersedekah. InsyaAllah =)

  • ya mmg betul Allah akan meenggantikan semula apa yg kita sedekahkan cuma mengapa kita selalu saja memikirkan hy duit semata2…x semestinya kita sedekahkan duit Allah ganti dgn duit juga…hahaha kdg2 Allah akan ganti duit yg kita sedekahkan itu dgn benda lain yg kita sendiri x terfikirkan…mungkin jua Allah gantikan dgn anak yg sepatotnya sakit dgn sihat atau sepatotnya bala menimpa pd hr itu tp Allah padamkan bala itu .senyuman jua adalah sedekah,hiburkan hati org lain jua sedekah,ilmu yg ikhlas diberi jua adalah sedekah..x semestinya duit!wallahuaklam

    • Betul tu En. Fauzi. Terima kasih atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat. Saya sangat setuju, hakikat sedekah tak semestinya duit. Senyuman, beri kebaikan, dan ilmu juga sedekah.

      Saya doakan Allah merahmati En. Fauzi atas perkongsian ilmu ni. Jazakallah.

  • Assalamualaikum wbt.,

    Sy suka blog en.zul. Sy buat business kedai pakaian, most of baju female. Baju tu ada yg ketat, pendek, jarang etc. Mcmna sy nak relate business sy dengan nak membantu org lain/mberi manfaat sdgkan nampak jelas baju tersebut tidak mengikut syariat. sy turut berdosa ke? patut ke sy tukar jenis baju? Apa pendapat tuan?

    • Wslm Puan Wan,

      Pilih bisnes yang menenangkan hati, insyaAllah di situ ada keberkatan. Nabi s.a.w pernah pesan yang mafhumnya; “Dosa itu sesuatu yang mendatangkan rasa resah dalam hatimu.”.

      Wallahu a’lam.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >