Tukar Environment, Mulakan Bisnes Sendiri

by on April 5, 2012

Post image for Tukar Environment, Mulakan Bisnes Sendiri

Tak  yakin memulakan bisnes sendiri? Rasa berat, tak yakin, dan was-was nak mulakan bisnes sendiri itu memang perkara biasa bagi orang baru. Memang bertuahlah siapa start bisnes dengan bersemangat sebab kebanyakkan orang berjaya hari ni pun penuh dengan ragu-ragu masa nak bermula…

Chef Li Jutawan Senyap pun lemah semangat masa mula start bisnes. 1001 perasaan ragu-ragu masa nak mula. Sifu kami beberapa kali fikir nak berhenti masa mula-mula start bisnes. Irfan Khairi cuma dapat 3 customer setahun berniaga. Azizi Ali rugi RM100,000 buka bisnes pertama dia jual alatan muzik. Robert Kiyosaki jatuh bangkrap dengan bisnes pertama dia…

Itulah dia kalau nak bercakap pasal “semangat”….

Tukar Environment, Dapatkan Semangat

Semangat tak datang dengan duduk saja. Kena keluar rumah… tukar environment… bergaul dengan orang bisnes, hadiri perjumpaan bisnes, baca buku bisnes, dengar CD orang berjaya. Itulah ‘makanan’ harian untuk terus bersemangat dengan bisnes dan juga agama. Hadir majlis ilmu, hadir usrah, jumpa sahabat yang soleh, berjemaah di surau dan masjid,  dengar CD kuliah dan Quran, baca Al-Quran dan buku-buku agama. Itulah cara nak terus ‘bersemangat’ dalam beragama.

Tips yang saya bagi ni bukan teori, tapi inilah antara prinsip yang diamalkan oleh SESIAPA SAHAJA untuk berjaya. Baca 1000 buku pun, mereka tetap akan cakap tentang pentingnya tukar environment (bahan bacaan, pergaulan, apa yang kita lihat, apa yang kita dengar) untuk berjaya. Pentingnya biah solehah (suasana membina) kalau nak jadi orang soleh dan solehah. Irfan Khari, Chef Li, Kiyosaki, Azizi Ali, dan semua orang berjaya cakap benda yang sama. Tukar environment…

Berikan Masa 6 Bulan, Tukar Environment

Tak ada keajaiban dengan hanya duduk di rumah dan berfikir sepanjang hari…Kalau sahabat nak mulakan bisnes sendiri, cara paling mudah ialah tukar environment dulu! InsyaAllah, semuanya akan jadi lebih mudah…

Persoalannya, berapa lama perlu tukar environment baru bisnes jadi mudah? Menurut Kiyosaki, at least 6 bulan, bukan hari ni datang seminar, esok jadi jutawan! Bukannya sekali datang seminar, bulan depan bisnes kencang!… Datang seminar, hadir workshop, baca buku, bergaul dengan orang berjaya secara konsisten at least 6 bulan, insyaAllah sahabat semua akan nampak bisnes ni tak lah sesusah yang disangka… Susah hanya bagi orang yang belum ada mindset yang betul tentang bisnes… Nak tukar mindset tak mungkin berlaku dalam satu malam… Ia bermula dengan tukar environment….

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
27 Mac 2012
4 Jamadil Awwal 1433

p.s. Dulu saya pun lalui perasaan sama. Was-was untuk bermula. Dah la tak pernah ada pengalaman buat bisnes, tak reti menjual, agak pemalu dan pendiam (terutamanya dengan orang yang saya belum kenal), tapi bila saya sentiasa baca buku bisnes pasal bisnes & motivasi, selalu hadir seminar dan perjumpaan bisnes, selalu berkawan dengan orang bisnes, masyaAllah… rupa-rupanya bisnes ni sangat menyeronokkan… Bahkan ia lebih mudah daripada tunggu kenaikan gaji dan bonus tahunan!

{ 14 comments… read them below or add one }

1 FAIZAL April 10, 2012 at 3:56 am

Salam Tuan,

Alhamdulillah kerna dlm pada sy mencari pembakar semangat utk sy memulakan perniagaan sepenuh masa, sy terjumpa blog Tuan. Tulisan Tuan sgt memberi inspirasi kpd sy. Sy sekarang bekerja sebagai Executive Account di salah sebuah bank di Kuala Lumpur, dan sy sgt berminat utk memulakan perniagaan sepenuh masa. Demi Allah, sy sgt risau memikirkan apa yg sy akan tinggalkan utk keluaraga dan anak2 sy dimasa hadapan, memandangkan keadaan hidup sekarang yg sememangnya kita semua tahu semakin menekan. Sy mengambil contoh kaum Cina, mereka mewarisi perniagaan keluarga dari satu generasi ke satu generasi..

Mohon tunjuk ajar dari Tuan kiranya Tuan ada perkongsiaan perniagaan yg boleh sy ceburi. Maaf diatas tulisan yg panjang lebar ini. Wsalam..

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie April 10, 2012 at 4:56 am

Wslm Faizal,

Alhamdulillah.. puji-pujian bagi Allah.. Moga artikel yang seadanya ni bermanfaat untuk Faizal. InsyaAllah, saya boleh berkongsi sedikit sebanyak ilmu & pengalaman pasal bisnes… Bisnes biasa-biasa jer Faizal.

Nanti boleh add friends di facebook. Search email saya “ibnushafie@gmail.com”. InsyaAllah, kita boleh communicate personally melalui email atau facebook, insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Reply

3 FAIZAL April 10, 2012 at 2:15 pm

Terima kasih Tuan, sy dah add Tuan dlm FB (Mohd Faizal). Terima kasih skali lg.

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie April 10, 2012 at 11:37 pm

Alhamdulillah Faizal… saya dah accept.

Reply

5 Mrsboxz April 17, 2012 at 8:18 am

Salam Tuan, alhamdulillah diberikan peluang jumpa blog tuan sbb tgh google ttg emas, ttg gandakan wang.

Sy nk tanya — selama ini sy membeli barang kemas utk aset/simpan. Tp baru2 ni nk jual bru tahu hrga jatuh. Cthnya : Gelang 30.2 g sy beli harga rm4700.00

Nak jual/trade in just dpt RM 4300.00 shj lastweek.

Rasanya berminat nk laburdlm emas fizikal ni, nk jd ejen kena modal besar..besar mana yer? untung kira mcmana yer?

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie April 17, 2012 at 9:34 am

Wslm Puan,

Alhamdulillah, t.kasih berziarah ke blog yang seadanya ni.

Boleh saya tahu bila puan beli barang kemas tu? Barang kemas ada 2 jenis iaitu barang kemas PERHIASAN & PELABURAN.. Emas perhiasan lambat untung sebab kita kena caj (1) kos upah dan (2) spread/ susut nilai yang tinggi – sekitar 25%. Maksudnya kalau harga emas naik 25%, kita baru balik modal.

Modal untuk jadi dealer Public Gold ialah RM20,000. Beli emas nilai RM20,000, automatik jadi dealer. Untung kenaikan harga emas dan komisyen atas jual beli emas. Keuntungannya saya ada terangkan dalam artikel saya bertajuk “6 Kelebihan Bisnes Jual Beli Emas”. Boleh guna URL ni; http://www.mohdzulkifli.com/2012/04/6-kelebihan-bisnes-jual-beli-emas.html.

Wallahu a’lam.

Reply

7 Mrsboxz April 18, 2012 at 1:11 am

En Zul, sy beli gelang emas tu tahun 2010 atau 2011. Masa tu harga emas RM 155 (penjual tu kata). Lps cmpur upah semua jdlah harga RM 4700.00.Penjual emas tu bgtau harga mgu lepas adalah RM 170.

Sy skrg rasa nk tukar patern baru gelang emas sy tu…tp bila tahu harga susut, tkjdlah.Sayang nk jual. Sy ambil cincin shj (2.8gram dgn harga RM 570.00)

p/s : Suami sy tanya sy semlm lps sy cdgkan kami labur dlm PG –> time bila kita untung? cthnya kami beli sikit2 dlu…nak beli jongkong ker dinar?

En Zul, org Trg yer…kalo turun sini, kalo ada plan nk wat seminar, inform yer.Berminat nk belajar ttg emas.TQVM

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie April 18, 2012 at 4:54 am

Ooo.. Ok.. Maksudnya, harga emas dah naik 8.8% daripada harga yang puan beli tu. Tapi disebabkan kos upah & spread 25%, akak masih tak balik modal. Memang barang kemas PERHIASAN ni lambat untung berbanding barang kemas pelaburan.

Bila time untung simpan emas? Simpan at least setahun, insyaAllah untung. Itu berdasarkan track record 10 tahun lepas. Pada saya, beli 1 dinar lagi bagus.

Saya orang Kelantan, isteri saya orang K.Terengganu. Saya tak buat seminar. Tapi selalu ada seminar di Kuala Terangganu. Puan cek website http://www.pelaburjutawan.com. Beliau antara the speaker pasal gold investment ni.

Nanti boleh add friend di facebook. Search “ibnushafie@gmail.com”. Saya ada juga update pasal gold investment dalam facebook.

Reply

9 Haimie May 13, 2012 at 3:52 pm

Assalam En Zul,
sy baru add encik di fb,tlg accept ye.

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie May 14, 2012 at 10:05 am

Wslm Pn. Haimie,

Alhamdulillah. Saya dah accept. TQ sebab add friends. :)

Reply

11 Anonymous June 18, 2012 at 8:03 pm

en sy mushkil ni kalo beli emas dah byk nk simpan kat mana?

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie November 7, 2012 at 4:59 am

Tuan boleh baca panduan yang saya tulis dalam artikel “Cara Simpan Emas Dengan Selamat”. Boleh gunakan link ni:

http://www.mohdzulkifli.com/2011/10/cara-simpan-emas-dengan-selamat.html

Moga bermanfaat, insyaAllah.

p.s. mohon maaf sebab baru perasan commments ni. Baru dapat reply.

Reply

13 Bahmin January 15, 2015 at 1:39 am

Assalamualaikum tuan,
Terima kasih atas penerangan dlam blog ini,ia cukup untuk membakar diri saya untuk memulakan environment baru dalam kehidupan saya.Keinginan saya untuk memulakan perniagaan sendiri amat kuat,tetapi perasaan takut dan was-was masih menebal kerana kurangnya keyakinan diri.Saya memohon jasa baik tuan untuk membimbing saya menuju kejayaan itupun kalau tuan tidak keberatan.

Reply

14 Mohd Zulkifli Shafie January 17, 2015 at 8:03 am

Wslm En. Bahmin,

Alhamdulillah. Puji-pujian bagi Allah.

InsyaAllah. Saya doakan Allah berikan kekuatan dan berikan keberkatan atas azam En Bahmin. Amiin ya Allah.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: