Alhamdulillah, pengalaman baru bagi saya serta anak-anak. Hujung minggu lepas (29 April 2012), kami bawa anak-anak ke tempat rekreasi terbaru yang diperkenalkan oleh customer kami iaitu Pn. Azni dan suaminya yang tinggal di Denai Alam.
Berkuda bersama Hifdzi. Saya selalu fikir nak exposedkan anak-anak dengan pengalaman baru dalam hidup.
Aisyah excited nak naik kuda. Asalnya, saja ajak anak-anak pergi tengok kuda. Mungkin ia lebih baik dari aktiviti rutin kami bersama mereka iaitu main di playground.
Anis berani. Tak sangka pulak semuanya berani naik kuda. Saya pun teragak-agak masa nak naik.
Amal dapat kuda lebih kecik dan lebih cantik. Dia tak nak naik kuda besar yang kami naik. Dia insist juga untuk naik kuda kecik... Hm... Amal memang seorang yang berpendirian. Kami nampak, dia adalah future muslimah leader!
Fathi pun excited. Mula-mula saya fikir dia takut naik kuda. So, saya beli 4 tiket jer iaitu untuk saya, Aisyah, Amal, dan Anis. Tapi bila tengok semua kakaknya naik, Fathi pun nak juga! Barulah dipanggil "boy"... (",)
Anak-anak happy, ibubapa ni bertambah-tambah la happy. Saya plan nak register jadi member club ni. Cuma RM180 jer sekeluarga. Dapat naik kuda tu free, unlimited untuk setahun. Di club ni, bukan ada kuda jer, banyak lagi termasuk memanah, kolam mandi manda, gym, motor cross dsb. InsyaAllah, next visit saya akan ambik lebih banyak foto di sini...
Sahabat yang duduk area KL Selangor, jalan lepaskan peluang untuk bawa anak-anak ke sini. Sekali naik kuda bayarannya cuma RM5! MasyaAllah... Murah tu berbanding nak bela dan jaga sendiri kuda-kuda tu.... Untuk maklumat lanjut pasal club ni, sahabat semua boleh tengok website ni; www.darchorse.com.my.
Wallahu a'lam.
Zulkifli
Damansara Damai
3 Mei 2012
12 Jamadil Akhir 1433
Seronok beriadah sekeluarga.. ;)
ReplyDeleteSekali sekala tukar angin benda baru memang bestkan tuan..
terima kasih kerana berkongsi.. ;)
Alhamdulillah... T.kasih juga kerana berziarah ke blog ni... :-)
DeleteAlhamdulillah..happy family..
ReplyDeleteNur
Alhamdulillah... T.kasih Pn. Nur. Doakan kami sekeluarga bahagia, insyaAllah.
DeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteQuality time with family :)
Alhamdulillah... :)
DeleteSeronok beriadah bersama keluarga dgn aktiviti sukan sunnah...:-)
ReplyDeleteAlhamdulillah... :)
Delete