Hari Terbuka TUDM Subang 2012

by on June 3, 2012

Hari Terbuka TUDM, Pangkalan Udara Subang, 3 Jun 2012

Masa baru sampai, persembahan helikopter dengan 6 komando sedang bergayut atas tali.
Lepas helikopter, persembahan fighter jet Sukhoi TUDM. Persembahan paling best hari tu. (foto sumber web TUDM)
Ngauman Sukhoi di langit Subang, sangat membingitkan telinga sampai Fathi nangis-nangis takut. Terpaksa dukung dia sepanjang pameran tu. Saya bawa juga dia pergi dekat-dekat dengan pesawat-pesawat tu sebab anak jantan mesti berani. (foto hiasan)
 Cuaca terang dan agak panas hari tu.
Breakfast. Keluar rumah pukul 9.00 pagi lagi. Bajet boleh sampai sebelum 10.00 pagi, tapi jalan sesak untuk masuk ke Pengkalan Udara Subang ni.

 Pengalaman baru untuk anak-anak. Tak boleh dibeli dengan wang ringgit.
Najdah walaupun tengah sarat 9 bulan, menunggu hari untuk bersalin tapi tetap kuat untuk berjalan sana sini, alhamdulillah… Mungkin asbab suplemen. Saya pastikan dia cukup suplemen vitamin demi kesihatan dia dan baby yang bakal lahir.

Kat belakang tu, fighter jet TUDM terbaru. Tapi tak boleh lawan kecanggihan Sukhoi lagi.

Sukhoi, pesawat pemusnah buatan Rusia.

 Macam-macam jenis pesawat dipamerkan pada hari tu. Dari sekecil-kecil pesawat hinggalah sebesar-besar pesawat pengangkut TUDM.
Helikopter paling kecil. Bergambar bersama komando TUDM. 
Hifdzi, dalam pesawat buatan Malaysia. 
Aisyah., try test naik pesawat paling kecil buatan Malaysia.
Amal, nak try juga.
 Anis pun tak try. Mesti lepas balik dia cerita dekat kawan-kawan di sekolah.
Tak sangka. Ammar, rakan bisnes saya pun bertugas di sini. Jaga pesawat.
 Antara pesawat yang dipamerkan. Tak larat pusing seluruh kawasan sebab kena dukung Fathi sepanjang masa.
Banyak lagi pameran di bawah Hangar tu. Tapi nak cepat-cepat balik. Panas dan penat. Sahabat yang nak tengok foto-foto sepanjang Hari Terbuka tu, boleh klik di website TUDM ni.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: