MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Tingkatkan Keberkesanan Marketing Dengan Taqwa

[Kemaskini 30 Mac 2024]

Macam-macam strategi marketing yang orang guna hari ni. Tapi lepas belajar dan perhati, saya dapati, strategi marketing paling efektif sepanjang zaman adalah “taqwa”. 

Di bawah ni jawapan saya kepada sahabat baru saya dari Ipoh, bila dia tanya kaedah marketing yang efektif;

Teknik marketing paling efektif

‘Teknik’ marketing paling efektif sebenarnya adalah “taqwa”.

Maksudnya, kita mesti dikenali sebagai orang yang boleh dipercayai, jujur, amanah, menepati janji, dan suka membantu. 

Asasnya bermula bila kita bina hubungan yang baik dengan Tuhan, dan sentiasa rasa takut pada Tuhan – taqwa. Bila takut berbuat salah dengan Tuhan, maka kita juga akan takut buat salah sesama manusia.

Kita akan tetap buat baik. Samada di depan manusia, ataupun di belakang manusia.

Bermula rasa takut pada Tuhan

Benda ni nampak macam tak ada kena mengena dengan marketing, tapi impak dia cukup besar. Bahkan sebenarnya Tuhan dah janji, dia akan bagi rezeki yang tak disangka-sangka untuk siapa yang bertaqwa.

Realiti yang banyak orang tak sedar, perkara paling susah nak dapat dalam bisnes ialah kejujuran. Banyak yang pandai (atau pakar), tapi hanya sedikit yang jujur.

Kalau ada 10 orang yang buat marketing, saya sangat yakin, tak lebih 2 orang yang bercakap jujur (demi kepentingan kita sebagai customer).

Selebihnya, masing-masing sibuk fikir poket mereka sendiri dan abaikan manfaat sebenar yang customer sepatutnya dapat.

Ciri-ciri paling dicari-cari

Bila kita jadi orang dipercayai, kita ada ciri-ciri yang paling dicari-cari oleh customer, iaitu kejujuran.

Bila kita dikenali sebagai orang yang jujur lagi boleh dipercayai, orang lain akan tak teragak-agak untuk tolong promotekan bisnes kita tanpa dibayar!

Orang akan cakap tentang kejujuran kita, dan kebaikan yang mereka dapat daripada produk (ataupun servis) kita.

Bila orang mula bercakap dari mulut ke mulut (tanpa dibayar), sebenarnya bisnes kita sedang berkembang dengan kaedah marketing paling berkesan di dunia, iaitu “word-of-mouth”! 

Dari situlah bisnes kita akan berkembang secara "auto". Kita akan mula dapat customer atas customer atas customer... Itu rezeki yang kita sendiri pun tak pernah sangka! InsyaAllah...

Tingkatkan marketing dengan “taqwa”

Apa yang kita kena sedar, bila orang membeli, sebenarnya bukan sahaja dia beli produk kita sahaja, tapi dia ‘beli’ diri kita sekali.

Contohnya, bila sebut jer nama kita, orang dah tahu, apa yang datang dari kita adalah yang terbaik dan baik-baik belaka. Orang marketing cakap, "jual diri sebelum jual produk".

Saya sedar benda ni bila saya dapat ramai customer yang sanggup bank-in duit ke akaun saya untuk beli emas (yang kosnya agak besar) walaupun mereka tak pernah kenal dan jumpa secara peribadi. Bukan senang tu...

Kalau dia berani bank-in duit walaupun produk belum dapat lagi, maksudnya kepercayaan mereka amat tinggi.

Rahsia kejayaan bisnes Nabi s.a.w

Jadi, tak hairanlah kalau bisnes Nabi Muhammad s.a.w meletup-letup bila baginda niagakan barang dagangan Khadijah a.s.

Baginda memang dikenali sebagai al-amin (orang yang amanah).

Maksudnya, disamping kita belajar macam-macam teknik bisnes dan marketing, pastikan perbaiki diri sendiri jadi manusia yang lebih baik di sisi Tuhan.

Jagalah solat setiap waktu, bacalah Quran setiap hari, rajin-rajinkanlah solat berjemaah di surau atau masjid, datanglah ke majlis-majlis ilmu dan zikrullah, belajarlah belek kitab-kitab agama, sentiasalah perbaiki diri, dan bersahabatlah dengan orang soleh (baik) selalu.

Itulah antara “kunci” penting untuk bisnes kita membesar.

Nanti bukan sahaja dapat rezeki yang berlipat kali ganda banyaknya, tapi ia datang dengan penuh keberkatan. Bila berkat, yang sikit pun jadi cukup. InsyaAllah...

Saya percaya, kejayaan dengan taqwa tu lebih berkesan dan lebih kekal manfaatnya. Bisnes kita pasti akan berkembang dengan cara yang tak disangka-sangka... InsyaAllah.

Moral of the story

Kesimpulan;

  1. Bila orang takut buat salah dengan Tuhan dia akan takut buat salah sesama manusia. Dia akan tetap baik samada depan orang ataupun belakang orang. Bagi dia, lebih baik rugi “duit” daripada berbuat dosa dalam bisnes.
  2. Orang yang jujur dengan Tuhan, dia akan jujur sesama manusia. Orang yang ingat akan Tuhan, dia akan ingat sesama manusia. Peniaga yang ingat akan Tuhan, dia akan ingatkan customer. Dia akan jujur dalam promosi, tak berlebih-lebih atau “over-promise”.
  3. Peniaga bertaqwa, dia utamakan kepentingan customer sebab bagi dia, rezeki tu memang Tuhan dah jamin. Yang belum terjamin ialah amal kebaikan dia yang dia nak bawa kembali kepada Tuhan. Jadi dia akan buat terbaik untuk customer, bukan sekadar untuk “poket” dia.
  4. Bila dia disukai Tuhan, dia akan disukai sesama manusia. Kalau manusia dah suka, untung rugi tu tak payah dirisau-risaukan lagi, insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
29 Mei 2012
 8 Rejab 1433

(Artikel ini ditulis dari maklum balas dengan sahabat saya dari Ipoh melalui email - 27 Julai 2011)

“Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.” (Surah Al-A'raf 7 : 96)

“ ...Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangkanya. Dan (Ingatlah), sesiapa bertawakkal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka Allah akan mencukupkan baginya (keperluannya).” (Surah Al-Talaq 65 : 2 - 3)

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Assalamualaikum abg zul,

    terima kasih di atas perkongsian ini,mohon pandangan abg zul mengenai kaedah memilih perniagaan yang sesuai dengan kita
    ..terima kasih sekali lagi.lama tak berjumpa abg zul selepas keluar dari mache dulu.8)

    yazid

    • Wslm Yazid,

      Allahu akbar… Lama betul tak jumpa.. Nanti kita keep in touch ikut FB. Nanti add friend A.Zul ok? Ramai juga orang tanya a.zul soalah Yazid tu tapi a.zul tak dapat bagi jawapan spesifik. Bagi general guideline tu boleh la. Peluang bisne sebnarnya terlalu banyak. Yazid start apa jer bisnes, tapi gunakan prinsip2 yang a.zul gariskan dekat page blog ni. Guna link ni;

      http://www.mohdzulkifli.com/p/bisnes.html

      Wallahu a’lam.

  • salam Eencik Zul. saya cadangkan selepas ini encik buat satu artikel apa pandangan encik tentang bekerja makan gaji pada masa mempunyai kerja sendiri. maksud saya buat 2 kerja dalam satu masa. terima kasih ^^

  • Salam Tuan,
    Dalam post tuan bertarikh 18 November, 2011 yg bertajuk Cara Menggandakan Kekayaan Dengan ‘Hutang’, tuan ada menyatakan ‘cara saya menggandakan kekayaan menggunakan duit EPF Akaun 2’ dia akhir post tersebut. Boleh tuan tunjukkan di mana post tuan yg berkaitan dgn EPF akaun 2 tersebut?

    • Wslm Tuan,

      Untuk gandakan duit EPF Akaun 2, tuan mesti ada loan rumah yang belum habis bayar. Apply dengan EPF untuk buat pengeluaran bayaran installment rumah. Lepas tu buat personal loan (Islamic) dengan mana-mana bank dengan amaun yang sama dengan pengeluaran yang kita buat tu. Guna duit yang dapat dari EPF tiap2 bulan tu untuk bayar installment personal loan.

      Itu jer cara yang saya buat.

  • Salam Tuan.. Terima kasih atas nasihat dan panduan..Saya tertarik dengan artikel yang tuan huraikan..dalam kesibukan kita bekerja dan mencari kekayaan kadang kala membuatkan kita lupa pada yang MAHA KAYA kerana sumber rezeki yang kita perolehi atas izinNya..Sikap jujur seharusnya ada dalam setiap urusniaga agar keberkatannya akan dapat kita perolehi sama..insyaAllah..

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >