
Macam-macam strategi marketing
yang orang guna hari ni. Tapi lepas belajar dan perhati, saya realise, strategi
marketing paling efektif sepanjang zaman adalah “taqwa”. Di bawah ni jawapan
saya kepada sahabat baru saya dari Ipoh
bila dia tanya kaedah marketing yang efektif;
Halim, pada saya, ‘teknik’
marketing paling efektif sebenarnya adalah "taqwa". Maksudnya, Halim mesti
dikenali sebagai orang yang boleh dipercayai, jujur, amanah, menepati janji,
dan suka membantu. Asasnya ialah dengan bina hubungan yang baik dengan Allah -
taqwa. Benda ni semua nampaknya macam tak ada kena mengena dengan marketing,
tapi impak dia cukup besar. Dan memang betul, Allah dah janji nak bagi rezeki yang
tak disangka-sangka untuk orang bertaqwa.
Contohnya, bila Halim jadi orang
dipercayai, orang lain akan tolong promotekan bisnes Halim dengan kaedah
marketing paling efektif iaitu "word-of-mouth" secara PERCUMA!
Dari situlah Halim akan dapat customer atas customer atas customer.. Itu rezeki yang Halim sendiri pun tak pernah sangka!
Tingkatkan Marketing Dengan
"Taqwa"
Halim, bila orang membeli,
sebenarnya bukan sahaja dia beli produk kita sahaja, tapi dia ‘beli’ diri kita
sekali. Contohnya, bila sebut jer nama Halim, orang dah tahu, apa yang datang
dari Halim adalah yang terbaik dan baik-baik belaka. Orang marketing cakap,
jual diri sebelum jual produk.
Saya sedar benda ni bila saya
dapat ramai customer yang sanggup bank-in duit ke akaun saya untuk beli emas
(yang kosnya agak besar) walaupun tak pernah kenal dan jumpa personally. Bukan
senang tu. Kalau dia berani bank-in duit walaupun produk belum dapat lagi,
maksudnya kepercayaan mereka amat tinggi.
Rahsia Kejayaan Bisnes Muhammad
s.a.w
Jadi, no wonderlah kalau bisnes
Muhammad s.a.w meletup-letup bila baginda niagakan barang dagangan Khadijah
a.s. sebab baginda memang dikenali sebagai al-amin (orang yang amanah). Maksudnya, disamping kita
belajar macam-macam teknik bisnes dan marketing, pastikan kita jaga solat
setiap waktu, baca Quran setiap hari, rajin berjemaah di surau dan masjid,
rajin ke majlis ilmu dan zikrullah, sentiasa perbaiki diri, dan bersahabatlah
dengan orang soleh selalu sebab ia “kunci” penting untuk bisnes kita membesar.
Yang penting, bukan sahaja dapat rezeki yang berlipatkali ganda banyaknya tapi
penuh dengan keberkatan. Bila berkat, yang sikit pun jadi cukup. Saya percaya,
kejayaan dengan taqwa tu lebih berkesan dan lebih kekal manfaatnya, dan bisnes kita akan berkembang dengan cara yang tak disangka-sangka… InsyaAllah.
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Damai
29 Mei 2012
8 Rejab 1433
Kesimpulan:
- Bila orang takut buat salah dengan Tuhan dia akan takut buat salah sesama manusia. Dia akan tetap baik samada depan orang ataupun belakang orang. Bagi dia, lebih baik rugi “duit” daripada berbuat dosa dalam bisnes.
- Orang yang jujur dengan Tuhan, dia akan jujur sesama manusia. Orang yang ingatkan Tuhan, dia akan ingat sesama manusia. Peniaga yang ingatkan Tuhan, dia akan ingatkan customer. Dia akan jujur dalam promosi, tak berlebih-lebih atau “over-promise”.
- Peniaga bertaqwa, dia utamakan kepentingan customer sebab bagi dia, rezeki tu memang Tuhan dah jamin. Yang belum terjamin ialah amal soleh dia yang dia nak bawa balik pada Tuhan. So, dia akan buat terbaik untuk customer, bukan untuk “poket” dia.
- Bila dia disukai Tuhan, dia akan disukai sesama manusia. Kalau manusia dah suka, untung rugi tu tak payah dirisau-risaukan lagi, insyaAllah.
(Artikel ini ditulis dari
correspondence dengan sahabat saya dari Ipoh melalui email pada 27 Julai 2011)
Artikel berkaitan:
Assalamualaikum abg zul,
ReplyDeleteterima kasih di atas perkongsian ini,mohon pandangan abg zul mengenai kaedah memilih perniagaan yang sesuai dengan kita
..terima kasih sekali lagi.lama tak berjumpa abg zul selepas keluar dari mache dulu.8)
yazid
Wslm Yazid,
DeleteAllahu akbar... Lama betul tak jumpa.. Nanti kita keep in touch ikut FB. Nanti add friend A.Zul ok? Ramai juga orang tanya a.zul soalah Yazid tu tapi a.zul tak dapat bagi jawapan spesifik. Bagi general guideline tu boleh la. Peluang bisne sebnarnya terlalu banyak. Yazid start apa jer bisnes, tapi gunakan prinsip2 yang a.zul gariskan dekat page blog ni. Guna link ni;
http://www.mohdzulkifli.com/p/bisnes.html
Wallahu a'lam.
assalam Tn. Zul,
ReplyDeletesatu perkongsian berguna sbg peringatan utk diri sendiri..
terima kasih.. ;0
Wslm Cik YusNur,
DeleteAlhamdulillah, puji-pujian bagi Allah..
salam Eencik Zul. saya cadangkan selepas ini encik buat satu artikel apa pandangan encik tentang bekerja makan gaji pada masa mempunyai kerja sendiri. maksud saya buat 2 kerja dalam satu masa. terima kasih ^^
ReplyDeleteWslm Dr Amin,
DeleteSatu cadangan baik. Saya pernah terfikir nak share pasal tu. InsyaAllah, nanti saya share. T.kasih Dr, Amin..
Salam Tuan,
ReplyDeleteDalam post tuan bertarikh 18 November, 2011 yg bertajuk Cara Menggandakan Kekayaan Dengan ‘Hutang’, tuan ada menyatakan 'cara saya menggandakan kekayaan menggunakan duit EPF Akaun 2' dia akhir post tersebut. Boleh tuan tunjukkan di mana post tuan yg berkaitan dgn EPF akaun 2 tersebut?
Wslm Tuan,
DeleteUntuk gandakan duit EPF Akaun 2, tuan mesti ada loan rumah yang belum habis bayar. Apply dengan EPF untuk buat pengeluaran bayaran installment rumah. Lepas tu buat personal loan (Islamic) dengan mana-mana bank dengan amaun yang sama dengan pengeluaran yang kita buat tu. Guna duit yang dapat dari EPF tiap2 bulan tu untuk bayar installment personal loan.
Itu jer cara yang saya buat.
Salam Tuan.. Terima kasih atas nasihat dan panduan..Saya tertarik dengan artikel yang tuan huraikan..dalam kesibukan kita bekerja dan mencari kekayaan kadang kala membuatkan kita lupa pada yang MAHA KAYA kerana sumber rezeki yang kita perolehi atas izinNya..Sikap jujur seharusnya ada dalam setiap urusniaga agar keberkatannya akan dapat kita perolehi sama..insyaAllah..
ReplyDeleteWlsm its maey,
DeleteAlhamdulillah... puji-pujian bagi Allah.