MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Aku Berjaya, atau Dia Yang Memberi?

December 26, 2012

Aku berjaya

“Setahun AKU buat bisnes, hari ni income bisnes aku dah dua kali ganda gaji AKU. Tahun ni, AKU dapat pergi melancong Paris, tahun depan AKU akan pergi Sydney pulak! Bulan depan, akan keluar BMW 5 series yang baru company bagi! Semuanya berlaku dalam masa hanya setahun AKU usahakan bisnes ni!…” Memang hebat, saya pun tabik spring dengan pencapaian hebat orang berniaga. Dulu hidup macam segan-segan, tapi hari ni semua hebat-hebat belaka. Pendek kata, “dunia ni ana yang punya”

Itulah ‘ujian’ awal orang baru berjaya. Dia diuji meletakkan kebesaran dan kehebatan pada DIRI SENDIRI atau pada Tuhan yang Maha Memberi. Masa saya mula-mula ‘meletup’ dalam bisnes, saya pun rasa semua ni sebab AKU yang usahakan.

Tapi bila dah sedikit berpengalaman, Allah uji up & down dalam bisnes, baru saya tahu, semua kejayaan dan kehebatan tu bukan AKU yang punya, tapi DIA (Allah) yang punya. “Aku” hanya tempat Allah sandarkan sebuah kejayaan. Hakikatnya, Tuhan lah yang hantar customer hingga rezeki kami belipat kali ganda. Hakikatnya, Dia lah memberi kekuatan kepada kami boleh bergerak ke sana sini mengembangkan bisnes. Malu nak ceritakan pencapain “Aku” tanpa bagi kredit pada Tuhan yang memberi, sebab pada hakikatnya, semua kejayaan Dia yang punya…

Berilah Kredit Pada Tuhan Yang Memberi

Kalau Tuhan nak tarik, Dia boleh tarik bila-bila masa. Ada orang bisnes sedang meletup-letup, Tuhan tarik rezeki dengan hantar penyakit hingga dua tahun dia tak boleh buat bisnes. Kedudukan kewangan mereka sekeluarga sangat ‘lenguh’ dalam tempoh 2 tahun. Ada orang dulu bercakap-cakap nak pakai kereta Audi yang hebat tu, tapi hari ni kena stok dan terpaksa terima hakikat dia hanya mampu berkerusi roda sampai bila-bila! Ada orang dulu dia orang no. 2 dalam syarikat public listed, tapi hari ni dia dibuang kerja sebab sakit tulang belakang – tak mampu bekerja. Sekarang baru “Aku” tahu, semuanya Tuhan yang punya. “Aku” hanyalah hamba tempat Dia sandarkan sebuah kejayaan….

Pesanan sifu saya yang telahpun 30 tahun hidup “financially free”, pernah jatuh bangun dalam bisnes, katanya; janganlah rasa kejayaan tu kita yang punya. Kalau nak bercakap tentang matlamat, jangan lupa lapik dengan perkataaan “insyaAllah”… Dan ‘sambung’ saya, kalau nak bercerita tentang kejayaan, jangan lupa berlapik dengan “alhamdulillah”… Bila cerita kejayaan kita, berilah kredit pada Tuhan yang Maha Memberi sebab “Aku” tak ada apa-apa tanpa Dia yang memberi….

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
26 Disember 2012
13 Safar 1434

Artikel berkaitan:

(Kredit foto : secrets-2-success)

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • salam….En. Zul,
    Lebih susah kiranya allah uji dengan apa yang kita ada, daripada allah uji dengan apa yang kita tiada. Kalau kita seorang ketua, kita di uji dengan pangkat dan kuasa. kalau kita ada harta, kita akan rasa kecewa bila harta itu di ambil semula oleh allah. Tapi jika kita rendah pangkat, tiada kuasa dan kurang berharta, apabila di uji, kita angkatlah tangan sambil berdoa, ” ya allah, tiada apa yang dapat aku lakukan melainkan reda dengan ujian ini. ya allah ampunkan dosa ku”. – Hisham MD

  • guru saya pernah berkata, bersabar itu lebih mudah daripada bersyukur…sbb sekadar mengucap syukur, tidak bermakna apa selagi tetap melakukan kemungkaran.

    – Ana

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >