Boleh dikatakan setiap tahun, saya dikejutkan dengan email “HCM Announcement: Medically Board Out”. Sejak bekerja lebih 8 tahun ni, sekurang-kurangnya 6 – 8 staff terpaksa diberhentikan oleh syarikat disebabkan hilang upaya untuk bekerja. Daripada level kerani hinggalah top management, semua tak terlepas...
Bukan sebab kemalangan, tapi sebab sakit. Macam-macam jenis sakit. Terbaru, rakan kami En. Sabri (bukan nama sebenar), diberhentikan sebab sakit tulang belakang setelah lebih 17 tahun berkhidmat. Rakan kami ni jenis orang yang sangat kuat bekerja. Sebab terlalu kuat kerja, mungkin tak cukup exercise, dia kena sakit tulang belakang hingga terpaksa bertongkat datang kerja, dan lumpuh beberapa ketika.
Bulan Julai 2011, adalah bulan terakhir beliau digelar sebagai seorang pekerja.
Bukan dia sorang jer. Banyak lagi kisah menyayat hati, dan saya pernah ikuti beberapa diari hidup rakan yang senasib dengan En. Sabri tu. Kisah-kisah live begini saya jadikan iktibar supaya kami bersedia untuk hari-hari mendung begitu.


