MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

9 Tips Penting Pajak Emas di Ar-Rahnu

March 3, 2013

[Kemaskini 23 April 2016] Sebelum pajak emas, apa yang kita perlu tahu; duit yang kita terima hasil pajakan ialah PINJAMAN yang perlu dibayar balik. Kalau harga emas naik, kita boleh buat overlaps pinjaman. Overlaps ialah pertambahan hutang, bukan “passive income” sebagaimana salah faham oleh sesetengah orang.

Artikel ini adalah sambungan daripada artikel “Cara Memajak Emas di Ar-Rahnu“. Sebelum memajak emas, ini 9 tips penting yang saya rasa kita perlu tahu:

Tips #1 – Pilih ‘Timing’ Paling Sesuai

Secara umumnya, masa paling sesuai untuk pajak emas ialah bila:

(1) Teknik Manipulasi Ar-Rahnu – harga emas jatuh mendadak (mungkin melebihi 8% – 10%) untuk dapatkan modal beli lagi emas pada harga rendah. Teknik ini dinamakan “Teknik Manipulasi Ar-Rahnu”. Cuma apa yang perlu kita tahu, risiko rugi lebih besar dari potensi untung.

(2) Modal Pusingan Bisnes – nak guna duit untuk rolling bisnes yang menguntungkan, melebihi kos pajakan 1.15% sebulan.

(3) Backup Belanja Hangus – nak guna duit untuk belanja hangus, tetapi kita dah kenalpasti sumber duit untuk bayar semula pinjaman ar-rahnu tersebut.

Kalau tak dapat kenalpasti sumber duit untuk bayar semula pinjaman, jangan sesekali gunakan duit pinjaman ar-rahnu untuk perbelanjaan hangus atau membeli barang yang susut nilainya macam nak tukar langsir baru atau nak beli sport rim kereta! Kalau nak gunakan untuk perkara berbentuk selain daripada ‘investment’ atau ‘bisnes’, lebih baik jual terus emas tu atau bersiap sedia emas tu dilelong!

Tips #2 – Pajak Mengikut Modal Diperlukan Sahaja

Margin pinjaman ar-rahnu biasanya sekitar 65% – 70%. Katakanlah kita perlukan duit sekitar RM6,500, pajaklah emas yang bernilai sekitar RM10,000. Tak perlulah pajak emas yang bernilai RM20,000 sebab nanti kita dapat pinjaman berlebihan yang tak dimanfaatkan dan dikenakan kos “upah simpan” yang tak sepatutnya.

Tips #3 – Satu Emas, Satu Surat Pajak

Kalau nak mudah tebus, pastikan satu emas, satu surat pajak. Katakanlah anda pajak 3 utas rantai tangan, pastikan setiap rantai satu surat pajak. Ia akan memudahkan kita tebus satu persatu nanti. Kalau 3 rantai tu buat cuma satu surat pajak, kita kena tebus semua sekaligus!

Cuma bila buat banyak surat pajak, kita terpaksa tunggu lama untuk processing! Kalau 10 rantai tangan, mungkin 2 – 3 jam baru siap prosesnya sebab kita dan pegawai ar-rahnu perlu isi & proses 10 borang! Prosesnya  seolah-olah kita membuka 10 akaun bank!

Kaedah yang paling biasa digunakan.Prosesnya lebih cepat, tak perlu menunggu lama di ar-rahnu.

Kaedah yang memudahkan tebus satu persatu.

Tips #4 – Survey Upah Simpan Paling Rendah

Setiap ar-rahnu mengenakan caj berbeza-beza dan cajnya juga disemak dari semasa ke semasa. Jadi sebelum memajak emas, survey dulu ar-rahnu mana yang kenakan caj paling rendah dengan margin pinjaman paling tinggi. Saya tak boleh confirmkan yang mana ar-rahnu terbaik sebab polisi setiap ar-rahnu sentiasa berubah-ubah.

Tips #5 – Asingkan Duit Untuk Caj Pajakan

Berdasarkan illustrasi yang saya buat dalam artikel “Cara Pajak Emas di Ar-Rahnu“, katakanlah kita dapat pinjaman sebanyak RM7,800, dan caj pajakan (upah simpan) dikenakan sebanyak RM504 (RM84 x 6 bulan). Saya syorkan asingkan siap-siap RM504 tu daripada RM7,800. Maksudnya, kita hanya boleh gunakan RM7,296 (7,800 – 504) untuk beli emas lagi ataupun rolling bisnes.

Alasannya, kalau nak sambung pajakan nanti, kita boleh pakai duit tu jer untuk bayar upah dan renew surat pajak terutamanya bila (1) kita belum dapat untung menggunakan duit pajakan pertama, ataupun (2) harga emas belum naik untuk kita menikmati untung daripada teknik manipulasi ar-rahnu bila harga emas jatuh mendadak.

Tips #6 – Tebus Emas Secepat Mungkin

Biasanya ar-rahnu bagi tempoh pinjaman selama 6 bulan, tapi kalau dah selesai urusniaga menggunakan duit pinjaman tu, terus tebus cepat-cepat sebab caj biasanya dikenakan secara bulanan. Kalau sebulan dah settle, terus tebus dan caj “upah simpan” dikenakan hanya untuk sebulan sahaja. Jangan tunggu tempoh matang 6 bulan baru tebus. Kita dapat jimat duit dari bayar kos “upah simpan” yang tak sepatutnya.

Tips #7 – Jangan Pajak Emas Berseal

Jangan sesekali pajak emas berseal melainkan anda bersedia untuk rugi 25%! Kalau buka seal, emas tu hanya boleh dijual semula sebagai “used gold” dengan susut nilai sekitar 25%. Jadi kalau nak pajak, pastikan emas tu bukan jenis berseal macam emas Public Gold (emas lama yang bukan LBMA), Kijang Emas, Dinar Kelantan, dan barang kemas semestinya. Saya perhati, kebanyakkan emas yang jenis berseal ialah emas yang datang dari luar negara.

Emas KFH dan Pamp Suisse antara emas yang berseal – tak sesuai di pajak.

Bagi emas Pamp Suisse yang dibuka seal (untuk test ketulenan), spreadnya akan jadi 25% – 30%. Ia sangat merugikan.

Emas Public Gold (jenis LBMA) adalah berseal. Kalau dah buka seal begini (untuk test ketulenan), spread asal 8% akan jadi 10%. Untuk emas Public Gold yang jenis berseal, boleh pajak di Pos Ar-Rahnu. Mereka terimanya tanpa perlu buka seal.

Tips #8 – Jangan Beli Emas Cara Ar-Rahnu 70:30

Kalau ada orang datang jual emas cara ar-rahnu, iaitu kita bayar 30%, dan 70% lagi dilangsaikan menggunakan duit pinjaman ar-rahnu, jangan telan bulat-bulat janji ‘bulan dan bintang’ mereka. Study dulu betul-betul. Saya perhati, teknik tersebut terbukti memerangkap ramai pelabur pada tahun 2012. Yang confirm untung berganda adalah penjual emas, bukan pelabur.

Teknik Penipuan

Saya pernah consult seorang bakal pelabur emas yang sangat excited untuk skim belian begitu sebab katanya, dia boleh dapat RM10,000,000 dalam masa 5 tahun hanya bermodalkan RM20,000! Rupa-rupanya, penjual emas tu cuma cerita separuh jalan jer dan bila saya habiskan cerita separuh jalan lagi, baru dia tahu ‘plan’ penjual tu sebenarnya tak praktikal!

Tips #9 – Jaga Nama Baik Dalam Rekod CCRIS BNM

Untuk makluman sahabat pembaca, walaupun ar-rahnu ialah pinjaman bercagar, ia tetap direkodkan dalam CCRIS (Central Credit Reference Information System) Bank Negara sejak akhir tahun 2010. Maksudnya, kalau nak buat apa-apa pinjaman selepas ini daripada mana-mana bank, mereka akan semak rekod CCRIS kita termasuk pinjaman ar-rahnu. Kalau kita ada 1 surat pajak, ia akan ‘appear’ sebagai 1 rekod. Kalau 10 surat pajak, 10 rekod!

Jadi, pinjaman di ar-rahnu wajib diuruskan dengan baik. Jangan sampai emas tu tergadai sebab ia akan meninggal rekod buruk bila kita nak buat pinjaman lain nanti. Dan kalau nak buat loan baru dengan bank lain, explain awal-awal kepada staff yang in-charge sebab takut mereka anggap kita banyak komitmen hutang.

Tips #10 – Ambil Foto Emas Sebelum Pajak (Tips Bonus)

Saya syorkan snap foto setiap emas tu sebelum masuk ar-rahnu. Kalau kita tak mampu tebus balik emas tu nanti, kita masih ada jalan terakhir sebelum emas itu dilelong, iaitu jual surat pajak. Cari pembeli yang sanggup beli emas tu supaya emas tu tak tergadai dan nama tak diblacklist.

Bila nak jual surat pajak, pembeli biasanya nak tengok foto emas tu dulu terutamanya pembeli barang kemas. Kalau designnya kena dengan cita-rasa, baru mereka sanggup beli. Bila kita ada foto emas tu, senang nak promote untuk dapatkan pembeli. Kalau tak, memang susah nak cari pembeli. Bak kata orang putih, picture represent thousand of words!

Jadi, itulah 10 tips penting sebelum memajak emas di ar-rahnu. Plan betul-betul, dan pastikan pajak emas dengan STRATEGI yang betul. Jangan main pajak jer sebab dah terbukti ramai orang terperangkap dengan “teknik ar-rahnu” gara-gara nak “untung secupak”, tapi akhir sekali terpaksa rugi “segantang”!

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
3 Mac 2013
20 Rabiul Akhir 1434

[Artikel ini dikemaskini pada 23 April 2016. Mungkin sebahagian blog comments di bawah ini tak lagi relevan selepas tarikh ia dikemaskini]

xt here...

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • salam , utk tips no 9), sy rase kite tak akan msuk dlm record CCRIS if kite pajak kat ar rahnu yg bukan bank seperti koperasi tentera, ar rahn kelantan n etc,.. maafkan sy kalau terslh info..

    • Wslm En. Zul,

      Terima kasih atas penambahan. Saya belum mengesahkan lagi maklumat samada ar-rahnu yang bukan bank menggunakan CCRIS atau tak. Tapi saya pun fikir macam tuan juga. Cuma secara prinsipnya, pinjaman ar-rahnu juga perlu diurus dengan baik. Wallahu a’lam.

    • Salam. En. Zul, terima kasih byk2 sebab byk beri perkongsian yg bermanfaat. Sejak anak saya kecil sampai dah sekolah menengah sekarang, barulah saya tahu agak byk tentang kewangan dan emas. kalau tak dulu, lepas shopping brg keperluan saya dah mula fikir lepas ni duit tak cukup. simpanan pula zero. sekarang ni, Alhamdulillah dah ada perubahan.

  • As Salam tuan,
    Satu perbincangan yang menarik, dengan situasi pasaran emas sekarang. Tuan rasa emas akan terus turun lagi ke atau akan naik. Saya tengah tunggu timing yg sesuai utk gadai dan tambah emas ni.

    • Wslm En Safarin,

      Kalau tengok pada harga sekarang, saya rasa ini antara paras terendah bagi tahun 2013. Bagi saya, ini timing bukan timing untuk membeli sikit-sikit, tapi timing untuk memborong emas.

      Wallahu a’lam.

  • salam.sy ada 2k.kalau sy beli emas 1k dan pajak di ar-rahnu,kemudian tambah sikit duit dan beli emas lg 1k dan pajak.kemudian duit itu guna untuk rolling bisnes sampingan sy.ape pndpt tuan? bln 5 sy akan dpt 10k duit kutu,so boleh tebus dua2 emas tu.sbb kalau sy simpan 2k tu..boleh habis.:-)

  • Salam..tuan, saya nak tanya if saya ada 10k, berapa dinar saya boleg dpt?dan adakah pd hjg tahun saya boleh pajak tuk mendpt keuntungan mcm dividen dlm asb?maaf saya msh baru dlm ilmu emas ini.

    • Wslm Pn. Siti,

      Sekarang ni harga 1 dinar RM692. Harga berubah setiap 20 minit. Kalau mengikut harga sekarang, RM10k tu boleh dapat 14 keping.

      Pelaburan emas fizikal tak ada untung berbentuk dividen, tapi kalau nak nikmati untuk macam dividen, kena jual emas tu hujung tahun, bukan pajak. Biasanya harga emas akan peak sekitar bulan September – Oktober. Tapi naik turun sebenar bergantung kepada keadaan ekonomi dunia.

      Masuk tahun baru, start balik belian baru menggunakan modal asal. Untung tu asingkan. Puan boleh rujuk artikel saya di link ni: http://bit.ly/YL09Ia

      Wallahu a’lam.

  • salam.. sya ade bli gelang 3k baru2 ni dgn hrga 150/g.. better sya smpan ataupun pajak kt ar-rahnu if sya nk dpt untung dlm mase 5tahun?

    • Wslm tuan,

      Kalau tak ada keperluan untuk dapatkan modal (pinjaman), saya tak syorkan pajak. Simpan jer emas tu melainkan tuan nak guna duit untuk rolling bisnes / investment yang confirm menguntungkan.

      Wallahu a’lam.

  • Salam tuan,saya ada buat ar rahnu di agro bank, namun tempoh pajakan akan tmt dlm masa 2 bulan. Mohon pandangan, saya cadang nak buat personal loan utk setlekan,mana satu yg lebih baik antara guna pinjaman tu bayar baki pinjaman dan upah simpan ATAU biarkan shja dan beli balik semasa bank lelong emas tersebut?
    -ahmad

  • sy buat modal hasil pjkn emas hiasan utk beli emas fzikal jila dpt duig sy pjk lg n beli emas buat 2kali je in hand ada emas. adakah cara ini akan mjerat diri.adakah sy dpt tebus semula brg kemas sy tu pd bln sept ne krn harga emas dijangka naik pd bln tsebut

    • Pertama sekali, kalau ada prediction tentang kenaikan harga atau penurunan, bagi saya tak boleh bergantung sangat sebab terlalu banyak prediction sebelum ni tersasar jauh.

      Kalau nak pajak, buat sekali jer. Pajak dan beli. Kalau buat 2 kali, hasilnya samada untung lebih besar (kalau harga naik) atau rugi besar (kalau harga turun lagi).

      Wallahu a’lam.

    • apakah konsep pajak dan beli yg admin beritahu sebentar td??maaf, sy org baru berjinak2 dgn emas..harap bagi tunjuk ajar..

    • Untuk orang yang ada emas, dia boleh pajak dan dapatkan pinjaman bercagar. Ramai orang guna duit pinjaman beli lagi emas dan pajak lagi. Dapat duit lagi, beli lagi dan pajak lagi sampai habis modal.

      Teknik tu untung besar sebelum tahun 2012, tapi sejak 2012 mula memerangkap ramai pemajak tegar.

      Begitulah secara ringkasnya. Wallahu a’lam.

    • Boleh tuan terangkan apa maksud tuan,
      “Teknik tu untung besar sebelum tahun 2012, tapi sejak 2012 mula memerangkap ramai pemajak tegar.”
      Mohon pencerahan tuan..

    • Teknik manipulasi ar-rahnu memerangkap pelabur bila harga emas bergerak mendatar, apatah lagi menurun sejak 2012. Boleh pajak, tapi kena buat kira-kira yang teliti dan kena ada plan B kalau harga emas tak bergerak sebagaimana jangkaan.

  • Salam tuan,saya ada buat ar rahnu tp tempoh pajakan akan tmt pd bln nov ne. duit dr arrahnu sy beli emas lg. sy buat 2 kali sj. Mohon pandangan, saya cadang nak buat personal loan utk setllekan,mana satu yg lebih baik antara guna pinjaman tu bayar baki pinjaman dan upah simpan ATAU beli emas lg baki loan setlle arrahnu tinggalkn 1surat pjk.jika harga naik tebus kembali

  • sy buat loan utk beli emas dan bcadang akan buat fullsettlement setlh mndpt keuntungan jual emas. apa pendapat tuan emas yg dibeli tu simpan bebrrapa tahun bila harga naik jual atau dlm ms sthn naik harga sikit sy jual dan beli bila harga turun dan jual lg bila harga naik.

    • Kalau nak jana untung “tunai”, kena beli jual, beli jual. Harga naik jual. Bila turun, beli balik. Tapi teknik “trading” macam tu pun berisiko sebab perlu ada kepakaran membaca pergerakan harga emas. Saya buat prediction, rugi besar.

  • kalu ikut prediction tuan bila harga naik bagi tahun 2013. sbb pada tahun ini blm ada lagi kenaikan harga yang begitu ketara

    • Saya tak berani buat prediction, bahkan rakan-rakan yang pakar analisis pun tak berani buat prediction. Bila akan naik pun tak siapa tahu. Cuma secara umumnya, potensi kenaikan jauh lebih besar berbanding penurunan. Beli je emas kalau ada duit simpanan jangka panjang.

  • apa pandangan tuan mengenai pelaburan silver. sy bminat ingin mlabur tp modal thad..sy mula mlabur dgn mmbeli 10dirham.

    • 4 TIPS PANTAS TENTANG SILVER

      (1) Harga silver lebih volatile (tak stabil)

      Dari sudut pergerakan harga, bila emas naik, silver akan naik 2, 3 kali ganda lebih banyak daripada emas. Bila turun pun sama. Tahun 2010 – 2011, silver naik 100%. Masa tu ramai orang beli silver. Lepas tu dia jatuh balik 50%.

      (2) Potensi lebih besar

      Dari sudut potensi kenaikan, pakar precious metal meramalkan silver akan jadi “gold in future”. Maksudnya, peratusan kenaikan dia akan jauh menandingi emas. Ini disebabkan silver diperlukan untuk industri, sedangkan dah tak ada lombong silver, dan silver biasanya terbuang (dalam alat elektronik) tanpa di recycle sebagaimana emas sebab kosnya yang tak bebaloi.

      Kedua, nisbah emas : silver sekarang ni sekitar 1 : 65. Satu Oz emas boleh beli 65 oz silver. Nisbah ini dijangka naik kepada 1 : 16 sebagaimana sebelum tahun 1980 dulu.

      (3) Silver lebih rendah kecairan

      Silver lebih rendah kecairan berbanding emas. Maksudnya, bila nak jual, tak banyak tempat sanggup beli silver kecuali pengeluarnya sendiri. Kalau emas, kita boleh jual di mana-mana kedai emas seluruh dunia pada bila-bila masa.

      Silver tak boleh dipajak sebagaimana emas. Setakat ni, cuma Ar-Rahnu Koperasi Dagangan Emas (KDE) di Penang jer yang terima pajak silver, itu pun silver keluaran Public Gold sahaja.

      (4) Penyimpanan lebih susah

      Silver ni berat. Dari sudut penyimpanan agak susuh berbanding emas. Kalau sewa Safe Deposit Box, memang cepat la penuh box tu. Kena sewa Safe Box yang besar baru sesuai untuk simpan silver.

      Dari sudut simpanan saya syorkan simpan emas dulu. Ada balance baru beli silver. Saya simpan 70% emas, 30% silver.

      Wallahu a’lam.

  • salam, encik. sy nak bertanya. lps sy baca artikel ini sy jadi tajut. kerana baru2 ni (bulan 7 2013) sy baru sahaja buat pelaburan emas di Serambi Emas. sy tahu Serambi Emas ni melalui akhbar Harian Metro. kemudia sy berhubung dgn org yg berkaitan, dan kami bjumpa di ar Rahnu. emas yg sy laburkn adlh rm14,588, emas jenis 24k. pekerja Serambi Emas tu hny mintak sy byr rm5000. apabila sy tny selebihnya siapa byr? katanya Serambi Emas bayarkan. Sy tak perlu bayar balik pun duit hampir 10k tu katanya. Sy sedikit musyhkil, bagaimana mereka berniaga, dari mana mereka mendapat untung dgn memberi pinjaman kpd pelabur2 emas seperti sy? atau adakah sy telah ditipu? dn yg terakhir sekali, sy ada bertanya kpdnya, blh ke sy ambil untung setiap hari, contohnye, andai hari ni harga naik rm1 utk 1gram, sy pungut untung dr ar rahnu, kemudian esk naik lg harga rm1 utk 1gram, kemudian sy ambil untung lagi utk hari tersebut, blh ke buat begitu, Jawapan pegawai Serambi Emas tersebut adlh boleh. Betulkah begini?? maaf encik sy baru lagi dalam bidang ini. mohon pencerahan.

    • Wslm En. Hisham,

      1. Duit selebihnya tu di bayar dengan duit pajakan ar-rahnu i.e. emas yang En. Hisham beli tu dipajak.

      2. Mereka mendapat keuntungan menjual emas volum lebih besar daripada modal sebenar pembeli. En. Hisham cuma keluarkan RM5,000 untuk beli emas RM15,000. Dan enjen dapat komisyen atas setiap orang yang direkrut. Saya nampak ada penipuan di situ kalau mereka tak terangkan perkara sebenar tentang proses sebenar pajakan & risiko ke atas pemajak.

      3. Keuntungan setiap hari? Untuk makluman En. Hisham, kalau harga emas naik, kita boleh revalue emas tu dan dapatkan PINJAMAN TAMBAHAN, bukan keuntungan. Pertambahan pinjaman tu perlu dibayar balik, bukan wang percuma.

      Wallahu a’lam.

  • salam sy nk tanya skrg ni sesuai x sy pajakn emas sy untuk membiayai kos perubatan untuk mak sy..sy beli gelang tangan 2k+++…

  • Adakah skim belian emas secara pajakan Ar Rahnu Serambi Emas boleh dipercayai dan menguntungkan? Add tak unsur penpuan dalam jual beli mereka?

    TQ

    • 1. Skim begitu berisiko tinggi kalau harga emas tak naik dalam tempoh pajakan. Lebih teruk lagi kalau harga emas turun. Skim begitu terbukti memerangkap ramai pelabur ke dalam belengu hutang ar-rahu sejak tahun 2012. Terlalu ramai orang mengadu masalah hutang ar-rahnu gara-gara ‘terkena’ dengan skim Serambi Emas.

      2. Kaedah jual beli Serambi Emas memang sah cuma saya nampak ada ketidakjujuran bila mempromosikan beli dengan pajakan ar-rahnu. Orang beli emas dapat emas, tapi pembeli Serambi Emas dapat surat pajak dan ‘sakit kepala’ bila harga emas turun.

      Wallahu a’lam.

  • Terima kasih banyak atas nasihat yang diberikan. Moga Allah merahmati hidup saudara sekeluarga dan sentiasa dalam lindungaNya.

  • Terima kasih juga. Saya ada hadir taklimat Serambi Emas pasal kaedah mereka. Saya rasa ragu-ragu dan buat kiraan untung rugi dan penilitian pada tren harga emas sejak 10 tahun lalu. Untung nanti belum tentu dan terbeban nak bayar hutang pajakan dan upah simpan yang nampaknya tinggi. Syukor saya tak beli dgn mereka. Saya nampak PG lebih telus dan berhasrat beli emas dgn PG. Saya ada ke PG di Ampang dan diberitahu emas dibeli blh disimpan dgn mereka spy lebih selamat

    • 1. Alhamdulillah, moga Allah lindungi kekayaan kita dari ‘penipuan’.

      2. Betul, Public Gold boleh simpankan dengan caj cuma 1% setahun. Kalau beli banyak, mungkin En. Syed boleh pertimbangkan sewa safe deposit box di bank atau syarikat swasta. Cajnya sekitar RM100 – RM500 setahun bergantung saiz box. Sewa box paling kecik pun ok. Itu lebih jimat berbanding simpan dengan Public Gold.

  • salam en. zul. untuk makluman, saya pun telah terjebak dalam teknik pelaburan 70:30 pada tahun 2012. nilai pinjaman saya adalah lebih kurang RM13,000 di bank rakyat. kesilapan saya adalah memajak 2 utas rantai tangan 999 dengan 1 surat pjk shj. mohon pandangan daripada en. zul:

    i) bagaimanakah caranya saya ingin menebus kembali brg tersebut tanpa perlu kerugian yang tinggi?
    ii) kalau tidak boleh tebus pun, bagaimana cara saya nak dapatkan kembali modal 30% saya sebanyak RM5,000.00 tersebut?

    terima kasih.

    • Wslm Puan,

      Terlalu banyak saya diajukan dengan permasaalahan ni.

      1. Pertama sekali, puan kena terima puan telahpun kerugian besar sebab kaedah belian 70:30 memberikan impak samada (a) untung besar bila harga emas naik, atau (b) rugi besar kalau harga emas mendatar, apatah lagi kalau harga emas turun. Disebabkan harga emas bergerak mendatar sejak tahun 2012, ramai pelabur skim 70:30 terperangkap.

      2. Untuk minimumkan kerugian;

      PERTAMA sekali puan kena hentikan kerugian kos upah simpan / kos pajakan ar-rahnu iaitu dengan tebus secepat mungkin. Lagi lambat, lagi rugi sebab kos tu sentiasa bergerak. Puan boleh jual surat pajak atapun buat personal loan. Mungkin buat personal loan lebih baik memandangkan harga emas masih lagi rendah berbanding 6 – 12 bulan lepas.

      KEDUA, mungkin boleh tukarkan emas tersebut kepada emas spread rendah. Public Gold sanggup terima trade in dengan harga tinggi, dan tukar kepada emas Public Gold yang spreadnya sekitar 5.0% – 6.0%. Saya syorkan pilih item yang spread paling rendah.

      KETIGA, bayar personal loan macam biasa. Dan pegang emas tu selama yang mungkin. Kalau trade-in tu cukup RM20,000, puan automatik jadi dealer Public Gold. Kalau jadi dealer, manfaatkan posisi dealer untuk bantu orang lain simpan emas dan melabur emas cara yang betul.

      Itulah yang saya nampak cara terbaik minimumkan kerugian, dan jana balik keutungan. Dah banyak saya study kes begini dan berbincang dengan otai-otai pelaburan emas, dan mereka pun setuju dengan kaedah ni.

      Wallahu a’lam.

  • Salam tuan, saya aa 1 soalan. Saya ada beli beberapa kpg dinar pg sebelum ini. Macamana sy nk guna teknik pajak untuk dapatkan keuntungan? Mohon penjelasan. Terima kasih.

    • Wslm En. Adlil,

      Asasnya, tak ada teknik magic untuk dapat untung besar dengan pajakan ar-rahnu melainkan orang berniaga. Kalau sekadar melabur, emas tu boleh dipajak bila berlaku penurunan mendadak harga emas. Masa harga turun, pajak emas tu untuk beli lagi emas pada harga rendah. Bila harga naik melepasi spread (susut nilai) + kos upah + keuntungan, jual kesemua emas ditangan dan tebus emas di ar-rahnu. Itu jer.

  • Salam tuan, minta nasihat, skrg ni masih lg sesuai tak untuk bli emas cth public dinar memandangkn skrg harga emas dh naik sdikit2 berbanding bulan2 lepas… time harga bwh 600 1dinar nk bli xckup duit lg, ble dh cukup duit harga xsme rendah mcm tempoh hari, perlu ke bli juga atau tgu dlu lg just simpan duit…

  • salam.

    sya berminat membeli emas pajak.soalan saya, bagaimanakah perkiraan yg diambil untuk saya membeli surat pajak yg ditawarkan kepada saya? (ada yg dtg membawa surat pajak mereka kepada saya dgn meminta sedikit wang dn selebihnya menyerahkan saya surat pajak dan brg tebus itu mnjd milik sya) .tk

    • Wslm Pn. Su,

      Jual beli surat pajak dibuat di cawangan ar-rahnu di mana emas tu dipajak. Buat appointment jumpa di ar-rahnu. Puan bagi duit dan pemilik tu akan tebus emas tu dengan duit puan dan serahkan emas tu pada puan. Puan tak boleh tebus emas bagi pihak pemilik emas, tetapi dia kena tebus sendiri.

    • Salam en zul.
      Saya nak tanya..bukankah menjual surat pajak ibarat menjual hutang dan blh diklasifikasikan sng transaksi riba? Mohon pandangan.

      Izinkan jg sy copy beberapa artikel dari web tuan.
      Wallahu’alam

      • Wslm En. Zulhelmi,

        Menjual surat pajak tu sebenarnya istilah yang digunakan untuk transaksi menjual emas yang masih ada dalam ar-rahnu. Bila emas tu tak dapat ditebus, pemilik akan cari pembeli yang sanggup beli emas tu. Bila ada pembeli, pemajak dan pembeli akan datang ke ar-rahnu untuk tebus emas tu. Selesai tebus (menggunakan duit pembeli sebahagiannya), maka emas tu akan diserahkan kepada pembeli.

        Hakikatnya, ia jual beli emas, bukan surat. Kalau pembeli dapat surat pun, dia tak boleh tebus sendiri.

        Wallahu a’lam.

  • As salam,
    sya bru nak bjinak2 mnyimpan emas ni..sya ingin minta pendapat..
    1. yg mna bagus untuk simpan n mudah untuk djual bila2 terdesak..public gold ke uob gol maple leaf 1 oz..
    2.adakah lebih baik beli dan simpan berat gram sikit2 tp byk dr beli yg berat trs mcm 1oz..
    3.ada yg bagitau klu beli public gold ni nak jual blk kadang2 dealer x nak..betul ke.

    • Wlsm Pn. Nurasyikin,

      1. Public Gold. Senang beli, senang jual. Untung pun maksimum. UOB selalunya susah dapat stok, dan waktu urusniaga hanya waktu bank. Public Gold boleh urusniaga jual beli 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Boleh booking harga belian dan jualan secara online.

      2. Saya suka beli yang beratnya kecil, tapi spread rendah. Kalau beli yang beratnya seketul, kalau jual pun seketul juga.

      3. Betul. Bila nak jual balik, ada dealer yang tak nak beli. Mungkin sebab dia tak ada modal untuk beli balik. Kalau jual terus ke ofis Public Gold, confirm Public Gold beli. Tips penting, kalau dealer tak nak beli, buka website Public Gold, contact beberapa Master Dealer terdekat sebab biasanya Master Dealer ada modal & bisnes lebih besar. Kalau contact Normal Dealer, biasa mungkin dia tak beli balik.

      Wallahu a’lam.

  • Urusan pajak emas ni memeningkan kepala. Lebih selamat kalau simpan emas untuk long term contoh untuk tujuan beli rumah, pendidikan anak bila dah capai umur 18 tahun atau persaraan. Sekarang ni loan PTPTN pun dapat minima dan mengikut bidang kursus. terkejut juga saya ada yang dapat dalam RM7K-8K setahun. Kepada yang ada anak-anak harap buat simpanan secara bulanan sejak anak2 kecil, selain simpanan emas cara lain melalui potongan gaji ke akaun SSPN-i (dapat pengecualian cukai) atau Tabung Haji. Harga emas walaupun ada turun tapi trend meningkat setiap tahun. Boleh lihat graf. http://www.macrotrends.net/1335/dollar-gold-and-oil-chart-last-ten-years

  • Assalamualaikum.. Saya nak Tanya pendapat.saya Ada Surat pajak gadai-I azZahab bank rakyat. . Tempoh tamat 14/12/13 nti.. nilai marhum Dlm 10 k. Berat 126.24 gm. Pelbagai bentuk emas.. Upah simpan bulanan rm 82. Saya perlukan wang segera. Pe yg perlu saya buat? Jual Surat pajak? Buat pengiraan semula n pajak Balik? Atau pe pendapat tuan? Terima kasih…

    • Wslm Pn. Has,

      Puan kena jual surat pajak tu. Kalau puan renew, puan akan menanggung beban kos upah simpan ar-rahnu. Puan boleh cari pembeli surat pajak di facebook Gold Lot Shop. Kalau dapat buyer, kena buat appointment jumpa di ar-rahnu di mana puan pajak emas tu.

      Wallahu a’lam.

  • Assalam ustaz

    Saya nak bertanya,

    Pd bulan 3 yg lepas saya ada membuat pajakan rantai leher di arrahnu,,tp bkn kwn saya yang menguruskannya..
    Seperti yg dia katakan kepada saya..hrga pajakan pd masa itu ialah 1500
    Tetapi saya hnya perlukan 1170 shj untuk melunaskan hutang saya

    Skrg tiba bln keenam tetapi saya blum cukup wang untuk melunaskan rm1170 tersebut
    Berapakah kos upah simpan yang perlu saya bayar..

    Bolehkah saya bayar separuh dr harga tersebut

    Terima kasih

    • Wslm Pn. Dian,

      Kos upah simpan tu akan dikenakan untuk tempoh 6 bulan. Caj upah simpan biasanya sekitar 1% daripada nilai emas tu i.e. 1% x RM1,500 sebulan. Bila habis tempoh pajakan sebagaimana dalam surat pajak, puan bayar kesemua pinjaman + caj upah simpan. Kalau tak mampu bayar pinjaman, bayar dulu caj upah simpan dan renew surat pajak. Untuk renew, ar-rahnu akan revalue emas mengikut harga semasa. Kalau harga sekarang lebih tinggi, ar-rahnu akan bagi perbezaan antara pinjaman lama dan pinjaman baru.

      Wallahu a’lam.

  • Assalamualaikum tuan..
    bolehkah sy copy n paste apa2 posting tuan didalam website ini utk dikongsi bersama rakan2 sy di FB @ blog sy dengan meletakkan link laman web tuan diakhir perkongsian?

  • Salam Encik Zul,
    Saya ingin bertanya berkenaan tips no 9 adakah nama pemajak ada dalam rkod CCRIS/BNM hanya apabila pemajak tidak dapat membayar semula gadaian atau apabila pemajak memajak emas rekod terus dimasukkan ke dalam system CCRIS/BNM tanpa mengambil kira dapat membayar pajakan atau pun tidak.
    Terima kasih.

    • Wslm tuan,

      Bila buat pinjaman ar-rahnu, ia akan masuk dalam rekod CCRIS BNM. Kalau bayar tanpa masalah, rekod tu akan cantik. Senang untuk dapat pinjaman lain untuk masa akan datang, insyaAllah. Kalau sampai kena lelong emas tu, mungkin ia boleh menjejaskan pinjaman lain untuk masa akan datang.

      Wallahu a’lam.

  • salam en. zul. Saya ade seutas rantai untuk dipajakkan buat modal perniagaan minta en.zul beri pendapat dimanakah saya harus buat pajakan tersebut memandangkan saya tiada pengalaman dalam bab ini..terima kasih

  • Gadaian dArRahnu 2k lebih baik drPajak Gadai konvensional tetapi masih mahah jika dibanding dgn Islamik Personal loan! [PajakGadai 24%pa, ArRahn 12%pa, Personal loan 4-6%pa]. Islamik Personal loan ada takaful, khairat, duration : 1-10yrs= bayaran lebih rendah bulanan, tak perlu gadai dan tergadai, ] Pinjaman below 5K pun boleh! Fikir2kan, apa kata otai-otai pro…..

    • Untuk pinjaman jangka panjang, memang betul apa yang tuan Au78 kongsikan tu, tapi kalau untuk pinjaman jangka pendek dan sederhana, ar-rahnu jauh lebih untung walaupun rate dia nampak macam 12% setahun.

      Contohnya, kalau buat personal loan dengan kadar 5% setahun, tempoh 10%. Nampak macam 5%, tapi hakikatnya, bank dah makan ‘caj keuntungan’ at least 50% daripada ansuran bulanan untuk tahun pertama. Pendek kata, 2, 3 tahun pertama, kita rugi bayar interest / caj keuntungan jer. Bila nak buat early full-settlement, bagi tertunggak nampak macam tak berkurangan lagi.

      Itulah sebab bank ‘tak risau’ kalau kita nak settle awal. Bank dah kaut keuntungan awal-awal lagi.

      Wallahu a’lam.

    • Buat masa ni, saya nampak skim tu mirip skim cepat miskin yang diserbu Bank Negara sebelum ni, cuma dengan modus operandi yang lebih bijak. Beli barang, lepas tu syarikat janji bagi pulangan bulanan yang sangat lumayan i.e. sekitar 5% – 6% sebulan atau 70% setahun! Skim Genneva yang BNM serbu tahun lepas pun tak boleh bagi sebanyak tu.

      Saya agak ragu-ragu buat masa ni. Mengikut kira-kira saya setakat ni, ianya tak masuk akal, melainkan ianya adalah money-game.

      Wallahu a’lam.

  • AsSalam. Saya ingin bertanya pendapat saudara berkenaan harga semasa emas. Adakah masa sekarang sesuai untuk memulakan pelaburan emas. Bagi saya yang tiada pengalaman dalam pelaburan emas adakah pembelian emas dinar atau bunga emas public adalah suatu langkah yang bijak atau ada pandangan lain. Terima kasih

  • Sambungan persoalan pelaburan emas, bagaimana dengan pelaburan di Kuwait House of Finance Gold Account adakah berbaloi dan menguntungkan berbanding pelaburan secara fizikal. Terima kasih

    • En. Has Dean,

      Kuwait Finance House (KFH) tu akaun emas + emas fizikal. Ia sama bagus dengan emas fizikal lain. Kelebihannya, simpanan di bank percuma. Kekurangannya, emas tu berseal (plastic cover). Kebanyakkan ar-rahnu akan potong plastik tu kalau kita nak dapatkan pinjaman bercagar. Kalau dah buka plastik, KFH tak terima balik emas tu dan kita terpaksa rugi susut nilai emas sekitar 25% bila jual dikedai emas sebab dia dikira used gold.

      Wallahu a’lam.

  • salam,

    semalam keluar berita di akhbar tentang ar rahnu serambi emas..jadi saya nk bertanya pendapat tuan tentang sistem ar rahnu di serambi emas

    mohon pencerahan

    • Wslm Pn. Yana,

      Skim belian 70:30 yang sebagaimana yang ditawarkan Serambi Emas telah jerat ramai pelabur dengan hutang ar-rahnu sejak 2012. Kalau harga emas turun 10% jer, pembeli emas begitu akan rugi 100%! Skim begitu mungkin selamat kalau harga emas naik secara konsisten, tapi kalau harga emas tak naik, risiko rugi terlalu besar berbanding untungnya tak lah seberapa.

      Saya syorkan elakkan beli emas cara macam tu. Kalau puan ada RM30,000, beli emas nilainya RM30,000 jer. Tak perlu beli RM100,000 yang mana RM70,000 lagi guna duit pinjaman ar-rahnu.

      Wallahu a’lam.

    • Wslm En. Hakim,

      1. Bagus tu belian RM20k sebab dapat manfaat sebagai dealer.

      2. Saya dah go thru artikel yang En. Hakim maksudkan tu. Memang betul, tapi illustrasi yang ditunjukkan terlalu ideal iaitu harga emas naik 20% dalam tempoh hanya 6 bulan. Dalam tempoh 10 tahun, seingat saya cuma sekali jer harga emas naik sebanyak itu untuk tempoh 6 bulan iaitu dalam tahun 2008.

      3. Teknik tu dipanggil Teknik Manipulasi Ar-Rahnu. Saya ada terangkan teknik tu yang praktikal mengikut realiti tahun 2012 – 2013. En. Hakim boleh baca di link http://www.bit.ly/manipulasiarrahnu. Nanti En. Hakim akan faham risiko sebenar teknik begitu dalam situasi pergerakan harga emas sekarang.

      Wallahu a’lam.

  • Salam. Saya ade beberapa kurang faham. Harap boleh jelaskan. Saya nak pajak beberapa brg kemas saya utk tujuan modal perniagaan. Ade yg syorkan buat pinjam bank tp saya suka utk cagar emas saya kerana emas itu emas saya. Jd, apa yg saya nak tahu jika katakan saya pinjam 4k, bila nanti nak buat pembayaran semula ada turun naik harga mcm mana nak kira tu? Dan bg pendapat tuan sesuai tak masa ini utk cagar emas. Harap sudi balas. Syukran.

    • Wslm Pn. Farra,

      1. Pinjaman ar-rahnu tu kita kena bayar mengikut jumlah yang kita pinjam, bukan mengikut turun naik harga emas. Bila nak tebus, bayar jumlah pinjaman pokok + upah simpan (caj ar-rahnu).

      2. Kalau puan nak pinjam untuk rolling bisnes tak ada masalah. Apa-apa harga sekalipun sesuai pajak sebab untung rugi perniagaan puan tak bergantung pada turun naik harga emas.

      3. Kalau pinjam untuk teknik manipulasi ar-rahnu (www.bit.ly/manipulasiarrahnu), timing paling sesuai ialah bila harga emas jatuh mendadak supaya dapat beli lagi emas pada harga rendah menggunakan duit pinjaman ar-rahnu tu.

      Wallahu a’lam.

      • Saya perlukan duit tuk settlekan hutang… Sy ada seutas gelang yg sy nak cagarkan dlm ar rahnu.. Duit yg sy perlukan rm6500 adakah byk yg perlu sy bayar apa bila synak tebus blk dlm ar rahnu nnt… Tlgbg pendapat…

  • salam. saya ada memajak emas di arrahnu bank rakyat. Masalahnya saya lupa dan terlepas tarikh luput pada 28/12/14. boleh tak kalau saya nak tebus esok 2/1/14.

  • Salam en zul, sy bru nk berjinak dlm pelaburan emas, sy ade rntai dan loket 916,adakah sy ptt cagar kn emas sy tu utk bli emas lg? Mksud sy, adkah sy akn mndpt keuntungan dgn cara ni? Dan ble mse yg ssuai utk sy cagar kn emas pertame sy tu dan dmna tmpt yg sesuai? Salam n tq en zul

  • salam tuan…saya betul berminat dalam perniagaan tapi saya tak tahu mcm mana cara yang betul untuk memulakan perniagaan..
    setelah saya membaca artikel tuan nie saya mcm rasa satu aura yang lain,ini membuatkan saya betul2 ingin memcuba untuk mebuat bisnes..
    saya telah add fb tuan harap tuan approved saya sebagai friend…

    mcm mana cara untuk saya ceburkan diri dalam pelaburan emas ini?
    blh tuan bagi tunjuk ajar sedikit pada saya..
    saya harap tuan sudi memberi sedikit info yang berguna pada saya untuk saya mulakan bisnes ini untuk langkah yang pertama..

    • Wslm En. Khidir,

      Mudah-mudahan discussion kita di McD Damansara Damai hari tu dapat bagi sedikit pencerahan tentang emas dan bisnes emas. Kalau ada apa-apa persoalan, boleh contact saya bila-bila masa. InsyaAllah saya akan guide setakat apa yang saya tahu.

  • tuan, sesuai tak sy gadai emas di ar-rahnu sebab sy nak buat bayar hutang ‘terscratch’ body kereta orang baru-baru ni

  • saya ada masalah hutang dan ingin memajak barang kemas seperti gelag dan cincin. Adakah nilai minimum untuk pajak.Seperti tuan kata di atas lebih baim jualkannye. Mane lebih untung, jual di kedai atau di ar rahnu.

    • Puan Faizah,

      Harga emas tu ditentukan orang ar-rahnu tu sendiri. Ar-Rahnu cuma bagi pinjaman jer. Ar-Rahnu tak beli emas. Kalau nak jual, jual ke kedai emas atau tempat di mana puan beli.

  • Salam tuan.. Saya ada 1kilo pamp utk dijual. Saya beli 1g=rm140. Dimanakah tmpt yg sesuai utk sy jual dgn harga yang tggi? Mohon pencerahan ya..

    • Wslm En. Wan,

      Saya tak pasti mana tempat sanggup beli paling tinggi. Tapi rule standard bila nak dapat harga teringgi ialah jual di tempat di mana kita beli. Penjual asal biasanya sanggup beli harga lebih tinggi.

      Kalau nak jual, Public Gold sanggup beli. Dan saya pernah dapat feedback mengatakan Public Gold beli harga lebih tinggi berbanding kedai-kedai emas. Kalau En. Wan nak jual kepada Public Gold, boleh contact saya 019-336 8009 (wassap, sms, call). Nanti saya guide, insyaAllah.

  • Salam…

    Saya nak tanye, adakah buat pajakan di Ar-Rahnu mengikut harga emas semasa.. bagaimana kalau saya nak buat pinjaman lebih dari nilai marhum emas tersebut?..

    • Tak pasti ok ke tak. Puan kena bandingkan berapa harga yang kedai emas sanggup ambil. Baru boleh tahu berbaloi atau tak. Kalau beli untuk pakai atau jual kepada pembeli individu, mungkin berbaloi.

  • Assalamualaikum. Saya nak tanya
    Rantai tangan saya bertatahkan berlian
    Arrahnu terima ke x ya?
    Begitu juga dgn cincin saya.
    Nanti dorang kira macam mn ya?

  • Assalammualaikum tuan…semoga sentiasa di dlm rahmat Azza wajalla…

    alhamdulillah, setelah beberapa ketika sy fokus mbaca di website tuan, sy mula mdpt gambaran dan idea ttg pelaburan emas ini…terima kasih sy ucapkn pada tuan…

    sy tidak pernah terfikir ttg emas dan yg seangkatan dgnnya, ttp dgn gerak Dia jua, sy tpanggil utk mcari info ttg emas…

    satu soalan kpd tuan, pakcik sy mempunyai 2 keping emas pamp suisse 100g setiap satu, telah kehilangan surat beranaknya/sijilnya…jd, apakah status pamp itu tuan ? sy pasti, susut nilai telah berlaku cuma tiada info ttg adakah ar rahnu masih boleh menerimanya, dan adakah kita boleh mdptkn semula sijilnya itu ?

    terima kasih tuan, semoga Allah jua yg mbalas jasa baik tuan…

    • Wslm En. Aswaja,

      1. Alhamdulillah, mudah-mudahan blog ni bermanfaat, insyaAllah.

      2. Setakat apa yang saya tahu, emas Pamp Suisse yang kehilangan sijil hanya boleh dijual sebagai used gold dengan susut nilai sekitar 25%. Ar-Rahnu pun agak cerewet dengan emas Pamp Suisse. Bukan sahaja perlukan sijil, bahkan resit asal belian pun mereka nak kalau nak buat pajakan.

      Wallahu a’lam.

  • SaLAM…saya nak tanye berapa nilai emas yg perlu saye beli sekiranya saye ingin membuat pinjaman sebanyak 10000 di ar rahnu? maaf saye tak pernah beli emas,tapi bile saye bace artikel anda saye mule tertarik dengan emas…terima kasih^_^

  • Assalamualaikum.. Sya bru tbaca blog tn..
    Brp minima brat emas y seswai utk pajak arrahnu??
    Adakah btul pemahaman saya.. Pajak smsa hrga emas turun dan tebus seasa hrga emas naik? Kalau salah tlg betul kan saya..
    Apakah pbezaan antra goldbar 999 dgn emas 916?
    Mohon pcerahan..

  • Banyak tersebar bar emas palsu sekarang ini.
    Bar tungsten bersalut emas tulin.
    Alat penimbang tidak dapat detect sebab ketumpatan
    tungsten hampir menyerupai emas.
    Hanya boleh dibuktikan sekiranya ‘bar emas’
    tersebut digerudi atau dipatahkan.

    Adakah PG dapat membuktikan ketulenan emas 999 nya
    adalah betul solid gold atau tungsten bersalut emas semata.

    Apakah terdapat banyak penipuan dalam jual beli emas
    terutamanya emas yang ada seal? Pendapat saya mungkin
    emas itu ada seal untuk mengaburi pembeli & disarankan
    agar tidak membukanya kononnya akan jatuh nilai. Walhal
    untuk mengelakkan pembeli dari menentukan ketulenan emas
    tersebut.

    Sekiranya saya menggerudi sedikit emas PG untuk memastikan
    ketulenannya & memuaskan hati sendiri, adakah PG masih
    mahu membelinya pada harga PG buy?

    • En. Din, nak gerudi macam mana pun tak kisah asalkan beratnya masih kekal, PG akan beli harga PG Buy. Kalau berat dah berkurangan, PG akan kira used gold. Sejak 2008, belum ada kes emas PG palsu. Wawasan PG terlalu jauh untuk buat penipuan-penipuan murahan begitu.

  • Terima kasih atas feedback tuan.
    Saya tidak bermaksud emas PG sebagai contoh.
    Bagus ada company Malaysia yg betul2 ikut guideline berniaga.

    Pamp Suisse bar terdapat contoh tungsten bersalut emas.
    Sekadar mahu ingat mengingati.
    Selamat melabur semua…

    • Wslm En. Zamri,

      Bagus tu. Untuk jadi dealer, kena buat belian RM30k dalam satu belian. Bulan ni ada promosi, beli 150 gram (dalam RM20k) automatik jadi dealer. Saya memang guide dealer-dealer di bawah saya untuk jana pendapatan dengan Public Gold terutamanya melalui FB Support Group. InsyaAllah.

  • Assalam tuan,
    Adakah berbaloi membuat pajakan arrahnu untuk melabur ke asb/tabung haji? Duit tersebut dibiarkan untuk pelaburan manakala di arrahnu sebahagian barang kemas dipajak dan setelah tamat tempoh pajakan, sebahagian yang lain dipajak untuk menebus pajakan pertama dan rolling begitu di arrahnu..perbezaan upah simpan dengan dividen pelaburan di asb/tbg haji adalah keuntungan yang diperoleh.
    Jika tidak berbaloi, apakah idea tuan untuk menjana passive income dari barang kemas?
    t.kasih

  • Assalamualaikum… saya peminat emas… mmg suka membeli barang kemas atau dinar pg kalau ada duit lebih dgn niat utk simpanan kpd anak… husband saya risau kerana saya simpan barang kemas dirumah..dia suggestkan saya buat pajakan atau simpan di arrahnu… dimana sekarang duit yang dapat akan sy gunakan sebagai modal utk beli jual emas…berbaloikah?…

  • Salam Tuan Zulkifli,

    Saya difahamkan, ada antara emas2 yang berseal tidak diterima di arrahnu, termasuk emas dari public gold. Jika diterima pun, kena buka sealnya. Tapi ada juga saya terbaca ada emas public gold yang dipajak juga di arrahnu.

    Soalan saya, adakah nilai yang dipajak ni mengikut nilai semasa (nilai marhun semasa) atau selepas ditolak susut nilai?

    Adakah Public Gold ada keluarkan bar gold yang tidak berseal ?

    Terima kasih

    • Wslm En. Hafiz,

      1. Emas Public Gold berseal diterima oleh kebanyakkan ar-rahnu di Malaysia, tapi syarat mereka kena buka seal untuk proses ujian ketulenan. Buat masa ni, hanya Ar-Rahnu Pos Malaysia sahaja yang terima emas Public Gold tanpa perlu buka seal.

      2. Nilai pajakan mengikut harga emas semasa yang ditetapkan oleh ar-rahnu tu sendiri. Lain ar-rahnu, lain harganya. Susut nilai (i.e. spread) tak ada kena mengena dengan urusan pajakan. Ia hanya relevan bila nak jual emas tu.

      3. Ada. Gold bar Bungamas dan Tai Fook series keluaran Public Gold memang tak berseal. Tapi mulai 1 April 2015, ia bakal dikenakan GST.

      Wallahu a’lam.

  • Assalamualaikum tuan
    saya ingin bertanya ttb promosi utk kakitangan awam menjadi dealer PG, boleh tuan terangkan. Saya amat berminat .
    1. antara dinar & bar gold mana lebih senang untuk di urusniaga?
    2. bagaimana cara guna account GB.?
    3. Sekiranya saya telah beli cth 10 bar, adakah ianya akan di beri dlm bentuk fizikal atau di masukkan terus ke account PG saya?
    minta pencerahan.

  • Salam..sy nak tnya..sy pernah pajak brg kemas di ar rahnu yapeim dan mak sy jadi waris..lain kali bila mak sy pula yg nak pajak brg kemas dan letak sy sbg waris boleh ke?

  • Sy bergaji 5k sebulan komitmen bulanan 3.5k… saving 26k dlm tabung haji…ada emas gelang 50g dan rantai leher 70g..sy memerlukan duit utk banyak urusan menjelang hujung tahun ini dan awal tahun depan..kos bersalin..roadtax dua kereta..anak masuk sekolah..yg manakah terbaik utk dibuat menurut tuan.
    i.gadai rantai di alrahnu dn bayar bila matang dgn kos simpan
    ii.guna duit tbg haji… dan simpanan menyusut
    iii.simpan sikit demi sikit sehingga sampai masa duit diperlukan
    terima kasih atas pandangan yg diberikan

  • salam tuan..
    soalan 1)
    2 bulan lepas saya ada buat pajakkan 5 jenis brg kemas (bk) dlm 1 resit di arrahnu bank rakyat utk beli bk lain. saya ada tanya utk buat satu resit setiap satu bk.. utk mudah saya tebus, tp pegawai tu kata boleh tebus satu².. mohon pencerahan.
    soalan 2
    selepas 2 bln saya pajak lagi bk yg baru utk beli bk lain.. jadi saya ada 2 surat pajak.. beli bk utk simpanan/pakai sendiri bukan utk jual.. adakah tindakan saya ni merugikan saya?
    terima kasih, tuan.

    • Wslm Pn Iza,

      1. Setiap ar-rahnu ada polisinya tersendiri. Ia mungkin berbeza dengan ar-rahnu yang lain.

      2. Cara paling baik, simpan dulu baru beli. Tapi saya tahu, tak ramai yang boleh simpan duit dulu baru beli emas sebab risiko duit tu bocor sangat tinggi. Jadi kaedah pajak dan beli emas, kemudian bayar sikit-sikit mungkin bagus baru siapa yang susah simpan duit.

  • Assalammualaikum tuan,
    saya baru je ternampak iklan ar rahnu di pejabat pos.
    soalan saya tuan, saya perlukan modal untuk buat bisnes kecil kecilan dulu..
    memandangkan saya sayang untuk keluarkan simpanan asb saya,
    saya rasa saya nak jual emas saya. saya tidak berniat untuk menebus kembali emas tersebut. yang penting saya perlukan tunai untuk memulakan bisnes.
    apakah saya boleh menjual emas saya di ar rahnu ?atau ada tempat lain yang bole saya jual emas saya. harap tuan dapat membantu saya dan memberi nasihat.

    sekian terima kasih
    rita

  • Salam..sy nak tanya…kalau saya pajak emas di ar rahnu sekarang sesuai ke x? Sy perlukan duiy lebih kurang 5k…berapa jumlah yg sesuai perlu saya pajak?

    • Wslm.

      Pajakan tak kisah bila-bila masa sekalipun, asalkan boleh bayar balik pinjaman tu.

      Ar-Rahnu biasanya bagi margin pinjaman dalam 65% – 70% dari nilai emas semasa (mengikut harga mereka sendiri).

  • Salam tuan zulkifli,

    Saya ingin bertanyakan sekiranya saya ada cash rm50k utk mmbuat rumah. Saya berniat membeli emas dan terus memajakkan di ar rahnu. Duit pajakan 70% saya gunakan untuk kos buat rumah dan saya buat bayaran upah pajak seperti biasa dan ambil balik emas sampai tempoh matang. Adakah idea yang berbaloi atau ada cara lebih baik? Terima kasih

    • Wslm En. Shafiq,

      Tempoh pajakan cuma 12 bulan i.e. pinjaman jangka pendek. Kalau lebih, kena renew untuk sambung pajakan dan bergantung kepada nilai emas waktu tu. Dan kos pajakan sekitar 14% setahun. Pendek kata, kalau buat pinjaman perumahan jauh lebih berbaloi.

      Wallahu a’lam.

  • Terima kasih atas info di atas, saya nak tanya sekiranya saya nak guna duit pajakan utk laburkan kemana mana investment short term, yg mana lebih menguntungkan?

    • Puan kena kira kos pajakan dan potensi keuntungan pelaburan. Kalau potensi keuntungan lebih besar, ia bebaloi. Kalau lebih kecil, ia tak berbaloi. Kos pajakan biasanya sekitar 1.15% sebulan atau 14% setahun.

  • Salam..en..saya nk tanya…saya ade memajak rantai leher di arrahnu yapeim dan tempoh gadaian akn tamat bbrapa hari lg..saya x ade ckp duit utk menebusnya..apakah cara yg terbaik utk saya samada sambung lg atau menjual surat pajak tersebut..nilai pinjaman lbh krg 5k..sy tggl di klang..saya nk jual surat tersebut pd siapa utk mengelakkan saya jd lebih rugi dan risiko kena tipu…tq

  • Salam tuan zulkifli..
    Sy nk tnye,sy perlukan cash utk blnje hangus n sy ade seutas rantai utk pajak kt ar rahnu.sy dh knlpasti sumber utk byr blik upah pinjam.sy keliru utk byr blik upah simpan tu.blh tuan trgkn?tempoh pajakn sy mgkin xsmpi dlm mse sebulan.upah pinjam tu kire mcm mne?

    • Wslm En. Rizal,

      Upah simpan tu dikira atas nilai emas tu. En. Rizal tanya berapa harga emas semasa ar-rahnu tu, lepas tu darab dengan gram (berat emas tu) dan kadar upah simpan yang dikenakan.

      Bawa je emas tu di ar-rahnu, nanti mereka akan kirakan. Kalau setuju baru pajak.

  • Assalamualaikum Tuan. Saya sering membaca Info dan kupasan2 menarik Tuan mengenai emas dan juga Takaful. Mmg bermanfaat. Saya nak tanya, Jika saya pajak Emas2 PowerGold Saya, Ar Rahnu meminta sata membuka seal. Dan misal kata saya tebus emas2 saya, dan kemudiann memajak semula (Jika ada keperluan) adakah emas2 saya tu akan diterima jika tidak berseal (seal hilang dan sebagainya)?

    Terima Kaseh

  • Slm…sy ade pajak barang di ar rahnu…boleh tak kalau sy nak mintak puhak ar rahnu untuk jual barang sy????dan bagaimana proses tersebut..tq

  • Assalamualaikum
    Baru2 ni rumah saya kena pecah tp Alhamdulillah diorang x jumpa emas sy. Sy jadi risau. Skrg sy nk tau blh x sy simpan emas di bank tp bukan gadai. Ada tak minimum amaun utk simpan emas sbb x lah byk emas sy tu. Tak sampai 20k pun. Tq

  • Assalamualaikum. ..
    Nk tnye saya ade buat gadaIan dan tarikh sepatutnyer di ambil adalah pada 5/1/2017… ape patut saya buat? Hari ini 18/1/2017.? boleh saya dpt kan lgi x brng kemas saya tu?

  • Assalaamuallaikum,

    Pada pendapat tuan sebelum ini ada menyatakan adalah lebih baik beli dan simpan selama tempoh setahun dan barulah kita fikirkan tepat samada untuk jual atau pajak. Persoalannya adakah permulaan tempoh setahun bermula dari bulan Januari atau pertengahan tahun atau mana2 bulan atau ikut graf turun naik harga emas. Pandangan tuan iaitu gunakan duit yg tak pakai untuk saya yg baru nak mula insyaallah dgn purata 500 grm saya tak nafikan. Saya sendiri ingin nak jumpa dgn tuan dan berurusan terus dan secara kebetulan saya tinggal di Bdr.Baru Sg. Buloh. Terima Kasih

    • Wslm En. Ramlan,

      Bukan bermaksud bermula bulan Januari.

      Maksudnya kalau nak beli emas, guna duit at least yang tak digunakan untuk tempoh 1 tahun dari sekarang. Paling baik 2 – 3 tahun sebab harga emas confirm ada turun naik dalam jangka pendek.

      Boleh jumpa, insyaAllah. En. Ramlan wassap saya 019-336 8009. Nanti kita set masa dan tempat yang sesuai.

  • Assalamualaikum…
    Sy ingin bertanya bln lps sy ada pajak brng kemas di ar rahnu..harga emas yg bley di pinjam rm 1000 tp sy cuma pinjam rm 600..bley ke sekiranya sy ingin menambah lg pinjam sy ..

  • as salam tn..
    sy minta pndpt, sy ada beli emas bbrpe tahun lps ade la dlm 2k..
    sy nk pajakkan emas tu untk mndptkan pinjaman buat rolling bisnes.. sy xingt surat yg sy beli emas tu dkt mna.. boleh lps ke agknya ye buat pajakkan tu?
    lg 1, emas nk dipajakkan ni berunsur rantai gelang / leher je ke? cincin2, anting2 xboleh ke ??

  • Pendapat tuan berkenaan emas yg dilelong di bank rakyat.

    Berbaloi tak kalau kita beli dan jual atau cagarkan semula?

    • Berbaloi atau tak, kena buat kira-kira i.e. harga lelong, harga boleh dijual balik dsb. Dah kira baru tahu berbaloi atau tak. Sama juga macam rumah lelong. Ada yang berbaloi, atau yang tak berbaloi. Semuanya kena buat kira-kira.

  • Assalamualaikum. sy nak tye n nak kan kepastian. kita boleh tebus emas tu balik walaupun blm tempoh matang ke? atau kna sampai tempoh matang?

  • Assalamualaikum.. saya ingin bertanya.. saya ada pajak emas. Tapi saya Baru teringat tempoh pajak berakhir 02.02.2018. macam Mana ye… Adakah emas saya terus tak boleh tebus? Atau akan di lelong? Atau boleh ke esok saya jelaskan upah simpan, Masih boleh ke? Mohon pencerahan.. terima kasih ye tuan.

  • Assalam encik Zulkifli

    Okay tak kalau saya buat pajakan emas untuk bayar deposit rumah sewa?

    Apa nasihat tuan?

  • Salam sejahtera tuan,
    Apa pendapat tuan kalau individu tersebut pajak emas di Arrahnu dan duit tersebut disimpan dalam ASB utk dptkan dividen hujung tahun. Dan awal tahun terus tebus semula emas tersebut setelah selesai proses kemasukan dividen tu. Terima kasih tuan.

  • Assalamualaikum encik Zulkifli,

    Bolehkah saya memperbaharui surat kerana surat pajakan saya akan tamat tempoh matang.. Di samping itu saya ingin menambah barang gadaian lain untuk dipajakkan..

  • salam tuan,
    saya nak tanya,
    1)sekiranya kite nak pajak brg kemas, boleh ke pajak tanpa ada resit pembelian? resit telah hilang..
    2) pajak nie ade limit tak? maksud saya boleh pajak berapa kali setelah abis pajakan yang pertama kali.

  • salam encik…saya nak tanya,kalau saya gadai satu lg barang kemas untuk bayar kos upah barang kemas sy yang dah sampai tempoh matang boleh x?

  • Assalamualaikum encik zulkifli… saya nak tanya boleh x saya gadai satu lagi barang kemas untuk bayar upah barang kemas saya yang dah hampir tamat tempoh atas sebab tak cukup wang lain untuk bayar upah barang kemas yang saya gadai terdahulu?

  • Assalamualaikum wrt
    Mohon pencerahan tuan,
    Sy nak settle kad krefit RM 10K
    Saya ada emas fizikal
    So, pajak
    Atau jual?
    Untuk bayar kad kredit
    Thanks

  • Hi maaf nak bertanya kalaw saya gadai emas pada bukan pertama and Bulan ke empat saya nak gadai lain bole Ker? Tampa mengambil gadaian yg pertama ..

  • Assalamualaikum Encik..maaf saya nak tanya.. sekiranya saya buat pajakan barang kemas sebanyak 2 kali..kali pertama berat emas itu 3g..kali ke 2 emas yang sama tapi berat menjadi 2.2g…jarak waktu gadaian tak sampai sebulan.bila tanya pada kedai pajak..dia bermatian tetap menyatakan berat memang 2.2g. .boleh ke saya buat aduan ke NCCC.. jika boleh apa maklumat yang perlu saya ada? Terima kasih

  • Salam Tuan Zul, boleh saya tahu. Pajak ni perlu buat bayaran (upah simpan) setiap bulan ke? Macam mana kalau contoh, kita tangguh bulan 1@2, dan bayar pada bulan ke 3 ataupun bulan ke 6 terus. Boleh ke?

    Terima kasih Tuan Zul

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >