MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

5 Tips Manipulasi Ar-Rahnu Cara Selamat

October 26, 2013

Ramai yang tanya saya cara nak untung besar dengan ar-rahnu. Tapi secara jujur saya katakan TAK ADA MAGIC dengan ar-rahnu. Ar-rahnu hanyalah pinjaman bercagarkan emas yang ‘interestnya’ sekitar 14% – 18% setahun! Ia sangat tinggi, rendah sikit berbanding kad kredit! Keuntungan dengan ar-rahnu bergantung sejauh mana kebijaksanaan memanfaatkan pinjaman. Yang benar-benar kaya dengan pajakan emas ialah peniaga emas yang suruh pembeli pajak ramai-ramai. Dia untung atas komisyen, bukan sebab dia pajak emas. Sedangkan pemajak emas untung nasibnya “untung secupak, rugi segantang”!

Kalau ada peniaga cakap “ar-rahnu adalah perniagaan”, sebenarnya keuntungan mereka ialah dengan menjual emas tu dengan jumlah yang lebih besar (sebab orang beli dengan duit pinjaman ar-rahnu), bukan dengan pajak tu sendiri. Pengalaman saya berkawan dengan otai-otai besar pelaburan emas, majoriti mereka tak main ar-rahnu. Mereka hanya memanfaatkan ar-rahnu untuk pusing modal bisnes jer. Bukan main “beli, pajak, beli, pajak, beli lagi dan pajak lagi” sebab cara macam tu terbukti menjerat pelabur ke dalam belengu hutang!

Keuntungan Teknik Manipulasi Ar-Rahnu

Persoalannya, macam mana yang dikatakan untung dengan Teknik Manipulasi Ar-rahnu? “Teknik Manipulasi Ar-Rahnu” ialah teknik memanfaatkan pinjaman ar-rahnu untuk beli lagi emas dengan harapan emas yang dibeli dengan pinjaman ar-rahnu dapat dijual bila harga emas naik melepasi “kos manipulasi”. Pemilik emas dapat dua (2) keuntungan iaitu:

Untung #1 – Untung kenaikan harga emas dalam simpanan ar-rahnu yang masih lagi milik kita.

Untung #2 – Untung kenaikan harga emas yang dibeli dengan duit pinjaman ar-rahnu yang ada di tangan.

Harga emas naik kita untung, harga emas jatuh pun peluang untuk buat lebih untung. Wow, untung dua dalam satu!

Kos Sebenar Memanipulasi Ar-Rahnu

Tapi syaratnya… Kenaikan harga emas mestilah melepasi dua kos dan kenaikan tu mestilah DALAM TEMPOH PAJAKAN (6 – 12 bulan). Kalau harga emas tak melepasi kos dalam masa 6 bulan, risiko kerugian sangat besar. Kos yang saya maksudkan ialah:

Kos #1 – Susut nilai emas yang dibeli dengan duit pinjaman ar-rahnu. Katakanlah anda beli coin 1 dinar Public Gold, maka susut nilainya 6%. Susut nilai emas Public Gold sekitar 4.5% – 8.0% setiap item.

Kos #2 – Kos “upah simpan” di ar-rahnu. Katakanlah 1.15% sebulan. Lagi lama dalam ar-rahnu, lagi meningkat kosnya. Kos sebenar pajakan ar-rahnu ialah sekitar 1.15% – 1.54% sebulan. Ia bergantung kepada kadar “upah simpan” dan “margin pinjaman” yang berbeza-beza antara setiap ar-rahnu.

Untung Secupak, Rugi Segantang?

Kiraan mengikut andaian emas yang dibeli dengan duit pinjaman; item yang susut nilainya 6% dan kos “upah simpan” 1.15% sebulan atas nilai pinjaman.

Sebagai contoh, perhatikan bulan ke-6 petak kuning dalam jadual di atas. Katakanlah pada bulan ke-6, harga emas naik 15%, maka kita untung 2.10% (15.00% – 12.90%) kalau jual emas yang ada ditangan iaitu yang kita beli dengan duit pinjaman ar-rahnu. Maksudnya, kalau dapat pinjaman ar-rahnu bernilai RM10,000, kita untung RM210. Itu belum kira keuntungan emas yang kita cagarkan dalam ar-rahnu. Tapi katakanlah  harga emas cuma naik 8%, maka kita rugi 4.90% (8.00% – 12.90%) atau RM490. Kalau harga emas turun 5%, maka kita rugi 17.90% (5% + 12.90%) atau RM1,790!

Ok sekarang, nampak tak potensi untung berbanding rugi? Sebab tu saya panggil ini teknik “untung secupak, rugi segantang”. Kalau untung, untungnya sedikit. Kalau rugi, ruginya banyak! Jadi sebelum nak buat teknik ni, fikir dulu masak-masak. Kalau rasa lena tidur malam, boleh teruskan. Kalau boleh menggangu tidur, baik simpan jer emas tu.

5 Tips Manipulasi Ar-Rahnu Cara Selamat

Kalau nak buat teknik ni, ini tips penting untuk kurangkan risiko kerugian:

Tips #1 – Pajak emas hanya bila berlaku penurunan mendadak, at least sekitar 10% – 15%. Biasanya bila harga turun mendadak, harga akan naik balik dalam tempoh tak begitu lama.

Tips #2 – Asingkan sebahagian duit pinjaman untuk kos “upah simpan” selama 6 bulan. Kalau harga emas tak naik, mungkin anda boleh guna duit tu untuk bayar “upah simpan” dan mencuba lagi nasib dengan sambung tempoh pajakan.

Tips #3 – Pajak dalam jumlah berpada-pada. Kalau anda ada 200 gram emas, pajak emas tu jangan lebih 100 gram. Katakanlah harga turun 5% yang menyebabkan anda kerugian 17.90%, anda masih ada ‘modal’ lain untuk tebus emas tu dari ar-rahnu.

Tips #4 – Beli item emas yang “susut nilai”nya paling rendah. Lagi rendah susut nilainya, untungnya lebih cepat, dan lebih banyak. Emas yang susut nilai lebih rendah biasanya berbentuk “jongkong” atau “syiling dinar”, bukan “barang kemas”.

Tips #5 – Berniaga emas! Bila anda berniaga emas, biasanya anda boleh jimat kos “susut nilai” sebab emas tu anda boleh jual kepada pembeli baru pada harga “PG Sell”. Jual emas tanpa susut nilai.

Keuntungan Emas Selepas 2012

Untuk pengetahuan anda, teknik ini memang “dijamin untung” sebelum tahun 2012 sebab harga emas naik secara konsisten. Pendek kata, kalau beli hari ni, 6 bulan akan datang confirm boleh jual sebab harga dah melepasi susut nilai. Tapi sejak 2012, kenaikan harga emas tak begitu konsisten. Dan itulah sebabnya pemajak tegar ramai yang kecundang.

Sejak 2012, orang paling gembira ialah pengumpul-pengumpul emas macam saya, bukan spekulator. Lagi harga turun, lagi saya senyum sebab matlamat saya nak tambah kepingan emas dari semasa ke semasa sebab saya percaya, akhir sekali orang yang paling kaya ialah mereka yang memiliki banyak “real asset” seperti emas, perak, tanah dan hartanah. “Real Asset” nilainya akan sentiasa naik dalam jangka panjang. Orang yang simpan duit kertas, kekayaannya confirm susut setiap tahun dimakan inflasi. Itu belum lagi kira duit tu bocor dibelanjakan.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
26 Oktober 2013
21 Zulhijjah 1434

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Salam,
    Untuk org mcm saya memang tak sesuai.. saya perlukan tidur yg nenyak dan tak mau pening kepala..jadi simpan untuk long- term. Bila sampai masanya barulah tuai, insyaaAllah

  • assalam…mohon pendapat tuan….

    untuk emas berjumlah Rm2420 yang merupakan 70% daripada jumlah pinjaman di ar rahnu dengan upah simpan sebanyak RM199.00…adakah berbaloi untuk dijual pada harga emas sekarang…emas jenis 916…

  • Alhamdulillah …terima masih di atas perkongsian ilmu ini..sy lebih suka simpan emas..ar rahnu lebih sesuai pada mereka yg nk rolling bisnes..beli emas,pajak,guna duit wat bisnes, untung bisnes tebus balik emas..untung bisnes dapat, emas pun dpt..

  • Pajak emas, pasuew buat main saham, untung saham tebus balik emas, sbb skrg kalau nak kumpul emas memang sesuai, harga tngh turun, dan skrg ekonomi tengah bagus so main saham kalau tahu cara mesti untung, insyallah.

  • As-salam En. Zul,
    Apakah cara terbaik utk saya melangsaikan hutang kad kredit tanpa menjejaskan simpanan ASB? Dalam masa yg sama, saya juga memiliki simpanan emas yg agak banyak. Manakah lebih baik, samada perlu menggadai emas tersebut, membuat personal loan atau ada cara lain yg lebih baik?

    • Wslm Pn Sarah,

      Mungkin elok juga puan jual sebahagian simpanan emas untuk langsaikan hutang kad kredit. Tak berbaloi simpan emas dalam masa sama terhutang kad kredit. Pajak kosnya murah sikit berbanding kad kredit. Bagi saya tak berbaloi. Persolan loan boleh dipertimbangkan kalau puan tak ada simpanan lain.

      Wallahu a’lam.

  • Memang dah lama saya beli buku Membongkar Rahsia Al Rahnu tu. Cuma masih belum mula langkah pertama pergi ke alrahnu. Sebabnya melalui kira-kira, macam ada sedikit kerugian. Tapi bila dah dapat penerangan dalam blog ni, saya rasa perlu lebih banyak belajar lagi sebelum ke alrahnu. Nanti mengharapkan untung, gadaian pulak tergadai.

  • Salam tuan,

    Saya nak tanya pendapat tuan ttg tindakan saya ini, saya ada emas dinar 45 dinar, hasil dari gadaian dinar tersebut saya dpt kira2 RM26K, duit tersebut saya gunakan untuk membeli shop apartment bernilai 120K dgn disewakan RM450 sebulan, selebihnya beli emas dinar lagi iaitu 5dinar, 2 dinar, dan 1 dinar masing2 sekeping.Adakah wajar dilakukan?

      • Salam Tuan,

        Minta maaf la tuan, byk tanya pulak saya ni, moga perkongsian tuan mendpt manfaat kpd pembaca yg lain jgk, ttg sumber tu, sy ada terfikir utk refinance balik rumah tu bg menebus setakat mana dinar yg termampu, adakah itu di kira satu tindakan yg bijak?

        • Wslm En. Fakhry,

          It’s ok. Refinance rumah tu satu idea yang baik, tapi En. Fakhry kena make sure samada proses refinance masih boleh dibuat lepas BNM perketatkan syarat pinjaman mulai Oktober lepas. Apa yang saya dengar, sekarang ni dah tak boleh refinance rumah. Samada betul atau tak, itu saya tak pasti. Kena tanya orang bank sendiri.

          Wallahu a’lam.

  • […] Harga emas turun lebih kurang 10% dalam masa 2, 3 hari ni. 1 Dinar sekarang sekitar RM760. Harga tertinggi pernah cecah sebelum ni ialah RM833. Bagi orang yang belum faham pasal emas, dia jadi panik, tapi bagi orang yang tahu perangai emas, dia mesti tersenyum lebar… Inilah waktu dia bershopping sakan tambahkan lagi simpanan emas, dan inilah peluang menambah keuntungan dengan teknik pajak di Ar-Rahnu! […]

  • Assalamualaikum en. Zul,

    Sy telah membuat 5 pajakan ar-rahnu dgn nilai 15k dan insyallah dalam masa terdekat akan tebusnya setelah bertahun2..sy berfikir setelah ditebus nak di jual semula dari pada disimpan..apa pandangan en.zul?

  • pajakan ar rahnu 65g, jumlah pinjaman 8100…apakah nasihat tuan, kalau saya tebus macam mana nak buat keuntungan dgn emas tersebut?

    • Wslm En. Mustafa,

      Bila tebus, kita cuma kena bayar pinjaman pokok dan upah simpan sahaja. Tak ada caj lain dah. Susut nilai pun tak dikira. Dalam artikel ni, saya masukkan sekali susut nilai sebab lepas tebus, emas tu perlu dijual untuk dapatkan keuntungan / kerugian sebenar.

      Wallahu a’lam.

  • Saya nak join…blh ker bermula dgn 1 dinar jer…emas saya byk tapi semua kat pajak..blh ker saya tebus dan msk program nie…

  • assalamualaikum tuan. perkongsian yg baik.:)

    minda org skg asal main emas,mesti main arrahnu.hihi.arrahnu bagi sy yg menjalankn pniagaan emas perak hanya satu jln terakhir utk ‘lock’ brg. sy telah menyaksikan pengguna skill beli pajak beli pajak beli pajak dan tiba2 hrga emas jatuh drastik menyebabkn sy la antara org yg di telefon utk menebus keluar brg kemas tersebut.tp itu pun hanya jika brg tersebut dpt ditebus dgn harga yg sy inginkn.jika x,sy hanya mampu biarkn..:)

    meniaga emas kena ada market.bila ada market sdri,ukur balik berapa cepat anda lepaskn brg tersebut dan restok.semakin laju anda jual dlm volume yg besar dan restock cepat,di situ nmpk keuntungan.

    jazakallah.
    http://www.facebook.com/groups/emaskayumanis

  • Salam tuan..
    Saya mempunyai seutas gelang emas campuran emas putih seberat 9gram..boleh bagi keterangan sikit tak untuk saya pajakan di ar rahnu buat masa kini untuk kegunaan menglangsaikan hutang..

  • assalamualaikum saudara Mohd Zulkifli.

    boleh saudara terangkan lebih lanjut ?? pasal manipulasi harga..

    saya agak kurang jelas… pasal

    bila harga emas naik – kita tambah profit
    bila harga emas susut – kita tambah quantity emas

    contohnya.. let say kalau saya ada pamp 100gram , then saya pergi arahnu… macam mana cara untuk memanipulasikannya saudara?? boleh terangkan lebih lanjut ?? terima kasih ~

    wasalam

    • Wslm En Saiful,

      Secara ringkasnya, bila harga emas jatuh banyak, pajak gold 100 gram tu. Duit pinjaman ar-rahnu tu guna untuk beli emas yang susut nilai paling rendah. Bila harga emas naik, jual balik emas yang dibeli dengan duit ar-rahnu tu.

  • Salam tuan.. saya pun berminat nak tukarkan duit simpanan kepada simpanan emas tapi masih ragu2 kerana selama ni saya kurang jelas tentang konsep simpanan/pelaburan emas yg sebenar. terima kasih atas perkongsian ilmu tuan. apa yg diterangkan dalam blog ini sgt mudah utk difahami.

  • assalamualaikum saudara Mohd Zulkifli.

    boleh saudara terangkan lebih lanjut ?? pasal manipulasi harga..

    saya agak kurang jelas… pasal

    bila harga emas naik – kita tambah profit
    boleh dapat untung…

    • Wslm En. Derman,

      1. Asasnya, kita untung bila beli harga rendah, jual harga tinggi. Bila harga emas turun, itu peluang untuk kita beli emas pada harga murah.

      2. Kalau dah tak ada tunai, antara caranya dapatkan pinjaman daripada ar-rahnu dengan mencagarkan emas yang sedia ada. Bila harga emas naik, maksudnya kita ada 2 batch emas iaitu; (1) emas dibeli dengan duit simpanan (2) emas dibeli dengan duit pinjaman.

      3. Bila harga naik, kita mungkin untung lebih sebab pemilikan emas kita dah bertambah, contohnya dari 100 gram dibeli dengan duit simpanan, bertambah lagi 60 gram dibeli dengan duit ar-rahnu. Syaratnya, harga emas dah naik melepasi 2 kos belian kedua iaitu (1) susut nilai emas, (2) kos upah simpan ar-rahnu.

      Wallahu a’lam.

  • salam tuan..
    saya ingin bertanya mengenai program pelaburan emas seperti kb (khazanah bangsa), depb, dll…bagaimana mereka menggandakn keuntungan melalui ar-rahnu: contoh yang saya dapat melalui FB:

    Contoh minima 10g
    10g: pamp
    Bulan 1 rm 250
    Bulan 2 rm 250
    Bulan 3 rm 250
    Bulan 4 rm250
    Bulan 5 rm 250
    Bulan 6 rm 250+ 10g/modal
    Kalo 30g haaa kali la sndiri..

  • assalamualaikum..
    saya amat tertarik dgn blog tuan..moga Allah berikan rahmat kepada tuan atas sgala bantuan yg tuan telah berikan…
    saya cume nk bertanya.sekarang ni org tgh sibuk membeli emas yg berupa tempah dulu yg mana kite boleh mendapatkan harga emas lebih murah berbanding pasaran semasa jika berbuat demikian atau dikenali sbgai ETA..adakah itu benar?
    dan saya kurang faham kalo nk jual emas tu..bukan ke dia akan kire skali nilai susutnye? ade ke jenis emas yg xde susut nilai?

    • Wslm En. Ismail,

      1. Terima kasih berziarah ke blog ni. Alhamdulillah, mudah-mudahan blog ni bermanfaat, insyaAllah.

      2. Kaedah macam tu biasanya dibuat oleh penganjur skim (cepat kaya bertopeng emas). Kaedah begitu sangat berisiko sebab duit dan emas dipengang oleh pembeli dalam tempoh ETA tersebut. Dah saya dengar terlalu banyak kes penipuan yang melibatkan duit jutaan ringgit. Buat belian begitu samada dapat untung besar (kalau bernasib baik), atau terus lingkup. Saya ada ulas isu ni dalam artikel http://www.mohdzulkifli.com/2014/08/awas-skim-cepat-kaya-bertopeng-emas.html .

      Wallahu a’lam.

  • Tuan,
    Saya orang baru yang nak fikirkan pelaburan emas mencari sedikit keuntungan. Katalah saya ada RM100,000 macamana nak mula ni. tkasih.

  • en zul,

    saya agak kurang faham tentang susut nilai 2.5% utk pembelian 3 keping gold bar 250 gm @ 100K tu…bole en zul tolong huraikan

    terima kasih

  • Salam Tuan,
    Saya berminat dlm pelaburan emas ni..tapi sy tak berapa faham macam mana nak dapatkan keuntungan dari hasil pajakan. So apakah yg terbaik untuk sy, samada beli emas dan simpan or beli dan pajak.
    Tq

  • Aslmkm Tuan,
    Saya ade dalam 100g barang kemas. Saya nak cube untuk menggandakan emas bagi mendapatkan duit lebih. Macam mana cara yg bagus tuan. Saya ingin masuk program ETA tp takut dgn risiko kehilangan. Minta tunjuk ajar tuan. Terima kasih

    • Wslm Pn. Yazmin,

      Cara gandakan emas tu, kena berniaga. Tak kisah berniaga apa sekalipun. Saya tak syorkan join mana-mana skim emas. Saya dengar ramai yang dah lingkup. Bukan setakat untung, modal pun ramai yang dah hilang.

  • Assalamualaikum Tuan

    Nak Tanya mengenai harga emas pada tahun ini…adakah naik atau turun..Dan sesuaikah saya sebagai seorang student join dalam pelaburan ini…

    Terima Kasih

    • Wslm En. Amirul,

      Saya tak tahu dan tak siapa tahu samada harga emas akan naik atau turun. Yang pasti ialah harga emas sekarang di paras rendah berbanding harga emas tahun 2014. En. Amirul boleh semak graf sejarah harga emas di http://goldprice.org/gold-price-history.html . Bagi saya, paras sekarang bagus untuk membeli. Kalau jadikan emas sebagai salah satu bentuk simpanan jangka panjang, tak ada masalah.

      Bagi student lelaki, boleh simpan emas terutamanya coin dinar dari sekarang. Nanti boleh dijadikan maskahwin bila lepas habis belajar nanti. InsyaAllah.

  • assalamualaikum.. encik zul saye student, baru berusia 20 tahun. saye ade join ahli dalam satu syarikat emas..konsep mereka seperti MLM..namun saya tiada kenalan yang bermain emas..jadi tidak tahu cara untuk mencari underline(pengikut) ..jadi saye ingin meminta pendapat bagaimana nak mengandakan emas dengan modal yang kecil ? atau lebih elok jika saya buat tabungan emas..sekarang ni saye baru hendak mengamalkan membeli emas 1 gram setiap 1 bulan..

  • Assalamualaikum, bagaimana nak settlekan diantara upah simpan dan duit pinjaman dr gadaian. Gaji saya rm2 ribu sebulan. Harga upah simpan rm300 sebulan dan duit pinjaman rm 23 ribu. Mohon pandangan tuan… terima kasih.

  • Assalamualaikum.
    Saya ingin mula menyimpan 1g emas goldbar setiap bulan sebagai simpanan dan pelaburan mase depan. Di mana tempat sesuai dan terbaik untuk saya dapatkan gold bar ini? Terima kasih.

  • Saya ingin memulakan pelaburan menyimpan emas fisikal, terutamanya dinar emas. Sebagai permulaan, saya mungkin hanya mampu membeli 2 unit 10 dinar emas ( 24k ). Bagaimana saya harus memulakannya? Adakah sekarang merupakan masa yang sesuai untuk beli emas? Pada jangkaan saya emas akan turun dalam masa terdekat ini, sebelum ianya naik semula!

    • Salam. En. Nasaruddin boleh mula dengan bajet kecil dahulu. Nanti tambah simpanan emas dari semasa ke semasa seiring dengan bertambahnya ilmu. Untuk pembelian, En. Nasaruddin boleh contact saya 019-336 8009 (wassap, sms, call). Nanti saya guide cara yang sesuai dengan En Nasaruddin, insyaAllah.

  • Salam En. Zulkifli! Terima kasih atas nasihat tuan. Saya mungkin tak tahu pasal emas. Tapi, dlm hidup saya, saya pernah pajak emas hanya dgn harga RM22.00 se gram. Lihatlah berapa harganya sekarang?? Duit sebanyak lebih kurang RM13,000.00 kalau disimpan dlm ASB mungkin akan menjana sebanyak RM1105. Banyak juga yg dapat dibelanjakan. Terlalu banyak wang yang telah saya bazirkan di dalam hidup saya. I want to put ‘A STOP’ to this. By investing in gold I ‘d play safe in the long term run! Let us see what gold can do for me!! Bagi saya…,life is vise versa!!

  • as salam tuan…
    saya adalah pengumpul emas seconhand (barang kemas)….adakah sesuai untuk simpanan jangka panjang?

  • Salam Tuan,

    Saya perlu membayar yuran guaman membeli rumah dalam 6k..apa pendapat tuan jika saya beli emas kemudian pajak, hasil duit pajak tersebut saya guna untuk bayar yuran guaman tersebut? Terima kasih.

  • Salam En. Zul. Baru2 ini saya ada terbaca di fb mengenai pajak emas di ar rahnu (6bulan) dan kemudian duit yang diberi pinjam tu digunakan untuk byr duit kereta (6bulan). manakala duit monthly yang kita guna untuk byr kereta tu kita guna untuk byr di arrahnu. Ok ke cara mcm tu?

  • salam,

    Org selalu ckp pelaburan yg menguntungkan adalah di dalam hartanah & emas, sy pun masuk dunia kerja ibarat baru menanam jagung. Jadi kesimpulannya pilihan lebih kepada emas.

    nak tanya sy berminat untuk beli emas, ingat nak guna konsep 1 bulan 1 gram emas, hasil carian sy, sy tengok ada Public Gold, Yapeim, & etc yg menawarkan produk gold bar.

    leh maklumkan pada sy pilihan pengeluar mane yg bagus.

    (bagus disini bermaksud, mudah utk sy membeli produk itu, mudah untuk dijual dimana2 kedai pajak tanpa banyak halangan, mudah digadaikan dimana2 tanpa banyak halangan, senang cite mudah diterima dimana2, sebab ada juga sy terbaca kekangan yg dihadapi pembeli dalam menjual, menggadaikan barangan).

    leh tak email sy, takut sy terlepas baca komen disini. sekian terima kasih..

  • assalam tn,pertama..terima kasih atas semua maklumat yg tn berikan, sngt bermanfaat..pertanyaan sya, andaikan sy ada modal 200k dan ingin berniaga cara jual-beli emas dan jd dealer PG, perlukah sy beli sekali 200k tu dlm 1 resit atau memadai setakat harga melayakkan sy jd dealer sja..30k, slps dh jd dealer baru habiskn 200k tu..mohon pencerahan.Terima kasih.

    • Wslm En. Awang,

      Alhamdulillah. Mudah-mudahan blog ini bermanfaat, insyaAllah.

      Saya syorkan mula dengan RM30k dulu. Sekarang (sebelum 1 Januari 2016), Public Gold buat promosi beli RM30k melalui akaun emas GAP (refer http://www.bit.ly/beliemasgap) automatik jadi Priority Dealer (level komisyen 1.5%).

      Tanpa promosi ni, kena beli RM200k baru layak jadi Priority Dealer.

      Apa-apa En. Awang boleh wassap saya 019-336 8009. InsyaAllah saya boleh guide.

  • salam..saya nak tnya.apa kaedah terbaik untuk settlekan loan kereta yg ada lg dlm 4 tahun dgn komitmen bulanan rm580..sy ada sedikit simpanan emas jgk..

    • Wslm puan,

      Kaedahnya hanya bayar sahaja. Dan semua hutang tetap perlu dibayar dengan duit dan harta sendiri juga. Untuk cari duit tu, jual harta yang ada, kurangkan perbelanjaan dan tingkatkan pendapatan. Tak ada jalan pintas.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >