MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Mulakan Bisnes Ketika Tak Perlukan Bisnes

November 24, 2013

Ada kawan minta saya ajarkan, macam mana nak buat bisnes. Dia nak kerja dari rumah. Dia nak jaga suami yang tengah sakit. Sambil kerja, boleh jaga suami katanya.

Jujurnya, saya tak ada formula ajaib untuk dia boleh cepat berhenti kerja.

Walaupun saya pernah kongsikan tip memulakan bisnes dalam artikel “4 Langkah Mudah Memulakan Bisnes Sendiri”, tapi saya tak ada jalan short-cut.

Saya pun ambil jalan long-cut. Lepas 10 tahun baru saya ada “pilihan” untuk tinggalkan kerja makan gaji dan berbisnes secara sepenuh masa.

Tiada short-cut untuk berjaya

Masa saya start bisnes 10 tahun lalu, saya bukan setakat tak pandai bisnes, bahkan saya tak suka bisnes. Saya fikir, orang buat bisnes ialah orang  yang tak belajar tinggi dan tak ada masa depan. Maka bisnes lah jalan keluarnya.

Tapi sebab terpaksa, saya memulakan bisnes sebab saya fikir, siapa nak bagi kalau saya perlukan duit extra RM10?

Lepas kerja setahun, saya cuma dapat kenaikan gaji RM50 jer! Kalau merayu dengan bos sekalipun, RM50 tu tak akan jadi RM60. RM50 tu tetap RM50. Keputusan syarikat adalah muktamad! 

Masa tu saya menggagau cari duit extra. Gaji saya jauh lebih rendah dari paras kemiskinan di KL.

Nak kerja part-time. Pergi interview sana sini. Sanggup mintak cuti daripada bos untuk pergi interview kerja part-time.

Tapi bukan rezeki saya, boleh dikatakan kebanyakan iklan dalam news paper adalah “misleading”. Kalau ada iklan kerja “data entry” sambilan di rumah, biasanya tipu. 

Lepas 2, 3 kali siri interview, akhir sekali dia suruh saya invest dalam forex!

10 tahun pengalaman berniaga

Lepas 10 tahun terlibat dengan bisnes, macam-macam bisnes dah saya dan isteri explore.

Bermula dengan jadi ejen produk syarikat direct selling, buat baju kurung kanak-kanak, jual coklat, buat biskut raya, jual set bersalin, jual mushroom tart, jual chocolate gift, jual gift untuk event, jual kek coklat, jual muffin, jadi ejen TM, join internet affiliate, jual supplement, jual produk kecantikan, jual emas dan macam-macam pengalaman.

Ada yang kami buat offline, dan ada yang online. Ada produk kami buat sendiri, ada yang ambil dari orang. Ada yang penat, ada yang kurang penat.

Ada yang untung, ada yang rugi. Ada untung besar, ada untung kecil. Ada masa bersemangat, dan tentunya ada masa rasa down! Itulah lumrah bisnes...

Yang penting, kami dapat pengalaman yang mahal harganya. Itu harta “intangible” yang membolehkan kami jana lebih banyak kekayaan.

Sampaikan kami rasa, kalau nak duit lebih, kami boleh cari, insyaAllah. Bukan lagi mengharapkan ihsan majikan untuk kenaikan gaji atau bonus hujung tahun.

Bahkan kalau tak ada duit gaji sekalipun, insyaAllah kami boleh cari duit sendiri tanpa perlu bekerja lagi. 

Merangka Masa Depan Keluarga

Sehari dua lepas kelahiran anak kami yang ke-7 baru ni (7 November 2013), kami suami isteri sibuk merancang nak beli sebuah kondominium duplex dalam masa 2 tahun. Nilainya dalam RM600,000. Supaya anak-anak kami membesar dalam rumah yang lebih kondusif, insyaAllah.

Duit belum ada, tapi ilmu, kemahiran dan pengalaman untuk kami dapatkan duit tu dah ada, alhamdulillah. 

Kami merancang membeli rumah di sini. Cukup selesa untuk kami sekeluarga, dan SELAMAT untuk tinggalkan anak-anak di rumah. Dan yang penting juga, ia selesa untuk kami meraikan tetamu, insyaAllah.

Mampu ke tak beli rumah semahal itu? InsyaAllah, Tuhan tu di sisi sangkaan hambaNya.

Kalau kita fikir boleh, insyaAllah Tuhan permudahkan jalannya sebab kekayaan tu bukan terletak pada poket kita, tapi pada NILAI DIRI kita yang sebenar sebagaimana saya pernah tulis dalam “5 Amalan Tingkatkan Nilai Kekayaan Diri”.

Kerja kita cuma DOA, USAHA, IKHTIAR, dan TAWAKKAL (D.U.I.T). Kalau tak dapat menggapai langit, menggapai awan pun dah ok, insyaAllah.

Doakan kejayaan untuk kami ye sahabat-sahabat... (“,)

Antara Impian dan Angan-agan

Sekarang ni, bila saya buka balik senarai “IMPIAN HIDUPKU”, alhamdulillah, dah banyak item yang saya boleh “tick”.

Kalau saya tak mulakan bisnes dulu, mungkin hari ni impian tinggal angan-angan jer.

Ramai orang ada impian, tapi dia tak tulis impan tu.

Ada orang impiannya balik duduk di kampung, tapi dia tak tulis. Ada orang nak jadi suri-rumah sepenuh masa, tapi mereka tak tulis.

Ada orang nak jadi bapa sepenuh masa, tapi dia tak tulis. Ada orang nak ada lebih masa dengan anak-anak, tapi tak tulis.

Kita tak tulis dan kita tak sempat fikir pun tentang impian kita. Kita terlalu sibuk dengan impian syarikat kita, impian bos kita sampai tak sempat fikir tentang impian kita sendiri... Sedih...

Bila Kita Perlukan Bisnes

Ada kenalan kami yang jatuh sakit dan terpaksa ambil cuti. Masa tu lah baru dia terfikir bestnya kalau duduk rumah dan ada bisnes sendiri. Isteri dia pun fikir, kan bagus kalau boleh kerja di rumah teman suami yang tengah sakit.

Masa tu baru dia sedar, oh, kerja tu sebenarnya bukan milik kita. Ia milik majikan kita.

Kalau kita jatuh sakit, dan tak mampu bekerja, kita terpaksa keluar pejabat ‘sehelai sepinggang’! Laptop yang kita pakai, printer yang kita guna,  bahkan pen dan kertas pun bukan milik kita! Dan tentunya gaji pun bukan lagi milik kita.

Sebab tu Robert T. Kiyosaki pesan, “buat apa kita berkerja (makan gaji) bertahun-tahun lamanya kalau akhirnya kerja tu bukan milik kita?”. K

alau kita usahakan bisnes, bisnes tu kita yang punya. Bertahun-tahun kita usahakan, bisnes tu akhirnya memang kita yang punya. Kita boleh libatkan sekali isteri dan ahli keluarga kita.

Kalau kita dah tak ada, bisnes tu jadi milik keluarga. InsyaAllah...

Tahun pertama bekerja, kami pasang cita-cita untuk ada bisnes yang membolehkan kami bekerja disamping anak-anak. Kami tulis dan kami usahakannya bersama.

Bisnes Akhirnya Milik Kita

Buat bisnes, bukan bermaksud kerja tak bagus. Kerja memang bagus, tapi kalau ada bisnes, bisnes tu boleh jadi “payung terjun” bila kita perlukannya.

Bila nak duit lebih, bisnes lah jalannya.

Bila nak kerja disamping keluarga, bisnes lah jalannya.

Bila nak pencen umur muda, bisnes lah jalannya.

Bila nak masa kerja yang lebih fleksible, bisnes lah jalannya.

Bila kita terpaksa berhenti kerja, bisnes lah “payung terjunnya”.

Bila kita nak wariskan pendapatan kepada keluarga, bisnes ada jalannya.

Bila saya imbas balik, ramai kawan-kawan buat tak pandang jer masa saya mula-mula buat bisnes dulu. Macam saya pandang orang bisnes sebagai “low-class” satu masa dulu, macam tu lah juga orang pandang saya masa tu.

Mereka lebih berduit, tapi saya selalu sempit.

Mereka ada masa merayau-rayau di shopping complex, melancong sana sini, mengadap TV tiap-tiap hari. Mereka tahu perkembangan dan sibuk bersembang rancangan Maharaja Lawak, tapi saya tak pernah tengok pun rancangan tu.

Tulis Impian, Mulakan Bisnes Sendiri

Tapi hari ni alhamdulillah, Allah ganti balik masa saya yang lalu.

Bisnes memberikan saya lebih banyak pilihan dalam hidup. Bukan bermakna dah kaya raya, tapi at least dengan bisnes saya boleh buat banyak benda yang saya suka. 

Kalau sahabat ada cita-cita untuk berniaga, mulakan hari ni. Jangan tunggu pencen baru nak berniaga sebab masa tu kita dah tak bertenaga.

Jangan tunggu anak-anak rindukan cuti Papa dan Mama baru nak bermula, sebab bila kita dah kaya, waktu tu dia tak perlukan kita - dia dah besar.

Jangan tunggu ibubapa dan mentua sakit, baru terfikir bagusnya kalau boleh jaga mereka sepenuh masa sebab bila kita dah bersedia, mungkin mereka dah tiada...

Senaraikan impian hidup hari ni, dan mulakan bisnes sendiri. Supaya bila waktu kita benar-benar perlukan bisnes, insyaAllah bisnes kita dah siap tersedia untuk kita.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
17 November 2013
13 Muharram 1434H


“Kata pakar, perkara paling bahaya dalam kewangan ialah bergantung hanya pada satu pendapatan. Bila hilang kerja, hilanglah segalanya! Ketika kerjaya tengah stabil, itulah waktu terbaik pelbagai sumber pendapatan. Belajar buat bisnes ketika kita tak perlukan bisnes.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 2 November 2023

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Alhamdulillah….murahnya rezeki en.zul,dah tujuh org anak…saya doakan impian en.zul tercapai…amin…article yg baik dan memberi motivasi kpd org lain..tahniah.en.zul…

  • alhamdulillah,terima kasih di atas perkongsian pengalaman abang zul. 10 tahun memang masa yang lama untuk ditempuh,tak kena cara bisnes ni tak cukup lagi setahun pun boleh give up. harap abang zul dapat share bagaimana abang zul dapat kekalkan momentum dalam berbisnes, kadang-kadang kebanyakan orang kita masa susah ‘kering duit’ baru fikirkan nak buat bisnes, tapi bila dah ‘berduit sikit’ cth gaji dah naik, loan kereta dah habis dsbg lupa sekejap semangat berbisnes yang dirancang malah ditangguh pula. mohon tips abang zul.terima kasih.

    • Alhamdulillah En. Yazid. Antara rahsianya saya pernah kongsikan dalam artikel di http://www.mohdzulkifli.com/2012/11/5-amalan-tingkatkan-nilai-kekayaan-diri.html. Dan yang paling penting, kena tulis IMPIAN HIDUP, dan sentiasa semak dari semasa ke semasa progress ke arah mencapai “impian hidup”. Bila kita impian besar, cabaran jadi kecil. Bila tulis impian, tak kira duit dah banyak atau sikit, impian tu tak hilang. Kalau tak tulis, impian akan jadi angan-angan jer. Bila gaji dah naik, kita lupa impian sebenar hidup kita.

      Saya nasihatkan, tulis IMPIAN HIDUP. Semak dari semasa ke semasa. Nanti lebih senang kita buat keputusan, yang mana penting, dan yang mana tak penting dalam hidup. Contohnya, bila saya dapat better offer untuk kerja yang gajinya lebih besar, senang untuk saya tolak offer tu bilamana ia boleh mengganggu perjalan kami menggapai impian.

      Wallahu a’alam.

  • salam, as usual, nice article from you. so boleh share ape impian en Zul for 5 years around? ke rahsia ye? hehe.
    just sy nk share kisah sy, dlu sy start buat bisnes time zmn stdy ( sewa kereta, jd stokis kopi utk negeri, n etc) n planned mmg akan buat bisnes lepas graduated. btw, eventually sy received offer kerja yg attractive di KL with China company , hence sy postpone plan utk bisnes n skrg sy berkerja di GLC. sy try juga bisnes part time tetapi kekangan masa berkerja makan gaji menyebabkan sy hold utk buat bisnes buat masa skrg. bile terbace artkel ni, semangat dtg semulatetapi ape2 pun, ilmu kne ade dlm setiap bisnes yg kte ceburi. perlukah sy joint bisnes full time directly or sy perlu part time bisnes stable dlu? agak besar risiko utk resign buat masa skrg . or en zul ade calculation saving to make sure the risk will be minimized ? mybe klu en zul free, kte boleh berjumpa face to face , mane tau kte boleh JV bsines bersama..:-)

    • Wslm En. Zulhilmi,

      Alhamdulillah… Impian saya lebih kepada membangunkan keluarga & komuniti setempat. 🙂

      Terima kasih sebab berkongsi pengalaman. Saya nak syorkan test sebelah kaki dulu air tohor ke dalam. Dah ok baru terjun. 🙂 Saya memang tak syorkan sesiapa berhenti kerja dan terus bisnes full-time. Ada persiapan yang perlu buat sebelum boleh berhenti kerja. Antaranya:

      (1) persiapan ilmu & pengalaman
      (2) simpanan kecemasan at least 1 tahun pendapatan
      (3) Bisnes dah jalan dengan baik, cuma berhenti kerja sebab nak lebih fokus jer. Bukan baru nak bermula.
      (4) Dah ada rancangan yang teliti untuk kembangkan lagi bisnes sedia ada. Cuma tinggal nak laksana jer.

      InsyaAllah, boleh datang kita minum-minum di Damansara Damai. 🙂

  • Congratulations. Dah 7 dah anak En Zul. Saya menjadi bersemangat untuk jadi surirumah disamping nak buat business sebagai hobi.

  • Akak betul2 kagum dengan Zul dan isteri.. akak rasa bertuah kerana Allah memberi petunjuk ‘terjumpa’ dengan Blog Zul … banyak Kak Ari belajar daripada artikel yang Zul tulis…mudah2an Zul sekeluarga sentiasa di rahmati Allah kerana sudi berkongsi ilmu dengan oranglain. Walaupun Kak Ari dah nak pencen tetapi dari segi ilmu bisnes Kak Ari memang tabik dengan Zul dan Najdah..semoga terus suksess untuk anda berdua..Amin.

  • Terima ksh utk sharing yg bermanfaat..sgt betul dan sesuai dgn situation saya sekarang…rasa mcm dpt nasihat tu one-to-one..saya doakan kejayaan tuan sekeluarga di dunia dan semestinya akhirat.

  • Salam En Zul

    Buat masa skrg ni en zul masih berkerja atau sudah berniaga sepenuh masa..
    Dalam byk2 bisnes, bisnes apa yg skrg en z.ul fokus betul2..
    Buat masa skrg adakah masa sesuai untuk beli rumah atau kita tunggu dulu sehingga pasaran jatuh sebab rata2 harga rumah semakin mahal..

    Terima kasih di atas perkongsian en zul

    • Wslm En. Wan,

      1. Saya dah beralih ke dunia perniagaan sepenuh masa, alhamdulillah.

      2. Saya fokus educate orang ramai tentang kewangan & emas, dan saya usahakan family business dengan isteri.

      3. Saya tak fikir harga rumah akan jatuh. Kalau turun pun mungkin rumah yang permintaannya tak banyak macam kondominium mewah dsb.

      Wallahu a’lam.

  • Salam, saya pun bercita-cita nak buat bisnes sendiri tapi selepas bersara. Kalau buat masa sekrg takut nanti ganggu waktu kerja tetap lagipun memang payah. Silap2 yang “dikejar tak dapat yang dikendong berciciran”. Saya lihat sendiri apa yg berlaku pd sahabat saya, dia keja gomen tapi aktif dalam bisnes, last2 bisnes tak ke mana, dia dikenakan tindakan tatatertib sampai kena potong gaji. Pada pandangan saya tak semua org mampu bekerja makan gaji dan dalam masa yg sama buat bisnes part time, kena ada timbang tara sebelum buat keputusan. Faktor pengurusan masa dan bertanggung jawab amat penting. Akibat sibuk bisnes dan kurang tumpu pada kerja tetap menyebabkan gaji yang diterima tak berkat. Ini juga pemerhatian saya bila ada rakan yg kumpul duit hasil bisnes berpuluh tahun, tiba2 duit dilaburkan hilang sekelip mata, bukan sikit tapi sejuta lebih. Jangan melabur dalam forex dan jangan lupa zakat dan sedekah. Rezeki biar sedikit tapi berkat. Saya doakan En. Zul dan keluarga berjaya dalam dunia perniagaan dan sentiasa menjadi inspirasi kepada yang lain

    • Wslm Pn. Norisa,

      TIADA PERFECT TIME

      Bagus cita-cita tu tapi dalam hidup, tak ada perfect time untuk buat apa yang kita rasa bermakna. Kalau sesuatu perkara tu memang betul-betul penting dan bermakna dalam hidup, kita kena mulakan sekarang dalam celah-celah waktu yang ada. Memang hidup saya masa bekerja agak “huru-hara” sikit sebab saya bekerja macam orang lain juga. Dalam masa sama, saya berniaga. Dalam masa sama saya terlibat aktif dengan aktiviti kemasyarakatan, mengurus tadika, terlibat dengan surau dan masjid, mengedalikan usrah pelajar dsb. Memang havoc. Tapi bagi saya, itu semua perkara bermakna dalam hidup saya. Saya mesti mulakan sekarang, buat apa yang termampu.

      Bila kita buat banyak benda dalam satu masa, itu kena ada disiplin. Ada masa untuk bekerja, ada masa untuk bisnes, ada masa untuk keluarga, ada masa untuk masyarakat, dan tentunya ada masa untuk Tuhan. Bila bekerja, kita curi masa buat bisnes, itu curang dengan majikan. Bila beribadah, kita masukkan hal dunia, itu curang dengan Tuhan. Tapi itulah proses membentuk dan mendisiplinkan kita.

      BERIKAN HAK MEREKA 100%

      Di hari terakhir saya bekerja, majoriti kawan sepejabat tak tahu apa source of income sebenar yang membolehkan saya beralih ke dunia bisnes sepenuh masa. Sebabnya saya tak berniaga di pejabat. Dunia bisnes saya ialah di luar pejabat, dan di luar waktu pejabat. Cuma kawan-kawan rapat jer yang tahu saya ada bisnes yang dah berkembang maju, alhamdulillah.

      Dalam mengambil contoh, tentunya banyak contoh yang negatif, dan susah untuk dapat contoh yang positif. Untuk maju, carilah contoh yang positif untuk dijadikan tauladan. Saya tahu ramai orang yang buat bisnes sambil bekerja curang dengan majikan. Bukan sahaja orang bisnes, orang tak bisnes pun memang ramai yang curang. Claims apa yang tak sepatutnya dengan majikan, curi waktu bekerja, gunakan alat pejabat untuk peribadi dsb. Pointnya, ia bukan salah bisnes, tapi salah orang tu yang menguruskannya. Kalau orang yang tak jujur, tak buat bisnes pun memang dia tak jujur.

      TIMING BISNES SEPENUH MASA

      Dari sudut berhenti kerja dan buat bisnes sepenuhnya, itu yang terbaik. Orang berniaga sambil bekerja perlu tahu dan rancang bila masanya dia WAJIB tinggalkan kerja. Salah satu faktor penting bila bisnes dah mengganggu kerja, iaitu bila bisnes dah maju dan tak boleh coupe lagi dengan kerja. Kalau masa mula2 bisnes dah ganggu kerja, itu bukan masalah bisnes, tapi orang tu memang bermasalah.

      10 tahun saya explore bisnes, 5 tahun pertama tu proses untuk saya belajar bisnes. Ruang-ruang waktu yang berbaki memang cukup untuk belajar bisnes sambil bekerja. Setahun terakhir sebelum saya beralih kepada bisnes sepenuh masa, waktu tu masa saya sangat terhad. Waktu tidur saya tak lebih 5 jam sehari. Terpaksa tidur lepas pukul 12.00 mlm, dan bangun sebelum 5.00 pagi. Kalau ada ruang kosong masa lunch hour, saya ambil masa untuk tidur sekejap.

      Tahun terakhir tu juga, memang bisnes sedikit sebanyak mengganggu fokus bekerja. Untuk compensate majikan, banyak claim yang saya layak saya tak ambik. Bahkan saya let go jumlah yang company sepatutnya bayar kepada saya lebih kurang RM6,000 bulan-bulan terakhir saya bekerja dengan harapan, ia boleh compensate company. InsyaAllah.

      Sekarang ni alhamdulilah, hidup saya kembali under control… Alhamdulillah… 🙂

      BISNES DAN MATLAMAT HIDUP

      Bagi sesetengah orang, bisnes tu untuk cari duit banyak, tapi bagi saya, bisnes berkait rapat dengan matlamat dan makna hidup. Kalau dengan bekerja dah boleh dapat apa yang bermakna dalam hidup, saya rasa tak perlu dah buat bisnes. Tunggu pencen baru buat bisnes atau tak perlu bisnes langsung. Ada orang bila keluarga sakit, dia terpaksa curang dengan majikan sebab nak take care keluarga yang tengah sakit sambil bekerja e.g. terpaksa suruh doktor adjust bil hospital supaya majikan cover, terpaksa lari waktu bekerja dsb. Dalam situasi macam tu, bisnes satu KEPERLUAN mendesak supaya income lebih berkat, keluarga lebih terjaga. Tapi ada orang yang tak ada masalah apa2 boleh kerja dengan fokus. So, bisnes hanyalah something EXTRA dalam hidup dia.

      Ia berbalik kepada apa sebenarnya yang kita cari dalam hidup. Kalau ianya benar-benar bermakna, jangan tunggu perfect time. Mulakan sekarang.. 🙂

      Wallahu a’lam.

      • Salam,

        Memang betul saya hadapi masalah untuk mulakan bisnes sekarang kerana kekangan tugas, jadual sibuk, mesyuarat memanjang, outstation dll, urusan anak2, keluarga, jiran tetangga. Sebelum ini pernah juga buat bisnes part time tapi tak menjadi sebab faktor masa sampaikan tak ada masa nak luangkan masa dgn anak2 yang meningkat remaja dan adakalanya kekangan disebabkan faktor kesihatan. Jadi untuk langkah berhati2, saya simpan matlamat untuk selesaikan semua hutang dalam tempoh 7 tahun, menabung sebyk mungkin untuk pendidikan anak, simpanan persaraan dan modal perniagaan dalam tempoh ini. Setelah mengkaji sedalamnya my perfect time is 7 years from now i.e pada usia 50 tahun. Cita2 membuka perniagaan makanan bersama anak sulung yang akan memulakan pengajian dalam bidang kulinari tahun depan.

  • Salam en zul

    Saya memang salute cara en zul berbisnes. Byk yg en zul korbankan sampai masa tidur pun 5 jam shj.. Stgh2 orang mesti tidak tahan dengan cabaran dan dugaan berniaga ni.
    Alhamdulillah sekarang en zul sudah mempunyai bisnes sendiri dalam usia yg muda berkat usaha sendiri dan rahmat Allah s.w.t.
    Saya akan berusaha berbisnes sebaik mgkn seperti en zul dan masa yg sama menyimpan wang di tabung haji dan sedikit emas..
    Pelaburan hartanah pun sekarang akan lumayan byk panggilan menanyakan bilik dan rumah sewa.. Rata2 mereka berpendapatan rendah dan tak mampu membeli rumah sendiri dengan keadaan harga tinggi.. Sangat kesian melihat keadaan begini..

  • Assalamualaikum En.Zul,
    Telah dua tahun lamanya saya melawati blog en zul. Bagi saya, inilah blog yang sangat memotivasikan orang seperti saya. Hampir setiap hari saya berkunjung ke blog ini walaupun cuma sekejap. Banyak perkara yang saya boleh belajar melalui blog ini. Walaupun saya tidak berapa yakin/bercita-cita dalam bisnes tetapi motivasi tentang perancangan kewangan dan pelaburan sangat-sangat memberi kesan kepada saya. Saya berharap en zul dapat meneruskan usaha bagi menyedarkan bangsa kita tentang pentingnya perancangan kewangan agar setanding dengan bangsa-bangsa lain walaupun hanya dengan menulis artikel di blog.

    • Wslm Pn. Maharani,

      Alhamdulillah… Terima kasih berziarah ke blog saya yang seadanya ni. Moga ianya bermanfaat, insyaAllah.

      InsyaAllah puan. Moga Allah mempermudahkan saya untuk terus berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman yang ada, insyaAllah.

  • assalamualaikum abang zul..
    saya rojein dari perlis..saya terklik pada blok ini jadi terus baca dan nampak macam ada magnet plak nak baca bagi abis cerita cerita tentang pengalaman kerja ni..jadi boleh ka saya tanya apa besnis yang abang sedang jalankan..saya la ni tengah belajar forex pastu plak saya ni bahasa owang putih tak tau macam kura kura jalan katakann..dah lama gak saya tengok tengok peluang bisnes dalam internet ni tapi takut gak takut kena getah (kena tipu)…habag la na apa apa besnis mana tau kalau kalau rezeki saya kot ni..boleh la saya berhenti kerja kontrak..k lah abang zul moga dimurahkan rezki slalu..aminnn

    • Wslm Rojein,

      Terima kasih berziarah ke blog ni. Moga ianya bermanfaat, insyaAllah.

      1. Saya dealer emas Public Gold dan kami suami isteri usahakan family business.

      2. Saya syorkan buat bisnes secara part-time dulu. Nanti bisnes dan berkembang maju dan dah mengganggu fokus pada kerja, masa tu baru ada pilihan untuk berhenti kerja. Saya tak syorkan terus berhenti kerja sebab kerja tu sebenarnya mendisiplinkan kita terutama dari sudut pengurusan masa.

      Wallahu a’lam.

  • Assalamualaikum WBT Tuan,

    Saya tak suka berbisness, tapi 2 tahun dulu saya terpaksa mulakan kerana saya terdesak memerlukan quick cash dalam masa yang sama saya tiada simpanan.

    Minat tidak begitu mendalam jadi saya hanya buat sekadarnya untuk cukup-cukup keperluan masa tu. Kerja tetap saya tidak begitu sibuk dan tiada stress untuk saya lebih fokus bisness tapi saya belum dapat keluar dari zone selesa.

    Alhamdulillah setelah terbiasa dapat ‘duit tepi’ jadi sampai sekarang saya teruskan. Tapi saya bertukar jenis bisness saya yang lebih saya minati dan passionate. Serta menjana income yang bertambah setiap bulan.

    Membaca sharing orang berjaya termasuk Tuan membuktikan resepi orang berjaya adalah sama. Saya berazam untuk terus lebih fokus dan tekad untuk mencapai impian saya melalui bisness yang sedang saya usahakan.

  • Assalamualaikum Saudara Zul,

    Terima kasih dengan perkongsian saudara.Saya baru sahaja bermula untuk promosi produk affiliate.. sblum nie byk terlibat dgn perniagaan fizikal dan dropship… ada yg berjaya dan ada yg fail. Boleh saudara bg tips bagaimana untuk berjaya dlm bisnes affiliate..
    By the way, sekarang sy tinggal di kondominium yg saudara berminat tu.. boleh berjiran nnt kalo saudara berpindah di sini.. Insya Allah

    • Wslm En. Megat,

      1. It’s ok. Saya bukan pakar dengan bisnes affiliate walaupun saya pernah juga dibayar 5 angka atas satu produk affiliate. Saya syorkan belajar terus dari pakar-pakar pemasaran internet.

      2. Oh, ye ke? Bagus tu. InsyaAllah.

  • Salam. Saya sememangnya amat kagum pada mereka2 yg berbisnes seperti tuan. Bermula dgn kecil2an hingga berjaya bertapak dan berjaya. Semoga 2014 memberi semangat dan kekuatan pada saya juga untuk berjiwa bisnes.

  • Assalamualaikum Encik Zul…

    Saya baru mengikuti blog Encik Zul..terdapat banyak artikel yang memberi motivasi & inspirasi… terima kasih di atas segala perkongsian…semoga En Zul sekeluarga sentiasa dirahmati ALLAH & dimurahkan rezeki..Amin.

  • Assalamualaikum Encik Zul…

    Saya baru saja terjumpa dan mengikuti blog Encik Zul..terdapat banyak artikel menarik yang memberi motivasi & inspirasi… terima kasih di atas segala perkongsian…semoga En Zul sekeluarga sentiasa dirahmati ALLAH & dimurahkan rezeki..Amin.

    • Wslm Pn. Nurul,

      1. Alhamdulillah. Terima kasih berziarah ke blog ni. Mudah-mudahan ianya bermanfaat, insyaAllah.

      2. Terima kasih atas doa tersebut. Saya doakan Allah merahmati dan melapangkan rezeki Pn. Nurul sekeluarga juga, amiin ya Allah.

  • Assalamulaikum En. Zul, benar sekali, setelah saya membina impian dan memohon kepada Allah untuk membantu, barulah saya terjumpa kawan-kawan yang hebat, blog-blog yang hebat dan sangat membantu dalam perjalanan mencapai impian saya. Terima kasih juga untuk artikel-artikel manarik ini..

  • Tahniah dan terima kasih atas perkongsian-perkongsian tuan.
    Bermula daripada satu post, berjangkit-jangkit ke posting-posting lain saya baca. Sememangnya perkongsian yang ikhlas dari hati memang akan memberi impak pada hati pembaca. Teruskan istiqamah menulis.. Moga membantu insan-insan yang masih belum nampak jalan seperti saya ini.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >