MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Pinjamkan Emas, Elak Kerugian Nilai

December 14, 2013

10 tahun lepas pinjamkan RM2,000, tapi hari ni dia nak bayar balik RM2,000 juga. Padahal kuasa beli RM2,000 10 tahun lepas tak sama dengan sekarang. Dulu nilainya besar, tapi sekarang nilainya kecik jer. Kalau suruh dia bayar lebih, kan jadi riba pulak. Kalau bayar sama, kita pulak yang rugi. Serba salah jadinya.

Ini konflik biasa bila nak pinjamkan duit kepada orang. Kalau mereka faham, sepatutnya mereka bayar lebih dari nilai yang kita pinjamkan dulu sebab memang itulah cara Nabi s.a.w langsaikan hutang. Bayar lebih dari apa yang kita pinjam. Tapi ramai orang tak faham pasal perkara ni. Saya pernah tulis isu ni dalam artikel “Beri Hutang, Bukan Jalan Membuat Untung” dan “Langsaikan Hutang Cara Nabi“.

Rugi Pinjamkan Duit Kertas

Bila saya tanya Ustaz Dr. Zaharudin Muhammad, katanya bagi pinjam dalam Islam konsepnya ialah ta’aawun, iaitu tolong menolong. Bila nak tolong, niat kita adalah solid untuk memberi. Tak ada apa-apa pulangan melainkan mengharapkan pulangan dari Allah. Saya terima pendapat alim ulama dalam bab tolong menolong, tapi saya masih terfikir macam tak adil sebab si peminjam ‘untung’, sedangkan si pemberi pinjam terpaksa rugi disebabkan kuasa beli duit kertas yang confirm susut dari tahun ke tahun di makan inflasi.

Bila saya faham tentang emas, saya terfikir balik, mungkin salah satu sebab tak perlu bayar lebih dari nilai yang dipinjamkan sebab zaman Nabi s.a.w, duit mereka adalah emas dan perak (serta barang komoditi seperti gandum, barli, kurma dan garam). Emas sifatnya mengekalkan kuasa beli zaman berzaman. Ia penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia.

Kalau zaman Nabi s.a.w, 1 dinar emas boleh beli seekor kambing, sekarang pun masih boleh beli seekor kambing juga! Nah, 1400 tahun lamanya, emas mengekalkan kuasa belinya. Mungkin itulah sebabnya si pemberi pinjam tak akan rugi. Ia bukan macam duit kertas yang kita guna. Tahun 80-an dulu 10 sen boleh beli 3 biji gula-gula, tapi sekarang 20 sen baru dapat 3 biji gula-gula. Duit kertas susut 50% hanya dalam tempoh 20 tahun! Itu baru 20 tahun. Agak-agaknya apa akan jadi kalau lepas 100 tahun?!

kambing-1-dinarZaman Nabi s.a.w, 1 dinar boleh beli seekor kambing. Selepas 1,400 tahun, 1 dinar (harga semasa sekitar RM600) masih boleh beli 1 ekor kambing. Jadi, bukan harga emas yang naik, tapi nilai duit kertas yang susut.

Emas Kekal Kuasa Belinya

Maka logiklah, kalau kita pinjamkan 1 dinar, orang tu bayar balik pun 1 dinar. Walaupun lepas 30 tahun baru dia bayar, kuasa beli 1 dinar dulu sama dengan sekarang. Kuasa belinya kekal. Jadi, tak perlulah bayar lebih sebab kita (pemberi pinjam) tak rugi apa-apa pun. Tapi berbeza dengan duit kertas. Si pemberi pinjam pastinya rugi sebab nilainya susut dimakan inflasi dari tahun ke tahun.

Jadi saya fikir, kalau nak pinjamkan duit, jangan bagi duit, tapi pinjamkan emas. Katakanlah dia perlukan duit dalam RM2,000, maka pinjamkan 5 dinar. Terpulanglah samada dia nak jual dinar tu ataupun nak pajak di ar-rahnu. Tapi yang penting, dia mesti pulangkan balik 5 dinar emas. Walaupun lepas 10 tahun baru dia bayar, kita tak rugi apa-apa pun sebab dia akan pulangkan balik emas yang beratnya sama, dan ketulenan pun sama. Dia untung sebab dapat meminjam, kita tak rugi sebab nilainya tak susut.

MasyaAllah, itulah antara kuasa sebenar emas.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
3 Disember 2013
29 Muharram 1435

p.s. Paling baik, jangan bagi pinjam langsung sebab memberi pinjam boleh jadi api permusuhan. Ia ibarat api dalam sekam. Ia boleh merosakkan hubungan kekeluargaan ataupun persahabatan. Kalau nak tolong, sedekah sahajalah berapa yang kita rasa mampu.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Salam tuan,

    Sekadar berkongsi cerita, terdetik seketika bila saya membaca artikel tuan, sebelum ini saya ada membuat pinjaman bank sebanyak RM20k utk membeli dinar emas kira2 35 keping, masa tua harganya sekitar RM570 sekeping, maknanya saya masih lagi untung dan pihak bank rugi walaupun saya membayar ansuran bulanan sebanyak RM568.12 sebulan bg pinjaman tersebut?Mohon pencerahan tuan, sekian terima kasih.

    • Wslm En. Fakhry,

      Kalau ambil Islamic Financing, aqadnya ialah aqad jual beli, bukan aqad pinjaman. Jadi jumlah yang En. Fakhry perlu bayar lebih besar dari jumlah yang En. Fakhry pinjam sebab bank kenakan caj keuntungan. Bank bagi saya tak rugi, bahkan untung sebab bank berjual beli dengan En. Fakhry. Untuk makluman En. Fakhry, tak ada mana-mana bank tawarkan PINJAMAN secara Islam selain dari pinjaman ar-rahnu. Yang Islamic Banking tawarkan kesemuanya ialah PEMBIAYAAN CARA ISLAM, bukan PINJAMAN.

      Dalam artikel ni, saya fokus kepada PINJAMAN, bukan PEMBIAYAAN yang bank tawarkan.

      Wallahu a’lam.

  • Saya ada kemuskilan,

    1) Disebabkan kejatuhan harga emas yang bermula dari pertengahan 2011 sampai sekarang tak naik2 lagi, adakah nilai seekor kambing masih relevan dengan 1 dinar? Saya rasa lebih teruk kalau sama bagi pinjam 5 dinar pada 2010 pada kawan saya dan pada hari ini dia pulangkan pada saya 5 dinar, harga emas tersebut dalam RM atau USD sekali pun, sudah pun rendah. Macam rugi jek.

    2) Harga barangan yang dijual selalunya berpaksikan pengeluaran dan permintaan. Dan kita perlu ingat bahawa dalam rukun jual-beli, perlu ada penjual, pembeli, barang yang dijual dan akad iaitu persetujuan dalam jual beli. Kalau contoh, kalau saya tak setuju kambing saya dijual dengan 1 dinar (kos makan dia setahun pun maybe berdinar-dinar) tapi saya nak jual dengan 5 dinar, adakah sah penjualan saya kalau saya dipaksa untuk jual dengan 1dinar sahaja?

    • 1. Dunia dah terbalik sebenarnya. Memang dalam jangka pendek macam rugi, tapi jangka panjang tak akan rugi. Hakikatnya, duit kertas nilainya pada emas, bukan emas nilainya pada duit kertas. Sebelum 1971, setiap duit kertas yang nak dicetak bergantung berapa banyak emas yang sesebuah negara tu ada. Duit kertas hanyalahh VOUCHER mewakili emas. Emas adalah WANG sebenar, sedangkan duit kertas tu adalah MATAWANG. Nilai emas letaknya ada BERAT DAN KETULENANNYA, tapi nilai duit kertas letaknya pada apa? Ia sentiasa dimanipulasi dan ia tak menyimpan nilai sebenar didalammya.

      Cuba bandingkan 2 situasi:

      (a) 20 tahun lalu tuan pinjamkan RM5,000, tapi sekarang dia bayar balik RM5,000? atau
      (b) 20 tahun lalu tuan pinjamkan 100 gram emas, tapi sekarang dia bayar balik 100 gram?

      Mana untung, mana rugi? Confirm pinjamkan duit lebih rugi. Sebab itulah bila bagi pinjaman, bank kenakan interest sebab duit yang kita gunakan pada hari ini tak menyimpan nilai sebenar sebagaimana emas.

      2. Jual beli tu atas persetujuan penjual dan pembeli. Kalau tuan nak jual seekor kambing 20 dinar sekalipun tak siapa yang halang. Kalau ada pembeli, boleh teruskan urusan jual beli tapi secara RELATIFNYA, 1 dinar kuasa belinya boleh beli seekor kambing. Harga 1 dinar sekarang sekitar RM550 – RM620 (bergantung pada jenis dinar). Dan ia pernah naik hingga RM800 1 dinar. Harga RM600 – RM800 memang itulah range harga seekor kambing sekarang.

      Bukankah secara relatifnya, 1 dinar mengekalkan kuasa belinya sejak 1,400 tahun lalu?

      Agak-agak 20 tahun akan datang, ada ke orang nak jual kambing harga RM800? Itu baru 20 tahun, tapi apa akan jadi lagi 100 tahun?

      Wallahu a’lam.

  • asslm tuan..alhamdulillah sgt2 bersyukur bila terjumpa blog tuan. Penuh dgn informasi Yg sgt bermakna dan
    Terbaik utk diamalkn bg mengurus kewangan keluarga dgn baik. Alhamdulillh sebahagian yg tuan kongsikan saya dah pn mulakan sejak berumah tangga. Sy pun sama sprt tuan lbh suka beli dan simpan.sy mmg blm pernah menyimpan dinar.Disini sy ingin meminta pdgn tuan utk 2 perkara di bwh.
    1. Kami ada menyimpan barang kemas perhiasan 950 utk simpnn jgka pjg sbyk 200 g. Adakah wajar sy simpan dlm bentuk brg kemas perhiasan atau jual dan duit yg ada sy tukar kepada dinar PG kerana spread rendah? Atau
    2.Adakah lbh baik kami simpan shj emas 200g tersebut dan mulakan menyimpan dinar sedikit demi sedikit bermula dr sekarang menggunakn duit yg memang sy x gunakan.

    • Wslm En. Nyzam,

      1. Saya tak pasti pilihan mana yang lebih baik. Saya syorkan En. Nyzam buat kira-kira dan pilih nilai yang mana yang terbaik:

      (a) Berapakah nilai emas tu kalau dijual di kedai emas?
      (b) Berapakah nilai kalau emas tu di trade-in kepada emas Public Gold? (yang ni saya boleh kirakan, tapi En. Nyzam kena confirm apakah betul emas tu berketulenan 950? Biasanya barang kemas dibuat dalam bentuk 916 atau 999)

      2. Berdasarkan kira-kira di atas, nanti baru boleh buat keputusan samada emas yang sedia ada patut di trade-in kepada emas Public Gold atau disimpan sahaja.

      En. Nyzam boleh contact saya di 019-336 8009 (call / sms / wassap) atau ibnushafie@gmail.com.

      Wallahu a’lam.

  • Assalamualaikum, saya tertarik dengan artikel ni.

    Dalam hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:

    Maksudnya: (Pertukaran) emasdengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, dan garam dengan garam, mestilah dengan kadar (timbangan/sukatan) yang sama, dan mestilah dengan penyerahan serentak (dalam satu masjlis).

    Bagaimana dengan kandungan emas itu sendiri..Boleh ker emas 999 ditukar dengan emas 916 dalam gram yang sama?
    Direkod oleh Muslim (no: 1587).

  • Assalamualaikum,.

    Nak tanya en zul. Baru-baru ini ada wakil PG datang kepada saya da menawarkan pakej belian dinar emas iaitu sebulan RM600 selama 6 bulan. Di akhir bulan ke enam akan dapat 6 dinar emas + 1 dinar emas percuma (jumlah 7 dinar emas). Secara untung mmg untung saya dengan average RM514 setiap dinar. Cuma adakah skim/pakej ini termasuk dalam jual beli hutang yang diharamkan untuk emas?

    Minta komen dan pendapat en zul 😉
    Terima kasih.

    • Wslm En. Haikal,

      Cara belian macam tu tak pernah dianjurkan boleh Public Gold. Kalau ada dealer buat macam tu, Public Gold tak bertanggungjawab. Bagi saya risiko beli macam tu. Kalau dealer tu hilang, duit tu habis lebur macam tu jer.

      Dari sudut hukum saya tak pasti sebab “skim” anjuran peribadi begitu sentiasa berubah-rubah.

      Wallahu a’lam.

  • Salam tuan…

    Sekadar perkongsian.. Ada rakan ingin meminjam wang kepada saya tetapi saya kata, saya tiada wang cuma ada emas… Rakan saya ini takut komitmen berhutang, dan financial management dia memang out… Langsung tiada saving…

    Saya cakap dengan dia, aku bagi pinjam 1dinar tapi bagi balik tetap 1dinar… Awal2 dia igt cuma dia jual 1dinar (anggaran rm600) than bulan2 dia bagi duit dlm rm100 kt saya sehingga selesai (x6)… Dia salah faham dari situ… Last2 saya tekan dan tegaskan kat dia, bayar balik tetap 1dinar, bukan wang… Dia tengok harga emas naik turun pun dah takuttt… Di mata dia, benda yang bernilai adalah wang bukan emas… Ntah la pelbagai nasihat dah dibuat, still gak macam tu… 🙁

  • Assalaamualaikum En Zul

    Jadi pd pendapat En Zul kalau kita pinjam rm2000 jadi brp sepatutnya kita pulangkan slps 10 tahun? Bagaimanakah pengiraannya? Terimakasih.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >