MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kekayaan, Kemewahan dan Tanggungjawab

January 17, 2014

“Kau bila lagi nak tukar kereta baru? Rugilah ada duit tapi tak pakai kereta besar. Nanti kita mati, waris kita yang habiskan duit tu nanti... Kekayaan untuk dirasai, bukan sekadar untuk dimiliki”. Ini persepsi biasa. 

Bila kaya, kena bermewah. Kerja penat pagi petang siang malam sebab nak hidup mewah. Itulah bahagia katanya. Dan itulah juga yang pernah saya fikir dulu. Nak kaya sebab nak bermewah.

Dan antara persoalan yang selalu saya tanya bila buat talk kewangan dengan adik-adik graduan baru, “kenapa nak kaya?”. Itu persoalan paling penting kena jawab secara pasti sebelum bincang lebih jauh tentang kewangan.

Sebelum Tuhan bagi kekayaan, kita kena tahu kenapa nak kaya? Ke mana akhirnya kekayaan yang kita nak cari tu?

Bila dapat jawab secara pasti, kita tak hilang punca. Kita tahu apa yang kita nak, berapa banyak yang kita nak, dan kita tahu samada dah capai ataupun belum. Kalau tak nanti, pencarian kita tentang kekayaan memang tak akan habis, tak akan cukup dan akhir sekali kita “hilang” makna sebenar dalam kehidupan.

Paksa Diri Impikan Kemewahan?

Masa baru-baru belajar bisnes dulu, antara yang diajar; kita mesti impikan gaya hidup mewah. Kereta besar, rumah besar, pelancongan mewah, makanan yang sedap-sedap. Jadi sebagai orang naif tentang bisnes, saya paksa diri untuk minat benda-benda mewah.

Saya letakkan kereta besar sebagai motivasi untuk kejar kekayaan. Saya paksa diri untuk impikan percutian mewah. Saya paksa diri untuk impikan makanan-makanan sedap lagi lazat.

Saya “motivate” diri dengan drive melalui kawasan rumah-rumah orang kaya di Bukit Damansara sambil cakap pada diri saya, “satu hari nanti aku akan beli rumah macam tu”. Itulah nikmat hidup katanya.

Tapi saya terfikir, adakah itu yang memotivasi Nabi s.a.w dan 9 daripada 10 sahabat Nabi s.a.w  yang millionnaire, bahkan dijamin masuk syurga? Nabi s.a.w. dan 9 para sahabat yang dijamin masuk syurga adalah orang kaya, tapi ke manakah dibawa kekayaan mereka?

Lama juga saya terfikir persoalan tu...

Kebahagiaan Bukan Pada Kemewahan

Bila selami hati kecil sendiri, rupa-rupanya saya bukan nak kereta mewah. Tak ada bahagianya pada kereta mewah. Tapi yang saya nak ialah bawa anak-anak balik kampung dan jumpa saudara mara dengan kereta yang sedikit selesa.

Bukan nak impress orang lain dengan kereta yang saya ada. Asalkan kereta tu cukup untuk bawa kami dari point A ke point B dengan selamat, dan sedikit selesa, itu dah memadai.

Dan akhir sekali, kita penat pagi petang siang malam sebab nak cari bahagia. Tapi kebahagiaan tu tak ada pada harta yang berjuta.

Harta tu hanya boleh bagi bahagia kalau kita manfaatkannya untuk sempurnakan tanggungjawab yang Tuhan beri. Tanggungjawab sebagai hamba (Surah Al-Zariyat 51 : 56) dan khalifah Tuhan (Surah Al-Baqarah 2 : 30).

Harta tu untuk beribadah kepada Tuhan, dan berbakti kepada manusia.

Kekayaan Untuk Sempurnakan Tanggungjawab

Maksudnya, carilah harta banyak mana sekalipun, tapi kena ingat, harta tu cuma “alat” untuk capai “matlamat” hidup sebagai hamba dan khalifah Tuhan sebab di situlah kita akan dapat bahagia.

Rugilah kalau jadikan “alat” hidup tu sebagai “matlamat” sebab bahagia tu tak ada pada “alat” tu. Bahagia yang kita cari tu ada pada cara kita manfaatkan kekayaan untuk sempurnakan tanggungjawab, bukan pada menggemukkan diri dengan kemewahan.

Pakai kereta besar tu ok, tapi kereta tu cuma dapat bahagia bila kita gunakan kereta tu untuk sempurnakan tanggungjawab.

Dengan kereta tu senang kita bergerak sana-sini untuk berbakti kepada manusia kerana Tuhan. Dengan kereta tu senang berziarah mengukuhkan silaturrahim sesama keluarga. Dengan kereta besar tu senang sikit balik kampung ziarah ibubapa dan mentua. Dengan kereta besar tu kita lagi ligat ke sana ke mari untuk terus berbakti, bukan nak impress orang dengan kekayaan yang kita ada.

Dan itulah bahagianya pada kereta besar. Berkereta untuk sempurnakan tanggungjawab kepada Tuhan, keluarga, sahabat handai dan masyarakat.

Cara Manfaatkan Kekayaan Untuk Kebahagiaan

Begitu jugalah dengan berumah besar.

Rumah besar bukan nak “lari” dari orang ramai yang kononnya untuk mencari privacy, tapi dengan rumah besar tu kita lebih dekat dengan masyarakat.

Rumah tu kita jadikan “markaz tarbiyyah” untuk anak-anak. Rumah besar tu memudahkan kita kumpul ahli keluarga dan sahabat handai. Rumah besar tu untuk kita lebih rajin meraikan tetamu sebab tetamu tu membawa rahmat dari Tuhan.

Itu sebagai contoh macam mana harta kekayaan tu boleh memberi bahagia. Bak katanya guru tasauf saya, Ustaz Dr. Ahmad Faisal, dunia tu macam kain sapu tangan jer. Ia untuk digunakan, bukan untuk dibangga-banggakan.

Kalau orang berbangga-bangga dengan kain sapu tangan, itu orang “gila” namanya.

Gila dunia yang cuma sementara jer. Padahal dengan harta tu, kita boleh dapat bahagia dunia akhirat yang kekal selamanya.

Memang betul, kita nak cari duit dan harta berjuta. Tapi bukan untuk bermewah-mewah. Biarlah harta berjuta sekalipun, tapi saya prefer hidup sederhana sebagaimana Nabi s.a.w dan para sahabat yang kita panggil zuhud.

Zuhud tu bukan miskin. Miskin tu orang yang nak kekayaan, tapi kekayaan tak ada ditangan dia sedangkan orang zuhud, kekayaan memang dalam gengaman dia, tapi dia pilih hidup bersederhana.

Kekecewaan dan Kebahagiaan Menjelang Mati

Bagi saya, biarlah tak sempat nikmati harta berjuta sekalipun tapi kita dah manfaat kekayaan kita untuk terus berbakti. Saya tak fikir kita akan kecewa bila harta-harta nanti dinikmati oleh waris selepas mati.

Dan saya yakin, disaat kita nak mati nanti, kita tak akan kecewa sebab tak pernah pakai kereta mewah, duduk rumah besar, atau tak pernah melancong ke tempat-tempat exotic.

Tapi kita akan kecewa kalau tak sempat didik anak-anak dengan agama. Kita akan kecewa kalau tak sempat spent masa berkualiti dengan anak-anak kecil di waktu mereka amat memerlukan kita.

Kita akan kecewa kalau tak sempat pergi haji sedangkan kita mampu. Kita akan kecewa kalau tak sempat berbuat baik pada ibubapa yang telah banyak berjasa sedangkan kita berharta. Kita akan kecewa kalau tak sempat bantu saudara mara-mara kita sedangkan kita mampu.

Kita akan kecewa kalau smartphone mahal yang kita beli tu banyak digunakan hanya untuk melayan Facebook, wassap atau wechat, tapi jarang sekali kita gunakan untuk membaca al-Quran (digital).

Kita akan kecewa kalau kereta mewah dan superbike kita tu jarang sekali sempat bawa kita ke masjid. Kita akan kecewa kalau tak sempat berbakti kepada komuniti sedangkan masa kita banyak habis dengan tengok TV.

Pendek kata, kita akan kecewa kalau harta kita habis dengan bermewah-mewah, sedangkan tanggungjawab kita belum sempurna.

Menilai Semula Impian Hidup

Jadi saya nasihatkan sahabat-sahabat, semak balik senarai “Impian Hidup” masing-masing. Fine tune balik impian-impian tu supaya setiap impian yang kita tulis tu, benar-benar bermakna untuk hidup kita.

Kekadang impian hidup tu nampak simple, tapi ianya bermakna. Bahkan kekadang tak perlukan kos pun, tapi kita terlepas pandang sebab kita terlalu fokus kejar kemewahan. Kita tertipu dengan kemewahan dunia.

Antara yang saya senaraikan dalam senarai impian hidup saya:

  • Saya nak jemput sendiri anak-anak balik sekolah sebab itu “prime time” untuk kita beri nasihat dan rapatkan hubungan dengan anak-anak. Jadi, saya perlu ada pendapatan yang “bebas” tanpa perlu pergi kerja. Ia demi tanggungjawab pada anak-anak, bukan nak impress orang lain dengan gaya hidup yang tak perlu pergi kerja.
  • Saya nak sentiasa buat makan-makan di rumah untuk mengukuhkan hubungan kekeluargaan, hubungan sesama jiran dan sahabat handai. Jadi saya perlukan rumah yang lebih selesa untuk meraikan tetamu, dan memudahkan tetamu datang. Bukan nak lari dari masyarakat yang kononnya lebih “privacy”.
  • Saya nak berziarah saudara-mara dan kawan-kawan yang jauh-jauh. Jadi saya perlukan kereta yang lebih selesa untuk berjalan jauh. Iaitu kereta yang lebih senang bergerak, badan pun tak penat. Tapi kalau setakat nak pergi balik pejabat yang cuma 20km, pakai Proton Saga BLM pun dah cukup.
  • Saya nak berbakti kepada lebih ramai orang melalui bisnes. Bisnes saya jadikan platform untuk sebar luaskan rahmat Tuhan. Saya perlu bergerak lebih cepat tapi kosnya juga mesti jimat. Saya perlukan motosikal yang mudah saya bergerak, dan dalam masa yang sama, badan tak penat.

Manfaatkan “Alat” Demi “Matlamat”

Kalau tengok pada contoh-contoh impian hidup tu, saya bukan kejar “alat”, tapi saya kejar “matlamat”.

Duit, kerjaya, kereta, rumah dan motosikal tu benar-benar untuk sempurnakan tanggungjawab berbakti kepada manusia kerana Tuhan. Bukan nak impress sesiapa.

Pendek kata, semua alat-alat tu memberi makna pada Akhirat saya. Biarlah orang nampak kita tak kaya, tapi yang penting, hati kita bahagia... Sebab hakikatnya, bahagia yang kita cari tu ada pada Dia (Tuhan).

Bahagia tak ada pada harta. Tapi dengan harta kita boleh dapat bahagia bila kita manfaatkannya untuk sempurnakan tanggungjawab; beribadah kepada Tuhan, dan berbakti kepada manusia (kerana Tuhan).

Kita nak kaya bukan sebab nak bermewah-mewah, tapi nak sempurnakan tanggungjawab yang Tuhan beri.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
17 Januari 2014
15 Rabi’ul Awwal 1435

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Ye, menjadi kaya bukan nak bermewah untuk diri sendiri, tapi nak juga berkongsi dengan ibu bapa, adik beradik, saudara mara dan mereke yang memerlukan..

    Terima kasih atas perkongsian.

    ~ jemput untuk berkunjung ke blog saya untuk info sihat ~

  • Salam En. Zul, saya pun dalam dilema samada nak selesaikan hutang kereta saga flx yang hutang tinggal 23 bulan lagi atau beli kereta kedua yg lebih besar mungkin MPV yang tak lebih 90K untuk memudahkan saya bawa ibubapa berjalan. (Kalau bole tak nak jual Saga flx sebab nak guna buat pegi kerja). Bapa dah makin tua tak larat drive jauh. Jadi plan nak jemput dia kat johor bila dia teringin datang KL tak payahlah dia drive sendirian, ibu saya pulak memang tak tahu drive. Dilema bila fikirkan sebab tak suka nak menambah hutang tapi dalam masa yang sama nak beri keselesaan kepada org tua. Pohon pandangan tuan, terima kasih.

    • Wslm Pn. Norisa,

      Saya rasa sesekali jer orang tua nak datang KL. Jadi, kalau nak pergi ambil dia, sewa jer MPV sebab kita nak pakai sekejap jer. Ia jauh lebih berbaloi berbanding beli. Puan dah tak perlu hutang, dan tak perlu fikir maintenance, road tax & insuran.

      Daripada puan beli lagi satu kereta, saya rasa lebih baik puan beli lagi sebuah apartment untuk disewakan. Untuk pastikan dapat sewaan yang bagi positive cashflow, jadikan rumah tu fully-furnished, sewakan mengikut bilik atau jadikan macam asrama (sewa ikut kepala). Keuntungan dari sewaan tu letakkan dalam satu dana yang dinamakan “Dana Kebajikan Ibubapa”. Bila-bila orang tua nak datang KL, ambil duit dari dana tu untuk sewa MPV dan entertain mereka. Itu lebih berbaloi rasanya.

      Wallahu a’lam.

      • Salam En. Zul,

        Terima kasih atas perkongsian. Betul juga baik sewa saja MPV. Beli apartment tu pun bagus juga cuma kalau beli apartmen kena berhutang lagi. Kalau contoh saya ada 20K simpanan agaknya mana lebih berbaloi beli emas atau buat downpayment beli apartment?

        • Wslm Pn. Norisa,

          It’s ok.

          Beli apartment tu memang hutang, tapi hutang tu membuatkan kita lebih kaya. 5 tahun akan datang, apartment tu makin mahal, nilai sewaan makin naik sedangkan ansuran bank tetap. Seolah-olah penyewa bayarkan ansuran bank untuk kita. Paling teruk pun nanti, jual balik apartment tu dan ‘terpaksa’ untung atas kenaikan harga. Ia jauh berbeza dengan hutang beli MPV.

          Kalau duit RM20,000 betul-betul untuk simpanan dan nak mudah dicairkan, lebih baik beli rumah. Tapi kalau untuk betul-betul long-term investment, jadikan sebagai downpayment lebih baik.

          Wallahu a’lam.

  • Kaya itu sangat perlu dalam kehidupan .Sahabat sahabat terdekat sekeliling Rasululllah s.a.w. sangat kaya tetapi zuhud dalam penggunaan harta dalam kehidupan. Dengan kekayaan banyak kebaikan dapat dikongsikan & menolong orang lain tanpa batasan. Harta harta sahabat sangat membantu dalam kerja dakwah pada waktu itu. Begitu juga harini, ramai yang mampu memberi kalau tanamkan keazam untuk menjadi pemberi . Bukan selamanya menjadi penerima. Tangan memberi lebih baik dari yang menerima. Semoga ramai yang terkesan membaca perkongsian Encik Zulkifli.. article yang sangat bagus dari orang yang menzahirkan setiap penulisan dari pengalaman sendiri. Terbaik. Teruskan menulis dengan jiwa yang tulus & Ikhlas.

  • pandangan yg baik dan bernas…. semua kemewahan yg ad hnyalah sebagai instrumen untuk mndekatkan diri kepada Allah.,, moga2 tuan diberikan rezeki yg banyak dan kesihatan yg baik atas platform untuk berkongsi ilmu d ruangan yg tuan sediakn…. semoga kita bleh success dlm khidupan dunia dan jg d akhirat

  • Ass… En.Zul pandangan yang sangat baik.saya pon dlm dilema samada ingin membeli kereta lain atau tidak, kerana skrg saya memakai kelisa y hutang nye tinggal lagi dlm 5k++.kerana kondisi kereta y saya guna skrg sngt2 uzur saya x tahu sama ada saya perlu membeli kereta y lain atau tidak.Saya ada terfikir untuk membeli kereta yang lebih besar kerana ibu bapa saya memang mengharapkan saya untuk kemana-mana.Tambahan pula saya sudah berkeluarga dan mempnyai seorang anak.

  • sy hidup di kuala lumpur lebih 10 tahun berhijrah dari kelantan..sejak itu sy tidak pernah berhutang.maksud sy hutang besar2 seperti kereta dan rumah,sy tiada kereta tiada rumah dan tiada apa2 harta rumah,kecuali tv dan ps3 🙂 sehinggakan pihak bank terpaksa menolak Loan peribadi sy kerana tiada record hutang(nak test)..hehe…sy hidup bebas dari hutang selain dari hutang allah..hehe..sy tangguhkan apa2 nafsu untuk menjadikan sy berhutang..gaji sy sgt kecil,sy menyedari nikmat dari tidak berhutang ini,sy mampu membeli semua hobi2 sy walau gaji sy kecik…setiap bulan sy memperabiskan duit sebanyak rm1000 untuk membeli barang2 RC dan enjoy..selebihnya sy simpan dan guna untuk hidup…

    • Oh, begitu. Hutang tu ada 2 jenis. Ada hutang yang membuatkan kita miskin, dan ada hutang yang membuatkan kita lebih kaya. Bagi saya kerja terlalu lama tapi tak beli rumah atau kumpul harta, itu satu kerugian. Kekayaan kita mungkin bocor, pendapatan yang kita dapat bulan-bulan sekadar transit dalam akaun jer. Ia tak membuatkan kita bertambah kaya. Wallahu a’lam.

  • Assalammualaikum…

    Tuan, tumpang bertanya.. kami suami isteri ada 2 buah kereta.. kereta Kancil, alhamdulillah dah abis bayar.. tinggal untuk kereta myvi yang masih berbaki 4tahun lagi. saya bercadang untuk menjual kereta myvi itu, agar tidak perlu tanggung bulanan myvi rm450 sebulan lagi.. kami mempunyai 2 orang anak.. adakah tindakan sy itu tepat?? suami kurang bersetuju sebab krn katanya msh tinggal 4 tahun lagi..
    syukran tuan…

    • Wslm Puan,

      Kalau kereta Myvi tu memang keperluan, bayar sampai habis tak ada masalah. Mungkin puan perlu travel jauh untuk balik kampung, mungkin Myvi lebih sesuai berbanding kancil. Tapi kalau bukan keperluan, jual jer kereta tu.

  • Assalam ustaz.

    saya tulis impian nak settle hutang dengan family dan kawan sebelum akhir mac 2014 dengan mudah.
    Masalahnya saya hanya buat bisnes kecil saja. Selain dari tulis impian,adakah amalan lain yang boleh saya lakukan untuk melunaskan hutvang secepatnya?

    Terima kasih

  • salam tuan,

    maaf nak tanya soalan off topik 🙂

    saya sebelum ni tak ambil tau pasal masukkan nama introducer masa beli emas di public gold. disebabkan tu, PG taruk nama PG sendiri sbg introducer. boleh ke klu lepas ni saya minta PG tukar/update maklumat introducer daripada PG kepada org yang sepatutnya?

    terima kasih tuan

    • Wslm En. Ishak,

      Introducer “Public Gold” tu tak boleh tukar kecuali kalau En. Ishak jadi dealer. Dealer tu boleh appeal dengan Public Gold untuk tukar daripada “Public Gold” kepada nama dealer tu. Tapi ia tertakluk kepada kelulusan Public Gold.

  • salam,,
    saya selalu mengikuti blog en. zul dan tahniah sebab tips yang en zul bagi telah menjadi panduan untuk saya wlp kadang2 tersasar..saya ingin meminta pendapat en zul.. saya kakitangan awam dan tinggal lg 18 th berkhdmat..umah ad 2,kereta telah habis byr,simpanan kpf felda dlm 50k..itu shj harta yg ada..rasanya apa lg yg saya boleh buat utk simpanan…saya terfikir untuk simpan emas tapi adakah berbaloi,,jika di s’pore mereka tidak menerima emas jenis bar tapi menerima barang kemas.. saya terfikir kalau pg tutup n jual di kedai emas maybe mereka terima dengan harga yang murah…so ap pendapat en zul.tq

  • Salam en Zulkifli…. tahniah atas penulisan artikel yang sangat baik..semoga Allah merahmati tuan dan mereka yang mengunjungi blog ini..

    • Wslm Pn. Jusmiyati,

      Public Gold di Sabah cuma di Kota Kinabalu jer. Kalau puan nak buat belian, saya boleh bantu cara yang lebih mudah, insyaAllah. Contact saya 019-336 8009 (wassap, sms, call).

  • […] Orang kaya tak sama dengan orang bermewah. Orang kaya ada banyak harta sedangkan orang hidup bermewah, tak semestinya kaya. Orang kaya mungkin hidupnya biasa-biasa sahaja, tapi dia ada banyak harta. Walaupun mungkin dia masih berkereta buruk, tapi dalam peti besinya ada berkilo-kilo jongkong emas, dan juga berbelas-belas atau berpuluh-puluh buah hartanah. Dia mampu laksanakan tanggungjawab sebagai orang kaya. […]

  • Bagi saya kekayaan tu perlu. Impian saya nak jadi orang kaya sebab saya nak berbakti kepada ibubapa saya, keluarga dan orang orang dalam kesusahan. Kini saya dibebani dengan macam macam jenis hutang dan kadang kadang gaji saya banyak habis bayar hutang dari belanja diri sendiri. Inilah dugaan saya dan saya serahkan kepada Allah SWT 100% untuk melindungi saya. Mungkin belum lagi saatnya untuk saya membantu keluarga saya selain berdoa.

  • Salam Syukur…
    Alhamdulillah di pagi hari terbaca artikel ni…aturan dariNya sedang saya dilema dlm sesuatu…yer kaya itu dtg dgn tanggungjawab…Allahuakbar…sgt2 tersentuh saya dgn artikel ni…mmg benar ujian syukur dalam kenikmatan itu sgt2 lah hebat…Allah swt menguji dgn harta yg sedikit …bagaimana kite laksanakan amanahNya…beza sungguh org kaya dan org mewah…barulah saya faham… Syukur itu sgt luas…dan ketika dirimu dikurnia harta yg banyak…Allah menguji seikhlas mana syukur dan redha mu ketika tanganmu memberi harta yg bukan milikmu pun…hati kecil pasti berkata2…Tq for this artikel…syukur saya…bkn saya sorang yg ada matlamat@gila dgn impian kaya sebegini…

    Semoga tuan Zul dilimpahiNya rahmat dan kemajuan dalam hidup yg lebih baik dan melimpah ruah…smg mereka2 disekelilingmu sama2 dapat merasa nikmatNya…inshaAllah…ameen…

  • saya selalu mengikuti blog en zul..saya juga kadangkala tercari-cari makna kehidupan..apa yang saya inginkan dalam hidup dan apa yang perlu saya buat. apa makna saya bekerja selama ini dan apa makna saya mengumpul duit. bila difikirkan..saya hanyalah mahukan kebahagiaan dan ketenangan.

    dulu, saya selalu fikirkan kalo beli kereta..mesti nk beli yg cntik2.. n modified sana sini.. tujuannnya hanyalah untuk impress orang. nak buat rumah mestilah kena besar n cantik.. semuanya hanya untuk impress orang. tanpa saya sedari itu bukan memberi kebahagiaan pada saya. itu hanya buatkan hari2 saya hanya fikirkan cara mencari harta bagi memenuhi keinginan tersebut.

    setelah baca hasil tulisan en zul, sedikit sebanyak memberi saya ilham apa yg saya inginkan selama ini. lebih baik kita bahagiakan diri kita dan orang sekeliling yang terdekat dengan kita.

    sekarang ini, hampir 1/6 dari gaji, saya berikan pada orang tua saya dikampung, saya suka melihat kebahagiaan mereka. mereka banyak bersusah payah sepanjang besarkan saya. saya juga banyak beri duit pada adik2 yang masih belajar. sedangkan saya sendiri masih bermotosikal ke tempat kerja walau berpanas dan hujan. sebagai anak lelaki , saya merasa bertanggungjawab untuk berikan kesenangan pada orang terdekat saya. maaflah atas coretan panjang lebar ini. sekadar berkongsi pandangan.

    terima kasih diucapkan atas perkongsian ilmu dari en zul. banyak manfaat blog ini kepada saya.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >