MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Public Gold Tokyo Trip – Hari Ke-4 (Fuji)

March 26, 2014

Pagi ni kami meninggalkan Hotel Loisir di Toyohashi untuk ke kawangan Gunung Fuji. Kawasan Toyohasi ni kiranya kawasan bandar kecil. Tak ada apa-apa tempat tarikan pelancong di sini. Kami menginap di hotel ni sebab ia terletak antara Osaka menuju ke desinasi akhir kami iaitu Tokyo. Semalam saya banyak dapat informasi tentang perkembangan sosial dan ekonomi di Jepun tapi hari ni, saya dapat belajar banyak tentang adat dan budaya masyarakat Jepun. Banyak pengalaman baru saya dapat pada hari ke empat ni. Saya bagi foto jer dulu. Nanti saya akan ceritakan kemudian sebab hanya di hotel jer kami boleh dapat internet connection sebab kat Jepun tak jual sim card data plan macam di Malaysia. Masa  kami di hotel sangat terhad.

Public Gold Tokyo - Hari 04 (01)Toyohashi sekitar pukul 7.00 pagi dari bilik kami di tingkat 24, Loisir Hotel. Tak ada apa-apa tempat tarikan pelancong di sini. Toyohasi terletak ditengah-tengah antara Osaka dan Tokyo.

Public Gold Tokyo - Hari 04 (02)Rasanya Loisir Hotel ni adalah bangunan tertinggi di Toyohashi.

Public Gold Tokyo - Hari 04 (03)Hotel yang ada macam crown ni dipanggil “lover hotel” yang di bina dekat dengan highway. Banyak hotel begini di Jepun.  Nampak cantik kalau tengok waktu malam. Lover hotel ni sebenarnya tempat khas untuk pasangan kekasih melempiaskan nafsu mereka. Tak siapa tahu siapa masuk ke hotel tu sebab dari tempat parking, mereka cuma berurusan dengan mesin untuk book dan masuk hotel tu. Masuk dan keluar tak siapa tahu kecuali Tuhan. Di Jepun, seks bebas ni dijadikan industri yang dibenarkan.

Public Gold Tokyo - Hari 04 (03 - 01)Sepanjang perjalanan ke Gunung Fuji, kami lalui kawasan perindustrian Shizuka. Bukan Sizuka Doreamon tu, tapi ini pusat industri otomobil di Jepun. Lebih 50% penduduk Jepun pakai Toyota dan kilang Toyota terletak di kawasan ni.

Public Gold Tokyo - Hari 04 (04)Faeez Uncang Emas. Masa masing-masing tengah excited berfoto latar belakang Gunung Fuji, saya ternampak kereta Ferrari ni. Saya dapat satu idea. Foto ni lebih bermaka kalau ada 2 benda, iaitu gunung tertinggi di Jepun dan kereta mewah! (“,)

Public Gold Tokyo - Hari 04 (05)Group photo tokey-tokey emas Public Gold.

Public Gold Tokyo - Hari 04 (06)Gunung Fuji dari kawasan R&R Fujikawa. First time tengok gunung Fuji ni memang excited. Lepas tu rasa biasa jer…

Public Gold Tokyo - Hari 04 (07)Ini dipanggil Obento. Kalau dekat Malaysia macam nasi tapau. Saya akan cerita kemudian tentang Obento ni. Ini berkait dengan budaya masyarakat Jepun tentang pemakanan dan gaya hidup.

Public Gold Tokyo - Hari 04 (08)Toi Gold Museum. Mana-mana trip Public Gold mesti akan melawat gold museum. Masa di Cape Town dulu kami banyak belajar tentang sejarah penggunaan emas. Tapi kali ni kami belajar teknik mendulang emas.

Public Gold Tokyo - Hari 04 (09)Tempat ni sebelah dengan laut. Tanda amaran tsunami.

Public Gold Tokyo - Hari 04 (10)Banyak betul bunga macam ni. First time tengok ni saya ingatkan bunga dipetik dan di letakkan atas tanah. Rupa-rupanya memang bunga tu macam ni.

Public Gold Tokyo - Hari 04 (11)Duit emas yang digunakan pada zaman samurai. Emas hakikatnya adalah duit sebenar digunakan sejak zaman berzaman.

Public Gold Tokyo - Hari 04 (12)Hasnizam Emas8kilo dengan jongkong emas 250 kg! Jongkong emas terbesar di dunia!

Public Gold Tokyo - Hari 04 (13)Belajar mendulang emas. Memang ada biji-biji emas dalam tu. Saya cuma dapat 2 biji jer. Tak mudah juga melombong ni. Balik beli emas Public Gold jer. (“,)

  Public Gold Tokyo - Hari 04 (14)

Ini rupa bentuk biji-biji emas mentah dari lombong.

Public Gold Tokyo - Hari 04 (15)Ini yang paling saya jatuh hati setakat ni di Jepun. Ini staff Toi Gold Museum. Mereka  meraikan kepulangan kami dengan melambai-lambai tangan bukan sekejap, tapi mereka terus melambai kami selagi bas kami belum hilang dari pandangan mereka. Dah jauh pun masih melambai-lambai. Mereka benar-benar memuliakan tetamu. Saya teringat pesan Nabi s.a.w, siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamu. Memuliakan tetamu satu perkara besar dalam agama.

Public Gold Tokyo - Hari 04 (16)Di Lake Ashi. Tasik di kawasan pergunungan. Sejuk menggigil rasanya di kawasan ni.

Public Gold Tokyo - Hari 04 (17)Mahaguru Syukur Hasyim dan isterinya Cik Jun. En. Syukur adalah sifu pelaburan emas saya. Semua dealer emas dan customer Public Gold di bawah saya ada ‘pertalian darah’ terus dengan En. Syukur. Mereka ada saya, dan mereka senang dapat akses kepada En. Syukor.

Public Gold Tokyo - Hari 04 (18)

Public Gold Tokyo - Hari 04 (19)Sepanjang jalan tak jauh dari Gunung Fuji. First time tengok salji sebenar depan mata, rasa excited juga. (“,)

Public Gold Tokyo - Hari 04 (20)Excited main salji. Masing-masing first time jumpa salji. Rupa-rupanya salji ni macam frost dalam peti ais jer.

  Public Gold Tokyo - Hari 04 (21)Singgah di satu perkampungan tak jauh dari Gunung Fuji. Sangat sejuk sampai jari ni rasa kebas. Rasanya suhu sekitar 5 darjah celcius.

Public Gold Tokyo - Hari 04 (22)Makan taufu Jepun. Saya tak makan. Ianya halal, tapi dekat atas taufu tu dia letak macam sambal belacan. (“,) Katanya sedap…

Public Gold Tokyo - Hari 04 (23)Coklat Kit Kat Wasabi! (“,) Minat betul orang Jepun dengan Wasabi sampai coklat pun ada Wasabi. Saya tak minat. Pedas dia lain macam sampai ke dalam hidung rasanya.

Public Gold Tokyo - Hari 04 (24)Wazir Tokey Emas dan isteri shopping sakan.

Public Gold Tokyo - Hari 04 (25)Hotel kami hari ni berkonsepkan tradisional. Menjiwai budaya orang Jepun.

Public Gold Tokyo - Hari 04 (26)Pahlawan samurai Public Gold. (“,) Makan malam dengan adat orang Jepun. Duduk atas lantai jer.

Public Gold Tokyo - Hari 04 (27)Hari ni saya belajar cara pakai baju Samurai ni. Ada teknik dia. Bahagian kiri baju mesti diletakkan di atas. Kalau terbalik, itu pakaian orang mati! (“,). Kalau lelaki, kena buka dada macam Pokli ni. Tapi saya segan, tutup habis sampai ke leher macam perempuan. (“,)

Public Gold Tokyo - Hari 04 (28)Ini 100% makanan Jepun namya Sashimi. Saya ingatkan ini namanya sushi. Rupa-rupanya silap.

Public Gold Tokyo - Hari 04 (29)100% mentah dan memang dimakan mentah. Ini first time dalam hidup saya makan ikan, sotong dan udang mentah. Sedap juga rasanya. Tapi Faizan Pelabur Jutawan tak boleh makan katanya. Sahimi ni kena makan dengan wasabi (warna hijau tu) supaya dapat bunuh kuman. Ini ikan fresh. Bukan ikan hanyir yang kita beli di pasar tu.

  Public Gold Tokyo - Hari 04 (30)Hari ni baru saya pandai makan guna chopstick. Terpaksa pandai sebab masa makan Obento atas bas tengahari tadi, sudu tak disediakan, air basuh tangan pun memamg tak ada. Jadi saya paksa diri belajar benda baru. Cabar diri sendiri. Saya ikut nasihat Ustaz Khairul Anuar katanya, kena ‘IKHLAS’ baru cepat pandai. Gunakan dengan selamba… Alhamdulillah, berjaya! If there is a will, there is a way… Kalau ada kemahuan yang mendalam, insyaAllah akan ada jalan ke arah kejayaan. (“,)

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Alhamdulillah, saya dapat bawa balik 11 biji ketul emas selepas belajar teknik mendulang. Obento tu memang sangat sedap. Licin saya makan
    🙂

  • MasyaAllah terbuka mata bila berada di Jepun
    basikal tinggal tak payah kunci, kalau traffic light merah , jika naik motor tetap berbaris belakang kereta, negara kita mesti cilok sampai depan trafic light.

    kalau yang ada anak hantar belajar kat jepun tak payah risau safety, sangat safe bawa family dan anak kecil berjalan di sana, fasiliti amat mudah untuk family dan anak kecil ….

    good entry zul!

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >