MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Public Gold Tokyo Trip – Hari Ke-5 (Tokyo)

March 27, 2014

Pagi ni kami naik ke Gunung Fuji, dan terus bertolak ke Tokyo. Hari ni lebih kepada masa untuk bershopping di Tokyo. Tak banyak benda baru yang menarik perhatian saya di Tokyo. Kata Danny (tour guide), hari ni hari untuk memutahkan duit habis-habis sebab esok (27 Mac 2014) adalah hari terakhir kami di Tokyo. Agenda hari terkhir cuma satu iaitu pergi ke Tokyo Disney Sea, bukan Disney land. Disney Land ada banyak, tapi Disney Sea hanya ada satu sahaja di dunia, iaitu di Tokyo.

Public Gold Tokyo - Hari 05 (01)Panorama dari bilik hotel. Tasik Kawaguchi.

Public Gold Tokyo - Hari 05 (02)

Di Jepun ni, katanya boleh terus minum air daripada paip jer. Tak perlu masak sebab ia memang bersih. Kalau di Malaysia, air kita berbau klorin, tapi di Jepun, dia rasa macam air drinking water dalam botol tu. Air Mineral sebotol dalam RM7 di Jepun.

Public Gold Tokyo - Hari 05 (03)

Breakfast makanan Jepun untuk alas perut pagi ni.

Public Gold Tokyo - Hari 05 (04)Breakfast pagi ni. Ini memang breakfast orang Jepun. Boleh lah… (“,) Yang mana tak selera tu dah siap-siap bawa sambal bilis dari Malaysia…

Public Gold Tokyo - Hari 05 (05)

Ini Hot Spring tempat orang berendam bogel. Air panas 40 darjah celcius katanya bagus untuk kesihatan. Disediakan tempat khas untuk lelaki dan tempat khas untuk perempuan. Tapi saya tak mandi tempat macam ni sebab ia tetap aurat walaupun sesama lelaki. Di Jepun budaya mereka berbeza. Mereka tak suka sibuk hal orang lain. Kalau mandi bogel dalam satu kolam pun, mereka tak ambil peluang ‘skodeng’ orang lain. Apatah lagi nak cerita pada orang lain.

Public Gold Tokyo - Hari 05 (07)Ambil angin sekejap di tasik Kawaguchi sebelum bertolak ke Gunung Fuji dan seterusnya ke desinasi akhir, Tokyo. Tasik Kawaguchi ni salah satu daripada 5 tasik yang ada disekitar Gunung Fuji. Cuaca pagi ni sekitar 8 darjah celcius.

Public Gold Tokyo - Hari 05 (09)

Destinasi pertama kami pagi ni ialah naik Gunung Fuji. Gunung Fuji ada 10 stations. Tapi dengan cuaca hari ni, hanya station 1 sahaja di buka. Satu pengalaman menarik ialah bila masuk ke kawasan Gunung Fuji, tetiba dengar muzik keluar dari tanah! Saya curious juga mana datang muzik tu. Rupa-rupanya itu welcome music terhasil sebab jalan ke kawasan tu di adjust tinggi rendahnya. Bila tayar bas lalu, ia menghasilkan bunyian! MasyaAllah, sampai macam tu sekali orang Jepun ‘invent’….

Public Gold Tokyo - Hari 05 (10)

Zainy, Danny (tour guide), Pokli dan Faeez. Excited main salji… (“,)

Public Gold Tokyo - Hari 05 (11)

Danny (Tour Guide) memang tak habis-habis bercerita sepanjang trip di Tokyo. Macam-macam cerita supaya kami dapat informasi tentang Jepun. Nak tidur pun tak boleh sebab dengar cerita dia. Buat lawak pun boleh tahan… (“,)

Public Gold Tokyo - Hari 05 (12)

Ini lori sampah di Jepun. Lori sampah pun bersih. Tak ada bau busuk sebab sampahnya di urus dengan baik. Mereka ada jadual kutip sampah mengikut hari. Ada hari kutip sampah recyle, ada untuk terus dispose.

Public Gold Tokyo - Hari 05 (13)Kami solat di Masjid Asakusa, Tokyo. Shop lot dijadikan masjid.

Public Gold Tokyo - Hari 05 (14)Saiz Masjid Asakusa ni macam surau tempat kita. Lot kedai tingkat atas jer.

Public Gold Tokyo - Hari 05 (15)Ini parking, bukan workshop kereta. Di Jepun ni banyak parking bertingkat macam ni.

Public Gold Tokyo - Hari 05 (16)Sebelum datang Tokyo, saya google juga pengalaman blogger lain yang pernah ke sini tapi majoritinya pasti akan datang tempat ni. Rupanya, ini kawasan shopping cenderamata. Kalau di KL, kawasan ni macam Petaling Street.

Public Gold Tokyo - Hari 05 (17)Kalau nak cari cenderamata untuk bawa balik Malaysia, saya rasa inilah tempatnya. Shopping di Jepun ni senang. Harga dia telus. Dah siap display dan harganya fixed. Tak ada tawar-menawar. Berbanding dengan Kyoto, harga di sini lebih kurang jer. Maksudnya, mereka tak manipulate harga.

Public Gold Tokyo - Hari 05 (18)Banyak cenderamata menarik kat sini. Harga sama jer semua kedai.

Public Gold Tokyo - Hari 05 (20)Hari ni kena cari makan tengahari sendiri. Nak senang, kami cari Mc Donald jer. Makan Mc Fillet (ikan) jer. Itu yang paling meyakinkan.

Public Gold Tokyo - Hari 05 (19)McD Prawn Burger hanya di Jepun.

Public Gold Tokyo - Hari 05 (21)Ramai pelancong di kawasan ni.

Public Gold Tokyo - Hari 05 (22)Baru lepas shopping di China Town. Dekat belakang tu tower tertinggi di Tokyo, bukan Tokyo Tower.

Public Gold Tokyo - Hari 05 (28)Ginza ni kawasan jual barang-barang berjenama macam LV. Kalau di KL, kawasan ni macam di Pavillion. Kawasan shopping orang kaya-kaya. Katanya, kalau bawa isteri tak boleh lepas tangan ke kawasan ni. Bukan sebab area ni romantik, tapi takut isteri shopping habis-habisan. Tapi isteri saya bukan jenis macam tu. Kami berdua jenis low maintenance. Bagi kami, beg adalah beg. Tak kira jenama apa pun, asalkan boleh letak barang dan agak tahan, itu dah cukup. Tak perlu berjenama, tak perlu up-to-date.

Public Gold Tokyo - Hari 05 (23)Dekat Jepun ni banyak pokok-pokok bunga kecil macam ni, tapi cantik. Mungkin bunga macam ni sesuai dengan iklim sejuk. Saya tak pernah jumpa di Malaysia.

Public Gold Tokyo - Hari 05 (24)Di Giza ni, saya ronda-ronda dengan Pokli dan Hasnizam. Kami bukan jenis shopping barang-barang berjenama. Tak tahu apa nak buat, jalan jer lah tengok kawasan. Ikut kaki sementara habis tempoh 2 jam masa yang diberikan.

Public Gold Tokyo - Hari 05 (25)Jalan-jalan tak tahu nak ke mana. Harap-harap dapat jumpa kawasan macam Pertama Kompleks.

Public Gold Tokyo - Hari 05 (26)Jual rokok pun pakai vending machine. Jual rokok pun boleh dapat passive income kata Pokli. Otak orang berniaga, always nampak peluang. Tengok rokok pun nampak peluang. Tapi orang biasa lihat pun tak nampak kata Chef Li. Rokok adalah rokok. Itu sahaja. (“,)

Public Gold Tokyo - Hari 05 (27)Sebelah bill board Daikin tu, tertulis suhu sekarang 18 darjah celcius. Di Tokyo ni tak berapa sejuk berbanding di Osaka dan Fuji. Suhu lebih kurang Genting Highland jer. Tak pakai jaket pun masih ok rasanya. Musim sejuk di Jepun ni habis bulan Mac.

Public Gold Tokyo - Hari 05 (29)Makan nasi luak kari ayam di hotel Rasa Malaysia. Di Malaysia, lauk macam tu terlalu simple untuk menu di restoran yang jenis makan hidang. Tapi ini di Tokyo…

Public Gold Tokyo - Hari 05 (30)Masa makan malam, saya jumpa seorang Melayu Singapore. Rizal namanya. Datang ke Tokyo atas urusan kerja syarikat. Saya dan Faeez sembang dengan dia. Dia nak ke mana-mana terpaksa google sebab datang seorang diri. Jadi, dia sewa mobile wifi ni di airport. Kosnya 1,200 Yen sehari (dalam RM40). Boleh pakai sehingga 10 orang. Kami semua terlupa sewa benda ni di airport, sebab tu semua tak dapat internet melainkan bila balik di hotel waktu malam.

Public Gold Tokyo - Hari 05 (31)Teh tarik secawan 780 Yen (dalam RM25)! Lebih baik saya balik minum di Malaysia. Lagi pun saya memang kurang minum teh dan kopi. Salah satu pesanan Asy-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas Ikhwanul Muslimin Mesir), kurangkan minum teh dan kopi. Saya tak pasti apa sebabnya tapi dari sudut kesihatan, kafein tu boleh menghilangkan kalsium dalam badan yang akan menjejaskan tulang dan sistem saraf. Kalau tak cukup kalsium, susah bangun pagi dan tidur rasa tak puas.

Public Gold Tokyo - Hari 05 (33)Malam ni kami check-in di Prince Hotel, depan Shinagawa Train Station. Ini hotel ke-4 sepanjang trip kami ke Jepun. Terpaksa berpindah randah sebab jarak sesuatu tempat tu agak jauh.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Saya dah pergi ke Tokyo pada June 2013. Memang best sangat. Negara yang bersih. Pengangkutan yang efisin. Rakyatnya pun baik, siap boleh tolong hantar saya & kawan2 pulang ke hotel apabila kami tersesat.

  • Salam, kami adalah pelajar Malaysia yang menetap di Jepun. Kami menawarkan perkhidmatan Tour Guide, Penginapan Guest House dan juga Pakej Budget dengan harga yg murah. Misi kami adalah untuk membantu rakyat Malaysia melancong ke Jepun sambil dapat mempelajari budaya masyarakat Jepun.

    Sila hubungi melalui :
    Website : http://www.melancongkejepun.com/
    Facebook : Melancong Ke Jepun
    Phone : +818088695448 (Adib, Tokyo)
    Email : melancongkejepun@gmail.com

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >