MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Public Gold Tokyo Trip – Hari Ketiga (Kyoto)

March 25, 2014

Pagi ni kami tinggalkan Osaka untuk ke bandar tertua di Jepun iaitu Kyoto. Sebelum Tokyo, ibu negara Jepun adalah Kyoto. Sejak pemerintahan Maharaja Meiji 1868, ibu negara Jepun ditukar ke Tokyo. Itulah bermulanya zaman kebangkitan Jepun. Sebelum zaman kebangkitan, Jepun tak berhubung dengan dunia luar. Bila pemerintahan Maharaja Meiji, barulah dasar Jepun lebih terbuka. Mereka banyak belajar dari barat untuk dapatkan kemajuan. Mereka belajar jauh lebih lama berbanding kita hingga hari ni mereka boleh berdiri sama tinggi dengan barat. Dari sudut fizikalnya, mereka sama jer macam kita. Tapi mereka jauh letih kehadapan.

Public Gold Tokyo - Hari 03 (01)

Ini hari kedua breakfast macam ni. Cereal, buah, dan roti. Yang lain tak berani sentuh. Risau tentang kehalalan.

Public Gold Tokyo - Hari 03 (02)Pagi ni kami tinggalkan Monterey Hotel, Osaka. Kami akan melawat ke Kyoto, bandar tertua di Jepun. Malam nanti, kami menginap hotel di Toyohashi. Toyohashi tu bandar kecil terletak antara Osaka dan Tokyo. Destinasi akhir kami ialah Tokyo.

Public Gold Tokyo - Hari 03 (03)Kami naik bullet train untuk ke Kyoto. Bullet train di Jepun mula dibina pada tahun 1940an dan mula beroperasi tahun 1964! MasyaAllah… Mereka dah 60 tahun lebih guna bullet train. Maksudnya kita Malaysia dah ketinggalan at least 60 tahun teknologi berbanding Jepun.

Public Gold Tokyo - Hari 03 (04)Perjalan dari Osaka ke Kyoto yang jaraknya dalam 50km mengambil masa cuma 13 minit! MasyaAllah. Kalau ada kat Malaysia ni best. Dari KL – Kota Bharu jaraknya 380km akan ambil masa cuma 2 jam! Kalau macam tu, boleh duduk di Kota Bharu, tapi kerja di KL. (“,)

Public Gold Tokyo - Hari 03 (05)Di Kyoto, kami datang tengok Kimono Show. Show cuma 15 minit jer, tapi dibuat 7 kali sehari sejak 20 tahun lepas. Kaedah macam ni sebenarnya bagus untuk tarik pelancong. Tak perlu buat event besar-benar. Buat ringkas jer, tapi buat secara konsisten. Pelancong datang untuk kenal budaya jer. Saya rasa bagus kalau di Malaysia pun buat macam tu. Contohnya, persembahan dikir barat di Kelantan akan dibuat 2 kali sehari, setiap hari, 7 hari seminggu. Setiap persembahan ambil masa cuma 15 minit jer. Dan tempat yang sama juga dijual hasil krafttangan rakyat negeri Kelantan. Saya yakin pasti ia akan tarik pelancong, insyaAllah.

Public Gold Tokyo - Hari 03 (06)Kami tengok Kimono Show. Persembahan ni dibuat sejak 20 tahun lalu hingga ke hari ini.

Public Gold Tokyo - Hari 03 (07)Daripada pemakaian Kimono tu, sebenarnya ada perbezaan antara perempuan bujang dan yang dah berkahwin. Yang warna-warni tu perempuan bujang. Yang warna plain tu perempuan yang dah berkahwin. Bagi mereka yang dah berkahwin, mereka tak boleh pakai pakaian yang menarik perhatian tapi mereka perlu dilihat sebagai seorang isteri yang baik.

Public Gold Tokyo - Hari 03 (08)Ini kawasan shopping di Kyoto. Ia terletak di kawasan perkampungan. Boleh beli macam-macam souviner kat sini. Tapi souviner di sini lebih kepada Kyoto. Kalau nak ada tulisan Tokyo, kena beli di Tokyo.

Public Gold Tokyo - Hari 03 (09)Masyarakat Kyoto berbeza berbanding Osaka. Osaka, orangnya jenis straight foward. Mungkin macam orang KL. Tapi di Kyoto, mereka jenis “simpan dalam hati”. Kalau ada apa-apa mereka tak puas hati, mereka akan ‘simpan’.

Public Gold Tokyo - Hari 03 (10)Barang cenderamata di sini banyak tertulis Kyoto. Kalau nak beli cenderahati balik Malaysia, saya rasa beli di Tokyo lebih baik sebab orang luar tak kenal Kyoto.

Public Gold Tokyo - Hari 03 (11)Masa nak pergi makan tenghari, kami jalan kaki lalu kawasan longkang tengah-tengah bandar Osaka. Memang berbeza. Airnya jernih dan bersih. Memang tak jumpa rasanya longkang macam ni di mana-mana bandar di Malaysia. Masyarkat Jepun mempraktikkan “kebersihan sebahagian daripada iman”…

Public Gold Tokyo - Hari 03 (12)Masa makan tengahari banyak perkara yang saya bincang dengan Harrison, Business Development Manager Public Gold. Harrison ni orang kanan Dato’ Louis dalam urusan berkaitan kemajuan dealer. Sentiasa buka perbingancan macam mana Public Gold boleh bantu untuk dealer-dealer lebih maju.

Public Gold Tokyo - Hari 03 (13)Boleh dikatakan setiap tempat di bandar Osaka dan Kyoto ni banyak basikal. Basikal antara pengangkutan utama mereka untuk bergerak selain dari train. Saya tengok, ibu-ibu bawa anak-anak kecil naik basikal jer. Seorang baby boleh duduk depan, seorang lain boleh duduk belakang.

Public Gold Tokyo - Hari 03 (14)Lepas ke bandar Kyoto, kami ke satu perkampungan namanya Arashiyama untuk tengok Bamboo Forest.

Public Gold Tokyo - Hari 03 (15)Arashiyama ni terletak di kawasan bukit. Rasa segar betul udara kat sini.

Public Gold Tokyo - Hari 03 (16)Bamboo Forest. Buluh kat sini berbeza berbanding di Malaysia. Kalau di Malaysia, buluhnya tumbuh serumpun rapat-rapat. Tapi buluh di Jepun ni saya tengok dia tumbuh sebatang-sebatang. Ada jarak antara buluh-buluh tu. Cantik…

Public Gold Tokyo - Hari 03 (17)Saya seronok perhati masyarakat Jepun di sini. Lagi suka tengok perempuan-perempuan Jepun yang pakai Kimono. Nampak sopan berbanding pakaian moden. Kalau mereka tambah pakai tudung, dah cukup syarat tutup aurat.

Public Gold Tokyo - Hari 03 (18)

Public Gold Tokyo - Hari 03 (19)Kami makan malam di restoran Khasmir di Nagoya. Jaraknya sejam setengah perjalanan dari tempat kami nak menginap, Toyohasyi.

Public Gold Tokyo - Hari 03 (20)Lewat kami sampai malam ni. Pukul 11.30 malam baru check-in hotel. Pukul 8.00 pagi esok dah kena check-out.

Public Gold Tokyo - Hari 03 (21)Hotel di Toyohashi ni besar berbanding di Osaka. Osaka kawasan bandar besar. Kalau di Malaysia, Osaka tu ibarat bandar Johor Bahru atau Penang. Penduduk padat, rumahnya pun kecik-kecik. Tapi Toyohasyi kawasan bandar kecil. Mungkin tanahnya pun murah.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Salam, kami adalah pelajar Malaysia yang menetap di Jepun. Kami menawarkan perkhidmatan Tour Guide, Penginapan Guest House dan juga Pakej Budget dengan harga yg murah. Misi kami adalah untuk membantu rakyat Malaysia melancong ke Jepun sambil dapat mempelajari budaya masyarakat Jepun.

    Sila hubungi melalui :
    Website : http://www.melancongkejepun.com/
    Facebook : Melancong Ke Jepun
    Phone : +818088695448 (Adib, Tokyo)
    Email : melancongkejepun@gmail.com

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >