Public Gold Tokyo Trip – Hari Pertama (Kansai)

by on March 23, 2014

Post image for Public Gold Tokyo Trip – Hari Pertama (Kansai)

22 Mac 2014. Antara gembira dan terkilan. Gembira sebab nak pergi free trip dengan otai-otai Public Gold. Sambil makan angin, boleh sedut ilmu-ilmu mereka, insyaAllah. Dalam masa yang sama sedikit terkilan sama macam nak pergi Trip ke Cape Town tahun lepas. Anak-anak cuti sekolah seminggu duduk di rumah, tapi saya ikut Trip Public Gold. Dan satu lagi, niat saya tahun ni nak bawa isteri join trip ke Tokyo, tapi tak dapat sebab anak ke-7 baru 4 bulan dan masih full-breasfeeding. Baby belum boleh tinggal lagi. InsyaAllah, trip tahun 2015 nanti bawa isteri skali ke Switzeland & Germany. Ikut pada kira-kira kasar, saya dah qualify 1 free tiket ke trip tahun depan i.e. jualan RM3 juta. Masih ada tempoh 6 bulan untuk cukupkan jualan RM5 juta dan dapat free ticket ke-2, insyaAllah.

Public Gold Tokyo - Hari 01 (Beg Pack)Back pack ke Tokyo. Semua isteri tersayang yang siapkan, alhamdulillah. Saya sibuk uruskan bisnes 2, 3 hari ni sempena harga emas jatuh sikit. Memang setiap kali harga emas jatuh, ramai dealer-dealer aktif akan sibuk bantu orang membeli pada harga ‘bonus’.

Public Gold Tokyo - Hari 02Berkumpul di KLIA sekitar 10.00 pagi. Dengar taklimat daripada Ms Cindy, tour guide yang akan bawa kami sampai ke Osaka, transit melalui Singapore.

Public Gold Tokyo - Hari 03Saya anggap trip ni adalah business trip. Misi untuk tambah ilmu dan networking dengan otai-otai Public Gold. Dapat cover rasa terkilan tak dapat bawa isteri.

Public Gold Tokyo - Hari 01 (04)Dari KLIA ke Singapore naik Silk Air, anak syarikat Singapore Airlines. Berlepas jam 11.50 pagi.

Public Gold Tokyo - Hari 01 (06)Sampai di Changi Airport 12.45 tengahari. Pukul 1.05 tengahari terus boarding flight Singapore Airlines ke Kansai International Airport di Osaka. Saya, Ustaz Khairul Anuar, Hasnizam dan Wazir curi masa solat jamak zohor dan asar sekejap. 1.30 tengahari bekejar ke gate C6. Kami sampai terkejut sebab nampak tak ada orang. Rupa-rupanya semua dah masuk flight! Kami antara yang terakhir.

Public Gold Tokyo - Hari 01 (07)Tepat 2.05 pm flight berlepas. Dah dua kali trip kami dengan Singapore Airlines. Alhamdulillah, ok. Paling penting, disediakan makanan halal untuk muslim.

Public Gold Tokyo - Hari 01 (08)Saya tak tahu apa menu yang disediakan. Ada kari daging. Yang kuning tu rasa dia macam nasi. Nadya Jutawan Emas dan suami panggil “Nasi 24 Karat”! Mentang-mentang la semua ni tokey emas… (“,)

Public Gold Tokyo - Hari 01 (09)Masa masuk flight tadi memang lapar. Pagi isi perut dengan 2 biji donat jer. Masa transit di Changi tak sempat lunch sebab nak solat, dan kejar flight. Pokli, Wazir, Faizan, dan Ustaz Khairul Anuar nampak muka dalam flight lagi 5 minit sebelum berlepas! Nasib baik sempat, alhamdulillah… Dalam 4.00 petang disediakan makan. Ini kira lunch dan dinner terus. Baru jer nak tidur, tertiba ada aiskrim Magnum! Allahu akhbar… (“,)

Public Gold Tokyo - Hari 01 (10)Flight path. Orang lain kebanyakkan layan movie atau tidur sepanjang flight. Saya cuma buka map ini jer sambil baca ebook Analisis Fundamental Harga Emas tulisan En. Shufaad.  Dan layan mp3 nasyid kegemaran. (“,)

Public Gold Tokyo - Hari 01 (11)Tuan Hasnizam (emas8kilo) dari Kuala Terengganu. Roommate saya masa di Cape Town dan juga ke Tokyo. Kami agak serasi sebab sama-sama tak smooking dan yang penting, jaga solat.

Public Gold Tokyo - Hari 01 (12)Kami duduk belakang seat Nadya Jutawan Emas dan suaminya, Zainy Jutawan Emas. Tokey besar dari Kota Bharu.

Public Gold Tokyo - Hari 01 (13)Kami sampai di Kansai International Airport, Osaka pada jam 9.20 malam. Waktu di Malaysia baru pukul 8.20 malam. Sampai di sini terus dapat free wifi. Tokey-tokey emas Public Gold ni kalau tak dapat wifi memang susah hati sebab internet tu ‘nyawa’ bisnes. (“,)

Public Gold Tokyo - Hari 01 (14)Kami di sambut oleh tour guide nama Mr. Danny, Singaporean yang dah lama kerja di Jepun. Saya difahamkan, Kansai International Airport ni adalah airport termahal di dunia. Ia dibina atas laut yang ditambak.

Public Gold Tokyo - Hari 01 (15).jpgSepanjang perjalanan ke hotel, tour guide Mr Danny brief tentang trip 6 hari kami di Jepun. Termasuk tentang adat-adat orang Jepun. Saya di fahamkan Osaka ialah bandar kedua paling sibuk di Jepun selepas Tokyo. Penduduknya sekitar 6 juta. Antaranya yang menarik perhatian saya; (1) Jepun adalah tempat yang selamat. Tak ada kes culik budak, tak ada kes pecah rumah. (2) Orang Jepun sangat berdisiplin. Bila jalan jem, tak ada  yang cilok-cilok potong que. (3) Orang Jepun sangat telus dari sudut harga. Kalau nak beli, tak ada tawar menawar. Harga dah tetap. Mereka tak ambil kesempatan atas pelancong. Pendek kata, kalau terlebih bayar 1 sen pun mereka akan pulangkan. Dan kalau nak mintak diskaun 1 sen pun mereka tak bagi. Jadi bagi pelancong, jangan risau takut kena tipu harga macam yang selalu berlaku bila orang ke China. (4) Orang Jepun hanya boleh satu isteri. Tapi kalau nak ada part-time lover tu mereka tak kisah ada berapa sekalipun. Bab ni mereka memang ‘mundur’ berbanding orang Islam. (5) Kos sara hidup di Jepun ni memang mahal. Harga aiskrim sekitar 500 yen (sekitar RM16) satu. Kalau nak datang Jepun, jangan compare-compare harga sebab nanti kita akan terkejut dan tak happy. Mr. Danny cakap belanja jer apa yang kita ada. Enjoy the trip. Nanti balik Malaysia kerja kuat balik. (“,)

Public Gold Tokyo - Hari 01 (16)Sekitar jam 11.30 malam kami sampai di Monterey Hotel. Badan memang dah penat sangat. 2, 3 hari sebelum ni memang tak cukup tidur. Nampak bantal dengan tilam jer ni…. (“,) Yang bagus ni di Hotel Monterey ni ada wifi free. Masuk bilik mandi, solat jamak maghrib & isyak, dan 12.30 terus tidur (“,)… Subuh masuk 4.57 pagi, dan habis waktu 6.20 pagi. Saya set jam 5.45 pagi untuk cukupkan tidur at least 5 jam.

{ 3 comments… read them below or add one }

1 Nadya April 3, 2014 at 5:34 pm

Wahhahhaa….cerita saya dan petikan saya pun ada dalam blog Zul. Cayalah …”Nasi 24 Karat” makan sambil terbang lak tu. Memang terbaik

Reply

2 syafarina April 23, 2014 at 10:25 pm

Assalamualaikum en zul. Sy, wife redzal MNRB. Bole emailkan sy cara2 nk start biz emas tak? Tq

Reply

3 Mohd Zulkifli Shafie April 24, 2014 at 12:40 am

Wslm Kak,

InsyaAllah kita boleh bincang melalui wassap saya 019-336 8009.

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: