MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Dapatkan ‘Password’ Dari Senior Berjaya!

Semua bisnes kena ‘cari’ orang. Tak ada bisnes yang tak perlu cari orang. Hatta nak jual makanan kucing pun kena cari orang. Inikan pula jual keperluan manusia. Bezanya cuma, adakah kita cari orang untuk beri kebaikan atau datang nak ambil kesempatan. Kalau nak beri kebaikan, insyaAllah ianya lebih mudah dan lebih bertahan lama. Kalau datang nak ambil kesempatan demi poket kita, memang lah susah sebab tak siapa suka diambil kesempatan. Jadi yang mesti ada dalam kepala kita, berniaga untuk memberi kebaikan, bukan ambil kesempatan.

Susah masa permulaan tu memang biasa. Lama-lama senang la tu. Buat apa pun susah masa permulaan. Nak drive kereta pun susah masa mula-mula belajar dulu tapi ia bukan masalah. Kalau tak pandai, boleh belajar. Kalau tak mahir, boleh berlatih sampai mahir. Tapi kalau tak nak belajar, memang tak boleh buat apa la. Tak ada bisnes yang senang kalau tak ada ilmu. Bila ada ilmu, insyaAllah semuanya senang sebab pesan Nabi s.a.w, memang itulah pra-syarat untuk berjaya dunia mahupun akhirat.

Bisnes Bermasalah, atau Kita Bermasalah?

Ramai juga tanya saya, dia dah buat bisnes X, Y atau Z, tapi tak berjaya. Bila masalah macam tu, saya tak tahu penyelesaian terbaik tapi saya akan tanya balik, ada tak orang buat bisnes yang sama, tapi berjaya?! Jawapannya, memang ada! Nah, maksudnya bisnes tu memang boleh buat. Bahkan bukan sikit orang yang berjaya. Jadi, masalahnya bukan pada bisnes, tapi masalah sebenar ialah pada diri kita sendiri. Ada perkara yang orang berjaya tahu, yang kita tak tahu. Dan semestinya ada perkara yang orang lain buat, tapi kita tak buat. Kalau buat pun, mungkin juga tak cukup buat! (“,)

bisnes cari orang

Kekadang kita rasa kita tahu. Kita tengok orang lain tekan password “******” boleh terus login. Kita pun tekan bintang dekat keyboard ****** tapi kenapa tak boleh login? Sebabnya password tu dah encrypted (dirahsiakan). Itu rahsia dia. Sedangkan kita cuma tekan bintang “******”, memang la tak boleh login. Itulah analogi yang sifu saya beri tahu. Kita tiru orang tapi kita tak faham. Orang lain tekan password, kita tekan bintang. Memang la tak boleh login. Apa password yang betul tu kena tanya orang yang berjaya login. Kalau kita tahu password sebenar, insyaAllah kita pun boleh login sama.

Belajarlah Dari Senior Berjaya!

Macam tu juga lah dalam bisnes. Kalau berniaga MLM, kena belajar dengan senior berjaya dalam MLM. Kalau berniaga takaful, belajar la dengan top leader takaful. Kalau berniaga unit trust, belajar la dengan leader unit trust. Kalau berniaga pasar malam, belajar  yang dengan orang yang pernah berjaya dengan pasar malam (macam Chef Li). Dan kalau berniaga emas, belajar la dengan otai-otai emas. Kalau kita tahu apa yang mereka tahu, dan buat apa yang mereka buat, insyaAllah kita pun boleh berjaya! Formula kejayaan adalah sama!

Jadi, jangan jadi lone ranger dalam bisnes. Pergi cari orang berjaya dan bergaul dengan mereka. Dapatkan ‘password’ dari mereka. InsyaAllah, kita pun akan berjaya.

Wallahu a’lam.

“Sesiapa yang mahukan (kejayaan) dunia maka hendaklah dia berilmu, dan sesiapa yang mahukan (kejayaan) akhirat maka hendaklah dia berilmu, dan sesiapa yang menghendaki (kejayaan) kedua-duanya maka hendaklah dia berilmu.” Hadith Riwayat Tirmidzi

Zulkifli
Damansara Damai
14 Mei 2014
15 Rejab 1435

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Says suka dengan analogi password tu. Even hackers yg xtau nk password nk login pon Ade ‘tools’ + kemahiran + ilmu utk break the password to login. Pokoknya ilmu + usaha (to login after get the password). Kadang2 org dh dpt password tp xgunakan pon. Btl x? 🙂
    Cumanya saya ingin bertanya pendapat, bagaimana dengan orang yg masih baru Dan mentah ingin bergaul Dan meminta password tersebut sedangkan dia xtau Cara utk berjumpa dengan orang yg dh berjaya tersebut. Mohon pendapat ye 🙂

    • Salam En. Shukri,

      Kalau nak cari orang soleh & orang ‘alim (berilmu), cari di masjid atau majlis-majlis ilmu. Mereka biasanya berkumpul di situ.

      Begitu jugalah dengan orang berjaya dalam lapangan bisnes. Orang berjaya boleh cari di seminar2 atau perjumpaan2 bisnes, kewangan atau pelaburan. Ambil peluang untuk berkenalan masa ‘break’ / rehat dalam seminar, atau jumpa lepas seminar. Tanya apa yang patut tanya bila berjumpa dengan mereka. Kalau bernasib baik, boleh duduk minum2 dengan mereka lepas seminar. Mereka tak datang cari kita, tapi kita kena cari mereka.

      Dari sudut ilmu, ada yang kita boleh dapat percuma, dan ada perlu di bayar (melalui seminar yang dianjurkan). Saya banyak INVEST duit belajar dari mereka2 yang berjaya. Walaupun kita bayar, selalu harganya terlalu murah berbanding NILAI yang kita dapat daripada mereka. Pendek kata, kalau tak pergi seminar tu, mungkin kita terpaksa berhabis lebih banyak duit, masa dan kegagalan untuk dapat ilmu tersebut.

      Wallahu a’lam.

  • Assalamualaikum En Zul
    Boleh En Zul kongsikan antara seminar yang bagus untuk kita tambah ilmu, terutamanya ilmu bisnes?

    Setakat ini saya banyak pergi yang percuma; Chefli, AziziAli, DAO, Puan Ainon. Yang berbayar ada 2 kot; SK dan DDHMFadzilahKamsah.

    Tengah bercadang untuk pergi seminar berbayar MMM, marketing DAO. Ada pandangan / perkongsian info dari tuan Zul?

    Buku so far yang saya dah baca, Chefli dan AziziAli (hampir semua), MDoshi 2, RKoyasaki (ada dalam separuh kot, dari RDPD, RYRR, CF1, CF2 etc)

    Terima kasih atas perkongian yang bermanfaat dari tuan

    • Wslm En. Lukeman,

      Saya prefer hadir seminar yang directly related dengan bisnes yang kita nak buat. Kalau nak buat bisnes makanan, hadir kursus Chef Li. Kalau buat direct selling, hadir seminar yang dianjurkan oleh direct selling tu sendiri. Seminar yang dianjurkan oleh orang motivasi macam DAO tu bagi saya bersifat umum. Ia bagus terutamanya bagi siapa yang dah ada bisnes dan nak motivasikan diri.

      Wallahu a’lam.

  • Tuan Lukeman Fokus Fokus Fokus hehehe macam En Zul beritahu hadir kursus dan seminar related dengan bisnes yang sedang kita jalankan

  • tapi ada juga orang yg sy jumpa berjaya tanpa pergi ke mana2 seminar perniagaan….pada sy mungkin mereka mempunyai bakat dlm perniagaan.

  • Assalamualaikum wbt.

    Saya buka kedai meniaga baju. Saya nak minta pendapat tuan mcmna nak related business saya ni untuk memberi kebaikan kpd orang lain (kerana Allah) coz tak semua baju yg saya jual menepati syariat islam. Ke kena tukar jual baju yg menetapi syariat je??

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >