PG Trip Ke Germany & Switzerland – Hari Pertama (Frankfurt)

by on March 13, 2015

Post image for PG Trip Ke Germany & Switzerland – Hari Pertama (Frankfurt)

Ini trip ke-3 saya bersama Public Gold. Tahun 2013 kami ke Cape Town, tahun 2014 ke Jepun dan tahun ini  kami ke Germany dan Switzerland. InsyaAllah tahun depan ada rezeki, kami akan ke Turkey. Dalam banyak-banyak trip, trip ini paling special bagi saya sebab dapat bawa bersama buah hati saya (isteri saya) sekali sebab anak dah besar sikit. Yang paling kecil umur 1 tahun 4 bulan. Hari ini tak ada apa-apa aktiviti lawatan. Kami menghabiskan satu  hari ini untuk perjalanan daripada KLIA – Singapore – Frankfurt sahaja. Dalam kepala saya, trip begini bukan sekadar jalan-jalan makan angin, tapi ini peluang saya update ilmu-ilmu tentang emas sebab saya berpeluang bersama dengan otai-otai emas Public Gold selama 8 hari!

trip germany 01 - 02Trip ini saya anggap sebagai trip honeymoon kami sempena ulang tahun perkahwinan kami ke-12. Berkahwin sejak 1 Mac 2003, dan inilah trip honeymoon pertama kami! Masa dulu-dulu nak pergi honeymoon tak dapat sebab duit sangat terhad. Orang lain pergi melancong sana-sini, kami sekadar melencong balik kampung sahaja. Refresh semula cinta lepas dah ada 7 orang anak… (“,)

 

trip germany 01 - 03Otai-otai Public Gold, termasuk Regional Manager (hujung sebelah kiri) dan Business Development Manager (tengah, kolar merah). Yang tak dapat join cuma seorang sahaja, iaitu Tuan Haji Pokli – baru dapat baby.

trip germany 01 - 04Berlepas dari KLIA kul 11.10 pagi, kami transit dalam 2 jam di Changi International Airport, Singapore. Bagus Singapore Airlines. Siap ada voucher 20 dollar. Kalau convert duit Malaysia, dapat lebih kurang RM50. Masing-masing kelam kabut nak habiskan voucher dalam masa yang singkat. Setiap orang dapat 20 dollar.

trip germany 01 - 05Tiap-tiap tahun, memang kami naik Singapore Airlines. Saya pernah terbaca, ini syarikat airline no. 1 di dunia.

trip germany 01 - 07Kami berlepas meninggalkan Changi Airport lebih kurang pukul 1.55 tenghari. Saya kagum dengan strategi Singapore sebab mereka jadikan Changi Airport ni macam hub penerbangan asia tenggara ke antarabangsa.

trip germany 01 - 08Perjalanan lebih kurang 12 jam setengah dari Singapore – Frankfurt (Germany). Penat juga duduk dalam flight lama-lama. Lebih-lebih lagi nak kena adjust kepala dengan perbezaan waktu 7 jam dengan Malaysia.

trip germany 01 - 09Makan halal. Tak perlu risau. Makanan paling sedap ialah aiskrim Magnum ni. Aiskrim inilah yang biasanya kami suami isteri beli untuk reward diri sendiri lepas selesai apa-apa misi mencabar kami… :)

trip germany 01 - 10Dalam flight, saya menghabiskan masa dengan buat kerja-kerja dengan laptop, sembang-sembang progress bisnes dengan Mamaguru Azizah Hasan, dan Harrison (Business Development Manager PG). Kekadang rasa bosan, buka cerita movie kartun, mana tahu ada cerita yang anak-anak kami suka, boleh beli nanti.

trip germany 01 - 11Kami sampai di Frankfurt dalam pukul 8.30 malam waktu disini. Kalau di Malaysia, lebih kurang jam 2.30 pagi. Sampai airport, bas dah tunggu kami bawa ke hotel Mercure Hotel di Benshime (tak reti sebut bahasa German).

trip germany 01 - 12Suhu malam ni lebih kurang 2 darjah celcius. Ya Allah, rasa sejuk betul. Rasa nak tidur dalam toilet jer sebab dalam toilet jer ada heater (warmer). Lebih kurang 10.30 malam, kami baru masuk tidur. Dalam 5.30 pagi waktu Malaysia.

{ 16 comments… read them below or add one }

1 Rohaizah Khamis March 13, 2015 at 3:09 pm

Assalamualaikum Encik Zul dan Kak Najdah,

Alhamdulillah ….
seronok baca post pertama dlm blog ini ttg trip ke Germany & Switzerland .
Bila anak2 dah besar ni ..masa berdua amat bermakna wpun pastinya memikirkan/teringat ttg anak2 yg ditinggalkan sementara kpd penjaga yg dipercayai.

Selamat bercuti . Enjoy your trip!

Reply

2 azrul aziz March 13, 2015 at 4:15 pm

Salam. Selamat Bercuti tuan zul&Isteri :) semoga beroleh manfaat yang boleh dikongsi bersama

Reply

3 Amir March 13, 2015 at 8:44 pm

Tahniah tuan…Bru sampai kat sana sempat lg bls whatsapp sya…Memang servis tuan terbaik lah…..

Reply

4 ramli March 14, 2015 at 7:43 am

slmat brbulan madu bsama dgn PG. Usaha yg gigih akan dpt imbuhan . semua Ibadat n Amalan kita d dunia jg akan mdpat imbuhan d akhirat nanti. wassalam

Reply

5 Mohd Zulkifli Shafie March 14, 2015 at 12:47 pm

Terima kasih En. Ramli. InsyaAllah.

Reply

6 skyfun March 16, 2015 at 4:25 pm

apa syarat agen pg sampai boleh pergi bercuti mcmni?

Reply

7 Mohd Zulkifli Shafie March 21, 2015 at 5:02 am

Syaratnya, jualan peribadi melebih RM3 juta.

Reply

8 skyfun March 23, 2015 at 10:02 am

kebiasaan berapa bonus PG bagi mereka2 yg melebihi jualan tersebut,selain dapat bercuti?

Reply

9 Mohd Zulkifli Shafie March 23, 2015 at 2:58 pm

Terpulang En. Skyfun. Ikut saiz bisnes masing-masing.

Reply

10 ROHANA March 17, 2015 at 9:32 am

tahniah en. zul.

Reply

11 Mohd Zulkifli Shafie March 21, 2015 at 4:51 am

Terima kasih Pn. Rohana.

Reply

12 zulhilmi March 17, 2015 at 4:04 pm

salam tuan,
anak paling kecil hantar pada siapa ye?

Reply

13 irfa March 24, 2015 at 3:14 pm

wah! menarik utk dibaca nih
plan nak gi Jun nnti, cuti sekolah
baru merancang je dulu, hehe

Reply

14 Mohd Zulkifli Shafie March 26, 2015 at 12:40 pm

InsyaAllah..

Reply

15 fauzi March 26, 2015 at 12:08 pm

Assalam master Zul,

3 juta personal sale, dasyat…

Reply

16 Mohd Zulkifli Shafie March 26, 2015 at 12:35 pm

Wslm.

Alhamdulillah En. Fauzi.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: