MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Cara Pastikan Duit Simpanan Bertahan Lama

April 25, 2015

Bila ada duit, godaan berbelanja sangat kuat. Bukan sahaja kalau dah ada duit, bahkan bila dapat tahu akan dapat duit (seperti bonus) pun, kita dah siap-siap fikir nak beli itu dan ini. Rasa PERLU beli itu, PERLU beli ini. Setiap apa yang nak dibeli, dah siap dengan alasan kukuh kenapa perlu beli itu, dan kenapa perlu beli ini. Pandai sungguh otak kita buat justifikasi… 🙂

Kalau trend begini berterusan, kekayaan kita susah bertahan, apatah lagi untuk berkembang. Sebelum ia bocor lebih parah, kita mesti tutup ruang-ruang yang boleh menyebabkan kebocoran wang itu. Pengalaman saya, kalau simpan duit dalam akaun simpanan biasa, ia sangat berisiko duit itu bocor. Sebaliknya, duit simpanan itu akan bertahan lama bila mana saya lakukan 3 kaedah di bawah;

#1 – Simpan TABUNG HAJI, ‘Hilangkan’ Bukunya

Untuk duit simpanan jangka pendek dan sederhana, saya simpan dalam TABUNG HAJI dan ‘hilangkan’ bukunya. Bukunya perlu ‘dihilangkan’ sebab duit dalam akaun Tabung Haji tak boleh dikeluarkan tanpa ada bukunya sekali. Dengan cara ini, duit simpanan sentiasa bertambah tetapi nombornya tak nampak. Jadi saya tak tahu berapa jumlah sebenar duit yang ada dalam akaun tersebut.

Dan yang penting juga, tak linkkan akaun Tabung Haji dengan kad ATM Bank Islam atau Bank Rakyat. Jadi ia agak sulit untuk dikeluarkan. Kalaupun nak pakai duit, saya terpaksa cari duit lain dahulu. Jadi duit itu lebih bertahan lama.

#2 – Tukar Duit Kepada EMAS

Duit simpanan jangka sederhana dan panjang, saya tukarkan kepada emas. Sejak pertama kali menyimpan emas (tahun 2010), saya belum lagi menjualnya. Setiap tahun saya pastikan kepingan-kepingan emas saya bertambah. Hingga ke saat saya menulis artikel ini, belum lagi terfikir untuk menjualnya sebab ia salah satu bentuk simpanan jangka panjang saya.

Lagi satu sebab, saya tak tahu kenapa, rasa terlalu sayang untuk jual emas-emas itu. Mungkin sebab emas tu cantik dan memang Tuhan jadikan manusia memang sukakan emas. Bila ada duit rasa nak berbelanja, tetapi bila ada emas, rasa nak menyimpan. Dan itulah juga feedback yang saya dapat daripada ramai penyimpan-penyimpan emas. Rasa sayang yang kuat dengan emas itu membuatkan ‘duit simpanan’ kita itu lebih bertahan lama. Biasanya, emas adalah aset kedua terakhir yang mereka akan jual (sebelum jual rumah) bila nak pakai duit. Kalau mereka jual emas, biasanya mereka dah tak ada duit lain dah untuk digunakan.

testimoni simpan emas bertahan lamaFeedback begini selalu saya terima daripada penyimpan emas.

#3 – Beli HARTANAH dan Disewakan

Untuk duit simpanan jangka panjang, saya suka beli hartanah. Bila beli hartanah, kita sebenarnya membuat simpanan jangka panjang. Nilai hartanah meningkat dari tahun ke tahun. Lagi baik jika hartanah itu mudah disewakan dengan sewaan lebih tinggi dari ansuran bank yang kita bayar. Suatu hari nanti, kalau benar-benar nak pakai duit, ia mudah dijual dengan harga yang lebih tinggi, insyaAllah.

Ada sebuah rumah yang saya beli, pemilik lama beli rumah itu pada akhir tahun 2008 dengan harga RM120,000. Dia membayar bank sekitar RM600 sebulan, tetapi ketika saya membeli rumah itu, dia sedang menyewakannya dengan kadar RM750 sebulan (walaupun kadar sewaan semasa RM900 – RM1,200). Selepas ditolak yuran penyelenggaraan RM50 sebulan, dia dapat ‘tambahan gaji’ sebanyak RM100 sebulan kerana membeli rumah itu.

Menghilangkan Nombor Dalam Kepala

Tahun 2015 (selepas 7 tahun), dia nak berpindah balik ke kampung halamannya dan menjualkan rumah itu kepada saya pada harga RM215,000! Saya kira-kira, dia dapat ‘cash out’ sekurang-kurangnya RM100,000 (selepas ditolak susut nilai pinjaman)! Katakanlah dia cuma keluarkan modal RM20,000 untuk membeli rumah itu (selebihnya pinjaman bank), tetapi bila menjualnya, duit itu berganda menjadi RM100,000. Ia berganda sebanyak 400%! Jadi dengan membeli hartanah, bukan sahaja duit simpanan itu selamat dari ‘kebocoran’ dan bertahan lama, bahkan ianya terus berganda, insyaAllah.

Saya tak tahu orang lain macam mana, tetapi inilah cara berkesan untuk saya. Kesemua 3 cara itu sebenarnya cara MENGHILANGKAN NOMBOR-NOMBOR itu dari kepala kita. Nombor-nombor itu sangat menggoda EMOSI kita untuk berbelanja. Walaupun kewangan itu soal MATEMATIK, tapi selalunya kita kalah dengan EMOSI kita sendiri…

Wallahu a’lam.

“Faktor utama yang menentukan masa depan kita bukan (faktor) ekonomi, tetapi (faktor) psikologi” – Jim Rohn

Zulkifli
Damansara Damai
25 April 2015
6 Rejab 1436H

(Kredit foto : lexisnexis)

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Assalamualaikum…

    Setuju dengan simpanan emas, sampai sekarang bar saya masih tersimpan. terpelihara dan tak tergadai. Mungkin Plastiknya sudah berdebu ditindih habuk. hehehehe

  • Slm Encik Zul..
    Bagaimana dengan membeli tanah bendang/sawah ye?
    Adakah dikira sebagai pelaburan hartanah ataupun hanya sekadar menjadi aset sahaja?
    Adakah berbaloi membuat ‘personal loan’ untuk membeli tanah bendang tersebut?
    Terima kasih sudi menjawab.
    Wslm.

  • assalamualaikum wbt tuan.

    saya baru berjinak2 dengan produk emas ni. Apa pendapat tuan tentang “Safeena Gold Gallery (reg. no: IP0386035-U)”

    terima kasih.

    • Wslm Pn Rohana,

      Saya tak berapa tahu pasal company tu. Lebih baik tanya terus dealer dia. Cuma kalau beli emas utk dapat harga tertinggi bila nak jual balik nanti, kena pastikn 5 kriteria penting;

      1. Harga per gram murah
      2. Susut nilai rendah
      3. Stok tiada had
      4. Cawangan jual beli banyak
      5. Syarat jual beli tak cerewet

      Utk faham 5 kriteria penting tu, boleh baca artikel sy di link http://www.bit.ly/kriteriaemas .

  • Saya ada membeli sijil SSP, mulanya suka-suka sebab BSN dekat dengan rumah, senang nak keluar kononnya. Tapi bila dah simpan, dan pernah menang cabutannya, rasa nak tambah aje pulak:-)

  • assalam tuan Zul..

    alhamdulillah.. perkongsian yang sangat menarik

    Saya ni seorang pelajar dan berumur 18 tahun..
    boleh tak berikan beberapa tips untuk saya menguruskan kewangan saya atau cadangan buku pengurusan kewangan untuk dibaca…
    terima kasih

    • Wslm En. Mad,

      Alhamdulillah.

      Bagi umur muda macam En. Mad, saya syorkan fokus jana pendapatan dulu, samada dengan bekerja atau mulakan bisnes sendiri. Bila dah ada pendapatan, baru mulakan membaca buku-buku kewangan. Ilmu-ilmu kewangan akan lebih mudah kita faham bila kita dah ada punca pendapatan.

  • Slm tuan zul.sy ade beli rumah teres.hrga 160k.belum siap sepenuhnya.byran loan bank 800sbln..tp market sewa sekitar 500 sahaja.ape pndgan tuan zul .adakn ini hutang jahat atau pelaburan yg baik di masa akn dtg.tq

    • Wslm En Lie,

      Itu bergantung apa tujuan En Lie beli rumah. Kalau beli rumah dah disewakan dan boleh menjana pendapatan, itu boleh jadi hutang yang bagus. Sewa rumah boleh meningkat dalam beberapa tahun lagi. Kalau beli untuk duduk sendiri, itu bukan hutang yang bagus. Ia adalah liabiliti (bebanan kewangan).

  • As Salam…

    Tuan

    Saya ingin pandangan tuan… saya ada sebidang tanah lot rumah keluasan 60×90..di kawasan agak terpencil tetapi di kawasan berkenaan sudah ada banyak rumah dibina dan diwar-warkan akan dijadikan kawasan berhampiran sebagai tempat bersejarah (pelancongan)..tetapi dengan keadaan beban kewangan yang saya sedang hadapi sekarang rasanya saya terpaksa lepas aset berkenaan untuk saya settlekan apa yg patut dan buat simpanan sedikit.saya beli pada tahun 2012 dengan harga RM25K..tetapi saya ingin lepaskan RM70k ..sudah ada yang berminat utk membeli…

    mohon pandangan dari tuan..terima kasih..

  • Assalam tuan.
    Saya berminat utk membeli rumah dan menyewakannya tapi saya tiada modal utk membayar depositnya. Apa perlu saya buat?

  • alhamdulilah…sejak baca blog dan buku tuan…keinginan yg kuat untuk memiliki dan membeli aset. skrg saya sudah memiliki rumah dan waktu ini dalam proses membeli 1 lot tanah. wassalam

  • Simpanan tabung haji alhamdulillah dah berjaya dilaksanakan. Emas yang saya ade pun rase ‘malas’ nak jual balik. Cume sekarang masih berkira-kira untuk membeli hartanah kerana memerlukan kos jugak tu.huhu. Doakan saya berjaya mengawal emosi dan terus kukuh dalam perjalanan financial freedom 😉 Aminn

  • Hurmm… Saya dah lama linkkan Maybank dengan TH.. Memang duit sentiasa bawah RM10 kat akaun TH.. 🙁 Macam mana laa nak ceraikan Maybank dengan TH nie? 🙁

  • Assalamualaikum..tuan ..saya ada banyak loan dgn bank. Loan kereta,loan peribadi,..sampai tertunggak pun ada sebab gaji cukup-cukup makan. Saya ada buat simpanan dalam tabung haji secara potongan gaji,tapi ada link.dengan kad bank.islam. Jadi duit tak sentiasa bertambah sebab selalu keluarkan bila cukup bulan. Jadi.macam mana caranya saya nak melunaskan hutang saya yang banyak tu?

    • Wslm En. Abdullah,

      Untuk langsaikan hutang-hutang tu, memang tak ada short cut. Macam mana teknik sekalipun, ia tetap perlu dibayar dengan duit kita juga. Kalau masalah dah teruk, mungkin boleh pertimbangkan jual harta yang ada. Kalau tak cukup juga, kena kerja lebih keras untuk tambah pendapatan, samada:

      1. Cari kerja part-time,
      2. Cari kerja lain yang boleh bagi gaji lebih baik (bagi swasta),
      3. Mulakan bisnes sendiri, atau
      4. Kurangkan belanja bulanan yang bukan keperluan.

      Dari sudut disiplin kewangan untuk langsaikan hutang, boleh baca artikel saya di link http://www.mohdzulkifli.com/2011/08/7-strategi-saya-bebas-dari-hutang.html

  • As salam Tuan zul…alhamdulillah blog Tuan membuatkan saya tersedar dan merubah sistem kewangan saya…mudah mudahan saya berjaya…begitu juga Tuan…Alhamdulillah…

  • Salam tuan,

    saya suka baca hasil tulisan tuan. Sangat memberi motivasi lebih2 lagi untuk bebas hutang. Alhamdulillah, sedikit-demi sedikit saya mendapat ilham dan ditunjukkan jalan olehNya untuk bebas hutang setelah membaca beberapa artikel di website ini. terima kasih dan teruskan menulis…

  • mmg syg nak jual gold dr guna duit smpnn sndr untuk berblnja krn emas itu duit.simpnn untk anak-anak sbnrnya.itu fokus utama.apa yang sdh ada memadai:pasangan, anak-anak,rumah ,motor, kereta dll.sekrang zaman gawat.survive apa yg ada.sama ada smpnn duit, emas, saham dan hartanah terpulang pd keupayaan masig2.tgk orang yg rendah dr kita..alhamdulillah..

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >