MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Buat Apa Yang Betul Dengan Sabar

Saya masih ingat satu pengalaman, saya syorkan seorang yang nak beli emas dari saya berjumlah RM50,000 supaya JANGAN BELI EMAS!

Walaupun saya dibayar komisyen atas belian tersebut, tapi berdasarkan pada perkiraan saya, dia tak sesuai beli emas dengan keadaan kewangan dia ketika itu.

Tanpa saya sangka-sangka, dua hari lepas tu, datang orang lain nak beli emas RM50,000 juga dari saya! Saya fikir, Tuhan ganti balik apa yang lebih baik untuk saya. Alhamdulillah...

Saya benar-benar percaya, kalau kita buat perkara yang betul, rezeki tak akan ke mana-mana. Bahkan Tuhan akan ganti dengan rezeki yang lebih baik.

Sejak dari dulu lagi, saya berpegang pada prinsip, “BUAT APA YANG BETUL DENGAN SABAR”.

Buat apa yang betul

Saya kena jujur dalam berbisnes.

Bila berikan nasihat kepada bakal customer, berikan nasihat terbaik untuk 'poket mereka'. Saya tak nak jadi ‘salesman’ yang hanya fikir ‘poket’ sendiri melebihi kepentingan orang lain.

Bila nak jual emas, jual kepada orang yang betul. Kenalpasti tujuan mereka nak beli emas, dan berikan saranan terbaik untuk capai tujuan dia.

Kalau dengan beli emas tu tak dapat bantu capai tujuan dia, saya cakap sahaja emas tak sesuai untuk dia.

Kalau saya jual juga emas kepada orang yang tak sesuai beli emas, ‘komisyen’ tu nanti akan menghantui saya. Kalau dapat duit banyak sekalipun, duit tu nanti bakal menyusahkan saya kelak.

Bukan sahaja di Akhirat, bahkan di Dunia lagi akan menyusahkan saya.

Janji Tuhan itu benar...

Dari pengalaman saya tu, Tuhan gantikan balik dengan ‘komisyen’ jualan yang lebih membahagiakan saya hanya beberapa hari lepas tu.

Dia hantarkan kepada saya seorang anak muda dan emaknya berminat berbisnes emas di satu tempat yang memang saya perlukan ejen (wakil saya) di kawasan tu.

Sebelum tu, memang banyak yang contact saya nak beli emas di kawasan tu sedangkan cawangan Public Gold agak jauh dari kawasan tersebut.

Kemudahan pos emas berinsuran pun belum ada ketika itu.

Saya yakin, apa jalan sekalipun, Tuhan tak akan sia-siakan kebaikan kita. Setiap kebaikan yang kita buat, pasti Dia akan balas dari jalan yang kita tak sangka-sangka.

Hasilnya akan kekal lama

Teruslah buat apa yang betul dengan sabar...

Walaupun memang seronok dapat duit dari bisnes, tetapi kepuasan sebenar pada bisnes bukan pada duit, tapi pada menjadikan hidup orang lain lebih baik melalui produk dan servis yang kita jual.

Walaupun nampak kurang berhasil pada permulaannya, tetapi kalau kita tetap dengan prinsip “buat perkara betul dengan sabar”, ia pasti berhasil, bahkan hasilnya akan kekal lama.

Sebaliknya, mereka yang buat perkara tak betul (walaupun hasilnya lumayan permulaannya), saya percaya hasilnya tak akan lama dan akhirnya runtuh juga.

Apa yang kita beri, itulah yang akan kembali kepada kita.

Luruskan niat bantu orang lain

Jadi bagi yang nak memulakan bisnes sendiri, luruskan niat sebelum bermula. Fokus bantu hidup orang lain lebih baik dengan produk atau servis yang kita ada.

Lagi banyak orang lain yang kita bantu, lagi maju bisnes kita, dan lagi banyaklah keuntungan yang kita dapat. InsyaAllah.

Bila nak berbisnes, jangan fikir sangat apa orang kata. Tak perlu fikir nak jaga standard dan berbagai.

Asalkan bisnes kita tu halal dan boleh bantu hidup orang lain jadi lebih baik dengan produk atau servis kita, hatta servis "kutip sampah" sekalipun, ia tetap mulia di sisi Tuhan dan kita pasti akan berjaya. InsyaAllah.

Fokus jadikan hidup orang lebih baik

Banyak “success story” yang saya baca, antaranya boleh baca kisah kejayaan seorang billionnaire bernama Elon Musk, iaitu Pengasas PayPal, Tesla dan SpaceX.

Kalau kaji betul-betul, semua orang berjaya mempunyai satu persamaan iaitu, mereka berjaya sebab mereka fokus berikan sentuhan dalam hidup orang lain. Bukan hanya fikir ‘poket’ sendiri sahaja.

Nak jadi jutawan, berilah manfaat kepada 1 juta orang!

Duit RM1 juta tak akan datang dengan sendirinya tanpa kita mampu memberikan NILAI RM1 juta kepada orang lain.

Bila kita berjaya berikan manfaat kepada 1 juta orang (melalui produk dan servis kita), duit RM1 juta akan datang menyerah diri. Orang akan berebut-rebut bayar kepada kita,kalau produk dan servis kita itu benar-benar menjadikan hidup mereka lebih baik. 

Individu dan syarikat-syarikat yang berjaya sentiasa fokus berikan manfaat kepada ORANG LAIN (customer mereka), bukan fokus pada “duit, duit dan duit”.

Duit akan datang menyerah diri

Fokus sahaja buat perkara yang betul, dan berilah manfaat kepada seramai mungkin, duit pasti datang menyerah diri kepada kita. InsyaAllah...

Hakikat yang kita perlu faham. Duit adalah hasil dari buat perkara yang betul. Tidak ada jalan pintas dari prinsip ini.

Jadi kalau nak berjaya, kita kena kenalpasti apa kelebihan yang ada pada diri kita, dan fokus jadikan hidup orang lain lebih baik dengan apa yang kita ada.

Dunia Tuhan pakejkan sekali

Orang tak akan berikan duit kepada kita secara percuma, tetapi orang sanggup bayar kalau kita dapat tawarkan produk atau servis yang boleh jadi hidup mereka lebih baik.

Hakikat berbisnes bukanlah “buat duit”, tetapi duit itu datang sendiri sekiranya bisnes itu dapat berikan sentuhan dalam hidup orang lain.

Dengan kata lain, kejar Akhirat dalam bisnes, Dunia itu Tuhan akan pakejkan sekali, insyaAllah...

Berbisnes mencari Akhirat, dan bersabarlah dalam mencari kekayaan...

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
19 Mei 2015
30 Rejab 1435H

Bekas isteri Elon Musk kongsi rahsia bagaimana jadi billionaire?

Shift your focus away from what you want (a billion dollars) and get deeply, intensely curious about what the world wants and needs.

Ask yourself what you have the potential to offer that is so unique and compelling and helpful that no computer could replace you, no one could outsource you, no one could steal your product and make it better and then club you into oblivion (not literally).

Then develop that potential. Choose one thing and become a master of it. 

Choose a second thing and become a master of that.

When you become a master of two worlds (say, engineering and business), you can bring them together in a way that will a) introduce hot ideas to each other, so they can have idea sex and make idea babies that no one has seen before and b) create a competitive advantage because you can move between worlds, speak both languages, connect the tribes, mash the elements to spark fresh creative insight until you wake up with the epiphany that changes your life.

The world doesn’t throw a billion dollars at a person because the person wants it or works so hard they feel they deserve it. (The world does not care what you want or deserve.) 

The world gives you money in exchange for something it perceives to be of equal or greater value: 

  • something that transforms an aspect of the culture,
  • reworks a familiar story or introduces a new one,
  • alters the way people think about the category and make use of it in daily life. 

There is no roadmap, no blueprint for this; a lot of people will give you a lot of advice, and most of it will be bad, and a lot of it will be good and sound but you’ll have to figure out how it doesn’t apply to you because you’re coming from an unexpected angle. 

And you’ll be doing it alone, until you develop the charisma and credibility to attract the talent you need to come with you.

Have courage. (You will need it.)

And good luck. (You’ll need that too.)” 

Sumber : Reddit

Elon Musk’s ex-wife on secret to getting rich: ‘Be obsessed’

Justine Musk said that “extreme success results from an extreme personality,” and that billionaires like Elon Musk or Bill Gates “tend to be freaks and misfits” who developed extreme strategies for survival as kids and later applied those strategies to business.

But their chief characteristic can be summed up in two words: “Be obsessed.”

“If you’re not obsessed, then stop what you’re doing and find whatever does obsess you,” she said. “It helps to have an ego, but you must be in service to something bigger if you are to inspire the people you need to help you (and make no mistake, you will need them).”

She said that people who are obsessed with a problem or issue can work through all the distractions and barriers that life puts in their way. And that obsession needs to be your own, to the point where it borders on insanity.

Sumber : https://www.cnbc.com/2015/04/20/elon-musks-ex-wife-on-secret-to-getting-rich-be-obsessed.html

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • seorang sifu bisnes sy pernah ajar satu falsafah,x tau le ini falsafah atau sampah yg betul2 dia nak beri,sebab masa dia cakap tu sy sibuk buka FB..hihi..tetapi selepas itu sy cuba fahamkan maksudnya dan ianya adalah jawapan sy kepada persoalan ‘bisnes apa aku nak buat?’ 2 tahun dulu.
    kata2nya berbunyi lebih kurang.
    1-kita cari duit=boleh hidup
    2-duit cari duit=senang
    3-duit cari kita=kaya

  • Salam Encik Zul

    Prinsip ini juga yang mesti kita pegang dalam kehidupan seharai-hari, kan? Insya Allah, kebahagiaan/kebaikan akan datang.

    Blog Encik Zul ini antara yang banyak membantu saya memperbaiki kewangan saya, dengan izin Allah. Alhamdulillah. Dan terima kasih. Semoga Allah merahmati Encik Zul, keluarga dan kita semua. Aamiin.

  • Subhanallah. sangat betul sifu Mohd Zulkifli. Terima kasih.Insha Allah kami sebagai anak didik mentor akan istiqamah amalkan nasihat2 diatas.

  • asalamualaikum tuan zul, saya nak bertanya mengenai promosi dealer utk student ada lagi x untk bln mei…. mohon pencerahan.

  • Assalammualaikum wbt Tn Zul..

    Benar kita kene buat apa yg betul dgn sabar. Tadi pun ada seorg student nak beli emas… Katanya kawan beli jadi dia pun nak beli. Katanya nak untung dgn beli emas (tapi nak untung dlm jangka masa pendek). Bila sy explain balik emas ni pelaburan untuk jangka masa panjang dan sy sarankan dia simpan duit tu utk buat modal bisnes. Adik tu pun tak jadi nak beli emas.
    Kalau nak kejar untung dunia, memang saya boleh cerita semua yg indah2 mengenai emas. Tapi rasa tanggungjawab beri kesedaran tu lebih besar dari kuntungan yg sedikit.
    Alhamdulillah… Allah juga gantikan saya dengan customer baru.
    Semoga blog Tn Zul menjadi inspirasi buat yg lain…

  • Alhamdulillah tuan Zul
    Sabar membawa berkat..
    Harapan kak ramai lagi anak2 muda muslim seperti tuan lahir utk mengubah nasib serta maruah bangsa dan agama.. Tahniah tuan Zul
    Barakallahu fik

    • Wslm Pn. Siti,

      Alhamdulillah. Silakan. Terima kasih atas kepercayaan kepada dealership saya. Kod saya PG002369 Mohd Zulkifli Shafie. Kalau ada apa-apa persoalan, puan boleh contact saya bila-bila masa 019-336 8009 (wassap / sms/ call).

  • Salam tuan, sblm ni sy x bminat ttg pelaburan emas mungkin krn kurang ilmu..tapi lately sy follow fb tuan n dari situ mula rasa nak belajar ttg pelaburan emas..alhamdulillah harini br dpt buka blog tuan ni (sbb guna fon slow sikit)..insyaallah nak baca semua kalo boleh..mohon halal ilmu ye tuan 🙂

  • Salam tuan,
    Mohon pendapat tuan ttg situasi matawang malaysia yg makin jatuh skrg..sy ada beberapa simpanan wang kertas di bank. Adakah tuan merasakan penting kesemua wang kertas itu ditukar kpd emas? Sy risau matawang makin jatuh dan apa yg jd di Greece jd pd kita…tkt x leh kuarkan duit dr bank lg..

    • Wslm Pn Nur Ayuni,

      1. Waktu ringgit tak stabil ni, ialah waktunya perlu beli emas sebagai penampan kejatuhan ringgit.

      2. Simpan duit sekadar untuk kegunaan kecemasan sahaja. Duit simpanan jangka panjang lebih baik diselamakan dengan cara membeli emas atau menyimpan aset fizikal yang lain.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >