MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Buat Duit Dengan Gold Bar 1 Gram

Salah satu cara mudah buat duit bagi dealer baru ialah dengan jual gold bar 1 gram. Beli melalui Gold Accumulation Program (GAP) i.e. hari ni rm152 + rm5, dan jual harga retail i.e. hari ni RM180. Untung bersih RM23. Ia jauh lebih baik berbanding jual 1 dinar.

Kalau jual 1 dinar, komisyen tak sampai pun RM20; Normal Dealer 1%, Priority Dealer 1.5%, dan Master Dealer 2%. Kalau harga 1 dinar RM650,  Master Dealer pun baru dapat RM13 (RM650 x 2%), apatah lagi ND dan PD. Jadi kalau nak buat duit lebih cepat, mulakan bisnes dengan gold bar 1 gram.

gold bar 1 gram raya public goldGold bar 1 gram Edisi Raya 1436

Walaupun harga GAP lebih murah, orang sanggup bayar harga RM180 sebab;

  1. Mereka nak emas tu segera.
  2. Mereka baru 1st time beli emas. Nak rasa pegang emas tu sendiri sebelum mulakan GAP.
  3. Mereka nak jimat kos petrol + toll. Kalau setakat sekeping, tak berbaloi pergi ke office PG.
  4. Mereka tak sempat ambil emas tu sendiri di office PG.
  5. Mereka beli untuk koleksi, bukan utk pelaburan. Setakat beza harga RM20 tu mereka tak kisah.

Dan banyak lagi sebab orang sanggup bayar lebih.

Sebenarnya, RM180 sudahpun murah berbanding di kedai emas. Harga gold bar 1 gram di kedai emas sekarang ni sekitar RM180 -RM200 sekeping, sedangkan emas mereka bukan LBMA dan tak secantik emas Public Gold.

Jadi bagi dealer baru, sediakan stok gold bar 1 gram ini dan letak dalam dompet sekeping. Tunjukkan kepada kawan-kawan. Kalau mereka tanya, inilah peluang buka cerita tentang kepentingan simpan emas.

InsyaAllah.

Zulkifli
Damansara Damai
29 April 2015
10 Rejab 1436

#tipsdealeremas #tipsbisnes

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>