Disiplin Mengurus Kewangan Musim Perayaan

by on June 23, 2015

Post image for Disiplin Mengurus Kewangan Musim Perayaan

Bila nak sambut raya, rata-rata majikan akan masukkan gaji lebih awal daripada sepatutnya. Untuk kakitangan kerajaan, saya difahamkan mereka akan dapat gaji lebih kurang seminggu sebelum Hari Raya Adilfitri, iaitu lebih kurang 15 hari lebih awal daripada sepatutnya!

Jadi nasihat saya, jangan anggap satu ‘rahmat’ bila majikan masukkan gaji lebih awal – bila nak raya. Ia boleh jadi ‘perangkap kewangan’ sebab kita terpaksa menunggu tempoh yang lebih panjang untuk terima gaji bulan berikutnya. Kalau majikan bayar awal 15 hari, maksudnya tempoh menunggu gaji seterusnya ialah LEWAT 15 HARI dari tempoh sepatutnya! Aduh… Sengkeklah jawabnya kalau gaji itu tak diurus dengan betul.

Jangan Sentuh Sebelum Masanya

Masa saya makan gaji dulu, saya tetap tak akan sentuh gaji tersebut sebelum tarikh yang sepatutnya. Kalau “jadual kewangan” gaji sepatutnya masuk pada 23 haribulan, maka gaji yang masuk lebih awal itu tak boleh disentuh walaupun dah sesengkek mana sekalipun.

Kalau gaji itu disentuh juga (lebih awal daripada sepatutnya), maka bersedialah untuk lebih sengkek pada bulan berikutnya. Nanti mulalah bermasalah untuk bayar sewa rumah, ansuran pinjaman bank dan sebagainya.

Bagi saya, kalau majikan bagi duit bonus sempena raya, itu tak apa sebab ia di luar bajet kita. Tetapi kalau setakat gaji macam biasa sahaja, ia bukan sesuatu yang menggembirakan. Saya akan uruskan gaji itu seperti biasa, seolah-olah tak ada sesuatu yang istimewa. Kalau majikan bayar gaji pada 10 haribulan sedangkan jadual gaji sepatutnya 23 haribulan, duit gaji itu saya tak akan sentuh selagi belum sampai 23 haribulan walaupun sesengkek mana sekalipun.

Kebocoran Kewangan Musim Perayaan

Yang kedua, sudahlah tempoh menunggu gaji bulan berikutnya yang lebih panjang, ditambah pula risiko kebocoran wang di musim perayaan yang sangat-sangatlah besar. Bermacam-macam promosi yang sangat menggoda ditambah dengan tekanan untuk menunjuk segalanya bagus sempena raya;

  • Baju raya nak juga dibeli baru walaupun baju raya tahun-tahun lepas masih baik,
  • Biskut raya (yang sangat mahal) diborong berbalang-balang walaupun tetamu tak berminat pun sentuh biskut raya bila datang beraya,
  • Langsir dan perabot rumah nak ditukar baru walaupun yang sedia ada itu pun masih baik,
  • Bajet duit raya yang berlebihan walaupun si penerimanya bukanlah golongan yang sangat memerlukan!

Alhamdulillah, saya tak terperangkap dengan masalah ini;

  • Saya bukanlah jenis beli baju raya setiap tahun, kecuali baju raya anak-anak sebab baju tahun lepas dah makin ketat dan singkat. Jadi alang-alang perlu beli, beli terus sempena raya.
  • Saya tak borong biskut raya. Sudahlah mahal, tetamu pun kurang berminat sentuh biskut raya. Kalau beli pun, sekadar untuk makan sendiri apa yang kami suka. Nak hidang kepada tetamu, cukuplah biskut raya yang isteri saya buat sendiri dan ditambah dengan ‘jajan’ yang tak berapa mahal tu (tetapi tetamu suka).
  • Kami tak pernah tukar langsir dan perabot sempena raya. Kami tukar bila ianya perlu ditukar sahaja. Mungkin 3 atau 4 kali raya, langsir dan perabot di rumah saya masih lagi yang sama!
  • Saya tak bersaing untuk berikan duit raya. Walaupun pendapatan dah ganda, duit raya yang saya berikan kepada anak-anak saudara lebih kurang sahaja (supaya anak-anak saudara tak membezakan yang mana pakcik dan makciknya lebih kaya). Yang saya gandakan hanyalah duit sedekah kepada mereka yang memang memerlukan.

Jangan Meminjam Untuk Bergaya

Nak berbelanja apa pun di musim perayaan, yang paling penting jangan sesekali berhutang! Hutang itu maksudnya membelanjakan pendapatan masa depan. Pendapatan belum lagi kita terima, tapi dah habis dibelanjakan. Akibatnya, kebebasan masa depan kita tergadai dek tekanan hidup supaya bekerja lebih keras.

Jadi, biarlah tak nampak bergaya, asalkan poket kita tetap kaya. Samada hari raya atau hari biasa, kewangan mesti diurus dengan cermat. Bergembira untuk menyambut hari raya itu penting, tapi yang lebih penting ialah dapat turut bergembira selepas raya – yang tempohnya jauh lebih panjang…

Pastikan setiap hari ialah ‘hari raya’… Bukannya hari raya kedua dah mula risau memikirkan hutang-hutang dan ansuran tertunggak yang perlu dibayar hingga duit raya anak pun nak ‘dirembat’ juga!

Allahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
23 Jun 2015
6 Ramadhan 1436H

(Kredit foto : thehomelook)

{ 21 comments… read them below or add one }

1 zanazanzaly June 23, 2015 at 8:59 am

salam ramadhan kareem buat sdr zul sekeluarga semoga dalam redha dan limpahan rahmat kasih sayang Allah swt. selama ini saya pembaca senyap blog sdr sehinggalah hari ini saya terpanggil untuk bersuara melalui maya kerana topik yang sdr bawa hari ini (pada hemat saya) sangat releven buat sdr2 seagama kita yang selesa dimamaikan dek bius suntikan pemikiran “kesian budak2, kita dulu dah susah, xnak lah anak2 rasa mcm kita susah dulu. Biarlah lebih sikit belanja barulah meriah. Kalau x, rasa macam x raya la pula. Apalah sangat, setahun sekali je!”

tahniah sdr teruskan berkongsi buah-buah hikmah yang diilhamkan Allah azza wajalla kpd hamba pilihanNya. siiru ala barakatillah. semoga bertemu di jannah.

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie June 23, 2015 at 9:18 am

Wslm Pn. Zana,

Alhamdulillah. Mudah-mudahan artikel ini bermanfaat untuk persedian musim perayaan ini, insyaAllah.

Reply

3 hanif perak June 23, 2015 at 2:52 pm

terima kasih tuan di atas nasihat yang diberikan sbb pnjawat awam ni bila dapat gaji awal mula la nak berbelanja lebih.sejak baca blog tuan saya sudah berjimat cermat dan pakai apa yg ada saja..

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie June 23, 2015 at 3:00 pm

Alhamdulillah En Hanif. Mudah-mudahan artikel ini bermanfaat, insyaAllah.

Reply

5 fyza June 24, 2015 at 9:05 am

Assalamualaikum En.Zul,

Mohon share yea. Mudahan2 memberi manfaat kita bersama..

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie June 24, 2015 at 12:31 pm

Wslm Pn. Fyza,

Silakan.

InsyaAllah.

Reply

7 Mior Asraf June 24, 2015 at 10:41 am

Alhamdulillah ilmu tuan sangat membina sejak sy baca blog En zulkifli Amin.Sy berdoa agar:-
En zulkifli sekeluarga semoga dalam redha dan limpahan rahmat kasih sayang Allah swt.

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie June 24, 2015 at 12:32 pm

Alhamdulillah.

Terima kasih atas doa tersebut. Saya doakan Allah merahmati En. Mior sekeluarga juga, amiin ya Allah.

Reply

9 suhaila June 25, 2015 at 8:38 am

Terima kasih tuan , buah fikiran yang bernas ,senang hendak faham ,senang hendak amal namun hakikatnya masih ramai yang tidak mampu lakukan kerana tewas dengan desakan nafsu untuk berlebih -lebih sewaktu raya alasannya raya setahun sekali.

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie June 25, 2015 at 9:26 am

Alhamdulillah.

Mudah-mudahkan Allah berikan kekuatan kepada kita untuk berpada-pada dalam berbelanja menyambut perayaan, insyaAllah.

Reply

11 ummi June 25, 2015 at 11:06 am

Alhamdulillah terima kasih Tn Zul atas perkongsian fikrah yg berguna. Allahu yubarik fik

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie June 25, 2015 at 12:09 pm

Alhamdulillah. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Reply

13 hazwan June 25, 2015 at 12:22 pm

tahniah….saya follow

biasa2 je sambut hari raya….tapi aktiviti berkeluarga dan kunjung mengunjung adalah keperluan

Reply

14 Mohd Zulkifli Shafie June 25, 2015 at 2:31 pm

🙂

Reply

15 Nur June 25, 2015 at 6:15 pm

En zul boleh share untuk ank2 sedare beri berapa…tq

Mksd bkn ank sedare tu mcm ank sepupu ke

Reply

16 Mohd Zulkifli Shafie June 26, 2015 at 11:21 pm

Salam Pn. Nur,

Anak saudara tu anak kepada adik beradik kita atau anak adik beradik isteri / suami kita. Saya bagi ikut average jer.

Reply

17 Nur June 28, 2015 at 1:59 pm

ank sedare kedua suami isteri……

Reply

18 hanis zharif June 26, 2015 at 11:13 am

Assalamualaikum…

Alhamdulilah rezeki,

saya mengambil kesempatan kemasukan 2 kali gaji dalam tempoh terdekat untuk memaksimakan simpanan saya.

tambahan pula insyaAllah bulan 7, saya akan dapat tunggakan kenaikan gaji tahunan.

Saya guna format excel untuk rancang pendapatan dan pengeluaran wang bulanan.

Wang simpanan akan saya asingkan dan letak di akaun lain yang susah dicapai, takde ATM.

bonus pula saya guna untuk menyumbang kepada mak ayah dan adik beradik (mereka belajar) untuk belanja raya meskipun mereka berpendapatan lebih daripada saya. Sekadar merasa untuk menyumbang.

Heheheh

Reply

19 Mohd Zulkifli Shafie June 26, 2015 at 11:20 pm

Wslm En. Hanis,

Alhamdulillah…

Reply

20 Hazwan July 2, 2015 at 4:58 pm

Wahh.. terbaik ustaz.. tak semua orang mampu berfikir macam ni..
nasib baik dapat ilmu awal2 dr ustaz ni.. alhamdulillah…
selamat berpuasa ustaz..

Reply

21 Mohd Zulkifli Shafie July 3, 2015 at 4:27 pm

Alhamdulillah..

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: