Berapa Lama Kita Mampu Survive?

by on August 31, 2015

Post image for Berapa Lama Kita Mampu Survive?

Kesilapan ramai dalam mengukur kekayaan ialah hanya berdasarkan berapa besar pendapatan mereka. Kekayaan diukur dengan pendapatan yang diterima setiap bulan. Lagi besar pendapatan bulanannya, maka mereka dianggap lebih kaya.

Sedangkan kekayaan perlu diukur dengan berapa lama kita boleh survive jika hilang pekerjaan. Hilang pekerjaan bukan hanya bermaksud dibuang kerja, tetapi ia termasuk majikan gulung tikar ataupun kita sendiri yang hilang upaya untuk bekerja (nauzubillah)! Bukan sahaja orang bekerja swasta atau berniaga sendiri sahaja berisiko, tetapi orang kerja kerajaan juga berisiko hilang pekerjaan…

Faktor Tempoh Survival

Yang akan menentukan berapa lama kita boleh survive jika hilang pekerjaan, antaranya;

  1. Jumlah simpanan dan harta yang kita ada.
  2. Jumlah pendapatan pasif atau residual yang kita terima (termasuk hasil rumah yang disewakan, royalti, bisnes yang kita miliki yang boleh terus berjalan tanpa kehadiran kita dll).
  3. Berapa besar kos sara hidup kita.
  4. Berapa besar ansuran pinjaman “bad debt” yang kita tanggung.
  5. Kemahiran yang kita ada untuk berniaga sendiri. Orang yang pandai berniaga, mereka boleh hidup di mana-mana.

Bila kita sedar perkara ini, jangan terkejut, ada orang berpendapatan RM100,000 sebulan pun belum tentu boleh survive dalam tempoh yang lebih panjangan jika hilang pekerjaan. Sebabnya, ketika pendapatannya kecil, hutangnya kecil tetapi bila pendapatan dah membesar, hutangnya juga besar!

Pendapatan Besar Bukan Segalanya

Jadi pendapatan yang lebih besar tak semestinya bermaksud kita lebih kaya. Ini disebabkan tempoh survival orang berpendapatan besar mungkin sama sahaja dengan orang yang berpendapatan kecil. Jika hilang pekerjaan, orang berpendapatan besar juga boleh hilang segala-galanya juga sebab dia terpaksa menampung kos sara hidup dan hutang yang turut sama besar!

Cuba cek diri sendiri, berapa lama kita mampu survive kalau diberhentikan kerja pada hari ini?

Bila kita faham tentang perkara ini, kita boleh buat kesimpulan, kalau diurus kewangan dengan betul, orang berpendapatan kecil pun boleh hidup lebih senang berbanding mereka yang berpendapatan besar. InsyaAllah…

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
25 Ogos 2015
11 Zulkaedah 1436H

{ 16 comments… read them below or add one }

1 ummi is August 31, 2015 at 4:34 pm

Alhamdulillah tuan Zul, terima kasih atas perkongsian fikrah yg berguna..

Sejak bertahun lamanya sya belajar mengurus perbelanjaan melalui blog tuan dan buku2 kewangan, kini sya mendapat ‘faedah’nya.. Kenaikan harga brg, pertambahan kos sara hidup bukan masalah besar jika kita dpt mengawal perbelanjaan dan mengurus kewangan dgn betul..

Syukran ala kulli hal.. Semoga Allah swt merahmati tuan sekeluarga

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie August 31, 2015 at 4:36 pm

Alhamdulillah… Terima kasih atas doa tersebut. Saya doakan Allah merahmati puan sekeluarga juga. Amiin ya Allah.

Reply

3 mohdzahran September 1, 2015 at 2:42 pm

Terima kasih tuan zul. Perkongsian yang sangat bermanfaat. Banyak yang saya dapat pelajari tentang pengurusan kewangan daripada blog tuan.

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie September 1, 2015 at 4:25 pm

Sama-sama En. Zahran. Alhamdulillah. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Reply

5 murni September 3, 2015 at 4:57 am

Terima kasih atas perkongsian. Benar. Ramai fikir yang income banyak mereka akan selamat. Tetapi sebenarnnya pengurusan kewangan itu lebih penting. Lebih terurus. Lebih selamat.

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie September 3, 2015 at 7:08 am

Sama-sama Pn. Murni. Alhamdulillah..

Reply

7 skyfun September 3, 2015 at 3:17 pm

sy pernah melihat didepan mata,kawan sy engineer yg bergaji besar,siap ada IR lagi..jatuh bengkrap,kompeni tutup kerana skandal.x sampai 2 bulan semua hartanya dijual.mentalnya cuma boleh survive sekadar 3 bulan walaupon mempunyai simpanan banyak yg boleh bertahan sehingga setahun,kerisauan dan ketenangan jiwanya tertekan dan akhirnya dirumah flet sylah tempat makan minumnya..pengajarannya,
walaupon ada simpanan,apabila hidup jatuh kebawah.dia tiada pengalaman hidup susah dan merempat..membuatkan situasi semakin kusut

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie September 3, 2015 at 6:25 pm

Allahu akbar. Hidup ni macam pusingan roda. Ada waktu kita di atas, dan ada waktu kita di bawah.

Reply

9 faridah September 6, 2015 at 9:37 pm

Tq so much tuan zul…sy sgt suka baca website ni…suka dengan pendapat, idea dan pandangan tuan zul..byk sy praktikkan dlm pengurusan kewangan saya…semoga tuan zul sentiasa sihat dan terus berkongsi dan publish kan your thoughts dan ideas kt blog ni..

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie September 7, 2015 at 7:05 am

Sama-sama Pn. Faridah. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Reply

11 Azzli September 6, 2015 at 11:39 pm

Allahu akbar. Hidup ni macam pusingan roda. Ada waktu kita di atas, dan ada waktu kita di bawah- Ini betul tuan..mohon share artikel tuan..sangat berguna….

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie September 7, 2015 at 7:04 am

Silakan share En. Azzli. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Reply

13 saif September 16, 2015 at 9:54 am

Rupanya banyak kesilapan dan salah faham erti kekayaan sebenar..tq Tuan Zul teruskan berkongsi ilmu dengan kami.Moga Allah limpahkan rezeki yg berkat.

Reply

14 Mohd Zulkifli Shafie September 16, 2015 at 11:15 am

Alhamdulillah. Mudah-mudahan artikel ini bermanfaat, insyaAllah.

Terima kasih atas doa tersebut. Saya doakan Allah merahmati En. Saif sekeluarga. Amiin ya Allah.

Reply

15 mahmud October 28, 2015 at 3:48 pm

Alhamdulillah semanjak membaca blog tuan zul, sya berusaha utk cari side income..Alhamdulillah …bru jumpa biz turun temurun jgk..trma kasih tuan zul

Reply

16 Mohd Zulkifli Shafie October 28, 2015 at 7:33 pm

Alhamdulillah En. Mahmud. Saya gembira dengan kemajuan En. Mahmud.

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: