MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Elakkan Cash Deposit Machine (CDM)

August 1, 2015

Untuk makluman kepada pembeli emas, kalau boleh elakkan guna Cash Deposit Machine (CDM) untuk buat pembayaran kepada Public Gold. Kalau duit sangkut atau mesin CDM tak dapat keluarkan resit, nanti susah dan panjang cerita sebab;

(1) Public Gold terima duit tu tapi kita tak dapat buktikan yang kita adalah pemilik yang masukkan duit itu; dan

(2) Pihak bank tak dapat sahkan kita adalah pemilik sebenar yang memasukkan duit tersebut dalam CDM sebab tak ada bukti! Bank tak boleh keluarkan apa-apa report sebagai bukti untuk kita serahkan kepada Public Gold!

Jadi kalau nak buat pembayaran, guna samada;

  1. Online banking (paling baik); atau
  2. Transfer di kuanter bank; atau
  3. ATM Transfer.

Kaedah “ATM Transfer” lebih selamat berbanding CDM. Kalau tak keluar resit, kita boleh claim balik resit baru dengan bank.

Harap maklum dan ambil perhatian.

Limit Pengeluaran Dari Akaun Bank

Lagi satu tentang limit pengeluaran harian dari akaun bank. Kalau nak keluarkan duit dari bank dan buat pembayaran kepada Public Gold, ini limit harian yang kita perlu tahu:

  • Online transfer – RM10,000
  • ATM transfer – RM5,000
  • Pengeluaran ATM – RM5,000

Untuk pengeluaran di mesin ATM tu, duit tu boleh masukkan ke akaun Public Gold melalui Cash Deposit Machine (CDM).

Total RM20,000 sehari.

P.s. Saya dengar, sekarang “ATM Transfer” dah boleh naikkan limit kepada RM10,000 sehari.

Zulkifli
Damansara Damai
1 Ogos 2015
16 Syawal 1436H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>