Pelaburan Terbaik Bagi Pendapatan Kecil

by on August 10, 2015

Post image for Pelaburan Terbaik Bagi Pendapatan Kecil

Jangan buang masa cari pelaburan terbaik di dunia (sebab ianya tak wujud), terutamanya bagi mereka yang berpendapatan kecil. Berdasarkan pengalaman saya, pelaburan terbaik bagi mereka yang berpendapatan kecil ialah mulakan bisnes sendiri dan belajar memajukan bisnes. Bila ada bisnes sendiri, kita boleh ‘tentukan’ pendapatan kita sendiri. Kalau nak pendapatan besar, kena usahakan bersungguh-sungguh. Tetapi kalau sekadar nak pendapatan sampingan, buat secara sambil-sambil sahaja.

Kalau boleh dapat untung dalam pelaburan sebanyak 20% setahun, itu dikira luar biasa. Tetapi kalau setakat untung 200% setahun dalam bisnes, itu kira biasa-biasa sahaja. Bahkan untung 1,200% setahun pun mungkin perkara biasa dalam bisnes.

Fasa Membina Bisnes

Walaupun begitu, ‘pelaburan’ memulakan bisnes ini agak memakan masa, sekurang-kurangnya 2 hingga 3 tahun.

Tahun pertama kita banyak belajar dan banyak buat silap. Mungkin kita terpaksa bayar ‘Yuran Kebodohan’ sebab kita tak ada ilmu dan naif lagi tentang bisnes. Tetapi kalau tak terbuat benda-benda ‘bodoh’ tu, mungkin kita akan selama-lamanya bodoh. Jadi sebab terbuat benda bodoh itulah yang membuatkan kita lebih pandai.

fb mulakan bisnes tanpa hutangfb yuran pengalamanTahun kedua biasanya baru nak pandai, dan orang lain baru-baru nak kenal bisnes kita, baru cuba membeli dan berurusniaga dengan kita. Kalau terus buat dengan betul dan sabar, tahun ke 3 dah ada pelanggan tetap, mula ada reputasi, dan mula berkembang, insyaAllah.

Setiap Orang Pengalaman Berbeza

Tahun pertama, kedua, dan ketiga itu hanya contoh. Realitinya mungkin berbeza. Ia bergantung kepada berapa cepat kita belajar dan dapatkan pengalaman. Saya sendiri, 3 tahun pertama tu saya banyak habiskan masa buat benda-benda bodoh. Tahun ke-4 dan ke-5, baru celik sikit tentang bisnes. Waktu itu baru dapat keseronokkan berbisnes, walaupun hasil tu belum lagi lumayan. Bila dah rasa seronok, kita tetap usahakan juga walaupun hasilnya tak seberapa lagi. Dan usaha yang betul dan berterusan itulah yang membuahkan hasil yang lumayan.

Walau apa bisnes sekalipun, kena belajar dari orang yang berjaya dalam bidang tersebut, barulah bisnes itu lebih cepat maju dan dapat kurangkan kesilapan-kesilapan yang dibuat oleh orang sebelum ini, InsyaAllah.

Akhir sekali nasihat saya, kalau pendapatan kecil, jangan buang masa cari pelaburan yang terbaik. Pelaburan yang lebih lumayan ialah mulakan bisnes dan belajar menjalankan bisnes sendiri.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
28 Julai 2015
12 Syawal 1436H

{ 11 comments… read them below or add one }

1 skyfun August 10, 2015 at 9:20 am

sy selalu motivasikan apa yg dikata tuan ‘yuran kebodohan’ sebagai yuran pelajaran dan peperiksaaan..contohnya ingin membaiki kereta,jika compressor aircond kereta rosak kita hantar ke kedai kereta.kita berkira mungkin kita terpaksa menanggung kos baiki sehingga 1k..prinsip sy,daripada hantar kereta serah bulat2..lebih baik sy cuba baiki sendiri.jika gagal pun sy akan ke kedai juga dgn kos yg sama..sekurangnya sy sudah dapat ilmu ‘bodoh2’ itu secara praktikal dan realistik dgn mencuba.jika kita berjaya,mungkin kosnya x sampai 4 ratus ringgit sahaja.

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie August 17, 2015 at 10:52 am

Alhamdulillah. Betul tu. :)

Reply

3 siti hazreen August 17, 2015 at 9:59 pm

Pengalaman adalah guru yang terbaik…betul kata tuan, mulakan dari kecil, jangan berhutang

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie August 18, 2015 at 12:08 pm

InsyaAllah.

Reply

5 Nadiah Suhaidi August 18, 2015 at 6:25 pm

Pernah makan gaji dan berbisnes.

4 tahun berbisnes, 2 jenis bisnes. Dah rasa naik dan turun. Susah dan senang :)

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie August 18, 2015 at 11:48 pm

Alhamdulillah.

Reply

7 mahmud August 20, 2015 at 11:08 am

yes…saya nk buat bis bahulu…hihi

Reply

8 Pn Huda August 29, 2015 at 5:19 pm

Salam tuan… Sye nk tnya bagaimanakah cara terbaik utk memanipulasikan barang emas perhiasan 916 yg sye miliki (tidak digunakan) untuk mendapatkan gold bar atau dinar emas public gold.. tq..

Reply

9 Mohd Zulkifli Shafie August 29, 2015 at 5:34 pm

Wslm Pn. Huda,

Tak ada cara dapat emas percuma kecuali berniaga emas. Keuntungan dari perniagaan itulah digunakan untuk tambah pemilikan emas. Saya belum jumpa kaedah manipulasi yang membolehkan dapat emas percuma. Kalau pajak dan guna duit pajak untuk beli lagi emas, itu boleh tambah pemilikan emas tetapi dalam masa sama tambah hutang dengan ar-rahnu.

Reply

10 Mohd.Hafiz September 7, 2015 at 12:51 pm

Assalamualaikum,bagaimana dengan bisnes cara dropship?

Reply

11 Mohd Zulkifli Shafie September 7, 2015 at 7:01 pm

Wslm En. Hafiz. Ok juga tu.

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: