Public Gold Jual Produk Muslim Turki

by on August 18, 2015

Post image for Public Gold Jual Produk Muslim Turki

Dah lebih 10 tahun saya berniaga, boleh dikatakan hampir semua bisnes yang saya buat melibatkan urusniaga dengan non-muslim, samada untuk dapatkan bahan mentah, dapatkan servis, jual terus produk yang mereka dikeluarkan, bahkan saya juga berguru bisnes dengan non-muslim! Saya tak nampak apa-apa masalah di situ.

Saya tak pernah dengar dalam sirah Nabi s.a.w, Nabi s.a.w suruh para sahabat jangan berurusniaga dengan non-muslim atas sebab mereka “non-muslim”, bahkan Rasulullah s.a.w bukan sahaja berurusniaga dengan non-muslim, tetapi dengan Yahudi (yang dikatakan memusuhi Islam) pun Rasulullah s.a.w berurusniaga, walaupun sahabat Nabi pun ada yang berniaga juga. Ia tak ada masalah, bahkan itu menunjukkan Islam itu “rahmat untuk sekalian alam”.

Di Mana Muslimnya Sebuah Bisnes?

Yang saya pernah dengar cuma Rasulullah s.a.w membuka pasar baharu di Madinah disebabkan pasar yang sedia ada itu urusniaganya tak patuh syariah i.e. banyak penipuan. Jadi pasar baharu dibuka untuk elakkan masyarakat Madinah teraniaya oleh peniaga yang kerjanya menyangak pembeli, bukan sebab mereka itu “non-muslim”.

Jadi dalam berniaga, saya tak kisah berniaga dengan sesiapa pun. Siapa lebih telus dan urusniaganya patuh syariah, itu yang saya pilih walaupun mereka non-muslim. Urusniaga itu tetap Allah redha walaupun mereka non-muslim.

Dalam pemerhatian saya sejak 2010 menjadi pelanggan Public Gold, saya boleh katakan Public Gold ialah platform jual beli emas yang paling telus, efisyen, investor-friendly dan paling “trusted” di Malaysia. Public Gold memang ada kekurangan, tetapi berbanding yang lain, Public Gold paling baik untuk pelabur emas di Malaysia. Sebab itu saya berani syorkan Public Gold kepada pelabur-pelabur emas.

dinar gold bar 24k lbmaPublic Gold antara emas terbaik untuk pelaburan di Malaysia selain Kijang Emas (BNM), emas fizikal UOB Bank dan emas Kuwait Finance House (KFH).

Mengingkari Tuhan Atas Nama Tuhan?

Maksudnya dari sudut operasi, Public Gold lebih ‘muslim’ berbanding ramai peniaga muslim yang menggunakan sentimen agama untuk tutup kelemahan sendiri. Ini terbukti kalau kita perhati isu “sontotan emas 2014”. Golongan yang paling kuat mainkan sentimen agama dan bangsa ialah “geng emas ETA”; skim cepat kaya bertopengkan emas.

Saya boleh katakan 100% pengendalinya ialah Melayu Muslim yang diwar-warkan ingin “memartabatkan ummah”. Akhir sekali, semula lingkup. Pelabur-pelabur tertipu atas nama Melayu dan Islam! Yang dah kena tipu tu baru sedar, sejak Public Gold mula beroperasi pada tahun 2008, belum ada seorang pun lagi kena ‘sontot’ dengan Public Gold! Alhamdulillah.

Jadi saya tak suka mainkan sentimen agama. Dan saya tak pernah jumpa peniaga Muslim yang hebat (seperti ABS Group di bawah bimbingan Pn. Ainon) menggunakan apa-apa sentimen agama untuk melariskan produk mereka. Apa yang penting ialah urusniaganya patuh syariah.

Public Gold Jual Produk Muslim Turki

Kalau nak dikira sentimen agama, emas Public Gold tu sebenarnya Produk Muslim juga. Emas Public Gold ditempah khas dari syarikat Nadir Metal Rafineri dari Turki. Ia syarikat Muslim dan pengeluar emas terbesar di Turki!

public gold jual emas muslim nadirMajlis menandatangani perjanjian Public Gold sebagai “sole dealership” untuk produk Nadir Metal Rafineri di ASEAN pada 15 Januari 2015.

Jadi kalau nak dimainkan isu sentimen, cuba tanya “syarikat Muslim” tu, dia ambil emas tu dari syarikat mana? Semua fasiliti yang mereka berniaga itu mereka beli dari mana? Adakah 100% keluaran muslim? Jangan dikatakan emas dan bahan mentah untuk menghasilkan produk, bahkan handphone dan PC yang dia pakai untuk promosi kononnya “produk Muslim” itupun dibeli dari non-muslim juga!

Jadi berpijaklah kepada realiti…

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
1 Ogos 2015
16 Syawal 1436H

{ 22 comments… read them below or add one }

1 hanis zharif August 18, 2015 at 12:42 pm

bukankah kita tercipta laki-laki dan wanita
serta suku-suku dan bangsa yang pasti berbeda
bukankah kita harus mengenal dan menghormati
bukan saling bercerai berai dan berperang angka senjata

(lirik lagu)

saya setuju dengan tuan.

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie August 18, 2015 at 2:56 pm
3 Zuhair August 18, 2015 at 12:53 pm

Isu yang lapuk tapi selalu dipermainkan untuk mengaut keuntungan oleh sesetengah pihak. Agama dijadikan isu untuk meraih untung dan sokongan. Agama dan bangsa..

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie August 18, 2015 at 2:59 pm

Betul En. Zuhair. Isu yang sentiasa diputar-putar semula.

Reply

5 mohd azinuddin Abdullah August 18, 2015 at 1:58 pm

terbaik brother MD Zul

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie August 18, 2015 at 2:58 pm

Alhamdulillah.

Reply

7 mohdzahran August 18, 2015 at 4:20 pm

Setuju dengan Tuan Zul. Kadang geram tengok syarikat-syarikat yang menggunakan pendekatan agama untuk mengaut dan memperdaya pelanggan. Ianya boleh memberikan impresi yang buruk terhadap islam itu sendiri walaupun hakikatnya Islam itu agama yang sangat cantik dan telus.

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie August 19, 2015 at 1:40 am

Betul, ia memberikan persepsi buruk terhadap agama kita sendiri.

Reply

9 I August 18, 2015 at 8:15 pm

Betul..penganjur emas ETA majoritinya yg berkopiah dan berjanggut…tapi sanggup menipu saudara seagama.

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie August 18, 2015 at 11:56 pm

Memang kesian yang tertipu.

Reply

11 Fahmishah August 19, 2015 at 7:27 am

Lari jauh-jauh kalau orang kita ajak masuk atau berniaga dengan dua sebab ini;

1. Nak tolong bangsa.
2. Nak bangunkan ekonomi ummah.

Akhir sekali tolong bangsa entah ke mana, ekonomi pun masih merudum. Wallahu a’lam.

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie August 19, 2015 at 9:22 am

Betul, memang itulah biasanya berlaku. Akhirnya bisnes, bangsa dan ummah pun entah ke mana.

Reply

13 Hazwan August 19, 2015 at 11:15 am

alhamdulillah dapat sedikit sebanyak ilmu dan keyakinan terhadap produk2 Public Gold…

Reply

14 Mohd Zulkifli Shafie August 19, 2015 at 11:36 am

Alhamdulillah.

Reply

15 Nor Azah Aahmad August 19, 2015 at 3:12 pm

Subhanallah..kupasan yang sangat hebat tuan Zul..Jazakallahu khairal jazak

Reply

16 Mohd Zulkifli Shafie August 19, 2015 at 3:40 pm

Alhamdulillah.

Reply

17 nurul fatin August 20, 2015 at 2:25 pm

betul tu en zul.terima kasih atas kupasan :)

Reply

18 Mohd Zulkifli Shafie August 20, 2015 at 6:58 pm

Alhamdulillah.

Reply

19 Shah August 31, 2015 at 7:15 am

Alhamdulilah..setuju dengan pernyataan tuan. Ini adalah beberapa aspek yang saya ambil dalam membuat keputusan untuk menyertai PG suatu ketika dulu.

Reply

20 Mohd Zulkifli Shafie August 31, 2015 at 7:35 am

Alhamdulillah..

Reply

21 Zaidi Saudagar Emas October 4, 2015 at 9:34 pm

Alhamdulillah.. Saya juga setuju dengan kenyataan tuan.. Namun masih ramai antara kita suka bermainkan isu sentimen dan perkauman demi meraih simpati dan sokongan sedangkan mereka itulah penyangaknya..

Reply

22 Mohd Zulkifli Shafie October 5, 2015 at 1:07 am

Itu biasa En. Zaidi.

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: