MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Public Gold Jual Produk Muslim Turki

August 18, 2015

Dah lebih 10 tahun saya berniaga, boleh dikatakan hampir semua bisnes yang saya buat melibatkan urusniaga dengan non-muslim, samada untuk dapatkan bahan mentah, dapatkan servis, jual terus produk yang mereka dikeluarkan, bahkan saya juga berguru bisnes dengan non-muslim! Saya tak nampak apa-apa masalah di situ.

Saya tak pernah dengar dalam sirah Nabi s.a.w, Nabi s.a.w suruh para sahabat jangan berurusniaga dengan non-muslim atas sebab mereka “non-muslim”, bahkan Rasulullah s.a.w bukan sahaja berurusniaga dengan non-muslim, tetapi dengan Yahudi (yang dikatakan memusuhi Islam) pun Rasulullah s.a.w berurusniaga, walaupun sahabat Nabi pun ada yang berniaga juga. Ia tak ada masalah, bahkan itu menunjukkan Islam itu “rahmat untuk sekalian alam”.

Di Mana Muslimnya Sebuah Bisnes?

Yang saya pernah dengar cuma Rasulullah s.a.w membuka pasar baharu di Madinah disebabkan pasar yang sedia ada itu urusniaganya tak patuh syariah i.e. banyak penipuan. Jadi pasar baharu dibuka untuk elakkan masyarakat Madinah teraniaya oleh peniaga yang kerjanya menyangak pembeli, bukan sebab mereka itu “non-muslim”.

Jadi dalam berniaga, saya tak kisah berniaga dengan sesiapa pun. Siapa lebih telus dan urusniaganya patuh syariah, itu yang saya pilih walaupun mereka non-muslim. Urusniaga itu tetap Allah redha walaupun mereka non-muslim.

Dalam pemerhatian saya sejak 2010 menjadi pelanggan Public Gold, saya boleh katakan Public Gold ialah platform jual beli emas yang paling telus, efisyen, investor-friendly dan paling “trusted” di Malaysia. Public Gold memang ada kekurangan, tetapi berbanding yang lain, Public Gold paling baik untuk pelabur emas di Malaysia. Sebab itu saya berani syorkan Public Gold kepada pelabur-pelabur emas.

dinar gold bar 24k lbmaPublic Gold antara emas terbaik untuk pelaburan di Malaysia selain Kijang Emas (BNM), emas fizikal UOB Bank dan emas Kuwait Finance House (KFH).

Mengingkari Tuhan Atas Nama Tuhan?

Maksudnya dari sudut operasi, Public Gold lebih ‘muslim’ berbanding ramai peniaga muslim yang menggunakan sentimen agama untuk tutup kelemahan sendiri. Ini terbukti kalau kita perhati isu “sontotan emas 2014”. Golongan yang paling kuat mainkan sentimen agama dan bangsa ialah “geng emas ETA”; skim cepat kaya bertopengkan emas.

Saya boleh katakan 100% pengendalinya ialah Melayu Muslim yang diwar-warkan ingin “memartabatkan ummah”. Akhir sekali, semula lingkup. Pelabur-pelabur tertipu atas nama Melayu dan Islam! Yang dah kena tipu tu baru sedar, sejak Public Gold mula beroperasi pada tahun 2008, belum ada seorang pun lagi kena ‘sontot’ dengan Public Gold! Alhamdulillah.

Jadi saya tak suka mainkan sentimen agama. Dan saya tak pernah jumpa peniaga Muslim yang hebat (seperti ABS Group di bawah bimbingan Pn. Ainon) menggunakan apa-apa sentimen agama untuk melariskan produk mereka. Apa yang penting ialah urusniaganya patuh syariah.

Public Gold Jual Produk Muslim Turki

Kalau nak dikira sentimen agama, emas Public Gold tu sebenarnya Produk Muslim juga. Emas Public Gold ditempah khas dari syarikat Nadir Metal Rafineri dari Turki. Ia syarikat Muslim dan pengeluar emas terbesar di Turki!

public gold jual emas muslim nadirMajlis menandatangani perjanjian Public Gold sebagai “sole dealership” untuk produk Nadir Metal Rafineri di ASEAN pada 15 Januari 2015.

Jadi kalau nak dimainkan isu sentimen, cuba tanya “syarikat Muslim” tu, dia ambil emas tu dari syarikat mana? Semua fasiliti yang mereka berniaga itu mereka beli dari mana? Adakah 100% keluaran muslim? Jangan dikatakan emas dan bahan mentah untuk menghasilkan produk, bahkan handphone dan PC yang dia pakai untuk promosi kononnya “produk Muslim” itupun dibeli dari non-muslim juga!

Jadi berpijaklah kepada realiti…

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
1 Ogos 2015
16 Syawal 1436H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • bukankah kita tercipta laki-laki dan wanita
    serta suku-suku dan bangsa yang pasti berbeda
    bukankah kita harus mengenal dan menghormati
    bukan saling bercerai berai dan berperang angka senjata

    (lirik lagu)

    saya setuju dengan tuan.

  • Isu yang lapuk tapi selalu dipermainkan untuk mengaut keuntungan oleh sesetengah pihak. Agama dijadikan isu untuk meraih untung dan sokongan. Agama dan bangsa..

  • Setuju dengan Tuan Zul. Kadang geram tengok syarikat-syarikat yang menggunakan pendekatan agama untuk mengaut dan memperdaya pelanggan. Ianya boleh memberikan impresi yang buruk terhadap islam itu sendiri walaupun hakikatnya Islam itu agama yang sangat cantik dan telus.

  • Lari jauh-jauh kalau orang kita ajak masuk atau berniaga dengan dua sebab ini;

    1. Nak tolong bangsa.
    2. Nak bangunkan ekonomi ummah.

    Akhir sekali tolong bangsa entah ke mana, ekonomi pun masih merudum. Wallahu a’lam.

  • Alhamdulilah..setuju dengan pernyataan tuan. Ini adalah beberapa aspek yang saya ambil dalam membuat keputusan untuk menyertai PG suatu ketika dulu.

  • Alhamdulillah.. Saya juga setuju dengan kenyataan tuan.. Namun masih ramai antara kita suka bermainkan isu sentimen dan perkauman demi meraih simpati dan sokongan sedangkan mereka itulah penyangaknya..

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >