Anak-Anak Sebagai Sumber Motivasi

by on September 14, 2015

Post image for Anak-Anak Sebagai Sumber Motivasi

Dalam membangunkan kekayaan, kekadang kita sibuk mencari motivasi dari luar. Guru saya pesan, sepatutnya anak-anak kita yang kecil itu sudah cukup untuk memotivasikan kita. Tak perlu cari motivasi luar. Dulu, antara yang memotivasikan saya ialah anak-anak sendiri. Impian saya waktu itu, saya nak ada masa sendiri untuk hantar dan jemput anak-anak dari sekolah sebab bagi saya, itu waktu yang penting untuk bersama anak-anak.

Saya teringat waktu kecil dahulu, antara yang membuatkan saya bersemangat bila pergi dan balik sekolah ialah bila Mama dan Abah hantar dan jemput sendiri dari sekolah. Sepanjang hantar pergi dan balik sekolah, waktu itu banyak nasihat dan pesanan yang saya dapat dari mereka. Dan semangat untuk ke sekolah agak berbeza bila ada hari yang saya perlu berbasikal untuk pergi dan balik sekolah yang jaraknya dalam 5.5 kilometer.

Kerjaya dan Masa Depan

Ia berbeza dengan anak-anak sewaktu saya bekerja (makan gaji) dahulu. Dengan kerjaya saya dahulu, kalau saya kerja lagi 20 tahun pun, saya tak berpeluang untuk hantar dan jemput sendiri anak dari sekolah. Maka saya jadikan perkara itu sebagai motivasi, iaitu saya mahu hantar dan jemput sendiri anak balik dari sekolah. Dan ‘impian’ itu saya ceritakan kepada anak-anak;

“Papa nak hantar dan jemput sendiri Aisyah balik sekolah”

Dari darjah 1 sampai darjah 3, Aisyah bertanya saya;

“Bila Papa boleh jemput Aisyah balik sekolah?”

Soalan Aisyah (anak sulong) saya itu terus menekan dan memotivasikan saya untuk terus maju. Saya tak boleh ‘berehat’ selagi impian saya dan anak saya itu tercapai.

fb anak-anak sebagai motivasi fb anak-anak sebagai motivasi 02Menarik pengalaman En. Syukor tentang masa dengan anak-anak

Impian Menyentuh Emosi

Alhamdulillah, cita-cita itu akhirnya tercapai hanya dengan menjadikan anak-anak sebagai motivasi, bukannya kereta mewah, rumah idaman ataupun pelancongan mewah ke luar negara.

Dalam meletakkan “impian”, ia tak cukup sekadar apa yang bermain dalam fikiran, tetapi ia harusnya menyentuh EMOSI kita untuk maju. Sentuhan emosi itulah yang memberi kekuatan kepada kita untuk menempuh cabaran. Itulah yang selalu disebut-sebut oleh guru saya sebagai “Emotional Dream”. Impian yang menyentuh emosi…

fireflyz langkawi anak-anakDemi anak-anak, saya bawa mereka ke Langkawi (Family Day) sehari selepas isteri bersalin anak ke-7. Hanya saya dan enam (6) orang anak tanpa isteri, sementara isteri berehat di hospital. Saya ambil ‘cabaran’ ini demi anak-anak. Menempuh kepayahan demi insan yang kita sayangi, itulah nikmatnya sebuah kehidupan…

Walaupun setiap daripada kita motivasinya berbeza, tetapi sumber motivasi itu sebenarnya sudah ada di sekeliling kita sendiri… Kita hanya perlu melihat, berfikir dan menjiwainya sahaja.

Zulkifli
Damansara Damai
7 Ogos 2015
22 Syawal 1436H

{ 16 comments… read them below or add one }

1 asraf September 14, 2015 at 6:41 pm

MasyaAllah terima kasih atas perkongsian tuan..

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie September 15, 2015 at 3:19 pm

Alhamdulillah… Mudah-mudahan artikel ini bermanfaat, insyaAllah.

Reply

3 haikal September 14, 2015 at 7:07 pm

Betul tu en zul…anak2 lah merupakan motivasi dalam saya menempuh kehidupan saya seharian.. impian saya ingin tengok dan merasai sendiri anak2 saya membesar dengan tubuh badan sihat, dia hidup gembira dan insyaalah menjadi orang yang berguna untuk diri dia, masyarakat dan agama..aminn

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie September 15, 2015 at 3:20 pm

InsyaAllah…

Reply

5 Yati September 15, 2015 at 10:42 am

Salam..bahagianya en zul dgn anak2..

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie September 15, 2015 at 3:19 pm

Wslm Pn. Yati,

Alhamdulillah. Dengan anak-anak ni, ada masa seronok dan ada masa stress, tapi itulah kebahagiaannya. Berdepan dengan bermacam-macam kerenah anak-anak itulah membuatkan hidup kita penuh dengan warna-warni…

Reply

7 Nor Azah Binti Ahmad September 15, 2015 at 2:59 pm

Kak sangat tersentuh dan terharu.. Bayangkan tuan zul boleh urus 6 orang anak yang masih kecil sorang2 di Langkawi.. Mesti anak2 ni terdidik dgn akhlak dan disiplin yang tinggi… Subhanallah..bertuah anak2 ni ada ibu dan ayah yang hebat…tahniah tuan zul dan ukhtie najdah

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie September 15, 2015 at 3:11 pm

Memang mencabar juga kak especially yang kecik-kecik tu sebab mereka biasa dengan ibunya jer. Nak tidur pun dengan ibunya juga. Tapi saya ambil cabaran ni. Memang penat tapi rasa puas sebab dapat gembirakan anak-anak dapat pergi berjalan. Dan isteri pun dapat rehat sepenuhnya di hospital.

Reply

9 saif September 16, 2015 at 9:45 am

Saya doakan keluarga tuan terus diberkati..harap dapat teruskan menulis dan berkongsi.

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie September 16, 2015 at 11:14 am

Amiin. InsyaAllah En. Saif.

Reply

11 mohd azinuddin Abdullah September 17, 2015 at 8:38 am

Impian setiap ketua keluarga, Alhamdulillah abg zul dah capainya..TAHNIAH. Insha Allah kami jadikan inspirasi utk kami juga

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie September 17, 2015 at 9:10 am

Alhamdulillah. InsyaAllah… Abg Zul doakan Allah lapangkan rezeki Din sekeluarga, amiin ya Allah.

Reply

13 shida idris September 17, 2015 at 12:59 pm

AllhuAkbar…saya terkesan dengan kata-kata tuan tentang emotional dream. betullah kan, motivasi tu ada je di sekeliling kita. saya dan adik beradik dibesarkan dengan orang lain yang hantar dan ambik kami ke sekolah. sehingga sekarang, saya jealous tengok budak-budak yang dihantar dan diambik ibu-bapa sendiri ke sekolah.

saya baru seorang anak, sangat salute dengan En Zul yang boleh handle 6 anak seorang. lain kali En Zul share cara handle anak pulak ye. terima kasih En Zul atas perkongsian

Reply

14 Mohd Zulkifli Shafie September 17, 2015 at 2:02 pm

Alhamdulillah… InsyaAllah Pn. Shida.

Reply

15 ramli September 21, 2015 at 12:56 pm

assalam…
tahniah en zul mendidik anak2 menjadi anak soleh n solehah. mendidik anak2 hidup sedrhana walaupun mampu memberi kehidupan yg mewah. Blehlah lepas ni en zul kongsi didikan anak2 dalam blog n keluar buku baru pasal penddikan anak2 cara islam.

Reply

16 Mohd Zulkifli Shafie September 22, 2015 at 4:43 am

Wslm En. Ramli,

Alhamdulillah.

Saya pun masih belajar tentang pendidikan anak-anak. Yang mana saya tahu, saya boleh kongsikan di blog ini, insyaAllah.

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: