MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Test Ketulenan Emas Dengan Logik

September 28, 2015

Macam mana nak tahu emas tu tulen atau tidak?

Kalaupun ada sijil ketulenan, ianya masih boleh dibuat sijil palsu.

Kalau betul-betul nak confirm emas tu tulen atau tidak, sebenarnya kena guna densimeter (alat penguji ketulenan), atau guna ujian asid (menggunakan dua jenis asid). Tetapi semua alat-alat tu hanya dimiliki oleh peniaga emas. Kalau kita nak beli, memang tak berbaloi...

Jadi apakah cara terbaik untuk uji ketulenan?

Bagi saya, cukuplah kita ujinya dengan UJIAN LOGIK! Maksudnya, lepas kita ambil beberapa langkah penting, sepatutnya kita tak perlu lagi ragu-ragu dengan ketulenan emas yang kita beli walaupun tak menggunakan densimeter atau ujian asid.

Ini beberapa langkah yang boleh saya syorkan bila nak membeli emas yang betul-betul tulen tanpa perlu guna alat penguji ketulenan.

#1 – Beli emas yang kredibiliti terbukti

Kalau di Malaysia, antara jenama yang mempunyai kredibiliti ialah Public Gold, Kijang Emas BNM (dijual oleh Maybank), UOB Bank (menjual emas jenama antarabangsa), dan Kuwait Finance House (menjual emas fizikalnya sendiri). Ini empat jenama yang saya paling confident dan recommended untuk pelabur emas di Malaysia.

Ini rupanya alat densimeter.

#2 – Ambil emas terus dari pejabat syarikat

Sebenarnya, kita boleh beli emas jenama apa sekalipun dari tangan individu. Individu tersebut mungkin penyimpan emas atau ejen kepada syarikat jual beli emas. Kalau nak hilangkan kerisauan tentang ketulenan, ambil emas itu terus dari pejabat syarikat tersebut, bukan dari tangan individu supaya lebih terjamin.

Individu mungkin boleh menipu, tetapi bagi syarikat yang bereputasi, terutamanya yang mempunyai cawangan di seluruh Malaysia, ia bukan mudah. Bagi syarikat pengeluar atau “trading centre” seperti Public Gold, Maybank, UOB Bank dan Kuwait Finance House (KFH), kalau ada penipuan ketulenan walaupun hanya gold bar 1 gram, itu sudah cukup untuk melingkupkan seluruh operasi mereka.

Jadi hal ketulenan bukan sesuatu yang boleh diambil mudah oleh syarikat.

Public Gold sebagai contohnya, telahpun menjual lebih 4 tan emas sejak 2008. Kalau setakat belian kita RM100,000 (hatta RM1 juta sekalipun), ia sangat kecil bagi Public Gold.

Jadi sangat TAK LOGIK bagi syarikat besar dan bereputasi seperti Public Gold nak menipu hal ketulenan. Saya percaya, bisnes dan masa depan Public Gold LEBIH MAHAL dari itu.

#3 – Semak sejauh mana keyakinan ar-rahnu

Sebelum tahun 2011 dulu, ar-rahnu terima semua jenis emas tak kisah apa jenama sekalipun. Asalkan ia emas, asalkan ia tulen. Tetapi sejak pertengahan 2011, ar-rahnu mula memilih-milih jenama emas yang diterima untuk pajakan. Jenama emas yang dianggap bermasalah ataupun tiada kredibiliti, mereka memang tak terima.

Atas reputasi yang baik sejak 2008, Ar-Rahnu Pos Malaysia (antara ar-rahnu terbesar di Malaysia) terima pajakan emas Public Gold TANPA PERLU TEST KETULENAN! Mereka terima sahaja emas berseal Public Gold tanpa perlu buka sealnya.

Pos Ar-Rahnu terima pajakan emas Public Gold tanpa perlu buka seal.

Bukan sahaja Pos Ar-Rahnu, sebenarnya ada banyak lagi institusi ar-rahnu yang terima gadaian emas Public Gold tanpa perlu buka sarung plastik dan tanpa perlu uji ketulenan emas Public Gold disebabkan jenamanya yang sangat dipercayaai.

Jadi kalau institusi besar yang juga “gold player” berpengalaman begitu boleh yakin dengan ketulenan emas dengan jenama seperti Public Gold, bagi saya, pembeli biasa seperti kita sudah cukup LOGIK untuk bergantung kepada kepercayaan Ar-Rahnu Pos kepada jenama-jenama tersebut.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
22 September 2015
9 Zulhijjah 1436

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • As salam Tuan.

    Bertemu kembali. Mengenai masalah jongkong emas Poh Kong, sampul plastiknya tidak boleh dibuka. Jika dibuka, bermakna harganya akan jatuh terus sehingga ditolak 25% jika ingin dijual semula.

    Saya ada terbaca dalam website2 mengenai emas yang menyatakan bahawa emas Poh Kong ini memang tidak boleh dipajak (ar-Rahn) kerana sampulnya perlu dibuka untuk diuji ketulenan emas. Betulkah?

    Adakah ini bermakna penggunaan emas Poh Kong hanya terbatas untuk dijual semula sahaja dan tidak boleh dipajak kerana ia dikira sebagai used gold jika sampulnya dibuka?

    Saya lihat Kedai poh kong ini ada dimana2 hatta dalam kompleks membeli belah The Store pun ada poh kong. Sbb tu kadang2 saya lihat senang nak beli emas poh kong.

    Terima kasih.

    • Wslm En. Kamarul,

      Boleh pajak, tapi syaratnya kena buat seal. Bila buka seal, nak jual balik kepada Poh Kong spread dinaikkan ke 25%. Kalau sanggup jatuh nilai emas tu bila nak jual balik kepada Poh Kong, boleh je pajak emas tu.

  • Tuan Zulkifli : Memang BENAR. Kadang-kadang melalui Logik Akal pon kita boleh berfikir mengenai KETULENAN EMAS. Cuma mahu tidak mahu sahaja. Kadang-kadang ada benda yang MUDAH kita susahkan, kadang-kadang juga, ada benda yang SUSAH kita mudahkan. Pokok pangkal adalah diri sendiri. Terima Kasih tuan, diatas artikel yang diberikan. Sungguh bermanfaat

  • baru je pajak sebentar tadi d Ar rahnu express Habib Jewel.
    Mereka terima gold bar baru n yang lama, hatta 1g yang terkini… syabas PG.

    • Powergold merupakan syarikat 100% bumiputera yang bertindak memasarkan produk emas Amethyst, mereka menjual emas fizikal secara online dimana beli emas dapat emas ditangan. Produk emas yang terkenal adalah goldbar 1gram pada harga mampu milik. Dah berkecimpung dalam PERNIAGAAN emas hampir 1 dekad di anggotai ahli seramai 130k. Antara pelanggan utama adalah pih Kong & Habib jewel. Berikut adalah website emas saya http://jutawanpowergold.biz/goldvision berminat nak menjadi penyimpan atau peniaga emas bermodalkan mampu bayar boleh la WhatsApp 01117972983

  • Assalamualaikum tuan,

    1.Saya ada terbaca mengenai komen tuan berkenaan dengan customer PG tidak boleh introduce org untuk daftar sbg ahli PG melainkan Normal Dealer dan Priority Dealer. Saya sudah dua bulan menjadi customer PG dengan introducer adalah kawan sy dan untuk makluman kawan saya hanya customer PG sahaja.

    2.Introducer saya kurang aktif dan saya tahu introducer tidak boleh ditukar sampai bila-bila. Memang tiada cara lain ke untuk permasalahan ini

    • Wslm En. Afiq,

      1. Saya baru dapat tahu, customer PG sudah boleh introduce tetapi mereka tak dapat komisyen. Yang akan dapat komisyen ialah dealer kepada customer tersebut.

      2. En. Afiq boleh jadikan dealer kepada customer tersebut sebagai mentor dalam PG. Saya percaya, dia boleh bagi guidance untuk pelaburan En. Afiq.

  • Assalamualaikum ….

    saya ada 2 soalan utk tuan :

    1) Kalau emas seal public gold telah dibuka … dan dijual kembali kepada public gold , berapa percent susut nilainya ?

    2) boleh tak emas yang dikumpul dalam GAP digunakan untuk beli emas 1 dinar 22k … ? kalau perlu digadai , tak payahlah buka2 seal dah.

    t.kasih.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >