MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Profile Facebook Diyakini Customer

October 28, 2015

Jual beli emas melibatkan transaksi yang besar. Ada ketika customer perlu transfer duit terus ke akaun kita walaupun emas masih belum nampak depan mata mereka.

Untuk elakkan sebarang penipuan, customer sangat berhati-hati dengan siapa mereka akan berurusniaga. Dan kebanyakkan customer akan buat “background search” terhadap dealer yang mereka akan berurusan.

Jadi sebagai dealer, kita bukan sahaja perlu amanah dalam urusniaga tetapi kita juga perlu DILIHAT AMANAH. Antara perkara terpenting meningkatkan kepercayaan customer kepada kita ialah FACEBOOK PROFILE.

facebook profile diyakiniIni contoh profile saya. Sesiapa sahaja boleh semak background saya dan senang contact sekiranya mereka mahu berurusan dengan saya.

Elemen terpenting;

  1. Nama sebenar
  2. Profile picture sebenar & diclose-up supaya customer cam muka kita.
  3. Ada no contact, telefon, email, web address
  4. Background yang jelas. Mereka tahu siapa isteri saya, dimana asal saya, di mana saya tinggal dan di mana saya bekerja.

Jadi profile begini menunjukkan kita seorang yang TRANSPARENT dan customer lebih yakin untuk berurusan, insyaAllah.

Zulkifli
Damansara Damai
28 Oktober 2015
15 Muharram 1437H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>