Solat Berjemaah Asas Membentuk Keluarga

by on October 20, 2015

Post image for Solat Berjemaah Asas Membentuk Keluarga

Saya tertarik dengan tips solat berjemaah yang dikongsikan oleh Coach Bahar sebagai salah satu cara membentuk keluarga. Dulu saya selalu keluar ke masjid sendirian dan tinggalkan anak-anak solat di rumah sendiri-sendiri. Nak bawa anak-anak kecil ke masjid pun susah sebab yang kecik tak reti lagi. Ada yang lari-lari depan jemaah sedang bersolat. Pernah ada kes sampai terpijak cermin mata jemaah. Jadi saya lebih selesa ke masjid sendirian tanpa bawa anak-anak.

Di rumah pula, isteri saya pun tak sempat berjemaah sebab nak handle kesemua 7 anak, terutamanya yang masih kecil. Masa nak solat tu, ada nak kena salin pampers, ada minta susu, dan panjat-panjat masa tengah solat tu perkara biasa. Macam-macam cabarannya…

Rutinkan Solat Berjemaah

Jadi saya buat keputusan, buat masa sekarang saya solat berjemaah di rumah sahaja demi membentuk anak-anak, dan sesekali saya solat di masjid. Mula-mula dulu, walaupun dengar azan berkumandang, masing-masing buat tak tahu sebab mereka tak pernah didisiplinkan untuk terus solat bila dengar azan.

Tapi bila dah dirutinkan, dengar sahaja azan, masing-masing dah tahu, “Papa akan panggil solat”. Mereka perlu segera bersiap. Saya cuma menunggu 5 – 15 minit sahaja sebelum angkat takbir sementara mereka bersiap-siap, bahkan ada juga yang dah siap menunggu sebelum masuk waktu solat. Kekadang saya menunggu dengan baca surah yang panjang-panjang (sebagai imam). Jadi masing-masing dapat kejar untuk solat berjemaah.

coach bahar - tips solat jemaah membentuk keluarga

Tips dari Coach Bahar

Hikmah Solat Berjemaah

Saya perhati, ada beberapa hikmah bila solat berjemaah sesama ahli keluarga; (1) itulah waktu semua ahli keluarga BERHIMPUN. Dari solat berjemaah yang dirutinkan, (2) di situlah mulanya sessi TAZKIRAH keluarga dan dari situlah dirutinkan MEMBACA AL-QURAN. Dan (3) itulah juga waktu untuk bersembang sama-sama mengukuhkan hubungan kekeluargaan…

Saya rasa kalau tak solat berjemaah sesama keluarga, banyak benda-benda baik yang sepatutnya diterapkan dalam keluarga akan semuanya ‘ke laut’. Itu baru konteks keluarga, saya fikir dalam MASYARAKAT MUSLIM pun begitu. Saya perhati, mana-mana persatuan penduduk (Muslim) yang kuat, asasnya ialah SURAU DAN MASJID. Kalau surau dan masjid kuat, semangat kemasyarakatan sesuatu komuniti akan turut sama kuat.

Maksudnya jika surau dan masjid dihidupkan, banyak perkara baik berlaku dalam masyarakat kita, insyaAllah…

“Ya Tuhanku! Jadikanlah aku dan anak-cucuku orang yang tetap mendirikan solat; ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku” (Surah Ibrahim, 14 : 10)

Zulkifli
Damansara Damai
20 Oktober 2015
7 Muharram 1437H

[Kredit foto : colourbox]

{ 6 comments… read them below or add one }

1 ramli October 21, 2015 at 1:12 pm

assalam ustaz,
anak2 adalah harta kita sebanarnya n amanah dari Allah. ia perlu jaga n dpelihara agar tidak rosak. akibat didikan ibubapa yang tidak sempurna maka belakulah masalah sosial. betul kata ustaz..solat bjemaah menjadi anak2 kita berdisiplin n akan berjaya d dunia n akhirat. terima kasih atas peringatan ustaz. wassalam

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie October 21, 2015 at 11:53 pm

Wslm En. Ramli,

InsyaAllah. Ia peringatan buat kita semua.

Reply

3 Rosfan October 22, 2015 at 3:34 pm

Perkongsian yang amat baik. Mendidik anak-anak memang mencabar terutamanya bagi yang mencari rezeki di luar negara seperti kami. Perbezaan budaya, agama, sosial dan sebagainya amat mencabar. En zul, saya ingin menghubungi saudara melalui whatpps, FB atau email untuk mendapatkan nasihat, berkongsi pengalaman dan seumpamanya lebih-lebih lagi melibatkan kerjaya dan perancangan kewangan/perniagaan.

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie October 22, 2015 at 5:36 pm

Alhamdulillah…

Boleh En. Rosfan. Wassap saya 019-336 8009.

Reply

5 Nor Azah Aahmad October 25, 2015 at 11:26 am

Alhamdulillah..
Akan lahir ramai lagi generasi hebat dari keluarga Tn Zul dan Pn Najdah dengan didikan rabbani ini..
Terima kasih atas ilmu dan jariah tanpa henti dari tuan Zul..jazakallahu khairal jazak..

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie October 28, 2015 at 6:54 am

InsyaAllah. Terima kasih juga atas doa dari akak untuk kami sekeluarga.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: