MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Syorkan Jual Emas Untuk Ambil Untung

October 4, 2015

Jangan hanya suruh beli, tapi bagitahu juga bila waktunya bagus untuk jual - bagi siapa yang nak pakai duit.

Bila harga emas naik banyak, mungkin ada customer dah untung kalau jual emas yang dibeli sebelum ini. Bahkan mungkin keuntungan yang mereka boleh dapat lebih tinggi daripada menunggu setahun untuk DIVIDEN dari Tabung Haji atau ASB.

Bila harga naik begitu, kekadang ada baiknya dealer emas nasihatkan kepada customer untuk jual sebahagian emas mereka untuk “ambil untung”. Supaya mereka PERNAH MERASA UNTUNG menyimpan emas.

Kalau harga emas turun lepas ni, mereka tak kecewa sebab pernah rasa untung. Kalau harga emas naik lepas ini pun, mereka juga tak kecewa sebab sudah merasa untung.

Maksudnya, bila pernah merasa untung (walaupun sekali), apa-apa pun keadaan harga emas selepas ini, mereka tak akan kecewa sebab PERNAH MERASA UNTUNG...

Bukan semua orang beli emas sekadar untuk MENYIMPAN “GRAM”. Ramai juga yang membeli emas mahu menggandakan “RM”. Walaupun pada hakikatnya nak kaya dengan emas bukanlah sekadar "buy low sell high".

Allahu a'lam.

Zulkifli
Damansara Damai
27 September 2015
13 Zulhijjah 1436

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>