MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Jangan Lari Dari Hutang Bank

November 4, 2015

Pengalaman saya audit bahagian Credit Control yang kerjanya memungut hutang, surat guaman hanya akan keluar bila peminjam tu liat bayar dan jalan diplomasi sudahpun tertutup. Selagi masih ada jalan DIPLOMASI, mereka tak mahu panjangkan cerita dengan membawa kes itu ke mahkamah sebab ia membuang masa dan kos kepada bank.

Jadi nasihat saya kepada sesiapa yang terhimpit dengan masalah hutang, pergi jumpa pihak bank dan tunjukkan komitmen untuk bayar. Jangan sesekali mengambil sikap CULAS daripada pihak bank.

Pegawai bank tu pun manusia macam kita juga. Mereka ada budi bicara mereka kalau kita benar-benar komited untuk bayar. Mereka mungkin boleh tunjukkan alternatif mengurangkan beban hutang itu.

Jalan Diplomasi Sentiasa Terbuka

Kalau sampai tahap bank keluarkan surat guaman pun, sebenarnya ia masih boleh dibawa berbincang, insyaAllah. Janji mesti cepat-cepat hubungi pihak bank untuk berbincang. Saya difahamkan daripada mereka yang kerja bahagian guaman, Mahkamah di Malaysia amat galakkan kedua-dua pihak berbincang dengan sebelum kes itu dibicarakan di mahkamah.

Jadi daripada banyak kes yang saya perhati, kesimpulan yang saya boleh buat, pihak bank boleh bantu ringankan beban hutang kalau kita KOMITED untuk bayar dan terus ambil jalan berDIPLOMASI. Terus beri komitmen kepada bank itu jalan yang lebih baik.

Macam mana sekalipun, hutang tetap perlu dibayar. Kalau terlepas di dunia pun, di akhirat tetap kena bayar. Kalau lari dari bank pun, kita tak akan terlepas juga dengan masalah tersebut.

Wallahu a’lam. Sekadar nasihat.

Zulkifli
Damansara Damai
31 Oktober 2015
18 Muharram 1437

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • bab hutang ni ramai yg sensitif.kalau x berhutang mcmana nak memiliki?
    sebab tu ramai yg terperangkap dgn konsep hutang ni..hihi

      • Assalam tuan zul,

        Blog tuan sangat berguna, banyak memberikan inspirasi yg bagus kepada saya. Membimbing saya untuk lebih fokus dalam membayar hutang.

        Saya sebenarnya memang terlalu banyak berhutang, komitmen hutang PTPTN, Personal Loan dan Loan2 lain.. jika dikira semuanya mencapai angka ratusan ribu…

        Usia baru 30 tahun ni, htg memang keliling pinggang.. masalah utama saya sebenarnya bknlah htg yg byk tu, kini saya di bebani pula untuk membuat hutang agar rumah ayah dan mak tidak dilelong oleh bank.

        Saya berkira2, dahla htg banyak.. nak kena wat hutang baru pulak…

        Ayah ada ke Mahkamah, kes ni ditunda ke bulan Disember.. saya ada call pihak bank, dan pihak bank ckp saya layak buat refinance htg rumah.. cuma masalah utamanya, komitmen bulan2 makin bertambah..

        Dengan pendapatan cukup2, dan kadang2 terpaksa pinjam duit isteri.. memang membebankan..

        Boleh ke tuan berikan idea, bagaimana saya nak menangani masalah ni, sebab rumah ibu dan ayah tu, memang kena selesai cepat2, kalu tak melopong la kami nanti…

        Kalau ada kelapangan, mohon jasa baik balas pada emel saya..

        Terima kasih, moga Allah sentiasa merahmati tuan.

        Zulhilmi bin Yahya Arif

        • Wslm En. Zulhilmi,

          Kalau rumah tu memang membebankan, refinance dan jual terus rumah tu.Kalau market value dah jauh meningkat berbanding nilai pinjaman asal dulu, duit keuntungan tu boleh guna sebagai deposit beli rumah lain yang tak membebankan. Bagi saya, duduk rumah menyewa pun tak apa kalau ia lebih baik dari sudut komitmen kewangan.

          Wallahu a’lam.

  • Setuju dengan pandangan en. zul…ramai generasi muda rakyat malaysia yang berhutang malah di isytiharkan muflis di usia masih muda sememangnya amat membimbangkan. Pada pandangan saya, bukan tak boleh berhutang tapi biarlah di bawah kemampuan kita…semoga kita semua lebih celik ttg kewangan demi masa depan keluarga am nya.

  • as salam,maaf lari topik skit,cuma nak tanya pndangan en zul.bab hutang jgk, tapi bukan dgan bank.
    katakan kita ad berhutang dengan seseorang,kemudian kita bayar sekadar yang mampu, kemudian kita masih belum habis lunas hutang, sampai 1 masa orang yang memberi hutang telah meninggal. si mati tu pula tak ada anak dan suami. yang ada pun mgkin sepupu @ saudara jauh. jadi pd pndangan en zul, elok kita cari saudara tsebut untuk pulang kan baki hutang @ manfaat kan duit tu untuk amal jariah si mati, cth nya utk smbangan msjid, majlis tahlil dsb..t.kasih.

    • Wslm En. Aiezat,

      Kalau kurang mahir tentang fiqh begitu.

      Cuma apa yang saya fikir, duit tu akan jadi hak pewaris. Termasuk dalam senarai waris ialah ibu bapa dan adik-beradik si mati.

      Jadi kita kena cari waris si mati tu untuk langsaikan hutang.

      Wallahu a’lam.

  • Seram sejuk dengar bab hutang ni dan sedih bila dikenangkan. Dah elok-elok bebas hutang pastu jatuh dalam lubang hutang balik. Dah terpaksa tanggung bertahun-tahun. Alhamdulillah masih mampu bayar hutang tapi kalau lah takda hutang cam dulu kan senang hahaha. Cukup la dengan hutang yang ada lepas ni tak mau tambah dah. Nak tak nak kena cari jalan untuk selesai hutang tu. Jangan lari.

  • assalamualaikum ustaz. terima kasih diatas perkongsian cerita diatas, sangat menarik perhatian penceritaan tersebut.
    saya ada beberapa persoalan berkenaan hutang :-
    1. Sebagai contoh keadaan saya tidak mampu untuk membayar bulanan kereta kerana terlalu tinggi bolehkah saya berbincang dengan pihak bank untuk mengurangkan kadar bayaran bulanan kereta saya? (maaf panjang pulak soalannya)

    2. Persoalan luar topik hutang boleh ke ustaz?

  • Masalah orang kita ni bila berhutang dah tanam niat taknak bayar. Jadi masa pinjam tu niat, tekad, dan azam nak langsaikan hutang tu seperti dijanjikan atau lebih awal, InsyaAllah Allah mudahkan kita nak selesaikan hutang kita tu.

    Sesiapa yang berhutang dengan niat hendak membayarnya semula, Allah akan mudahkan. tetapi jika sesiapa yang berhutang dengan niat nak membiarkannya, samapi tak sudahlah tak dapat bayar.

    Percayalah.

  • saya dalam keadaan keliru dan takut bank kejar sekarang. Puncanya saya menjadi penjamin kereta mewah kawan saya. Kawan saya menghadapi kejatuhan besar dalam perniagaannya dan lari serta menetap di Brunei sekarang. Bank call saya hampir setiap bulan kerana payment kenderaan tersebut sudah tertunggak 19 bulan. Apa yang perlu saya buat? Gaji saya hanya cukup untuk besarkan anak2 dengan sedikit simpanan. Masalah ini hanya Allah yang tau dan saya tanggung sendiri tanpa pengetahuan keluarga.

  • Assalam tuan Zul, saya suka baca semua artikel tuan. Terima kasih kerana sudi berkongsi semua ilmu yang tuan ada. Sangat bermanfaat, teruskan usaha tuan.

  • Assalam.En. Zul saya ingin meminta panduan untuk hidup.saya harap en. Zul sudi berikan bantuan.Mohon dapat reply di emel saya.terima kasih

  • Slm en zul.memang peace of mind jika x berhutang.skrg sy ada byk hutang.ade hutang baik.ade yg jahat.sy ade membeli rumah teres.bulanan kena byr rm 800.tp sewakn hnya 500.ape pndpt en
    Zul.adekah keputusan sy itu tepat dgn membeli rumah tersebut.sy dibebani dgn personal loan dan car loan…tq encik zul

  • salam.alhamdulillah!
    Memang hutang sangatlah tidak bagus walau apapun jenis hutang.Selagi ia dinamakan hutang.Tak kiralah hutang baik ataupun hutang jahat.Jika dulu masa belum ada hutang,saya saja nak rasa ada harta/barang milik sendiri yang baru.Duit tak cukup tapi saudagar riba /hutang wujud dimana-mana menawarkan kemudahan hutang.Hati mudah cair.Mungkin dalam hati perasaan riak dan ingin menunjuk2 serta masih belum hafal dan belum faham maksud tafsiran ayat dalam surah Al Baqarah yang bekaitan dengan dosa pengamal hutang riba. Ayat-ayat ini adalah penawar kepada orang yang sedang berhadapan masalah hutang.Bacalah dan fahamkanlah tafsirannya.InsyaAllah akan dapat hidayah dan pertolongan dari Allah s.w.t.
    Jangan malas membaca!Bahaya!

    Inilah hasil yang saya terima sekarang ini berkat dari ujian masalah hutang dan tentang ayat yang saya katakan di atas.Saya fahamkan sungguh2 mengapa Allah isytiharkan perang keatas pengamal riba .Semua firman Allah s.w.t adalah BENAR belaka dan tidak ada yang tidak benar.

    Saya membeli rumah pada tahun 2000.Berhutang dengan sebuah bank.Selepas berhenti kerja saya berdepan dengan masalah lewat bayar dan tunggakan sehingga melebihi 6 bulan. Setiap kali surat peringatan terakhir,saya akan pasti menghubungi pihak bank untuk bertanya status rumah saya.Biasanya bank akan akan ajar saya supaya bayar dulu walaupun RM1000 dan buat surat permohonan untuk penjadualan semula pinjaman atau re-schedule.Sementara tunggu surat jawapan saya akan bayar juga ikut kemampuan contonhnya Rm600 atau RM800. Saya rasa itu cara nak menjaga supaya rumah saya tidak dilelong. Selepas mendapat surat layak menjadual semula dengan bayaran bulanan seperti biasa tanpa ada tunggakan yang beribu-ribu .Ketika itu saya rasa selesa sedikit.
    Keadaan ini telah berulang sebanyak 3 kali dalam tempoh 5 tahun. Saya memang tidak mampu nak membayar seperti biasa sebab gaji tidak seperti dulu.Saya berusaha menjual rumah tetapi harga tidak boleh menampung baki pinjaman dan caj-caj lain.
    Ada juga beberapa pembeli yang berminat tetapi selepas diperiksa status pembeli,mereka disenaraihitam.Saya berdoa dan berdoa dan berdoa semoga Allah tunjukkan jalan dan beri hidayah dan petunjuk setiap kali saya keluar pagi.

    Muhasabah diri dan cari punca masalah..Saya tidak salahkan orang lain tetapi sentiasa cari mengapa masalah ini berlaku.Ketika saya berada dalam situasi ini,status saya masih lagi belum berkahwin. Kini sudah..

    Sampai peringkat pada tahun 2015,saya telah tidak dapat membayar bulanan selama hampir 12 bulan berturut-turut. Seperti sebelumnya,saya didatangi penyampai surat dari Mahkamah untuk satu pemberitahuan dari peguam untuk proses kebangkrapan di Mahkamah Tinggi.Ini adalah notis yang ke2 bagi saya.Saya pernah menerima nois pertama pada tahun 2014.Tetapi selepas saya bayar ikut apa yang dipersetujui,bank bersetuju re-schedule pinjaman.
    Itulah yang saya lakukan dan alami setiap kali saya tak mampu bayar berbulan-bulan.TETAPI saya tidak pernah tidak berhubung dengan pegawai bank yang mengendalikan akaun saya yang dah ‘bertaraf’ NPL.
    Saya hanya berhubung melalui telefon dan saya akan pasti menjejaki siapa pegawai yang mengendalikan akaun pinjaman saya.Nama saya dan fail dokumen saya telah diletakkan di Asset Management.
    Seramai hampir 6 orang pegawai yang telah bertukar tangan mengendalikan kes akaun pinjaman saya.

    Dalam masa yang sama juga, saya cuba memahami dan mencari tafsiran ayat dalam surah Al Baqarah tentang bahaya RIBA.
    Akhirnya Allah s.w.t menjawap semua persoalan saya dengan memberikan jalan keluar terus dari RIBA pada 22hb Disember 2015. Ada seorang hambaAllah yang saya sendiri tidak kenal tetapi diperkenalkan oleh seseorang yang berminat nak tengok rumah saya.
    Sebaik masuk dan melihat rumah dan dinyatakan harga.Beliau terus bersetuju dan membuat bayaran deposit RM1000.Yang lebih manisnya ialah beliau hendak membeli secara tunai!. Alahmdullillah memang sah tiada lagi RIBA disini bagi kedua-dua belah pihak.
    Saya terus buat surat akujanji jualbeli rumah .Dan beliau telah mengeluarkan cek tunai berjumlah RM38k untuk saya bayar jumlah tertunggak dan caj-caj lain. Saya terus membuat bayaran dan itulah kali pertama saya bertemu muka dengan pegawai bank selepas beberapa tahun dilanda masalah tunggakan. Untuk info,nilai jualan sudah boleh menutupi baki pinjaman dan dapat sedikit lebihan tunai.
    Saya ingin membuat bayaran penyelesaian penuh pada hari itu tetapi perlu menunggu surat redemption dari pihak bank yang akan tertera jumlah penuh yang perlu saya bayar. Akhirnya pada 28hb Jan 2016,saya telah terima surat itu dan saya terus masukkan semua duit tersebut kedalam akaun simpanan saya di bank tersebut.

    InsyaAllah pada 11hb Feb 2016 ini ,saya akan pindahkan kesemua jumlah tersebut untuk memusnahkan terus daki-daki hutang pinjaman rumah saya ini.Proses berikutnya ialah menunggu discharge letter dan juga dokumen rumah saya. Seterusnya membuat pertukaran hak milik dan penyerahan dokumen kepada pembeli rumah saya itu Alhamdulillah semua proses tersangat mudah.Allah s.w.t yang merancang dan melaksanakannya! saya hanya menuruti…ALHAMDULILLAH syukur sangat2 sudah terlepas dari bebanan hutang dan juga dosa RIBA.
    Alhamdulillah juga Allah s.w.t telah berikan saya seorang pembeli yang berhati mulia dan jujur.

    Apa yang ingin saya kongsikan disini ialah:
    1. Jangan pandai-pandai nak buat hutang.
    2. Tak perlu pun berhutang.Boleh saja sewa rumah walaupun kecil dan jauh sikit.Aman bebas dari hutang.
    3.Simpan duit dulu baru beli harta atau barang yang kita inginkan.
    4.Tak perlu memandai-mandai konon boleh sewakan rumah untuk bayar balik duit bank.Simpan je duit banyak-banyak dan campur duit yang ada kat EPF untuk beli tunai.Boleh je kalau nak..Jika boleh,ikutlah.jika tak,jangan ikut.
    5.Kalau dah ada hutang tertunggak..JANGAN LARI DARI PANGGILAN BANK. Bawa berbincang dengan bank,cakap baik-baik,jangan mudah melenting.Beri cadangan macamana cara kita nak bayar.

    6.Jangan cemas jika dapat surat peringatan dari bank atau surat pemberitahuan kebangkrapan. Sempat lagi nak selamatkan harta dan nama dari bangkrap. Jika takde jalan lain,jumpa pegawai di pejabat Baitulmal di seluruh Malaysia,bincang dan buat surat mohon bantuan beserta surat peringatan dari bank.
    Jangan cuba-cuba pinjam dari sedara mara atau tempat lain.nanti tak boleh bayar,akan menyusahkan diri sendiri dan tempat yang dipinjam.

    6.Jangan larikan diri dari panggilan azan 5 kali sehari.jangan pura-pura sibuk dan takde masa.AWAS!
    Terimakasih.
    Jika sesuai,siarkanlah.

    • Alhamdulillah! Saya telah berjaya menutup sepenuhnya akaun pinjaman perumahan saya pada 11 feb 2016 pada pukul 10.21 pagi.

      Untuk perkongsian info penuh,harga jualan rumah teres setingkat saya ialah RM130,000.00.Pada hari pembeli bersetuju hendak membeli tunai,pembeli telah memberi saya cek sebanyak Rm28,000.00 dan satu lagi cek Rm10,000.00.Pada hari itu saya telah berjaya selesaikan bayaran tunggakan 12 bulan dan caj-caj peguam menggunakan cek yang bernilai Rm28,000.00.Akaun pinjaman saya kembali bersinar!

      Cek yang RM10,000.00 pula adalah untuk kegunaan saya membayar beberapa urusan saya dan sempat jugak saya pejamkan mata membeli emas RM3200.00 yang ketika itu RM141.00 segram.Hari ini sudah mendadak naik!
      Baki cek yang berikutnya RM82,000.00,saya masukkan kedalam akaun simpanan Islamik dan saya telah gunakan untuk bayar jumlah penyelesaian penuh akaun pinjaman rumah ini di kaunter bank melalui pindahan wang.Jumlahnya ialah kesemua nilai cek tersebut! Cek yang terakhir RM10,000.00 pula telah saya gunakan untuk urusan bisnes saya kini.Maka sudah langsailah sepenuhnya hutang rumah saya ini.Urusan berikutnya ialah proses tukar hak milik mungkin dalam tempoh sebulan .Syukur Alhamdulillah!!!

      Kesimpulannya ialah masalah hutang saya telah selesai walaupun tidak mendapat pulangan yang banyak.Namun banyak ilmu dan hikmah yang berguna dapat saya jadikan sebagai tauladan dan pedoman hidup.

      Bagi saya,duit adalah salah satu alat yang boleh mengukur tahap sekuat mana ketahanan emosi kita bila berdepan dengan sesuatu masalah dan ujian Allah s.w.t.Jika diri kita tetap berpegang kuat pada isi Al quran dan Hadis Rasulallah,insyaAllah semua masalah kita pasti akan dipermudahkan jalan penyelesaiannya.
      Jika kita leka dan terlupa,cepat-cepatlah kembali ke jalan Allah.

      Indahnya Islam ialah pada kalimah tunaikanlah solat dan kuatnya ekonomi Islam ialah pada kalimah keluarkanlah zakat.Segarnya orang Islam ialah pada kalimah assolah tu khairum minan naum.Solat ialah tempat kita mengadu nasib dan menyerahkan diri dan urusan kita sepenuhnya pada Allah.Mengadulah pada Allah pasti Dia akan mendengar dan menolong kita!

      Zakat ialah sumber modal untuk orang Islam yang kesempitan dan perlukan bantuan.Ketahuilah BaitulMal lah tempat sumber rujukan kita dan bukan meminjam di bank atau individu lain.

      Buktinya saya pernah dibantu oleh BaitulMal sebanyak RM4500.00 untuk masalah tunggakan rumah.InsyaAllah,akan saya ganti kembali nilai itu nanti.

      Sekian untuk perkongsian info pasal hutang bank.

        • Salam..en zul..saya tolong kawan saya utk membeli motor secara ansuran, motor tersebut mengunakan nama saya sbgai pembeli..tapi skrg sudah 12 bulan motor tetsebut tidal berbayar..ada pihak bank yang hubungi saya minta sya utk bayar kesemua pinjaman..adakah saya akan di penjarakn..atau apakah tindakan yg perlu saya buat..harap en zul dpt tlg beri pencerahan..

          • Terimakasih en zul..tp apa yg jd dgn saya kalau nama buruk di CTOS??..apakah tindakan yg patut saya buat..sbb ada pihak yg call sy ckp dr bhgian perundangan suruh sy selesaikn sblum pukul 3ptg ni..kalau tidak waran tgkp akan d kluarkn..mohon pencerahan dr en zul..adakah d sbbkn hutang moto tu waran tgkp keatas saya blh di buat?

            • Buat lapuran polis kerana taktik itu adalah ugutan dan digunakan oleh sesetengah agen-agen kutipan hutang yg mendapat komisyen dari bank bg mendapatkan kembali hutang yg tertunggak/tak bayar.
              Bank tidak bg arahan atau syarat seketat itu.Apa yg bank nak ialah bayar aje apa yg bank dan peminjam boleh/telah bincang utk cara bayaran semula.
              Mulai sekarang tanam tekad,jangan lagi berhutang.Segala hutang lama disusun semula dan bayar habis.Jgn bg guna nama walaupun pada org tersayang/org yg rapat.Simpan duit tunai beli emas dan guna kan formula beli barang yg diperlukan secara tunai.Aman hidup sepanjang hayat!
              Carilah ilmu dan panduan kehidupan dalam AlQuran.InsyaAllah selamat. Ini berdasarkan pengalaman sebenar saya sendiri.

        • saya pun seperti terasa sinar dalam hati saya walaupun bukan diri saya. tapi silauan tu buat saya berazam nak selesaikan semua hutang jahat. Dulunya hidup bahagia tanpa sebarang hutang. tapi begitu lah bila nafsu dan disogok oleh bank supaya buat personal loan yg sebetulnya saya sendiri tak tahu nak guna untuk apa. Ya pada ketika ni memang tiada hutang langsung & saya boleh menyimpan 70% gaji saya dalam ASB. Tapi kerana nafsu yg entah dari mana datangnya tanpa saya sedari (dipupuk rasanya apabila terpegaruh oleh oleh org sekeliling) saya terjerat hutang yg mulanya sikit sekarang makin bertambah dan wang simpanan juga habis digunakan utk langsai hutang tapi masih tak mencukupi.

  • Assalamualaikum Tuan Zul..
    Selepas ayah meninggal baru kami sekeluarga mdapat tahu yg ayah mjadi penjamin (loan bank). Bolehkah bank menuntut bayaran dari waris penjamin (yg dah meninggal). Kalau km engkar, adakah km akan kena tindakan? Terima kasih ats keprihatinan pihak tuan

  • Assalam en Zul,
    Saya hadapi satu masalah iaitu pada 10 thn lepas saya ada kenal seorang pakcik ni yg dtg ke ofis berkaitan kerja….apabila beberapa kali berurusan, pakcik ini telah meminta saya menjual karpet secara hutang sebanyak rm500…. setelah sebulan dua….pakcik tu tak muncul2 dan sehingga kini sy masih menyimpan duit karpet itu…Saya tiada maklumat langsung mengenai pakcik itu…Persoalan sy adakah duit itu boleh sy sedekahkan bg pihak pakcik itu atau bagaimana cara yg betul…sy takut dgn duit orang ni….

  • assalamualaikum tuan..

    apa pendapat tuan berbincang mengenai reschedule pinjaman dengan syarikat pemungut hutang atau terus dengan pihak bank

  • as salam tuan

    saya mempunyai masalah pinjaman peribadi tertunggak yang besar , ianya berlaku semasa saya berkhidmat dalam sektor awam dan tidak bekerja . tunggakan sekitar 6 tahun mmg tidak pernah bayar ansuran . sekarang saya sudah mendapat kerja tetap dan mampu untuk bayar semula tapi tunggakan itu terlalu besar untuk saya lunaskan sekaligus . mohon nasihat dari tuan cara untuk saya selesaikn

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >