Asingkan Akaun Bank Untuk Setiap Tujuan

by on December 22, 2015

Post image for Asingkan Akaun Bank Untuk Setiap Tujuan

Masa duit belum banyak, mungkin sesuai kesemua duit diletakkan dalam satu akaun bank dan kita cuma buat rekod sahaja. Tapi bila dana dah membesar dan kita serius untuk kembangkan dana tersebut, lebih baik asingkan duit mengikut tujuan. Satu akaun bank untuk satu tujuan.

Pengalaman saya, kalau tak diasingkan secara ‘fizikal’, nanti akan kelam-kabut sebab kita tak sempat nak simpan dan kemaskini rekod dengan baik. Dah makin sibuk… Nanti habis duit bercampur aduk… Jadi memang wajib buka akaun bank khas untuk setiap tujuan atau setiap jenis dana.

Akaun Khas Untuk Setiap Tujuan

Ini antara akaun khas yang saya buka mengikut setiap tujuan;

  1. Akaun Gaji (belanja bulanan)
  2. Akaun Bisnes (1 akaun untuk 1 bisnes)
  3. Akaun Simpanan Kecemasan (saya prefer Tabung Haji)
  4. Akaun Pelaburan (1 akaun untuk 1 jenis pelaburan)

Saya tak tahu apa nasihat pakar-pakar kewangan (jangan tanya pakar accounting), tapi ini pengalaman saya sendiri.

Contohnya, saya buka akaun khas untuk pelaburan hartanah sahaja. Segala duit sewaan yang dibayar oleh penyewa akan dimasukkan ke akaun tersebut. Tak campur duit lain. In case nak mohon pinjaman untuk tambah lagi pemilikan hartanah lain, tunjuk Bank Statement tersebut kepada pihak bank untuk membantu kelulusan pinjaman seterusnya.

Senang Monitor Perkembangan Dana

Saya juga buka akaun khas untuk bisnes. Segala duit masuk dan keluar dari bisnes, mesti melalui akaun tersebut. Selain dari duit tu tak bercampur aduk, kita senang ‘monitor’ duit keluar masuk hanya melalui Bank Statement sahaja.

Satu nasihat saya, kalau buka akuan untuk tujuan bisnes, wajib buka Current Account, bukan Saving Account. Saving Account ada had duit keluar masuk. Kalau terlalu banyak transaksi, akaun tersebut akan di ‘block’ oleh bank. Dan kita terpaksa pergi ke “home branch” bank tersebut untuk release semula akaun tersebut.

Selain dari itu, Bank Statement berguna untuk tujuan pinjaman bank nanti. Dari situ bank boleh tahu bisnes kita ‘kencang’ atau ‘slow’. InsyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
22 Disember 2015
11 Rabiul Awwal 1437H

[Kredit foto : wikihow]

{ 28 comments… read them below or add one }

1 azrai December 22, 2015 at 11:07 am

Sekarang boleh tengok En.Zul kat TV1 setiap hari Isnin 9.00 mlm, bagi tips ringkas.

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie December 22, 2015 at 1:04 pm

Owh, bukan. Ada topik-topik tertentu je mereka interview saya. Maksudnya jarang-jarang masuk TV En. Azrai. :)

Reply

3 skyfun December 22, 2015 at 4:02 pm

kalau boleh sesiapa ada rakaman kongsi le..

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie December 23, 2015 at 9:51 am
5 SHAHRUL December 22, 2015 at 12:37 pm

ilmu yg berguna..terima kasih tuan..saya pun baru berjinak jinak dengan bisnes rumah sewa..inshaallah bila dah dapat postve cash flow,saya akan simpan keuntungan dengan emas..sekrang saya tengah survey dan mencari idea untuk bukak bisnes apa yg sesuai dengan saya…klau tuan ada tips tentang bisnes yg sesuai untuk seseorg..share la ye..terima kasih

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie December 22, 2015 at 1:05 pm

Alhamdulillah.

Pasal tips mulakan bisnes, mungkin En. Shahrul boleh baca pengalaman saya dalam artikel di link http://www.bit.ly/caramulabisnes .

Reply

7 SHAHRUL December 23, 2015 at 12:11 pm

terima kasih tuan

Reply

8 Wan Kamarul December 22, 2015 at 4:24 pm

Soalan cepu emas untuk Tuan.

Antara hutang dan simpanan yang mana perlu diutamakan? Katakan kita dapat bonus (Bonus hujung tahun katakan) Mana perlu diutamakan?

Terima kasih.

Reply

9 Mohd Zulkifli Shafie December 23, 2015 at 11:24 am

Saya prefer cukupkan simpanan 3 bulan pendapatan sebagai dana kecemasan, selebihnya fokus langsaikan hutang.

Reply

10 Wan Kamarul December 23, 2015 at 3:00 pm

Ok. Terima kasih atas maklumbalas dan jawapan Tuan.

Reply

11 Mohd Zulkifli Shafie December 23, 2015 at 11:08 pm

Sama-sama En. Wan Kamarul.

Reply

12 azrai December 23, 2015 at 9:04 am

En.Zul buka la satu topik ‘in thing’ pasal orang yang lari dari hutang PTPTN khususnya kakitangan kerajaan yang mana bulan ni gaji dah kena potong habis.

Reply

13 Mohd Zulkifli Shafie December 25, 2015 at 7:22 am
14 Mohd Zahran December 23, 2015 at 4:45 pm

Alhamdulillah saya dah mulakan simpanan asing akaun ini beberapa tahun lepas lagi..dan ada satu lagi tambahan akaun yang saya buat iaitu akaun bil..di mana saya akan masukkan duit di situ dan semua bil akan secara automatik potong daripada akaun tersebut..saya tidak perlu lagi bimbang akan terlupa untuk bayar bil..sekadar perkongsian :-)

Tahniah tuan Zul, satu perkongsian yang sangat bermanfaat :-)

Reply

15 Mohd Zulkifli Shafie December 23, 2015 at 11:10 pm

Alhamdulillah..

Terima kasih juga atas tips yang En. Zahran kongsikan tu.

Reply

16 ramli December 27, 2015 at 4:47 pm

ASSALAM..TUAN
BERKENAAN DGN BAYARAN BIL ELEKTRIKAL AKAN DI CAJ JIKA LEWAT BAYAR . aPAKAH INI CIRI2 PERNIAGAAN DLM ISLAM.

Reply

17 N.S.Farhana December 25, 2015 at 4:16 pm

Assalamualaikum..

Terima kasih atas perkongsian. Alhamdulillah terlalu banyak ilmu dari Tuan yang kami telah praktikkan. Jika ada kelapangan, boleh Tuan kongsikan berapa peratus daripada gaji / simpanan Tuan alirkan untuk akaun simpanan anak-anak. Berbaloikah kita buat Takaful untuk anak-anak? Terima kasih

Reply

18 Mohd Zulkifli Shafie December 29, 2015 at 7:04 am

Wslm Pn. Farhana,

Alhamdulillah. Mudah-mudahan blog ini bermanfaat.

Berapa peratus tu tak tentu sebab income orang berniaga tak menentu.

Yang pastinya, saya tak ambil takaful untuk pendidikan anak-anak. Keutamaan takaful ialah melindungi diri kita sebagai orang yang menyediakan kewangan kepada anak-anak. Kalau kita dah cukup dilindungi, anak-anak insyaAllah akan secure.

Reply

19 aizudin razak December 27, 2015 at 10:33 pm

btul ckp tuan . mcm sy pun ada 4 akaun yg separate

1) curent akaun utk perbelanjaan
2 ) thaji utk saving haji
3) akaun utk emergency fund
4) akaun utk investment

Reply

20 Mohd Zulkifli Shafie December 29, 2015 at 7:04 am

Alhamdulillah..

Reply

21 Fahmishah December 28, 2015 at 3:50 pm

Bila kita asingkan akaun, kita tak pening fikir sumber duit yang masuk dari mana dan duit tak bercampur bila kita nak keluarkan. Sewaktu belajar dulu saya sudah ada tiga akaun, satu akaun untuk simpanan, satu untuk study dan satu lagi reserve.

Bila dah kerja ni, memang sangat membantu untuk track keluar masuk duit lagi-lagi bila ada claim semua.

Reply

22 Mohd Zulkifli Shafie December 29, 2015 at 7:10 am

Betul. Tak pening kepala. Alhamdulillah.

Reply

23 siti hazreen January 27, 2016 at 5:32 pm

Saya ada byk buku akaun…1 je berisi hehe???

Reply

24 Mohd Zulkifli Shafie January 27, 2016 at 6:24 pm
25 Mag February 23, 2016 at 9:29 am

Assalamu’alaikum en.zul..kalau akaun pelaburan tu simpanan ke akaun semasa…terima kasih tuan…

Reply

26 Mohd Zulkifli Shafie February 23, 2016 at 10:17 am

Wslm puan,

Kalau untuk pelaburan dalam jumlah yang besar, perlu akaun semasa. Kalau untuk bisnes, semestinya wajib akaun semasa sebab akaun simpanan ada had dari sudut jumlah transaksi. Bila cukup had, bank akan block.

Reply

27 mas November 1, 2017 at 12:45 am

Assalamualaikum tuan,

kalau bisness baru lagi, sekadar bisness online dan wang masuk pun tak berapa banyak, adakah syarat khas yg diletakkan oleh pihak bank?

memang rasa perlu ada account semasa utk saya, sebab tangan ni gatal je nak buat transfer sbb semuanya sekarang online .. tapi last last rasa ralat sebab terguna..

Reply

28 Mohd Zulkifli Shafie November 1, 2017 at 11:30 am

Wslm Pn. Mas,

Setahu saya tak ada. Cuma saving account tak sesuai untuk bisnes. Kalau transaksi keluar masuk terlalu banyak (walaupun jumlahnya kecil), bila sampai limit, bank akan block account tu.

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: