MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Emas Penyelamat Dari Kejatuhan Ringgit

January 5, 2016

Harga emas dunia turun, tapi nampaknya harga emas Malaysia naik. Persoalannya, tahun 2015 adakah harga emas naik atau turun?

Kalau tengok graf harga emas DUNIA, harga emas sebenarnya jatuh...

Harga tertinggi awal tahun sekitar USD1,300 untuk satu troy oz (31.1 gram). Dan pernah turun serendah USD1,050 pada akhir tahun. Kejatuhan sekitar 19% atau secara puratanya, sekitar 10.7%.

Siapa beli awal tahun dan jual akhir tahun, dia kerugian lebih 10.7%!

Tapi realiti di MALAYSIA, harga emas tak jatuh.

Awal tahun 2015, harga emas sekitar RM140 per gram. Pada bulan Disember 2015, harga emas di Malaysia menutup tirai sekitar RM160 - naik 14%.

Walaupun harga emas dunia jatuh, tapi harga emas Malaysia naik. Terbalik...

Persoalannya kenapa? 

Tertinggi USD1300, terendah USD1050. Harga emas dunia turun sebanyak 19%. Secara puratanya sekitar 10.7% tahun 2015.

Pergerakan songsang harga emas 

Faktor utama pergerakan songsang harga emas dunia dan Malaysia adalah disebabkan RINGGIT telahpun jatuh sekitar 30% pada tahun 2015.

Ribut ekonomi dan politik yang berlaku kepada negara kita menyebabkan harga emas Malaysia tak jatuh sebagaimana harga emas dunia, bahkan harga emas semakin naik. 

Dengan kata lain, emas mempertahankan kekayaan kita dari terus susut disebabkan kejatuhan ringgit.

Ringgit jatuh 35% tahun 2015 ke paras terendah dalam tempoh 10 tahun. Pernah mencecah RM4.40/USD.

Emas sebagai penyelamat nilai

Salah satu sebab kenapa saya simpan emas ialah untuk lindungi kekayaan dari hilang disebabkan kejatuhan ringgit.

Kalau kita toleh ke belakang, duit ringgit pernah jatuh 50% semasa negara dilanda krisis ekonomi 1997!

Dari RM2.50/USD jatuh kepada RM4.70/USD. Kejatuhan 50% hanya dalam masa setahun (1997 - 1998)!

Selepas kejatuhan ringgit itulah Perdana Menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir mula buka mulut tentang emas. Ia mendorong Bank Negara Malaysia (BNM) keluarkan syiling emas pertama negara iaitu Kijang Emas pada tahun 2001.

Berdasarkan pemerhatian saya, hampir kesemua pakar emas; mereka cenderung mengatakan emas itu ialah SIMPANAN.

Fungsi utamanya ialah sebagai penyelamat nilai, bukan sangat PELABURAN - yang boleh berkembang nilainya.

Cuma bila nak diistilahkan sebagai “simpanan”, mungkin ramai yang ‘confuse’. Jadi istilah “pelaburan” lebih selesa digunakan buat masa sekarang. 

Harga naik, kekayaan tak bertambah?

Emas sebenarnya alternatif bagi simpanan duit. Duit kertas yang kita gunakan pun asalnya disandarkan kepada emas.

Kalau kita kaji betul-betul sejarah emas, 1400 tahun dulu (zaman Nabi Muhammad s.a.w), 1 dinar mampu beli seekor atau dua ekor kambing - bergantung kepada saiz dan jenis kambing. 

Setelah 1400 tahun, hari ni 1 dinar (harganya sekitar RM700) masih mampu beli satu atau dua ekor kambing juga.

Peliknya, walaupun harga emas dah naik saban tahun, 1 dinar masih tak mampu beli 10 atau 100 ekor kambing! Kenapa?

Ini bermaksud, kuasa beli emas bersifat KEKAL walauapapun berlaku kepada ekonomi dan politik dunia.

Pendek kata, kalau simpan emas, kekayaan kita tak akan susut atau hilang, dan tak juga bertambah... Ia melindungi dan mengekalkan nilai sahaja...

1 dinar mampu beli seekor kambing sejak 1400 tahun dahulu sampai sekarang. Berbeza dengan duit kertas. 30 tahun dahulu, anak-anak sekolah mampu makan kenyang di sekolah dengan hanya berbekalkan duit 50 sen. Tetapi sekarang, sekurang-kurangnya RM3.00 sehari. Nombornya bertambah, tapi kuasa beli berkurangan.

Kepentingan emas dalam kewangan

Jadi kalau nak dikelaskan, emas boleh dikelaskan sebagai SIMPANAN, bukan PELABURAN - dalam erti kata sebenar.

Emas tak membuatkan kekayaan kita BERKEMBANG.

Fungsi utamanya melindungi kekayaan kita daripada hilang disebabkan ketidaktentuan ekonomi dan politik (dan juga gangguan emosi - duit bocor). 

Dalam merancang kewangan, ada duit yang kita kena simpan. Dan ada duit yang kita kena laburkan - untuk kembangkan nilainya. Bukan semua duit kena dilaburkan.

Walaupun nampak lebih bijak kalau semua duit lebihan kita gunakan untuk “PELABURAN”, tapi kita juga berhadapan risiko PELEBURAN!

Tujuan utama saya simpan emas untuk SELAMATKAN nilainya. Biar tak berkembang pun tak apa, asalkan kuasa belinya tak hilang disebabkan inflasi dan kejatuhan ringgit.

Untuk kembangkan nilai, saya gunakan duit lain yang dikhaskan untuk pelaburan lain. Sebelum kita bercakap KEMBANGKAN nilai, bukankah lebih bijak kita adakan bahagian yang boleh SELAMATKAN nilainya dahulu?

Berapa Banyak Perlu Simpan Emas?

Cadangan saya, selepas cukupkan simpanan kecemasan 3 bulan gaji (dalam bentuk tunai di bank seperti Tabung Haji atau ASB), emas boleh dijadikan simpanan tambahan untuk cukupkan menjadi 6 - 12 bulan pendapatan atau lebih.

Duit dalam Tabung Haji atau ASB itu terjamin dari sudut NOMBORNYA, tetapi simpanan EMAS terjamin dari sudut NILAINYA dalam jangka panjang.

Simpanan emas ada risiko HARGA naik turun, tetapi Tabung Haji dan ASB juga ada risiko NILAINYA naik turun.

Kekadang kita rasa simpan duit dalam Tabung Haji dan ASB lebih selamat dan tak ada risiko, tetapi sebenarnya itu silap. Duit Tabung Haji dan ASB pun menyusut juga (walaupun nombornya kekal) terutamanya disebabkan inflasi dan kejatuhan ringgit.

RM10,000 hari ini pastinya tak sama nilainya berbanding 10 tahun akan datang. Apa yang mampu di beli dengan RM10,000 ketika 10 tahun dulu tak mampu lagi dibeli dengan RM10,000 sekarang.

Kuasa belinya makin mengecil...

Jadi saya berpegang kepada nasihat pakar kewangan Tuan Azizi Ali, 10% kekayaan kita perlu disimpan dalam bentuk emas pada setiap masa.

Kalau kekayaan RM100,000, maksudnya RM10,000 kena disimpan dalam bentuk emas. Duit selebihnya, laburlah ditempat lain yang kita ada ilmu tentangnya untuk tujuan KEMBANGKAN kekayaan itu.

Menyimpan emas mungkin tak membuatkan kita kaya raya, tapi yang pastinya, emas melindungi kita dari jatuh miskin! InsyaAllah...

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
5 Januari 2016
25 Rabiul Awwal 1437H


FAKTA RINGGIT 2015

Tertinggi = RM3.5100 (2 Januari 2015)
Terendah = RM4.4725 (29 September 2015)


Perbezaan = 28.49% (Jatuh)

Sumber :
BNM Exchange Rates

FAKTA RINGGIT 1997

Tertinggi = RM2.4717 (13 Januari 1997)
Terendah = RM4.7250 (7 Januari 1998)


Perbezaan = 47.70% (Jatuh)

Sumber :
BNM Exchange Rates

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • jika kita berada di zon perang seperti di syria,bolehkah kita menggunakan emas sebagai tukaran makanan dan perubatan.?lakukah?…

    • Emas tu cuma penyimpan nilai sahaja untuk dapatkan keperluan hidup. Pada waktu huru-hara begitu, apa lagi aset yang selamat dan nilainya masih kekal? Duit tak lagi. Saham dah lingkup. Tanah dan rumah dah habis musnah. Yang masih bernilai hanyalah emas & perak. Ia boleh digunakan untuk memulakan hidup baru ditempat lain.

  • Terbaik Tuan, artikel yang berguna kpd sesiapa yang confius antara yang mempertikai kenapa simpan emas lama makin tak kaya2. Banyak faktor yang jadi begitu… teruskan berkongsi ya tuan..

  • Alhamdulillah. artikel yang sangat membantu kami sebagai dealer menjawab persoalan daripada pelanggan….
    Sebagai pekerja saya percaya ramai yang perlu jadikan artikel sifu mohd zulkiflie sebagai rujukan…saya juga banyak berterima kasih atas bimbingan dan tunjuk ajar yang sifu berikan. Syukran Syukran Syukran

  • Inilah pertama kali saya diterangkan dengan ringkas fungsi simpanan emas, yang mana saya betul setuju yang ia adalah sebuah SIMPANAN, dan bukan PELABURAN. Cuma mungkin perlu ditambah lagi maklumat penting, iaitu sebelum kita mula menyimpan emas, pastikan yang hutang tidak baik (kad kredit la selalunya) dilangsaikan terlebih dahulu, kerana kadar faedah kad kredit boleh meningkat jauh lebih cepat berbanding kenaikan nilai emas.

  • Salam,

    Satu kupasan dan analisis yang baik dari Tuan Zulkifli.

    Saya berpendapat bahawa emas bertindak sebagai penyimpan nilai seperti yang diterangkan dalam artikel tuan hanya akan berlaku dalam konteks di mana nilai ringgit telah susut berbanding dengan nilai USD (perlu diingat bahawa pasaran emas dunia didagangkan dalan USD).

    Keadaan ini akan menjadi sebaliknya sekiranya nilai ringgit meningkat berbanding nilai USD, iaitu harga emas dalam RM di mana akan jatuh.

    Walaubagaimanapun, dua situasi di atas adalah dalam jangka waktu yang singkat disebabkan “volatility” mata wang yang didagangkan sebagai komoditi seperti emas. Dalam apa jua keadaan, kualiti dan berat emas itu akan kekal dan dalam jangka waktu yang lebih panjang, misalnya 20 tahun waima 1400 tahun.

    Sekian pendapat dari saya yang masih muda dan jahil. Penjelasan / kupasan seterusnya dari Tuan Zulkifli atau mana-mana pembaca blog ini yang lebih arif dialu-alikan.

    Terima kasih

    • Wslm Pn. Dina,

      Saya tak berapa arif tentang Power Gold. Lebih baik puan terus refer ejen mereka. Cuma paling penting, beli emas mesti dapat emas. Emas tu kita simpan sendiri. Apa pun berlaku, duit kita selamat, insyaAllah.

      • Tuan nk tanye..tuan ad bgtaw beli emas dpr emas.. bagaimana pula emas yg kite beli tp kite xpegang..tp simpn di GAP..
        Klu co.bankrap ataw ttp mcm mne..maaf bertnye..

        • Betul. Beli emas dapat emas.

          GAP pun beli emas dapat emas. Emas tu kita boleh keluarkan dan simpan sendiri pada bila-bila masa tanpa halangan. Berbeza dengan pengajur skim cepat kaya bertopengkan emas atau Akaun Emas di bank, beli emas tapi emas tu memang tak boleh dapat. Kalau dapat pun, terlalu banyak halangan, antaranya kena tunggu tempoh matang dan sebagainya.

          Kalau company bankrup, emas tu memang wujud dan cover insuran.

  • Assalammualaikum dan Selamat Tahun Baru Tuan Zul. Satu artikel yang menyentuh hati saya untuk terus menyimpan emas sebagai penyimpan nilai. Alhamdulillah.

  • Assalamualaikum Tuan Zul,

    Kalau ikutkan ape yang saye bace dari buku tuan, untuk cukupkan 3 bulan simpanan kite perlu pastikan at least 10% to 30% dari pendapatan di simpan ke akaun seperti Tabung Haji or ASB. (Correct me if im wrong)

    B0leh saya tau berapa nilai yang perlu kite simpan (Emas) setiap bulan (if possible) selepas kite cukup simpanan wang 3 bulan pendapatan.

    Terima Kasih

    • Wslm En. Firdaus.

      1. Untuk cukupkan 3 bulan pendapatan, tak semestinya dengan duit potongan gaji 10% – 30%. Ia boleh jadi duit bonus tahunan atau duit durian runtuh kita top-up terus dalam dana kecemasan tu. 10% itu sebenarnya disiplin yang kita perlu ada untuk menyimpan setiap bulan untuk kegunaan masa depan atau untuk pelaburan.

      2. Kalau simpanan 3 bulan dah cukup, boleh gunakan duit 10% tu untuk beli emas sebagai simpanan.

  • Assalammualaikum Tuan,

    Saya nak tanya, jika dah cukup simpanan 3 bulan, simpanan seterusnya dalam bentuk emas untuk 6 bulan maksudnya bagaimana?
    1. Contohnya gaji RM 3000, simpanan 3 bulan = RM 9000. Maksudnya untuk next saving kena beli emas harga RM 9000. Betul ke?

  • Sekadar pandangan;

    Duit kertas/fiat itu debt. Nilainya bersandarkan confidence dan persepsi shj.

    Income Bank-bank di seluruh dunia adalah drpd deposit/savings dan loan beserta interest/bunga/upah yang kenakan pd rakyat mcm kita semua. Debt=money. Lebih byk loan yg kita buat, makin banyaklah duit bank. Itulah rangka sistem kewangan dunia dan Malaysia. Itulah hakikatnya.

    Debt malaysia sudah 55% dari GDP. Jepun, amerika hutangnya sudah lebih dari GDP.

    Emas hanyalah simpanan yg kalis inflasi. Pelaburan emas hanyalah beli pd waktu harga murah dan jual balik pd waktu harga mahal utk ambil untung. Itu sahaja. Dan BUKAN dijanjikan income bulan2 spt pegasus, pak man telo dll.

    Jika harga emas jatuh, ini menandakan nilai matawang kertas dollar mengukuh. Jika dollar lemah, harga emas akan naik. Hubungan songsang di situ. ?

    Akhir kata, emas ni fungsinya SECURE nilai. Emas nilainya berdiri dgn sendiri mengikut berat emas tersebut. Saham dan matawang kertas bergantung pd persepsi dan confidence shj.

    Salam.

  • Salam..
    Nak tanya pendapat tuan tentang pelaburan perak untuk keuntungan & simpanan ketika kecemasan/darurat.. Ada blog kata disebabkan perak lebih ‘demand’ dlm bidang industri & naik turun harga lebih baik. Betulkah?.
    Terima kasih..

  • […] Sebenarnya emas dan duit kertas masing-masing ada pro dan kontranya. Duit yang disimpan di bank selamat pada nombornya, ia ada risiko hilang kuasa belinya. Sebaliknya emas selamat pada nilai dan kuasa belinya walaupun harganya ada naik turun dalam jangka pendek. Buktinya, tahun 2015 ringgit jatuh sekitar 30% iaitu dalam kata lain, kuasa beli duit ringgit jatuh 30%. Kalau dapat dividen 5% – 8% pun, ia sebenarnya tak berbaloi. Tetapi berbeza dengan simpanan emas. Emas selamat dari masalah itu bahkan harganya makin meningkat bila ringgit makin menurun. […]

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >