MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Hutang Ibarat Pisau

January 19, 2016

Waktu kita susah, bukan main susah nak dapat pinjaman bank. Tapi bila waktu kita senang (pendapatan dah besar), macam-macam pinjaman yang bank tawarkan kepada kita. Hingga ada orang ambil personal loan sedangkan dia tak tahu pun apa nak buat dengan duit pinjaman tu! Lepas dah dapat pinjaman, baru fikir apa nak buat. Kalau dia tanya saya apa nak buat, saya suruh dia bayar balik kepada bank, buat full-settlement! Tak ada penyakit, sengaja cari penyakit… ☺

Apa yang kita perlu tahu, bila bank bagi pinjaman, pihak yang confirm untung ialah bank. Keuntungan kita belum tentu, bahkan kebanyakkannya rugi. Tak kisahlah apa jenis pinjaman sekalipun, yang akan menanggungnya nanti ialah kita juga! Dan sejauh mana kita untung dengan pinjaman tu, ia bergantung kebijaksanaan kita memanfaatkannya.

Hutang Yang Mencederakan Kita

Beberapa pengalaman saya tentang pinjaman bank yang mungkin boleh kita renungkan bagaimana pinjaman itu boleh ‘mencederakan’ kewangan kita:

#1 – Caj Interest Yang Mahal

Satu daripada pinjaman perumahan saya, saya kira-kira, dah bayar ansuran bulanan berjumlah lebih RM30,000 (terkumpul), tetapi nilai pokok pinjaman cuma berkurangan RM8,000! Lagi RM22,000 itu hanya untuk bayar ‘interest’ sahaja! Aduhai… Memang ‘terkena’. Duit habis hanya untuk bayar ‘interest’ sahaja. Nasib baik jumlah kerugian tu boleh ‘cover’ dengan kenaikan harga rumah.

#2 – Peguam Bank Kita Yang Bayar

Bila buat pinjaman perumahan, bank perlu lantik peguam untuk “loan agreement”, yang mana peguam itu akan bertindak menjaga kepentingan bank! Yang sedihnya, kos ribuan ringgit itu KITA YANG PERLU BAYAR, bukan untuk menjaga kepentingan kita, tapi menjaga kepentingan bank! Sudahlah bank ‘makan interest’ kaw-kaw atas pinjaman itu, nak lantik peguam bank pun kita yang kena bayar… 🙂

#3 – Caj Atas Servis Yang Kita Tak Pakai

Bila mohon pinjaman perumahan, bank pakejkan sekali dengan kad kredit. Sudahlah kad kredit sampai ke rumah tanpa saya yang mohon, belum lagi saya aktifkan dan gunakan kad kredit tu, tiba-tiba dah sampai BIL TERGUNGGAK RM50! Aduh… Terkena lagi… Lepas saya komplen, barulah pihak bank batalkan caj tersebut. Kalau tak, hangus duit tu…

Apa yang boleh saya simpulkan, hutang itu ibarat pisau. Kalau ilmu kita tahap kanak-kanak riang yang tak tahu cara menggunakan pisau dengan betul, ia boleh mencederakan kita. Tetapi kalau ilmu kita tahap chef terkenal macam Jimmy Oliver, pisau itu membolehkan kita sediakan hidangan makanan yang enak dengan lebih cepat.

Cara Orang Kaya Berhutang

Tetapi realitinya, lebih 80 peratus mereka yang berhutang, hutang itu membuatkan mereka jadi lebih miskin. Ini termasuk buat personal loan saja-saja sebab bank offer katanya. Memang itu cari penyakit! Hutang terbukti mencederakan kedudukan kewangan ramai orang.

Sebaliknya bagi golongan kaya yang mempunyai ilmu tentang hutang, hutang-hutang itu membantu mereka menjadi lebih kaya sebagaimana hutang membeli rumah yang disewakan dan boleh menjana aliran tunai positif. Ia diistilahkan sebagai “good debt” atau hutang yang positif. Walaupun orang kaya juga berhutang, bezanya ialah pada ILMU mereka tentang hutang…

Cuba tanya diri sendiri, sejauh mana ilmu kita tentang hutang? Adakah ilmu kita taraf kanak-kanak riang atau sehebat Jimmy Oliver?

Tepuk dada, tanya diri sendiri…

Zulkifli
Damansara Damai
19 Januari 2016
9 Rabiul Akhir 1437H

(Kredit foto : bigcommerce)

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Betul tuan, kena pastikan hutang itu hutang mudarat @ hutang manfaat. Kalau hidup sentiasa di bawah kemampuan dijamin takde hutang bermata pisau .

  • sy baru berkira2 nak buat personal loan untuk setup bisnes kedai basikal setelah semua cara xde..ini kali pertama sy memohon personal loan untuk kegunaan.tapi malangnya permohonan sy ditolak kerana sy tiada recod pinjaman bank.beli kereta sy pakai nama wife kerana gajinya yg tinggi tapi ansuran bulanan sy yg bayar,selepas dapat geran sy tukar nama sendiri…lupakan.berbalik pada soal loan tadi adakalanya pinjaman loan untuk memulakan bisnes yg melibatkan kos tinggi perlu,walaupon ada sedikit rugi sekurang2nya dapat rolling pada fasa pertama sebelum membuat pinjaman suntikkan seterusnya dgn MARA atau sebagainya..bezanya risiko,sy sudah arif dgn bidang yg sy ingin niagakan melalui mentor abg sy sendiri.tidak timbul soal ‘takut x boleh bayar kerana amaun hutang yg dibuat berdasarkan pada carta income kasar setiap bulan ..kerana dlm dunia berbasikal ini ada kolompok dan incomenya yg tersendiri…kesimpulannya berhutang juga perlu dlm dunia bisnes jika tahu caranya dan bersesuaian dgn perangai kita sendiri..

    • Majoriti guru kewangan & bisnes nasihatkan mulakan perniagaan dengan apa yang ada di tangan tanpa perlu berhutang. Bila bisnes dah maju, waktu itu baru boleh pertimbangkan hutang untuk KEMBANGKAN perniagaan yang sedia ada.

      • Betul tuan,tapi bukan semua bisnes boleh dimulakan dgn apa yg ada.
        tapi jika ingin mulakan bisnes kedai seperti contoh sparepart motor,basikal mmg perlukan modal yg tinggi,risiko yg tinggi.keberanian dan ilmu..mmg x direkemankan untuk semua org..hehe

  • Alhamdulillah..tgh fokus buat fullsettlemt kereta yg masih berbaki 4 tahun..target fullsettlemt bln 6 tahun ni..inshaallah

  • Apa yang saya nampak daripada kawan2 dan saudara-mara, sebeanrnya orang Melayu islam ni berhutang nak menunjuk aje.
    Saya bagi contoh;
    1. Hutang beli Myvi harga RM52k. Mereka akan kata”ala installment Rm500 aje…”Sebabnya? pada fikiran mereka, mereka dapat sesuatu yang berharga RM52k dengan hanya membayar RM600.
    2. Hutang beli TV kat Court RM2k. mereka akan kata “ala seminggu bayar RM20 aje..” Sebabnya? Pada fikiran mereka mereka mendapat TV berharga RM2k dengan hanya membayar RM20 seminggu.

    Tapi kalau dicongakkan Myvi tu, RM600 bayar untuk 108 bulan bersamaan dengan RM 64,800! Beza sebanyak (RM64.8k +RM5.2k deposit) – RM46.8k pokok)= RM 23,200 bank dah ambik sebagai interest! Selepas 108 bulan pun nilai Myvi tu di pasaran hanya RM15k-RM18k sahaja!

    • ya,setuju dgn tuan..yg ni ramai yg terperangkap.kononnya kereta pertama untuk buat modal tukar kereta yg lebih baik.akhirnya terperangkap dgn hutang.dan kereta idaman hilang begitu saja.
      masalah lebih teruk jika waktu berhutang itu kehilangan kerja..ini yg dulu sy selalu fikir,walaupon income kerja sudah stabil sy takut untuk berhutang.lebih2 lagi dgn waktu masa yg lama sampai 9 tahun.prinsip alang2 nak berhutang bior puashati.Dulu sy ambik kereta toyota Estima,gaji sy x lepas untuk loan..sy pakai nama wife dgn gerenti sy sendiri bayar untuk 7 tahun sebab dia kerja kerajaan.sekarang dah cukup 7 tahun..allahamdulilah semua selesai…kami bebas hutang kecuali rumah yg tgh disiapkan di kampung.

  • Betul tu en zul. pengalaman saya sendiri. dah elok debt free gatal pulak buat personal loan siap ajak isteri lagi. akhirnya sampai sekarang masih menanggung hutang yang bertimbun tu. Alhamdulillah, sampai ja di Malaysia 3 minggu lepas, beli je kereta 2nd hand cash dan ringan kepala sebab takyah fikir bayar monthly installment. yang beratnya masih memikirkan perlu membayar personal loan yang banyak tu. kad kredit pun tak pakai lagi dan guna sikit-sikit untuk isi minyak kereta. Selalu ingatkan diri supaya jangan tambah hutang lagi.

  • syukurlah saya tak terpengaruh.. masa tu ada kwn yg buat loan just for fun. cuma saya terkena dgn credit card je. terpaksa juga buat personal loan utk bayar habis credit card. lepas tu tobat dah tak nak main2 dgn credit card dan loan..

  • I opined it is fine to take debt but controlled debt i.e. with adequate risk management. I opined that at least 80% of our thinking time on money is to find more money and 20% thinking is spent on saving. Although saving is important but we should not too focus on saving i.e. not counting to cents or one ringgit denomination. If we are too obsessed with saving, we may less putting effort on finding more money. Based on survey, majority of successful entrepreneurs said that they don’t think much about saving (although still important) but everyday when they wake up every morning, their mind is to find more money. For saving, I opined that everybody should have two basic accounts, asset-liability account (for long term and overall perspective) and income-spending account (for short term and liquidity), same like companies. These account can be updated on a weekly basis or at least on a monthly basis. That should be good enough. We know the whole ideas of our financial standing. If our debt (liability) is RM100k but our asset is RM200k then it is actually better than having RM50k with no debt. It is fine to take debt (controlled debt) to start a business but we need to make the research (but not too much). We must take risk. Dr Vida Pamoga took loan (took risk) when she expanded her business. However, I never undermine the good point about zero debt i.e. you will be financially happy, hati rasa lapang dan tidak tertekan. When we accidentally die, there is less thing to be settled out (but sometimes insurance will pay our loan if we accidentally die). The bad thing about debt is the cost of servicing, i.e. processing fees (if there is), off course interest and some direct/indirect costs such as travelling to banks. People take debt for investment (e.g. big cars) to convince customers/selling their products. E.g. those in the construction industries where they need to provide good impressions to those giving out tenders. PM must wear good attire when attending functions otherwise not many will listen to him in other words people spend (invest) for image. For investment (even buying expensive cars), it is still a good debt but off course not to be excessive (it should be controlled debt). Overall, I opined that, we can take “controlled good debt”. Life is short, we must enjoy life, we must take calculated risk.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >