MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Jangan Buang Masa Menunggu Pelaburan

January 12, 2016

Saya sangat tak galakkan strategi pelaburan “buy low, sell high” kepada mereka yang bermodal kecil sebab kesian dengan mereka. Buang masa sahaja menunggu nilai pelaburan itu meningkat. Kalau nak beli emas, beli untuk SIMPANAN sahaja dahulu, jangan fikir untuk PELABURAN lagi. Daripada menunggu harga emas yang tak tahu bila akan naik, lebih baik fokus bina perniagaan.

Contohnya ada modal RM1,000. Agak-agak kalau beli emas (atau apa-apa pelaburan pun), boleh dapat tak untung 100% setahun? Jawapannya mustahil (tetapi kalau ada yang tawarkan untung 100% setahun, sila angkat kaki cepat-cepat. Itu hampir pasti skim cepat kaya). Hatta kalau nak dapat keuntungan 30% pun, saya rasa mustahil. Dan carilah apa teknik pelaburan emas sekalipun, saya boleh katakan ianya mustahil!

Bisnes Kecil Tapi Berhasil

Jadi buat apa menunggu harga emas naik?

Bagi saya, lebih baik gunakan modal RM1,000 itu untuk berniaga. Banyak bisnes yang boleh kita jalankan walaupun dengan modal kecil. Walaupun secara sambilan, saya yakin keuntungannya jauh lebih baik dari menunggu untung dalam pelaburan. Kalau tak dapat untung RM1,000 (100%) setahun daripada bisnes, ada dua kebarangkalian sahaja, samada; (1) malas, atau (2) tak ada ilmu dan tak nak berguru!

Jadi fokus buat bisnes walaupun kecil-kecilan. Lebih baik sibukkan diri berniaga walaupun secara sambilan. Jangan buang masa menunggu nasib dalam pelaburan. Bila ada duit lebih nanti, baru melabur.

Fokus Bisnes Kalau Nak Kaya

Melabur itu pula, tak perlu nak menghadap hari-hari.

Pesan pakar kewangan Tuan Azizi Ali, kalau nak kaya, fokus 70% waktu kita untuk bina perniagaan sendiri, lagi 30% sahaja untuk pelaburan. Jangan buang masa menghadap pelaburan sebab untung daripada perniagaan jauh lebih besar daripada pelaburan.

Itulah realitinya…

Zulkifli
Damansara Damai
12 Januari 2016
2 Rabiul Akhir 1437H

(Kredit foto : dev.university-bank)

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Alhamdulillah…Betul dan saya setuju dengan saranan Sifu Mohd Zulkifli. Ramai yang kawan2 yang salah faham mengenai Emas ni, mereka suk auntuk tanyakan untung tak? KAlau sebulan dapat berapa ya? kalau ada modal banyak ni Emas boleh berkembang tak? Selalu sangat soalan soalan berkaitan Bisnes dan pelaburan yang disalah ertikan…hmmm nampaknya jawapan ni adalah yang terbaik…Sifu dah Pesan banyak kali dah ni kan kan ….hehehe Terima kasih, apapun yang Penting Tambahkan Ilmu. Itulah Pesan Sifu Mohd Zulkifli yang perlu dipraktik.

  • Salam Tuan Zul,

    Terima Kasih untuk article ni..at last sy dah tersedar yang sy dah terlebih mengejar pelaburan dgn ROI tak seberapa berbanding dgn bisness yang dah terang2 ada pulangan bersih setiap bulan.

    Sy bersyukur pada allah dgn adanya article tuan ni, buatkan sy ibarat terjaga dari tidur..lepas baca article ni and calculate balik..untung bisness lebih lagi dari ROI saham sy..

    Insyallah, by end of this week..sy nk stop saham and use the fund for bisness..

    Thanx once again Tuan Zul.

  • Saya suka membaca kisah Syed Mokhtar al-Bukhary. Beliau dari kecil sudah berkecimpung dalam perniagaan bersama keluarga sehingga berjaya membina empayar perniagaan yang besar dalam negara.

    Beliau bermula dengan berniaga, bila dah mahir dan ada yang menjaga perniagaannya, baru mula melabur dengan membeli saham-saham atau syarikat untuk kembangkan empayar perniagaan beliau.

  • sy ingin bertanye,sekiranya kita terjumpa emas mentah didlm tanah.bagaimana cara untuk menjualnya?,apakah ada proses2 tertentu dan prosedur tertentu.sekiranya boleh dijual terus,dimana kedai atau syarikat yg hendak membelinya?..sekadar bertanye.

  • Betul tu..setuju dengan tuan Zul..pelaburan paling menguntungkan adalah pelaburan ilmu dan perniagaan..

    Banyak pelaburan yang menjanjikan bulan bintang kemudian akhirnya bungkus dan pelabur tertipu..

  • Orang melayu ni fikir yang short term je. Tu yang selalu jadi mangsa. Tengok sajalah loan ASB, kalau buat loan untuk perniagaan la yang paling betul sebenarnya.

  • Salam Encik Zul, saya dah dlm sebulan lebih jd silent reader, buat research and compare antara syarikat2 emas yg lain, so far PG lebih convincing bg saya. Saya still ada beberapa soalan sblm buat final decision, harap Encik Zul boleh tlg jawab.

    1. Bila jadi dealer (normal/priority), adakah status sebagai dealer itu akan maintain forever walaupun saya tidak menambah pembelian? atau untuk maintain status dealer perlu ada minimum pembelian dalam tempoh waktu tertentu? kalau ada utk normal dealer berapa & utk priority dealer berapa? sbb buat masa skarang saya hnya minat melabur/menyimpan, pembelian saya adalah for personal savings saya sendiri.

    2. GAP vs beli bar/dinar.
    Adakah charges gold premium dikenakan kepada ke dua2 cara pembelian? kalau saya beli bar/dinar bukan melalui GAP, adakah masih dikenakan gold premium? atau fee tersebut hanya apply jika saya mengeluarkan emas saya dari account GAP?

    3. Jika saya jual balik emas PG saya kepada Public Gold akan dpt incentive 0.5% kan, kalau saya jual balik kepada dealer PG, bukan direct to Public Gold still dpt lagi ke incentive tu?

    Sorry Encik Zul soalan saya panjang2

    • Wslm En Afi,

      1. Untuk kekal sebagai dealer, kena ada jualan RM10k (Normal Dealer) dan RM50k (Priority Dealer) untuk tempoh setiap 6 bulan. Kalau kalau tak achieve, status dealer tu PG boleh downgrade.

      2. Semua kena caj premium samada beli GAP atau pembelian biasa.

      3. Kalau jual balik kepada Public Gold, dealer dibayar komisyen 0.3%. Kalau jual bukan melalui PG, tak ada komisyen.

      Kalau ada apa-apa persoalan, En. Afi boleh wassap 019-336 8009. InsyaAllah lebih cepat saya reply.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >