5 Checkpoint Ke Arah Kebebasan Kewangan

by on February 23, 2016

Post image for 5 Checkpoint Ke Arah Kebebasan Kewangan

Bila membincangkan tentang “matlamat kewangan”, saya lebih suka bincang dalam konteks “tahap kewangan” itu sendiri berbanding matlamat untuk penuhi keperluan masa depan. Merancang perbelanjaan itu pun penting juga, tetapi kalau sekadar matlamat perbelanjaan, memang kita banyak dalam kepala nak beli itu dan ini. Ianya memang tak akan habis. Apa yang lebih penting, apakah tahap yang kita nak capai dari sudut kewangan.

Jadi ini checkpoint yang saya letak pada diri sendiri sejak mempunyai kesedaran tentang kewangan hingga ke hari ini. Tips ini mungkin berguna untuk sahabat pembaca meletakkan target kewangan masing-masing.

  1. Aliran tunai positif (belanja kurang dari pendapatan)
  2. Cukupkan simpanan kecemasan (3 bulan pendapatan)
  3. Bebas hutang (langsai semua hutang negatif)
  4. Kewangan selamat (simpanan 6 – 12 bulan)
  5. Bebas kewangan (passive income melebihi kos sara hidup)

5 Checkpoint Kewangan

Ini saya ringkaskan apa yang saya maksudkan 5 checkpoint tersebut:

#1 – Aliran Tunai Positif – berbelanja kurang daripada pendapatan, dan mempunyai duit lebihan sebagai simpanan tetap setiap bulan, sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan. Bila ada lebihan, inilah alat yang kita akan gunakan untuk bina kekayaan masa depan.

#2 – Simpanan Kecemasan – mempunyai duit simpanan berjumlah 3 bulan pendapatan. Duit itu tak akan disentuh, melainkan untuk tujuan kecemasan sahaja.

#3 – Bebas Hutang – langsai segala hutang negatif yang menghakis kekayaan seperti pinjaman beli kenderaan, pinjaman peribadi, kad kredit dan pinjaman pelajaran. Hutang-hutang positif seperti membeli hartanah yang boleh disewakan dengan aliran tunai positif tak ada masalah. Buku sulong saya bertajuk Zero Hutang menceritakan pengalaman saya sampai ke tahap ini.

#4 – Kewangan Selamat – mempunyai duit simpanan berjumlah 6 – 12 bulan pendapatan. Guru-guru kewangan mencadangkan, kita hanya boleh mula melabur bila dah ada cukup duit simpanan 6 bulan pendapatan sebagai dana rizab.  Duit simpanan itu jangan diusik. Guna hanya duit lebihan untuk melabur. Bila kita ada duit simpanan yang cukup, prestasi turun naik dalam pelaburan tak lagi merisaukan kita. Duit simpanan yang cukup itu mendorong kita membuat keputusan yang rasional dalam pelaburan, insyaAllah.

#5 – Bebas Kewangan – mempunyai aset yang cukup menjana passive income yang melebihi kos sara hidup. Kalau passive income yang dapat kita jana RM8,000 sebulan, tetapi kos sara hidup kita hanyalah RM6,000 sebulan, itu bermaksud kita telahpun capai tahap bebas kewangan (financially free). Bila di tahap ini, kita sudah hidup bebas tanpa perlu bekerja sebab kita telahpun menjana pendapatan daripada aset, bukan daripada pekerjaan. Walaupun begitu, majoriti mereka yang sampai ke tahap ini, mereka tetap terus bekerja atau berniaga, tetapi mereka dibayar untuk buat apa yang mereka suka.

1001 Jalan Mencapai Matlamat

Bila letak matlamat check point begitu, kita akan cari 1001 jalan untuk mencapainya. Ada kehendak yang perlu tangguhkan, ada perbelanjaan yang perlu dikurangkan, ada usaha perlu dibuat untuk tambah pendapatan, ada ILMU yang perlu cari, serta ada KEMAHIRAN yang perlu diasah.

Saya percaya, bila sudah sampai di checkpoint ke-5, kita sebenarnya sudah jadi ORANG BERBEZA berbanding ketika kita di checkpoint yang pertama. Tabiat sudah berbeza, ilmu sudah bertambah, dan cara berfikir sudah ditahap lain.

Membina kekayaan sebenarnya bukan sekadar UBAH POKET, tetapi UBAH DIRI SENDIRI. Bak kata guru saya, “The highest reward for man’s dedication to excellence is not what one GETS from it, but what he or she BECOME through it” – Bill Britt. Jadi teruslah mengubah diri menjadi lebih baik, nanti Tuhan akan mengubah nasib kita, insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
20 Februari 2016
12 Jamadil Awal 1437H

[Kredit foto : reducecreditcarddebt]

{ 30 comments… read them below or add one }

1 Johari Haji mahmud February 24, 2016 at 5:26 am

Ikut pengalaman saya, #1 dan #2 dpt dicapai dan akan lebih mudah jika kita pasangan suami isteri yg serasi (kalau dah brumah tangga). #3 kita kena struggle sikit dan ada kala kena tahan nafsu keinginan. #4 dan #5 mmmm mmng jadi cita2 semua. Tapi kalau tak niaga saya rasa amat sukar dicapai.

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie February 24, 2016 at 6:31 am

Setuju En. Johari.

Memang kerjasama dan persefahaman suami isteri sangat penting. Kalua seorang kerjanya simpan, tapi seorang lagi kerjanya menghabiskan simpanan, memang susah nak capai.

Bagi saya, orang makan gaji pun boleh capai hingga ke tahap #5. Tapi kena ada ilmu dan banyak bersabar, sabar, sabar… Tak ramai orang boleh tahan bila nampak duit banyak… :)

Reply

3 thehaikal February 24, 2016 at 8:40 am

Saya sendiri masih dalam perjalanan untuk step 3 dan 4. Tabungan kecemasan insyaAllah dah ada..skarang sedang fokus untuk habiskan hutang kereta dan buat saving untuk jangka masa panjang tapi belum capai tahap simpanan 12 bulan gaji..

Kebebasan kewangan memang idaman saya sendiri..Bukan nak kaya raya (kalau dah rezeki Alhamdulillah), tetapi cukup untuk menampung keperluan harian dan sedikit untuk tabungan dan masa memerlukan..

Saya pun orang makan gaji tetapi sikit2 ade la passive income..tapi tak banyak..masih dalam proses untuk meningkatkan passive income..insyaAllah.. :-)

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie February 24, 2016 at 10:01 am

Alhamdulillah.

Siapa yang sampai ke checkpoint ke-3, bagi saya itu sangat bagus sebab dudukan kewangan dia sangat sihat dan mudah untuk grow, insyaAllah.

Reply

5 skyfun February 24, 2016 at 2:46 pm

sy dah sampai ke tahap ke 3..tapi buat hutang balik kerana ingin kembangkan perniagaan.

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie February 24, 2016 at 3:12 pm

Alhamdulillah.

Kalau dengan hutang itu dapat menambah duit lebih banyak, itu dikira hutang positif. Masih dikira tahap #3, insyaAllah.

Reply

7 Firdaus February 24, 2016 at 6:10 pm

Salam Tuan,

Adakah checkpoint no.2 adalah sebahagian dari checkpoint no.4 atau
perlu saya asingkan..?

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie February 24, 2016 at 6:30 pm

Wslm En. Firdaus.

Betul. Ia boleh jadi sebahagian.

Reply

9 Khairul February 25, 2016 at 5:13 pm

Salam Cik Zul,

Boleh share dgn kami secara ringkas apa target/matlamat 2016 pada diri cik zul?

Contoh tambah 1 buah rumah sewa @ buka butik dan sebagainya.

Kemudian berserta secara ringkas persediaan2 yg cik zul buat.

Semoga jadi inspirasi dan panduan utk pembaca.

p/s: sudah lebih 3 tahun rasanya saya jadi pengikut setia mohdzulkifli.com ni 😀

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie February 25, 2016 at 5:29 pm

Wslm En. Khairul,

Itu perkara peribadi dan saya tak share kepada sesiapa selain isteri saya sahaja.

Cuma apa yang boleh saya bagi tahu, matlamat & action plan untuk setiap tahun saya akan sediakan sebelum masuk tahun baru. Dan semuanya bertulis, bukan sekadar bermain dalam fikiran.

Reply

11 zue February 26, 2016 at 11:48 am

Salam En Zul,

Terimakasih atas artikel ini. Ia sangat membantu. Berkaitan dengan passive income, boleh En Zul tolong tulis berkaitan ini – selain daripada pendapatan daripada asset (contoh sewa) atau saham, cara-cara lain untuk mendapatkan passive income?

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie February 27, 2016 at 6:31 am

Wslm En. Pn Zue,

Antara contoh passive income selain sewaaan rumah:

1. Duit pencen bagi mereka yang bekerja kerajaan.
2. Letak duit (yang cukup) dalam Tabung Haji dan hanya nikmati dividen setiap tahun.
3. Mempunyai bisnes sendiri yang sudah establish SOP dan sistem kerjanya, dan bisnes itu boleh berjalan sendiri tanpa kita sebab kita mempunyai team management yang menguruskannya.
4. Bayaran royalti yang diterima oleh penulis buku, penyanyi, inventor dsb.
5. Dan apa sahaja bayaran yang kita terima tanpa perlu bekerja.

Boleh tambah lagi senarai di bawah.

Reply

13 r February 26, 2016 at 5:54 pm

As salam,
Boleh komen sikit tentang tahap 5…
Alhamdullilah, saya baru melangkah tahap 5, apa patut saya buat tentang ilmu pelaburan saham? cash semua pelaburan saham dan bergantung pada pendapatan pasif dan kerja makan gaji? rasanya macam tak brapa betullah itu

tkasih

Reply

14 Mohd Zulkifli Shafie February 27, 2016 at 6:26 am

Wslm En. R,

Bagi mereka yang dah sampai tahap 5, sepatutnya mereka dah tahu apa yang perlu mereka buat dengan harta yang mereka ada.

Reply

15 wanji February 27, 2016 at 12:07 pm

salam tn zol.. nak tanye..sy minat nak beli 10 dirham pg.. kalu nak jual smula pd pg camne tn. psl sy tgk dlm web pg utk 10 dirham cuma jual je.xde buy.. tqvm tn

Reply

16 Mohd Zulkifli Shafie February 28, 2016 at 12:16 am

Wslm En. Wanji,

Harga jual balik Dirham boleh semak terus di website. Login > Order > Place Sell Back. Atau terus call mana-mana cawangan office Public Gold.

Reply

17 rul February 28, 2016 at 8:00 am

Salam En. Zul..

Artikel dulu2 En berkaitan matlamat ada disenaraikan tentang simpanan 1.2juta di tabung haji dan dapat dividen sebulan dalam 5k.. Adakah releven lagi teknik ini??

Reply

18 Mohd Zulkifli Shafie February 28, 2016 at 10:46 pm

Wslm En. Azrul.

Masih relevan. RM1.2 juta tu hanya sebagai contoh supaya orang biasa senang faham. Banyak lagi bentuk aset yang boleh disimpan yang nilai bersamaan dengannya dan boleh jana passive income daripadanya.

Reply

19 Kamal zaki February 28, 2016 at 2:12 pm

Alhamdulillah saya sudah melepasi tahap no 1,2,3 dan 4. Wlpn pada ketika ini umur saya baru saje 24 tahun. Habis diploma time 2013 terus berkerja dan skrng gaji sudah mencapai 2.5k sebulan sbg kerani bank. Insya-Allah, lepas saya habis degree (mode pjj) tahun 2017 nanti saya mahu capai yg ke- lima pula dan mempunyai bisnes sendiri. Doa2 kan la saya ye sifu :)

Reply

20 Mohd Zulkifli Shafie February 29, 2016 at 5:57 am

Alhamdulillah. Tahniah En. Kamal.

Saya doakan Allah berkati usaha En. Kamal. Amiin ya Allah.

Reply

21 Kamal zaki February 29, 2016 at 10:48 pm

Alhamdulillah, amin ya Rabb. Tuan, saya ingin mntk pendapat sikit. Better saya beli rumah pertama secara tunai atau elok guna loan drpd bank?

Reply

22 Mohd Zulkifli Shafie February 29, 2016 at 11:21 pm

Alhamdulilah.

Itu terpulang. Kalau beli cash lebih baik. Tapi kalau ada perancangan untuk manfaatkan duit tu untuk dilaburkan di tempat yang En. Kamal ada ilmu, mungkin guna loan bank lebih baik.

Reply

23 khadeeja February 28, 2016 at 10:26 pm

En Zul, sy baru shaja mula menyimpan emas tahun lps sejak membaca blog en zul. mengikut plan gold investment saya dan suami, kami akan beli GB 20 gram setahun sekali , dan akan menjual semula pada 18 tahun akn dtg (insylh kalau dipanjangkan usia),kami dah mula simpan sejak umur anak setahun. bermakna 18 tahun akan dtg, iaitu pd usia anak 18 thn(mungkin mula nk masuk U) kami akan gunakan nnti. jadi saya nk minta pertlngn en zul untuk memberi sedikit tips bagaimana hendak melakukan analisis atau meramal harga emas pada masa akan datang ye? sy cuma mahu dapatkan anggaran agak2 18 tahun akn dtg, 360 gram emas, pada tahun 2032, brp agaknya ye harga pada masa tersebut. T.kasih

Reply

24 Mohd Zulkifli Shafie February 29, 2016 at 5:59 am

Salam Pn. Khadeeja,

Saya tak pasti berapa harga emas pada 18 tahun akan datang. Cuma saya percaya, emas masih KEKAL kuasa belinya pada 18 tahun akan datang. Kalau hari ini 1 dinar kuasa belinya bersamaan 1 – 2 ekor kambing, pada 18 tahun akan datang saya percaya ianya masih kekal. Ia tak berganda kuasa belinya walaupun harganya meningkat.

Hakikatnya bukan emas meningkat, tetapi ringgit tu yang jatuh.

Wallahu a’lam.

Reply

25 nona February 29, 2016 at 12:14 pm

Assalam En.Zul
saya masih lagi belum memulakan langkah pertama dalam simpanan.ini kerana setiap kali niat saya ke arah itu.ade sahaja halangannya.antara simpanan dan hutang mana yang perlu saya fokuskan.

Reply

26 Mohd Zulkifli Shafie February 29, 2016 at 12:19 pm

Wslm puan.

Saya ikut check point ini.

Saya prefer simpan 3 bulan pendapatan dahulu, lepas tu fokus langsaikan hutang. Dalam masa saya, hutang tetap perlu dibayar at least mengikut jadual bayaran yang telahpun dipersetujui sebelum kita menerima hutang.

Reply

27 ipoi March 15, 2016 at 1:14 pm

Salam En. Zul,

Berkenaan #3 bebas hutang, apa pandangan En Zul dgn hutang rumah yg mana rumah tu didiami sendiri. Dalam hal ini, sudah tentu selagi tak setel bayar rumah, memang x akan capai kebebasan kewangan.

Mohon pendapat tuan, thanks :)

Reply

28 Mohd Zulkifli Shafie March 15, 2016 at 2:20 pm

Wslm En. Ipoi,

Bagi saya, hutang rumah tu hutang terakhir dalam senarai hutang negatif yang perlu dilangsaikan.

Reply

29 wan March 18, 2016 at 4:31 pm

Salam en zul,
Untuk simpanan kecemasan utk 3 atau 6 bulan, dimanakah sepatutnya kita simpan?kalau simpan dibank akan dikenakan yuran tahunan dimana akan menyusutkan jumlah simpanan.Minta pandangan tuan..
terima kasih.
Wan.

Reply

30 Mohd Zulkifli Shafie March 20, 2016 at 8:29 pm

Wslm En. Wan,

Saya tak pasti bank mana kenakan yuran tahunan.

Saya simpan dalam Tabung Haji.

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: