Kedai Cendol Buka Tutup

by on February 21, 2016

Post image for Kedai Cendol Buka Tutup

Setiap kali pergi ambil stok buku “Zero Hutang” di pejabat Galeri Ilmu Kota Damansara, kami suami isteri selalu jenguk-jenguk ada satu kedai cendol dekat situ. Asalnya seorang customer belanja saya makan cendol di situ, tapi lepas saya bawa isteri makan sekali di situ, melekat pulak dengan cendol itu. Cuma masalah utama, kedai tu sentiasa buka tutup. Sudah 6 bulan, banyak tutup berbanding buka.

Jadi nampaknya macam dia tak serius berniaga. Kalau ada orang berniaga cendol yang sama, maka kami tak akan jenguk lagi dah kedai tu sebab selalu mengecewakan. Kita lebih suka berurusan dengan peniaga yang serius dengan bisnesnya.

Begitu jugalah dengan bisnes kita.

Jangan Confusekan Customer

Katakanlah ada dealer yang rajin promote emas PG di facebook. Customer dah lama memerhati dan tertarik untuk beli emas PG. Cuma belum ada duit, tetapi dia tunggu masa sahaja nak membeli.

Tiba bila ada duit, dealer tu pula yang ‘ghaib’ sementara waktu, atau dilihat sentiasa tenggelam timbul. Sekejap ada, sekejap tak ada… Macam Chipsmore… Lagi teruk bila dealer itu dilihat mempromosikan produk lain disamping emas Public Gold. Customer sudah jadi confuse.

Customer Suka Peniaga Yang Serius

Maka bila nak membeli, tentunya customer akan cari dealer lain yang aktif memberi servis terbaik secara konsisten. Customer tentunya tak suka berurusan dengan dealer yang tak serius. Dealer yang tenggelam timbul itu telahpun kerugian sebab customernya yang dahulunya berminat untuk membeli darinya sudah lari kepada dealer lain.

Jadi itulah pentingnya KONSISTEN dalam membina bisnes. Tak boleh buat macam Chipsmore, sekejap apa, sekejap tiada. Nanti rugi masa kita sahaja buat promosi selama ini, tetapi akhirnya dealer lain yang menangguk hasilnya.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
21 Februari 2016
13 Jamadil Awwal 1437H

[Kredit foto : papparich]

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: