MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Masa Depan Di Tangan Kita

February 10, 2016

Kita marah GST, tetap kena bayar juga. Kita marahkan kerajaan sebab kenaikan kos sara hidup, tetap kita juga yang menanggungnya. Kita salahkan majikan sebab tak naikkan gaji, gaji kita tetap macam itu juga. Dari dulu sampai sekarang, kita tetap berada di tempat yang sama. Kalau terus menyalahkan orang lain, kita akan sentiasa kecewa dan susah untuk maju. Bising-bising pun, tetap macam tu juga. Macam anjing menyalak bukit. Tekak terasa sakit, bukit pun tak berganjak.

Jadi lebih baik simpan marah tu. Lepaskan marah tu kepada usaha memajukan diri sendiri. Berhenti mengharapkan orang lain. Dan berhenti menyalahkan orang lain. Lebih baik BANGKIT bina masa depan kita sendiri. Kita tak boleh ubah orang lain, tetapi kita boleh ubah diri sendiri. Kalau nak Tuhan ubah nasib, kita kena ubah diri kita sendiri dahulu.

Buat Keputusan Ubah Diri

Kita tak boleh kawal kenaikan kos sara hidup, tetapi kita boleh kurangkan perbelanjaan yang bukan keperluan. Potong yang mana perbelanjaan yang tak perlu. Downgrade sikit gaya hidup kalau perlu. Dalam keadaan ekonomi yang menekan, inilah waktunya kita muhasabah diri dan hentikan pembaziran (kalau ada).

Walaupun gaji rasa tak cukup, kita tak boleh paksa majikan naikkan gaji, tetapi kita boleh cari jalan tambah pendapatan sendiri. Lepas beberapa kali saya kecewa dengan kenaikan gaji, saya buat KEPUTUSAN pada diri sendiri, saya tak akan lagi mengharapkan ganjaran majikan. Saya mahu bina bisnes sendiri dan kontrol masa depan saya sendiri. Kalau dapat lebih dari majikan, itu saya anggap bonus.

Fokus Peningkatan Diri Sendiri

Saya mula explore peluang-peluang bisnes yang boleh saya buat di luar waktu kerja. Saya mulakan dengan tukar bahan bacaan daripada baca akhbar setiap pagi kepada buku-buku peningkatan diri. Saya tukar waktu tengok TV dua jam sehari tu kepada aktiviti memajukan diri; membaca dan hadir ke program-program peningkatan diri. Pesan guru saya, dengan hanya ubah kebiasaan dua jam sehari sudah cukup untuk jadi seorang yang financially free hanya dalam tempoh 5 – 10 tahun. Dan ianya betul!

Antara perubahan lagi yang saya buat pada diri saya ialah tukar pergaulan daripada kawan-kawan yang banyak membuang masa (dan duit) kepada kawan-kawan yang ada matlamat untuk maju. Saya jarang waktu duduk lepak bersembang panjang dengan kawan-kawan. Waktu rehat makan tengahari pun saya cuma ambil masa 10 – 15 minit sahaja. Lepas tu saya ‘cabut’ dan buat perkara lain yang berfaedah untuk masa depan saya. Tiada sembang kosong, apatah lagi nak mengumpat bos dan majikan! 🙂

Masa Depan Di Tangan Kita

Alhamdulillah, banyak peningkatan dalam hidup kami sekeluarga selepas itu. Dan saya percaya, kalau konsisten buat perkara yang saya maksudkan itu, 5 tahun akan datang hidup kita semua pasti berbeza, InsyaAllah…

Bila kita fokus ubah diri kita, kita tak perlu risau lagi perkara luar yang menekan kita. Kita perlu terima hakikat, kita tak boleh ubah arah angin (i.e. faktor luar), tetapi kita boleh ubah layar (i.e. faktor dalaman) untuk capai destinasi kita.

Letak dalam kepala, masa depan kita ‘DI TANGAN’ kita… Bukan orang lain… Tuhan itu di sisi sangkaan kita kepadaNya… Kawal diri kita, dan nikmatilah kehidupan yang lebih bahagia… InsyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
10 Februari 2016
2 Jamadil Awal 1437H

[Kredit foto : mustagmirror]

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Betul tu Tuan, sekarang ni kerajaan da kurangkan potongan KWSP dari 11% ke 8% mulai mac ni, bagi saya guna 3 % duit tu top up simpanan emas kita ka modal biz ke.. berbaloi tambah aset atau kembangkan modal menjana aktif dan pasif dari menunggu 20 ke 30 thun yang mana dividen yang hanya 5-6% setahun… Harga emas pon sekarang ni menaik ke 20%+++…

  • Suka saya dengar ayat ni..
    “hanya ubah kebiasaan dua jam sehari sudah cukup”

    Bagi saya memang betul..ramai orang yang cakap x cukup masa..tapi bile semak balik sebenarnya..bukan tak cukup masa..tetapi tidak menggunakan masa sepenuhnya dengan perkara yang bermanfaat..

    Sekarang ni..saya sendiri dah kurang menonton tv dan banyakkan membaca perkara ilmiah samada berkaitan peningkatan diri, motivasi, perniagaan dan sebagainya..

    dalam masa sama mula mempraktikkan sedikit demi sedikit..

    Untuk kejayaan di masa akan datang..InsyaAllah..;-)

    • Alhamdulillah.

      Betul, ia soal keutamaan dalam hidup. Duit dan masa kita akan habis kepada perkara yang menjadi keutamaan dalam hidup. Kita memang tak ada masa pada perkara yang bukan menjadi keutamaan dalam hidup kita.

  • Assalamualaikum Tuan Mohd Zulkifli. .
    Saya Syabani. Terima kasih Tuan kerana di atas perkongsian Tuan. Saya banyak amalkan ilmu yang Tuan telah berikan sejak tahun 2014. Saya mintak halalkan semua ilmu-ilmu tersebut. Selama ini saya hanya menjadi silent reader.

  • Assalamualaikum Tuan ,
    Terima kasih atas artikel yang bermanfaat. Kalau tidak keberatan, boleh kongsi kan judul- judul buku yang tuan baca dan buku yang paling beri banyak kesan mendalam pada diri tuan. Jazakallah.

    • Wslm En. Zulhilmi,

      Alhamdulillah.

      Buku yang memberi kesan mendalam kepada saya:

      1. Jutawan Dari Planet Jupiter (Azizi Ali)
      2. Pentunjuk Jalan Kekayaan (Chef Li)
      3. Menjejaki Jutawan Senyap (Chef Li)
      4. Cash Flow Quadrant (Robert Kiyosaki)

      Buku Azizi Ali memberi kesedaran kepada saya untuk memperbetulkan kewangan. Buku Chef Li memberi inspirasi kepada saya untuk hidup tanpa hutang dan membina perniagaan sendiri. Buku Robert Kiyosaki memberi inspirasi kepada saya untuk membina harta dan mencapai kebebasan kewangan.

      Wallahu a’lam.

  • Salam. Saya ternampak buku En. Zul secara tak sengaja semasa nak beli buku untuk anak saya. Saya memang suka beli buku jadi saya terus beli buku zero hutang sebab tertarik dengan isi kandungannya. Buku itu memberi panduan dan motivasi pada saya untuk berjimat dan simpan wang. Saya juga berminat untuk amalkan hidup di bawah kemampuan. Sebelum ini memang saya tak suka bergaya tapi saya tak ada tabiat menyimpan wang. Banyak tip yg sgt berguna dlm buku itu. yg saya dah mula buat ialah seperti simpan dulu baru belanja, buat matlamat kewangan dan minimumkan duit dlm dompet.

  • Salam. Tip yg Encik Zul nyatakan dlm buku Zero Hutang iaitu simpan dulu baru belanja, saya yakin nak praktikkan sebab En. Zul kata bila kita simpan, memang kita tak cukup duit dan kena korek sana sini. sebelum ni saya dah baca byk juga buku tentang kewangan tapi mereka tak nyatakan bila dah simpan, kita memang tak cukup duit. Jadi saya tak yakin nak amalkan sebab duit saya tiap2 bln tak cukup. Saya fikir kalau nak menyimpan kita kena betul2 berjimat. Saya tak tahu nak jimat kat mana lagi sebab kat tempat kerja saya rasanya saya yang paling tak bergaya. Tapi En. Zul pula dah beritahu siap2, kalau tak simpan pun duit tak cukup juga. Dari situlah baru saya yakin blh menyimpan. Buku En. Zul memang lain dari yang lain.

  • saya sentiasa berfikir yang pekerjaan saya sekarang ini tidak dapat saya warisi kepada anak3 saya .

    mujurlah saya mengenali Public Gold yang telus . Masa depan di tangan saya .

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >