Kepentingan Home Office Dalam Kemajuan Bisnes

by on March 16, 2016

Post image for Kepentingan Home Office Dalam Kemajuan Bisnes

Bagi siapa yang serius membina bisnes untuk masa depan, atau nak jana pendapatan yang besar dari bisnes walaupun secara sambilan, salah satu perkara yang WAJIB dibuat ialah adakan HOME OFFICE sendiri, atau sekurang-kurangnya WORKSTATION sendiri di rumah.

Adakan satu ruang kerja khas di rumah kita hanya untuk; (1) lakukan urusan bisnes, (2) simpan dokumen bisnes, dan (3) simpan alatan serta stok bisnes. Saya percaya, bila dah setup Home Office, kita akan rasa bisnes kita adalah kerja yang serius dan kita adalah PEMILIK BISNES itu. Dan kesannya, kita akan lebih serius dengan bisnes kita sendiri.

Membentuk Mentaliti ‘Sepenuh Masa’

Walaupun di zaman serba canggih ini, kita boleh jadi usahawan berjaya tanpa ada kedai kita sendiri. Kita boleh jana pendapatan yang lumayan hanya dengan berniaga dari rumah sahaja. Tetapi, ramai yang menjalankan bisnes secara sambilan tidak ada kemajuan sebab mereka tak menganggap ia sebagai kerjaya yang serius. Ia hanyalah kerja part-time yang tak ada masa depan.

Kalau kita fikir ianya hanyalah “kerja sambilan”, maka selama-lamanya ia akan jadi bisnes “sambilan” sahaja. Kita adalah apa yang kita fikir. Sehinggalah kita menganggap “bisnes adalah bisnes” yang perlu dijalankan dengan “full-time mentality”, insyaAllah bisnes kita akan maju walaupun buat secara part-time pada permulaannya.

Beberapa tahun sebelum saya berhenti kerja dan menjalankan bisnes secara sepenuh masa dari rumah, saya setup Home Office saya sendiri. Satu bilik khas saya jadikan pejabat. Dalam bilik itu, lengkap segala peralatan yang saya perlukan untuk menjalankan bisnes. Dalam kepala saya waktu itu, saya impikan, itulah pejabat saya dan saya tidak lagi perlu keluar rumah untuk pergi kerja (makan gaji).

pejabat di rumahHome Office tak semestinya adakan bilik khas. Ia boleh jadi satu sudut khas untuk kita jalankan urusan bisnes. Cuma untuk elakkan gangguan kosentrasi, saya prefer adakan satu bilik khas. (gambar hiasan)

Ruang Kerja Tanpa Gangguan

Home Office itu, hanya saya dan isteri sahaja boleh masuk. Anak-anak tak dibenarkan masuk ke bilik itu. Bila saya masuk ke Home Office, isteri dan anak-anak tahu saya yang SEDANG BEKERJA dan tak boleh diganggu. Walaupun permulaannya anak-anak kecil susah untuk terima bila saya ‘berkurung’ dalam bilik, tapi lama-kelamaaan mereka memahami.

Alhamdulillah, semenjak saya meletakkan jawatan dan berniaga sepenuh masa, saya hanya bekerja di Home Office sahaja. Jarak tempat letak kereta dan motosikal saya lebih jauh dari pejabat saya. Jadi saya tak perlu naik kereta atau motosikal ke tempat kerja sebab office saya hanya beberapa langkah sahaja dari tempat tidur saya. Alhamdulillah… Seronoknya bekerja dari rumah… Segala puji-pujian bagi Allah.

Zulkifli
Damansara Damai
16 Mac 2016
7 Jamadil Akhir 1437H

[Kredit foto : st.hzcdn]

{ 19 comments… read them below or add one }

1 shahrul March 16, 2016 at 3:15 pm

Assalam’mualaikum

MasyaAllah..… Seronoknya En.Zul…

terima kasih kerana berkongsi..,
Segala puji-pujian bagi Allah.

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie March 17, 2016 at 1:19 pm

Wslm En. Shahrul.

Alhamdulillah.

Saya doakan Allah lapangkan rezeki untuk En. Shahrul sekeluarga. Amiin ya Allah.

Reply

3 skyfun March 16, 2016 at 5:22 pm

gambar tu home office tuan ke?

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie March 17, 2016 at 1:20 pm

bukan. itu gambar hiasan je. dan saya nak home-office saya jadi secantik itu juga, insyaAllah. :)

Reply

5 asraf March 16, 2016 at 7:01 pm

Alhamdullilah

Semoga tuan lebih kaya dan Berjaya.Saya pun ada impian nak home office sendiri.terima kasih atas perkongsian..

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie March 17, 2016 at 1:21 pm

Wslm En. Asraf,

Alhamdulillah. Sama-sama berjaya.

Saya doakan Allah lapangkan rezeki untuk En. Asraf sekeluarga. Amiin ya Allah.

Reply

7 syikin March 17, 2016 at 8:57 am

As salam En Zul.. Tabarakallah….doakan saya dan suami juga boleh ucap perkataan terakhir En Zul “Alhamdulillah… Seronoknya bekerja dari rumah… Segala puji-pujian bagi Allah. Allahhumma aamiinnn..

hari2 tunggu apa lagi En Zul nak share yer..moga Allah berkati hidup En Zul sekeluarga.. Allahhumma aamiinnn..

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie March 17, 2016 at 1:23 pm

Wslm Pn. Syikin,

Alhamdulillah.

Saya doakan Allah lapangkan rezeki untuk Pn. Shikin sekeluarga. Amiin ya Allah.

Terima kasih berziarah ke blog ini. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Reply

9 mahmud March 18, 2016 at 2:57 pm

salam tuan masuk home office macam masuk office hour juga ke?

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie March 20, 2016 at 8:11 pm

Wslm En. Mahmud,

Permulaannya memang macam tu. Tapi lama-lama ianya fleksible. Ikut suka saya.

Reply

11 saps ibubapa March 20, 2016 at 2:38 pm

ada buat home office ni, tapi disebabkan guna laptop, akibatnya bersantai sana sini kat ruang tamu.

Reply

12 Muhammed Nazri Mustapha March 21, 2016 at 3:36 pm

Assalamualaikum En. Zul,

Seronok bila mengikuti artikel2 En. Zul. Artikel2 En. Zul tidak memaksa, malahan satu perkongsian ikhlas. Saya nak mintak izin untuk berkongsi artikel2 tuan didalam FB saya. Itu pun jika En. Zul mengiizinkan.

Reply

13 Mohd Zulkifli Shafie March 22, 2016 at 4:21 am

Wslm En. Nazri,

Alhamdulillah.

Silakan share. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Reply

14 mamamia March 26, 2016 at 1:14 pm

Penulisan en.zul tak pernah membosankan saya untuk terus baca…semoga diberikan kesihatan yang baik dan terus berkongsi ilmu dengan kami semua

Reply

15 Mohd Zulkifli Shafie March 26, 2016 at 7:08 pm

Alhamdulillah. Mudah-mudahan bermanfaat.

Terima kasih atas doa tersebut. Saya doakan Allah merahmati puan sekeluarga juga, amiin ya Allah.

Reply

16 Lela Ibrahim June 14, 2016 at 9:01 am

Assalamualaikum,
Saya panjatkan syukur kehadrat Ilahi, 29hb June 2016 ini adalah hari terakhir saya bergelar sebagai pekerja kepada Badan Berkanun. Saya telah melepaskan pekerjaan yang saya sayangi suatu ketika dulu.

Meninggalkan tempat yang hebat ini merupakan satu keputusan yg amat berat bagi saya. Tapi saya tidak menolak yang mana saya mempunyai impian yang besar dan impian itu adalah push factor kpd saya utk saya meneruskannya.

Saya juga percaya yang saya hanya berpeluang hidup di dunia ini hanya sekali dan tempoh tamat perjalanan saya tiada siapa yang tahu. Mungkin sesaat lagi, mungkin sehari dan mungkin sebulan lagi.

Bagi memastikan saya tidak menyesal, maka saya lepaskan semua ini untuk melakukan apa yang saya minat. Sekurang-kurangnya saya tahu saya tidak mensia-siakan kehidupan itu.

Reply

17 Mohd Zulkifli Shafie June 14, 2016 at 9:34 am

Wslm Pn. Lela,

MasyaAllah. Alhamdulillah.

Saya doakan Allah berkati usaha puan. Amiin ya Allah.

Reply

18 Yuhanis Abd Manaf February 26, 2017 at 9:48 am

Assalamualaikum En.Zul,
Saya dah mula berjinak membaca penulisan En.Zul. Sangat-sangat memberi inspirasi kepada saya. Insyaallah saya ingin berjaya dan jadi insan berilmu macam En.Zul. En.Zul salah seorang idola saya.

Doakan saya berjaya

Reply

19 Mohd Zulkifli Shafie February 26, 2017 at 3:08 pm

Wslm Pn. Yuhanis,

Alhamdulillah. Mudah-mudahan blog ini bermanfaat untuk puan, insyaAllah.

Saya doakan Allah berkati usaha puan, amiin ya Allah.

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: