MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Tangguhkan Kemahuan Demi Masa Depan

March 31, 2016

Saya mengikuti forum Tuan Faizul Ridzuan dan Pakdi dalam Simposium Ringgit (SUPER) 2015, persamaan ketara mereka ialah mereka amalkan “delayed gratification”, tangguhkan dahulu kemahuan buat seketika. Tuan Faizul membeli kereta pertama (2nd hand) hanya selepas dia membeli 13 buah rumah! Itupun dibeli disebabkan mahu sambut kelahiran anak pertama! Bukan saja-saja beli.

Kata beliau, ia soal pilihan. Walaupun dia mampu membeli kereta jauh lebih awal dari itu, dia tangguhkan dahulu keinginan tersebut. Fokus utama beliau ialah mengembangkan harta dengan membeli hartanah-hartanah yang boleh memberikan aliran tunai yang positif.

Tangguhkan Keseronokan

Dari sudut berbelanja pun sama. Kata Pakdi, rumahnya tak pernah pasang Astro. Katanya lagi, di waktu trend anak muda menikmati secawan kopi berharga RM15, bukankah lebih baik kita nikmati kopi RM1.50 dan selebihnya kita menyimpan?

Bukan sahaja mereka berdua, semasa hadir ke seminar Duit oh Duit, Tuan Alwi Adam (salah seorang speaker dan penulis buku DIY360) katanya sewaktu dia bekerja, 50% daripada duit gaji disimpan dan dilaburkan. Selebihnya baru berbelanja.

Dengan gaji bekerja dalam sektor Oil & Gas yang agak besar, dia tak perlu tunggu 10 tahun (apatah lagi 30 tahun) untuk bersara, tetapi selepas 5 tahun bekerja dia sudah ada pilihan untuk bersara! Net worth beliau sudah melebihi RM1 juta.

Hidup Ini Soal Pilihan

Tak ada betul dan tak ada salahnya. Hidup kita, kita yang tentukan sendiri. Ia benar-benar soal PILIHAN. Kita yang memilih jalan hidup kita sendiri. Kalau pilih untuk “enjoy” sekarang, terimalah hakikat terpaksa susah di masa hadapan. Tetapi kebanyakkan orang berjaya memilih untuk “bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian”. Susah sekarang tak apa, supaya kita “enjoy” di masa hadapan.

Pakar-pakar motivasi gelarkan ia sebagai “delayed gratification”.

Zulkifli
Damansara Damai
31 Mac 2016
22 Jamadil Akhir 1437H

[Kredit foto : playlearnparent]

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Askm Tn.Zul. .saya kerap membaca blog tn sebagai dorongan motivasi diri bagi mengjalani kehidupan yang semakin mencabar dari segi kewangan dan sebagainya..saya ada pertanyaan bolehkah orang yang ada mendapatkan khidmat AKPK itu dapat membuat loan rumah? semoga Tn Zul dan keluarga dirahmati Allah..Amin

    • Wslm En. Hairum,

      Alhamdulillah. Mudah-mudahan blog ni bermanfaat.

      Untuk dapatkan pinjaman, bank akan semak kadar kemampuan membayar hutang. Salah satunya, mereka akan semak Debt Service Ratio (DSR). En Hairum cari di google bagaimana pengiraan DSR tu.

  • Mereka yang sanggup menangguhkan kepuasan biasanya ada matlamat besar yang hendak dicapai.

    Mereka juga bijak menentukan yang mana keperluan dan yang mana sekadar kehendak.

    RFS

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >