MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kita Menumpang Rezeki Anak-Anak

April 26, 2016

Rezeki Anak

Setiap kali bertambah anak, kos sara hidup makin bertambah.

Kenaikan kos sara hidup pernah merisaukan saya suatu ketika dulu sebab biasanya kenaikan kos sara hidup tak setara dengan kenaikan gaji. Secara logiknya, kehidupan semakin sempit sebab berkongsi dengan lebih ramai ahli keluarga dengan gaji yang sama.

Bila bertambah ahli keluarga baru, saya akan buat bajet baru.

Disebabkan pertambahan seorang anak setiap satu setengah tahun, maka jumlah kenaikan gaji sentiasa tak sempat cover dengan kenaikan kos sara hidup. Sampai satu tahap saya give up untuk buat bajet sebab apa yang tertulis atas kertas, memang tak cukup. Adjust ikut mana sekalipun tak cukup juga sebab pendapatan kecil.

Isteri (sebagai suri rumah) pula tak ada pendapatan untuk tampung kenaikan kos sara hidup.

Rezeki Berupa Kebijaksanaan

Tapi realitinya, gaji waktu tu cukup jer bahkan boleh lagi menyimpan 10% daripada gaji setiap bulan. Hutang pun dapat langsai kesemuanya walaupun dari segi gaya hidup tu, memanglah tak sama dengan orang lain. Tapi yang penting, CUKUP.

Kekadang kita lupa, rezeki itu tak semestinya dalam bentuk kewangan, kekadang Allah rezekikan kita berupa kebijaksanaan dalam mengurus kewangan. Kita mampu berbelanja lebih kecil atas perkara yang sama dengan orang lain.

Sewaktu kerisauan saya tentang pendapatan ketika anak sudah 3 orang (lepas 5 tahun setengah berumahtangga), seorang sahabat saya pesan, mintalah rezeki dari Allah atas asbab anak-anak tu. Anak-anak tu sumber rezeki katanya.

Katanya lagi, ‘cable’ kita mungkin banyak yang ‘tersumbat’ (disebabkan dosa-dosa kita), tetapi ‘cable’ anak-anak sangat ‘clear’. Disamping kita berdoa, minta juga anak-anak doakan juga. Mudah-mudahan Allah lapangkan rezeki kita atas asbab anak-anak itu.

Kita Menumpang Rezeki Anak-anak

Sejak daripada itu, saya pegang betul-betul nasihat sahabat beliau, katanya “kita menumpang rezeki anak-anak”, bukan anak-anak menumpang rezeki kita. Setiap anak yang lahir, Allah datangkan bersamanya rezeki. Jadi jangan risau tentang rezeki.

Bila saya renung balik, setiap kali anak baru yang lahir, ada sahaja peningkatan kami sekeluarga dari sudut kewangan. Cuma kekadang kami sahaja yang tak perasan.

Tetapi peningkatan kewangan itu bukan datang percuma. Takdir Allah itu dihujung ikhtiar manusia.

Bila anak bertambah, saya terpaksa lebih rajin berusaha bila memikirkan masa depan mereka. Dari situ datang idea-idea dan semangat yang baru untuk bangkit.

Rezeki Kelahiran Anak Ke-8

Ketika isteri mengandungkan anak kami yang ke-8, Allah berikan semangat baru untuk tingkatkan bisnes kami ke tahap yang lebih tinggi. Kami sudah ada wawasan yang baru dan Allah berikan kami idea-idea baru untuk dilaksanakan. Dan kami nampak perkembangan positif bisnes kami beberapa bulan sebelum kelahiran anak ke-8 kami, alhamdulillah.

Kesimpulannya, jangan risau tentang rezeki bila bertambahnya anak. Rezeki itu Allah sudah jamin untuk setiap anak. Kita hanya perlu berusaha sahaja. Berdoalah minta Allah lapangkan rezeki, dan letakkan usaha yang sepadan dengan doa itu supaya Allah memakbulkan doa tersebut, insyaAllah.

"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takutkan kemiskinan. Kamilah (Tuhan) yang memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu..." (Surah Al-Isra 17 : 31)

Zulkifli
Damansara Damai
26 April 2016
19 Rejab 1437H

“Rezeki tak semestinya dalam bentuk harta kekayaan. Ada ketika Tuhan berikan kita rezeki dalam rupa "kebijaksanaan" mengurus pendapatan. Walaupun pendapatan tak sebesar mana, tapi hidup kita serba cukup dengan apa adanya. Alhamdulillah.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 16 November 2023

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Assalamualaikum,benar kata tuan.
    Sememangnya walaubagaimanapun setiap orang sebenarnya rezekinya sememangnya sudah CUKUP. Mungkin cara mengendalikan dan SANGKA rezeki dibagi tidak cukup. Allah mengikut sangkaan hambanya. Berkat..
    Kata saya tahu,tapi untuk sentiasa positif ianya berkurang bila datang masalah tertentu.

    Suatu post yang menberi semangat dan saya selalu menbaca post2 tn
    Jazakallahu khair tn

  • Greedy wives to blame for corruption

    JAKARTA: An Indonesian minister has suggested an unusual reason for the scourge of corruption in the graft-ridden country — men are just trying to please their greedy wives.
    But rather than taking aim at the grasping officials themselves, Religious Affairs Minister Lukman Hakim Saifuddin suggested it was greedy wives who were fuelling corruption.

    The wives of the elite in Indonesia are well-known for their love of expensive designer clothes and handbags.

    “Corruption is often motivated by many things,” he was cited as saying in Kompas newspaper, referring to “extraordinary demands” from family members that pushed people to behave unusually.

    “My message is not to demand too many material things that are out of the ordinary, that would be an outstanding contribution by women,” he added.

    Yang ini saya setuju lah, kalau dalam keluarga ni orang rumah la yang tentukan nak beli langsir ke, baju baru ke. Kalau orang rumah minta bukan2 jadi macam ni la. Tapi alhamdulillah dapat isteri yang tak boros, tak tamak, dan tak menunjuk2.

  • Tahniah tuan atas kelahiran anak ke-8, rzeki milik Allah.. maka kita harus berdoa dan berusaha insyallah ada penyelesaiannya.. Doakan Tuan Zul bahagia hingga Jannah… Amin

  • aslm Tn.zul
    majoriti org yg dh berkahwin ini takut nk beranak ramai dengan alasan takut x cukup bagi makan bagai..sy dan mereka-mereka yg naïf terlupa dengan janji Allah rezeki anak-anak yg lahir ke dunia telah tertulis bahagian2 mereka..cuma kita sebagai ibubapa perlu menterjemahkan rezeki untuk anak2 itu..jadi dengan penjelasan artikel Tn.Zul ini akan memberi makna kepada sy supaya jangan takut sekiranya anak bertambah..
    tahniah tn.zul kerana bertambah rezeki anak.

  • Tahniah tuan Mohd Zulkifli dan Puan Najdah. Sekarang sedang bercuti di Turki hasil usaha istiqamah mereka mendidik usahawan Emas Public Gold.

    Semoga kami sekeluarga juga dapat mencontohi jalan keusahawanan mereka insha Allah

  • tahniah tuan zul atas kelahiran bayi baru anda. semoga anda sekeluarga beroleh rahmat kebahgiaan hidup sihat walafiat bersama keluarga tersayang. Terima kasih atas tulisan di atas. Saya akan mula ubah/tambah doa dengan asbab anak-anak..Insyaallah terima kasih tuan

  • Tahniah Zul atas kelahiran anak ke 8. Ana sekeluarga turut gembira dari kejauhan mendengar berita ini. Terima kasih juga atas perkongsian di blog ini yang banyak memberikan inspirasi buat ana menulis.

    Jazakallah khairan kathira.

  • Salam En Zul…Tahniah atas kelahiran ank ke 8. memang betul kita menumpang rezeki ank2 cuma kita kekadang tak perasan kerana rezeki dtg dalam pelbagai bentuk.

  • Mengurus duit memerlukan ilmu, sikap suami yang tak mendidik isteri beramanah dalam hal ehwal kewangan keluarga menjadi sebab gagalnya isteri menjadi kaya material dan spiritual. Didik bukan bermakna suruh berjimat sampai berikat pinggang, pecah usus tak makan tetapi menjaga perbelanjaan agar tidak melebihi pendapatan. Senang nak cakap tapi susah nak buat!

    Suami isteri mesti berterus terang mendedahkan masalah-masalah kewangan dalam keluarga, ramai bercerai kerana isteri tak faham kesusahan suami atau sebaliknya sehingga menimbulkan syak wasangka yang bukan-bukan.

    Harta menjadi punca sengsara apabila kita tunduk sujud mengikut nafsu, lupa asal-asul, lupa daratan, lupa iman, lupa kepada Allah SWT. “Ketahuilah sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas (dalam bermaksiat), kerana dia melihat dirinya serba cukup. Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmu tempat kembalimu.” (Surah al-‘Alaq: 6-8)

    Rasulullah s.a.w bersabda: “Lihatlah orang yang kurang daripada kamu dan jangan hanya kamu lihat orang yang lebih daripada kamu kerana dengan itu kamu tidak memandang sepi nikmat Allah kepada kamu.” (Hadis Muslim)

  • Anak2 kecil takde dosa kadi mereka takde hijab dgn Tuhan… diwaktu kita berdoa minta rezeki ajarlah anak2 sama berdoa… Insyaallah Allah makbulkan sbb mereka takde dosa….

    Drpd,
    Saudagar deuter backpacks

  • Tuan..btl kata tuan tp sya xtau cmner nak atasi perasaan takut sya bila kelahiran ank bersama dgn perbelanjaan itu.. sya selalu pikir sya perlu ada lebih belanja sblm ank lahir.. : (

    • Tak apa. Perasaan takut itu sepatutnya jadi motivasi untuk cari jalan keluarnya. Berusaha dan minta Allah tunjukkan jalan keluarnya. Selalunya Allah berikan kesusahan sebab Dia nak bagi kesenangan selepas itu. Kesenangan yang Allah beri biasanya tak datang secara percuma.

      • Tima kasih tuan.. Semoga Allah Limpahruahkn rezeki tuan kerana melalui blog ini sya dan suami mengambil manfaat atas nasihat2 dan tips2 tuan untuk tingkatkan dan selesaikan msalah kewangan kami berdua..

        InshaAllah sya akn beralih ke dunia takaful xlama lagi.. sya memilih syarikat yg tuan pilih utk bertakaful.. AIA Public Takaful.. Harap pilihan sya ini adalah pilihan yg tepat untuk lebih masa dan kebebasan kewangan family sya.. Amin.. Doakn sya..

  • Setiap anak yang lahir ada rezekinya yang ditetapkan Allah. Tapi kes yang macam ni apa cerita pula?

    “Ibu 7 anak abai zuriat hingga mati didenda RM25,000”

    Bagi pertuduhan mengabaikan anaknya, Nor Zuliana yang mempunyai tujuh anak dan kini sarat mengandung lapan bulan, didenda RM15,000 dan RM10,000 bagi satu lagi pertuduhan iaitu dengan cuai menyebabkan kematian anaknya.

    Suaminya, Zuhairi Kassim, 40, pemandu teksi, didenda RM15,000 atas pertuduhan bersama-sama melakukan pengabaian terhadap Muhammad Akhil Mustaqim, yang merupakan anak tirinya.

    Peguam Ariff Amirul Abdul Jani yang mewakili kedua-dua tertuduh bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhi hukuman denda saja dengan alasan Nor Zuliana sedang mengandung lapan bulan manakala Zuhairi perlu menjalani pembedahan jantung.

    *Nak ramai anak tapi tak bertanggungjawab pun tak boleh juga. Ma cam kes kat Ampang ni, ibu dia dalam perut tu pun ada lagi nak tunggu, tapi ibunya kena penjara pula. Ada juga harapkan rezeki anak2, yang mana salah. Niat kena betulkan. Anak2 dan isteri tu kan amanah daripada Allah. Ni kalau anak2 pun terpaksa berhenti sekolah dan membantu ibu bapa dah jadi lain la pula.

  • Mabruk Tuan…8 org :). Tp mmg betul kita sebenarnya menumpang rezeki anak2…perkara ni mmg sy sendiri dpt rasakan. Sbb tu seboleh mgkin sy pastikan pendidikan anak2 diberikan keutamaan. Biar kereta kemek bertahun tak repair asalkan anak2 dpt kesekolah yg bagus dan attend program2 yg membina minda dan sahsiah mereka. Wallahuaklam

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >