MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Emas Menutup Kebocoran Wang

[Kemaskini 7 Januari 2024]

"Simpan sikit, sikit... Lama, lama masih sikit... Simpan, simpan, korek, balik!..."

Itulah pengalaman saya dan kebanyakan orang; duit yang terbiar dalam akaun bank tak boleh bertahan lama. Ada-ada saja nak belanja... 

Tak kisahlah simpan dalam ASB,  Tabung Haji, ataupun dalam akaun bank. Bila nampak duit tu makin banyak, mulalah panjang akal... Rasa nak berbelanja... Tak boleh tahan...

Kalau trend ni berterusan, kekayaan kita makin lama makin susut. Simpan, simpan, habis. Simpan, simpan, habis juga... Jumlah tabungan tak ke mana-mana walalupun dah kerja bertahun-tahun...

Situasinya berbeza bila tukarkan (simpanan) kepada emas. 

Tempoh bertenang sebelum berbelanja

Bila duit dah jadi emas, memang susah bocor. Bila nak berbelanja, kita kena ambil TEMPOH BERTENANG (kena jual dulu atau pajak dulu) sebelum berbelanja.

Kita jadi malas nak jual emas-emas tu, kecuali untuk tujuan yang penting-penting sahaja.

Pendek kata, emas tu kita tak akan dijual kalau setakat nak tukar langsir baru atau nak tukar sport rim baru.

Tapi kalau duit tu terbair saja dalam akaun bank, kita biasanya panjang akal... Ada-ada saja barang yang nak kena beli. Lagi banyak duit tu dalam akaun bank, lagi kuat godaan nak berbelanja...

Tarik sikit-sikit, sedar-sedar duit dah nak habis!... Itulah yang melambatkan untuk jadi lebih kaya.

Tak akan jual emas, kecuali

Sejak mula menabung emas tahun 2010, saya tak pernah jual emas-emas simpanan saya, alhamdulillah... Saya fikir, emas-emas tu saya hanya akan jual bila;

  1. Ada hal kecemasan (bila duit simpanan kecemasan pun dah habis), atau 
  2. Ada peluang lain yang menguntungkan, contohnya untuk dijadikan modal pusingan bisnes, beli hartanah di bawah harga pasaran, atau 
  3. Sudah capai matlamat simpanan, macam anak nak masuk universiti, atau nak pergi haji.

Dari sudut simpanan, saya cuma simpan duit tunai di bank sebanyak tiga (3) bulan gaji sahaja sebagai “Dana Kecemasan”. Selebihnya saya simpan dalam bentuk emas dengan jumlah minimum sembilan (9) bulan gaji.

Bagi saya, emas pun duit tunai juga, tapi dalam bentuk yang lebih kukuh nilainya.

Ada emas, maksudnya ada duit. Bila-bila nak pakai duit, kita boleh jual atau pajak saja emas-emas tu untuk dapat duit ‘on the spot’.

Emas boleh jadi ‘ubat’ bagi sesiapa yang ada masalah kebocoran wang simpanan.

Savers Are Losers!

Bila simpanan “TUNAI + EMAS” saya cukup 12 bulan pendapatan (gaji kasar), SELEBIHNYA saya gunakan untuk pelaburan selamat yang lain macam beli hartanah (rumah) yang boleh disewakan dengan sewaan berbaloi. Yang dapat jana passive income...

Saya tak simpan duit yang banyak di bank. Bahkan kebanyakan orang kaya (di dunia) pun tak simpan duit yang banyak di bank.

Mereka simpan kekayaan mereka ke dalam bentuk yang lebih bertahan nilainya. Selalunya dalam bentuk bisnes (saham) yang berpotensi berkembang pada masa depan, hartanah yang boleh disewakan, ladang yang mendatangkan hasil, dan sebahagian lagi dalam emas (atau logam berharga lain).

Kalau tak, selain godaan kuat untuk berbelanja, duit tu makin lama makin susut di makan inflasi. Bak kata Robert T. Kiyosaki, “savers are losers”!

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
31 Mei 2016
24 Syaaban 1437H


“Panik tengok akaun tak ada duit. Tapi bila kira kepingan emas, jumlah simpanan emas dia nilainya dah berpuluh ribu ringgit! Itu 'masalah' biasa penyimpan emas. Walaupun emasnya banyak, tapi sentiasa rasa tak berduit. Otak terus turn-off dari belanja yang bukan-bukan.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 22 Mac 2024

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Tuan,
    Mohon artikel betulkan apa yang orang Melayu fikir pelaburan tetapi sebenarnya berhutang loan ASB. Ramai yang tak faham benda ni. Terima kasih.

  • Tuan,
    Mohon cadangan/advice. Saya ada rumah sewa. Saya ingat nak jual rumah tue untuk beli emas dan juga beli tanah. Adakah betul tindakan yang saya akan buat ini?

    • Salam En. Che Kamsani,

      Saya tak pasti keputusan tu tepat atau tak. Ia bergantung kepada matlmat kewangan En. Kamsani sendiri.

      Berbanding rumah sewa, emas tak ada pendapatan bulanan, begitu juga dengan tanah.

  • assalam tuan,
    saya ada membeli gold bar Public Gold dari kawan beberapa tahun lalu, dan saya ingin menambah nya, tp kali ini saya fikir saya perlu menjadi ahli berdaftar dengan public gold, kalau tuan boleh membantu saya, bagaimana ?

    terima kasih

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >