MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kemajuan Terhenti Bila Kita Berhenti Belajar

Universiti bukan penamat.

Bukan hanya untuk lepasan SPM, tapi kita juga kena terus sambung belajar.

Kalau bimbang masa depan anak-anak yang tak berminat sambung pengajian, kita juga kena bimbang kalau kita sendiri pun tak berminat untuk terus belajar.

Kalau bimbang anak-anak ketinggalan, kita pun sebenarnya akan ketinggalan bila kita berhenti belajar.

Beza Yang Berilmu dan Tak Berilmu

Sebagai leader Public Gold yang memiliki lebih 20,000 dealer (ejen) berdaftar di bawah saya, saya boleh lihat satu pattern;

Dealer yang sentiasa datang training, mereka lebih optimis dan pro-aktif. Mereka up-to-date dengan apa yang terjadi dalam bisnes. Bila apa-apa terjadi kepada bisnes, mereka letakkan 100% tanggungjawab di bahu mereka sendiri.

Sebaliknya, dealer yang selalu skip training cenderung untuk salahkan orang lain kalau apa-apa terjadi pada bisnes dia sendiri. Sebab mereka tak tahu apa yang mereka buat.

Mereka nak buat bisnes, tapi masih pakai otak orang yang makan gaji. Memang lah tak jadi!

Memang tak sama dealer yang rajin datang training dengan dealer yang sentiasa skip training. Dan tentunya tak akan sama orang yang berilmu dengan yang tak berilmu.

Formula Untuk Kekal Relevan

Sebenarnya, tak kisah setinggi mana pun tahap kita. Bila kita RASA SUDAH PANDAI dan berhenti belajar, kemajuan kita akan turut sama terhenti.

Bahkan lebih teruk, ia bukan sekadar berhenti, tetapi akan UNDUR semula kebelakang. Sedikit demi sedikit, akhirnya dia sudah lagi tidak relevan.

Dia fikir formula kejayaan lalu masih boleh pakai. Padahal formula kejayaan lalu boleh jadi formula kegagalan hari ini.

Cuba lihat syarikat-syarikat yang pernah gah satu masa dahulu. Siapa sangka Nokia satu waktu dahulu sangat gah, sudah ditinggal jauh oleh Samsung dan Apple?

Siapa sangka Kodak yang sangat gah satu waktu dahulu tetapi hari ini sudah tiada?... Jadi macam juga lah dengan kemajuan kita...

“We didn’t do anything wrong, but somehow, we lost” - Nokia CEO Stephen Elop

Itulah kata-kata sedih CEO Nokia diakhir ucapannya ketika Nokia dibeli oleh Microsoft.

Selagi kita terus belajar, stay humble, dan sentiasa explore ilmu-ilmu baru, saya percaya kita akan terus maju.

Jangan pernah berhenti belajar.

Pakar Juga Terus Belajar

Saya nak share tentang guru kewangan saya, iaitu Tuan Azizi Ali.

Saya mula belajar ilmu kewangan dari buku Azizi Ali sejak 2003 lagi. Bahkan sampai ke saat saya menulis artikel ini, saya masih ikuti ilmu-ilmu beliau.

Satu perkara yang saya cukup kagum dengan beliau ialah sikap beliau yang terus belajar walaupun beliau telah dianggap pakar.

Dalam satu seminar anjuran Public Gold, beliau menjadi salah seorang penceramah dalam seminar itu.

Apa yang saya kagum, beliau bukan sahaja datang sampaikan ceramah, tetapi beliau duduk dan ikuti semua ceramah-ceramah yang disampaikan oleh penceramah lain bermula dari pagi sampailah habis seminar waktu petang!

Beliau terus belajar walaupun sudah dianggap pakar.

Dan bila saya datang kepada beliau, katanya beliau belajar sesuatu dari blog saya www.mohdzulkifli.com. Ada beberapa perkara yang beliau tak pasti tentang ar-rahnu, beliau rujuk di blog saya. MasyaAllah...

Orang yang sudah tinggi ilmunya masih terus belajar.

Katanya, “I do not know everything, but I know I lot of thing!”

Sungguh ‘humble’ dan ‘sempoi’ orangnya... Salute!

Zulkifli
Damansara Damai
7 Jun 2016
2 Ramadhan 1437H

“Once you stop learning, you start dying” - Albert Einstein

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Subhanallah. sangat betul apa yang sifu lauhkan. sebab tu ramai ulama yang alim didunia Islam disaat kematian pun masih membicarakan mengenai ilmu feqah dan sebagainya.

    “Belajarlah kamu sehingga ke liang lahad”………

    I follow.

  • Salam tuan Zul,

    Baru2 ni saya ada dengar kwan cerita ttg online biz iaitu Mface..tp sblm join saya nak tanya pendapat tuan..apa pendapat tuan ttg Mface ni?
    Thanks.

    TP

  • tuan sy ingin bertanya..
    sy adalah pemilik kedai basikal.Apa pandangan tuan jika sy menjual basikal dlm bentuk dinar emas..bermakna jika custumer xde ‘Rm’ dia boleh membeli
    basikal dikedai sy dgn menggunakan emas x kiralah dari brand mane asalkan emas tulin.ada pro dan contra x?

  • assalamualaikum..
    mohon tunjuk ajar mcm mana sy nak majukan diri sy dari smua aspek : kewangan,motivasi
    terima kasih

    • Wslm Pn. Nur Nadia,

      1. Banyakkan membaca buku-buku kewangan, pelaburan dan perniagaan.
      2. Bergaul dengan orang berjaya atau mereka yang mempunyai misi yang sama dengan puan.

      Itu sahaja sebagai langkah pertama.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >