MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Cara Kita Berfikir Bakal Mencorakkan Masa Depan Kita

August 23, 2016

[Kemaskini 9 Februari 2024]

Masa rakan saya dari Public Gold Singapore tunggu di lobi Pariss Hotel (JB) untuk bawa saya sampaikan seminar di Singapore, dia cuba belek-belek akhbar yang diletakkan di lobi hotel.

Tengok sahaja “headline” di semua muka depan akbar yang ada di situ, dia terkejut dan terus letak. Tak tahan katanya... 

Akhbar di Malaysia kebanyakkanya NEGATIF. Kalau baca, boleh rosak fikiran kita.

Berita toksik tersebar luas

Berita-berita kita penuh dengan cerita pergaduhan politik, jenayah, maksiat, pergolakkan rumah tangga dan sebagainya.

Katanya lagi, ia berbeza dengan akhbar di Singapore. Di sana, akhbar banyak cerita pasal bisnes dan bagaimana nak jadi lebih maju.

Kalau ada laporan jenayah pun, ia disiarkan dengan cara menakut-nakutkan rakyat supaya takut buat jenayah, bukannya mencerita kes tu secara terperinci.

Sampai orang tak pandai pun jadi pandai cara mana nak buat jenayah. Seolah-olah sengaja bagi idea...

Jadi berdasarkan pengalaman beliau, memang betullah apa yang saya amalkan. Saya dah tinggalkan tabiat membaca berita (akhbar) sejak tahun 2009 lagi.

Saya tak buka akhbar kecuali kalau muka saya masuk dalam akhbar tersebut! ☺

Kesan buruk baca berita

Apa yang kita baca, apa yang kita lihat, apa yang kita dengar, akan berikan kesan langsung kepada cara kita berfikir. Kita akan mencorakkan masa depan kita dengan apa yang kita fikir.

Bila fikiran dah tertutup dengan perkara-perkara negatif, buat apa pun susah nak berjaya.

Jadi pesanan penting bagi sesiapa nak berjaya (dalam apa bidang sekalipun, samada kewangan, bisnes atau kehidupan), iaitu jaga fikiran baik-baik. Ia berikan kesan langsung kepada kemajuan hidup kita. 

Bagi siapa buat bisnes, ia berikan kesan langsung pada bisnesnya sendiri.

Pengalaman saya, saya boleh agak kemajuan seseorang tu dalam bisnes hanya dengan memerhati cara seseorang itu berfikir. Apa perkataan yang keluar dari mulutnya, selalunya menggambarkan apa yang ada dalam fikirannya.

Kalau fikiran dia negatif, buat apa pun susah berjaya.

Bila fikiran postif, jalan kejayaan itu akan lebih mudah. InsyaAllah..

Cara jaga mindset kekal positif 

Cara nak jaga fikiran senang sahaja (secara teorinya); kena stop semua INPUT NEGATIF.

Ya, semua... Jangan berikan peluang input-input negatif masuk dalam fikiran kita. Input negatif tu sebenarnya virus kepada fikiran kita.

Sebaliknya, tambah INPUT POSITIF secara konsisten.

Berhenti baca berita, gantikan dengan buku-buku yang bermanfaat. 

Berhenti tengok TV (lebih-lebih lagi berita), kecuali rancangan-rancangan terpilih seperti kuliah atau slot motivasi dalam TV.

Sila “Unfriend” atau “Hide” mana-mana “Friend” yang negatif; selalu merengek dan komplen sana sini di Facebook dan media sosial.

Berhenti berkawan rapat dengan mereka yang negatif. Sebaliknya selalu bergaul dengan mereka yang positif dan ada wawasan yang sama dengan kita.

Cabaran antara dua telinga

Amalkan betul-betul tip ni, saya percaya, 5 tahun akan datang hidup kita semua jauh berbeza berbanding hari ini.

Apa yang saya sarankan ni bukan teori, tapi apa yang saya dan semua orang berjaya amalkan dah tahun bertahun lamanya... Jaga fikiran betul-betul.

Cabaran sebenar untuk berjaya hanyalah di antara dua telinga... Iaitu apa yang kita fikir. 

Jaga aset termahal kita tu dengan baik.

Bila ianya dapat diurus dengan baik, cabaran lain semuanya mudah. InsyaAllah...

Zulkifli
Damansara Damai
23 Ogos 2016
20 Dzulkaedah 1437H 


Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Saya lupa siapa yang berkata, tapi kata-katanya lebih kurang begini,
    “Hati-hati dengan fikiran kerana ia mempengaruhi kata-kata. Hati-hati dengan kata-kata kerana ia mempengaruhi perbuatan. Hati-hati dengan perbuatan kerana ia berubah menjadi kebiasaan. Hati-hati dengan kebiasaan kerana ia mencorak karakter. Hati-hati dengan karakter kerana ia mempengaruhi masa depan”.sekadar berkongsi,rasanya seiring dgn artikal tuan.

  • Kena jaga bahan bacaan supaya tidak mempengaruhi ‘subconscious mind’ mudah menerima semua jenis input. Kalau selalu menerima input negatif akan ditanam didalam minda.

  • skyfun;;;
    Macam versi bahasa malaysia quote dari Margaret Thatcher;;
    Watch your thoughts..for they becomeh words
    Watch your words…for they become actions
    Watch your actions…for they become habits
    Watch your habits…for they become your character
    & watch your character…for they become your destiny.

    What we think, we become

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >