MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Cara Menetapkan Dinar Emas Sebagai Maskahwin

August 30, 2016

Sekarang dah jadi “trend” dinar emas sebagai maskahwin.

Tip penting daripada saya, kalau nak jadikan dinar sebagai maskahwin, sila pastikan dulu samada maskahwin tu dipersetujui mengikut jumlah “dinar” emas atau jumlah “RM” (duit)?

1 dinar = 4.25 gram emas, ketulenan 999.9.

Kalau ikut jumlah dinar, boleh beli emas sekarang walaupun majlis aqad nikah akan berlangsung lagi 6 bulan.

Tetapi kalau dipersetujui mengikut RM (tetapi dinilaikan kepada “dinar”), saya cadangkan beli dinar emas tu bila dekat dengan majlis aqad nikah nanti.

Supaya tak berlaku perbezaan ketara antara harga dinar dan nilai duit ringgit yang dipersetujui... Sebab harga emas berubah-ubah, ada turun naik dalam jangka pendek.

Kelebihan Emas Sebagai Maskahwin

Saya perhati, kelebihan utama bila jadikan dinar emas sebagai maskahwin; emas tu bertahan lama berbanding duit.

Kalau bagi duit, biasanya tak lama. Lebih majlis, kita akan ‘tarik’ duit tu untuk dibelanjakan. Tarik sikit-sikit, sedar-sedar, duit tu dah nak habis!

Berbeza dengan dinar emas.

Saya perhati, adik-beradik saya yang gunakan dinar sebagai maskahwin, dinar-dinar mereka tak terusik pun lepas bertahun-tahun.

‘Kekayaan’ mereka bertahan lama...

Sebab emas biasanya orang tak jual kecuali bila ada perkara-perkara yang mustahak sahaja. Bila duit lain dah habis, barulah orang akan jual emas sebagai simpanan terakhir mereka.

Simpanan emas tu akan ‘bertahan’ daripada dibelanjakan sebab ada nilai sentimental yang tinggi! Tak sampai hati nak jual...

Macam cincin hadiah kahwin...

Orang tak akan jual melainkan ada perkara yang sangat terdesak sebab ia ada nilai sentimental yang sangat tinggi. Itu kenangan indah pasangan pengantin...

Kalau nak pakai duit sekalipun, selalunya orang akan pajak sahaja dulu. Mereka tak akan jual...

Strategi Simpan Emas Sebagai Maskahwin

Bagi orang bujang ataupun pelajar yang simpan dinar emas, selain emas itu boleh dijadikan simpanan, emas tu juga boleh digunakan sebagai maskahwin.

Nanti dah sampa masa, boleh terus dijadikan maskahwin tanpa perlu ditukar kepada bentuk yang lain.

Kalau simpan emas untuk kahwin, letak target 1 dinar 1 bulan sebab jangka masa nak menabung biasanya tak panjang. 

Walaupun masih pelajar, cari jalan macam mana sekalipun supaya dapat simpan 1 dinar 1 bulan sebagaimana pernah dibuat oleh seorang daripada murid saya dalam Public Gold, iaitu Tuan Muda Syarif Jamil

Kalau tak mampu menabung 1 dinar, boleh menabung dengan bajet serendah RM100 melalui Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program). Setiap kali ada RM100, boleh terus top-up tabungan emas. Tak perlu ada duit banyak baru nak menabung. 

Kalau nak cepat tambah tabunga, belajar-belajarlah cari side-income sambil-sambil belajar di kampus.

Tempat Terbaik Simpan Emas

Kalau masih belajar, di mana tempat terbaik simpan emas tu?

Cara yang paling mudah menabung sahaja melalui Akaun Emas GAP. Kita boleh beli item sekecil 1 gram dan simpan percuma dengan Public Gold.

Dan emas itu kita boleh keluarkan emas fizikal pada bila-bila masa samada bentuk dinar (ataupun gold bar).

1 dinar public gold 2020

Syiling 1 dinar. Emas ketulenan 999.9 (24 karat), berat 4.25 gram.

Strategi simpan emas ini bukan hanya untuk lelaki. Perempuan bujang pun boleh simpan dinar dari sekarang.

Bila nak kahwin nanti, jual sahaja emas itu kepada bakal suami untuk dijadikan maskahwin. Duit hasil jual dinar tu nanti, gunakan untuk persiapan perkahwinan dan kehidupan selepas berumahtangga...

Emas tu dapat balik, duit nak kenduri pun dapat. InsyaAllah.

Zulkifli
Damansara Damai
30 Ogos 2016
27 Zulkaedah 1437H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Assalamualaikum Encik Zulkifli,

    Mas khawin saya RM50 , masih berkeadaan RM50 sampai skrg, 8 thn sudah.
    tapi hantaran kawin saya sudah menjadi 100gram emas yg membuatkan saya rasa bersyukur mengenali Public Gold yang mengubah cara saya berfikir ttg menyimpan duit vs simpan emas .

    Thanks sebab kenalkan saya dengan PG .

  • Slm en zul.sy berminat membeli emas tp mslh nyer nak cari tempt simpan emas tu.adakah berbaloi kalau kita sewa peti simpanan kalau emas kita hanya 5 keping dinar shja.?? Target sy 1 dinar 1 bln.mohon tunjuk ajar tuan.tq

  • Assalamualaikum,

    Kalau nak keluarkan emas fizikal dari GAP boleh. Tapi kalau nak masukkan emas fizikal itu balik dalam GAP boleh juga?

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >